July 12, 2013

Saya Tak Pakai Baju Kurung Kain Kapas! - Budak Manja

Assalammualaikum,


Saya tak pakai baju kurung kain kapas (cotton). Kata budak manja terlebih manja, gedik, dan mengada-ngada itu. Ok budak mengada-ngada itu adalah saya tau! Jangan kutuk huhu. Bukan apa, cerita ni berlaku waktu zaman membesar dulu. Sekarang dah matang dah. Hahahahah!

Dulu masa zaman matriks, mak ada bekalkan beberapa helai baju kurung tambahan untuk gi kelas. Maklumlah baju kurung sedia ada tak cukup. Terpaksalah beli untuk topupkan almari. Tengok-tengok ada 2 helai baju kurung jenis kain kapas. Masa tu terasa macam yeeewwww 'macam baju kampung je'. Kerek gila kan? Biasalah budak bandar batak tak pernah pakai baju kurung jenis kain kapas. Ngeee. Makanya, dua baju kurung tu tak pernah dipakai sampailah nak dekat akhir semester.


 Google

Bila dah pakai baju kurung tu terasa macam, amboiiiii sedapnya pakai. Yelah baju kurung kain kapas kan boleh feeling-feeling sejukkan badan. Tapi beberapa kali je pakai. Tup tup dah tamat semester dan tunggu sambung degree pulak. Bila nak register degree tak bawaklah pulak baju kurung kain kapas tu. Tak ingat lah sebab apa. Entah sengaja atau mak yang kemaskan bag. Haaa...kantoi.

Lepastu, bila dah cuti semester teringin dengan baju kurung kain kapas tuh dan niat balik rumah nak bawak bersama baju tu sekembalinya ke kampus. Haha paham? Rupanya dah takde! Kalau ada je baju takde kat rumah tu mesti mak dah bagi kat orang lain. Nasiblaaaa kempunan. Tapi mak macam dah tak buat je baju kurung jenis kain kapas. 'Ada ke dulu aku mengadu kat mak tak suka baju kurung kain kapas?' Em emm
 
Akhirnya baju kurung kain kapas dah jadi trending di seluruh Malaysia! Dulu tak femes tau zaman tu, tapi sejak akhir-akhir tu dah banyak orang rakus jual baju kurung jenis kain kapas. Macam zaman peplum..

rembat kat kurungcouture.com

First time duduk asrama waktu zaman matriks. Ber-roomate dengan sahabat ni. Alfatihah untuk dia. Dan seterusnya asrama di Sintok ulu nunnn ha. Barulah terasa ada kekurangan disekeliling kita. Ada orang yang tak semampu kita, tak sesempurna kita, tapi sentiasa bersyukur walaupun serba kekurangan. 

Tapi dulu takdelah jadi orang riak. Cumanya tak paham, ala zaman uni biasalah kan, membezakan kita dengan jenama hebat, nak up pakai beg Prada la, nak bahan kita pakai baju Nike (je pon). Perlu ke? Annoying oke. Aishh semoga orang-orang macam ni berkurangan dan kita semua sentiasa bersyukur.....



Ps :: Salam jumaat kawan-kawan :)



July 11, 2013

Mengatasi Demam Ketika Berpuasa

Assalammualaikum,


Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca. Oke la tuh walaupun lambat sehari. Ahkak dah 4 hari demam oke. Kukuh tak alasan?

Puasa adalah salah satu cara melawan nafsu. Nafsu mengawal makanan, nafsu berbelanja, nafsu amarah. Selain itu bagus untuk penghadaman. Badan akan buang segala toksin atau benda yang tak diperlukan oleh badan. Bagi yang menghadapi demam ketika berpuasa adalah disebabkan oleh pembuangan sisa-sia yang tidak berguna seperti toksin yang berlebihan akibat gaya pemakanan sebelum ini.

Simptom-simptom di awal Ramadhan
Bagi yang menghadapi demam di awal Ramadhan, simptom pening kepala, demam, lemah badan, berpeluh menunjukkan bahawa badan kita sedang dalam proses pemulihan dan pembaikan.




Rawatan berkesan
Pengambilan ubat-ubatan seharusnya dielakkan kerana kita masukkan balik bahan kimia yang tidak diperlukan badan. Dan akhirnya, proses pemulihan semulajadi tadi adalah sia-sia jelah nohhhhh.... Seharusnya pengambilan air maksima yang mungkin di awal sahur dan selepas berbuka amatlah penting untuk mengatasi hidrasi (kurang air dalam badan). Rajin-rajinlah menjaga diri sendiri wahai sahabatku :)

Ibadah puasa telah diwajibkan oleh Allah swt kepada hamba-hambanya sebagai satu rahmat kepada manusia. Berpuasa bukan sahaja menjaga kesihatan badan tetapi juga membentuk rohani yang mantap dan menundukkan hawa nafsu.




Segala sumber telah diolah supaya pembaca dan penulis tak terasa boring Ngeee..



 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!