December 24, 2010

hidup dibayangi MYOB system


Assalammualaikum,

time-time macam ni update blog time lunch hour.
hahah
takde tenet kat umah sewa dow...
blog pon ditumbuhi kulat dan kulapuk.
heh

MYOB, MYOB Accounting software, latihan industri, praktikal,


praktikal?
so far so goooood~~
many many things i've learned.
maceh kat kak nisa yang banyak melayan.



bagi yang same cost and amek accounting,
juz nak share sekarang tengah belajar guna MYOB System.
some how like UBS lah...
paham?
emm pape jelah kan???
huhuhukkk



err praktikal ada lagi 5bulan 25hari...
aishhhh



December 17, 2010

Persediaan diri sebelum praktikal / Latihan Industri !


Assalammualaikum,


wahh 20 December bakal tiba. it's practicum time!! especially bagi warga UUM. uhhh dup dap dup dap. many things left in my mind. segala rasa bermain di jiwa. extremely feels excited, nerves, ketaq lutut, takut nak mati, teruja kambing, semua all in one. huaa please please help me catch out all this ...


banyak benda nak kena ambil kira dan tahu sebelum mulakan praktikal. kena get ready untuk menghadapi jugak walaupun cuti takat semput tekak je. after bertarung dengan exam for almost a month, then dapat cuti seminggu je sebelum praktikal. tak ke senak hidup. aishh. i need more to do before engaged dengan apa-apa. haa yang penting game!! sapa nak jaga City Ville saya kat fesbuk tuh?? hehe. ehh invite lah saya jadi neighbour kau orang ye..huahuahuaa

persiapan latihan industri, sebelum latihan industri, persediaan sebelum latihan industri, praktikal, training
Persediaan diri sebelum praktikal / Latihan Industri !


lets list all things dan prepare segala benda yang perlu untuk menghadapi praktikal/latihan industri:

 PERTAMA : Ready Minda dan Dwi Otak
what the hal?? ohh mesti-mesti ready minda ma..takut nanti terkezut atau culture shock. mana lah nak tahu kan.. emm minda dari segi apa? yelah just relax kan diri, jangan kabut-kabut sangat because its only few days je ni haa.. wahhhh mulai cuak! jom cuak! .................grrrrr....................okeh, lepas habis mencuakkan diri, cuba tenangkan diri. yeahh. sambung kembali cuak time nak melangkah kat office nanti. huh.


KEDUA : Persiapkan Diri dengan Imej Yang Bersesuaian
sekarang ni mesti imej masing-masing macam-macam ragam kan? ada yang si brutal rambut ala-ala Nash waktu zaman kegemilangan beliau.. terurai macam rapunzel kan. sampaikan tak tau mana satu Nash dengan Rapunzel. ada ke? wat ev.. dan ada pulak yang si selekeh muka berminyak, rambut serabai, misai berterabur, dan macam-macam imej kureng sesuai untuk ditonjolkan diri yang sebenar charming dan jelita tuh. heh...


so tukarlah imej yang lebih menyerlah untuk menunjukkan kau orang tu seorang yang berbeza dengan mak cik jual sayur ataupun budak menengah yang tak lari dari sneakers dan sling bag. hehe. lah kat luar office boleh la.. pastu iron la baju, then pakai kemas-kemas dan jalan dengan tegak...haa kan bergaya tuh...


KETIGA : Alert Segala Requirement yang di Minta
benda nih masing-masing kenalah tanya sendiri penyelia kau orang. ada kes tuh dia orang mintak bawak laptop sendiri, alat tulis, dokumen, surat beranak anak jiran dan macam-macam lagi. senang cerita pergi call penyelia kau orang sekarang walaupun dah weekend. jangan lupa dokumen wajib yang perlu diserahkan kat penyelia kau orang..


KEEMPAT : Belajar
haa bagi yang dah lupa ilmu-ilmu bidang masing-masing sila lah review kembali segala buku yang ada.. penting kot kalau disuruh buat kerja yang berkaitan bidang tapi tak tahu buat apa. nganga.. ala tak tahu bertanya lah. kang sesat jalan pulak. ilmu ada dimana-mana. yang penting willing to learn yah..


tak pun belajar bahasa inggeris. ehem, bagi yang kurang fasih.. macam saya. huhu tapi cuma belajar dari movie je. jugak tengah belajar bahasa Korea yang susah tuh. aishhh... kau orang kena jugak bejar macam mana nak berhadapan dengan orang 'BESAR' nanti. orang besar tuh kena besarkan, aish maksudnya, bos ke, client ke dan bagailah..


KELIMA : Berdoa dan Tawakal je la...
yang ni kena doa banyak-banyak supaya semua perjalan kita nanti smooth je dan diredhai Nya. dan semua lulus cemerlang untuk result nanti. aminnn...




bak kata........ TOWARDS PROFESIONALISM !

p/s: tahulah mana nak bezakan time sekolah, universiti, praktikal, kerja dan rumahtangga kan... profesional konon. waktu kelas PSA kau orang tiru quiz aku kan...ingat tak?? profesional lah sangat huh.

selamat berpraktikal!!


December 16, 2010

Nicorette membantu anda untuk berhenti merokok !

Assalammualaikum,


Pernah dengar pasal Nicorrete? hah exactly!! benda alah tuh lah yang sangat dapat membantu anda pulih dari ketagih rokok dan cara berhenti merokok. kalau yang nak berubah lah.. kalau tak nak, tak paksa bang, anda boleh menilai baik buruknya kan.. saya just nak sharing je benda baekk punya ni..(macam salesgal pulak). cuma wondering kenapa dan apa yang hebatnya merokok nih? yelah nampak macho, tapi tak lama kemudian hancur, kanser sana sini, sudah terhantuk baru nak sedar...huhu


cam scary je bunyi kanser tuh, tapi still tak dapat nak getarkan si perokok... wahai si perokok tegar, ayuhlah berubah demi hidup yang sihat dan alert dengan cara berhenti merokok! walaweyy~~ yelah nak berhenti merokok satu benda yang agak payah kan nak buat. tapi kalau ada azam dan semangat, anda mampu sebenarnya lah!! caiyok caiyok . tapi kini jangan risau lagi, kerana Nicorrete dapat membantu anda! yeaahh. okeh salesgal yang bagus! 


bahaya rokok, bcoz i care, berhenti merokok, info, nicorette membantu anda berhenti merokok, cara berhenti merokok
Nicorette membntu and untuk berheni merokok


Nicorrete nih, ada 3 versi, Nicorrete GumNicorrete Lozenge, dan Nicorrete mini Lozenge. ketiga-tiga ni membantu untuk menahan dari hawa nafsu menghisap rokok. malas nak cerita panjang, pape info lagi boleh lah check it out sendiri kat sini


jap jap, lets me remind lagi, merokok bukan saja tak baik untuk kesihatan, tapi gigi nanti kuning, bau mulut macam longkang, bau asap buat loya dan muntah hijau, duit pon kopak, awek takmo lekat. eh yeke? kena bebel ngan mak, hehe. now, do you prefer Nicorrete or nicotine? Berhentilah merokok!
amalkan lah hidup yang sihat. anda mampu mengubahnya..


weee




December 14, 2010

malu nak mengaku minat korea jugak


Assalammualaikum,

annyeonghaseyo....ececeh, malu nak sebut, tapi terpaksa sebut jugak.. okeh, now dah mula minat korea!! sangat!!!!! weee~~ fan-hard-die. cuma kalau artis korea bunuh diri, saya tak sebodoh untuk mengikuti mereka untuk bunuh diri jugak. yelah kalau kat Korea, kalau feberet artis depa bunuh diri je, mereka pon follow sekali. sah-sah akal pendek! heheh... kawan-kawan, saya pon minat Korea  lah!! tengoklah muka saya yang senyum meleret nih...ngee~ see,,



haa penah dengar pasal group CN Blue tak?? yang pernah tuh anda menang moto. huahua. CN Blue ni lah artis top selain Super Junior (suju)... wah memang aku minat giler kat kau orang!! minat kat lagu 'Im a loner' je. tapi terpaksa pakej sekali minat dia orang. ohh saya tak pernah nak hafal lagu or lenggok, gaya bagai artis Korea. tapi mereka telah merobohkan benteng tersebut! tahniah kau orang! lebiu much! muahahaha


malu nak mengaku minat korea jugak, minat korea, kpop, korea fan, comel, kpop group, kpop popular group, Korea selatan
CN Blue


nilah dia CN Blue. comei-comei hensem-hensem mereka! tapi kalau dia orang pondan tak tahulah. tapi aku tak kesah pon. aku minat lagu je... tapi sayang dia orang tak berapa pandai menari. lainlah suju menari memang tiptop an. tapi sory i minat mereka lebih daripada suju. entah apa yang spesel sampai orang tergila-gilakan suju tah. okeh, lain orang lain minat nya kan,, taste korang?? hee. mari layan lagu dia orang..



Cn Blue


ouch, sedang juga berusaha menghabiskan cerita My Lovely Samsoon, walaupun dah masuk dua kali tengok, dan Winter Sonata yang tak pernah berkesempaian nak tengok.. website ni lah yang telah addictedkan aku mengadap laptop 24 jam. oh hanya seminggu berusaha untuk khatam ye. yeahh haruslah berusaha! caiyok caiyok.. ^^



okeh. saya minat Korea! aww
saranghae


p/s:: dulu tak minat korea sebab semua orang nak minat..hahah cacat.


December 3, 2010

7 sebab kenapa saya suka shopping online


Assalammualaikum,

 sedang berjalan-jalan di blog orang, tiba-tiba terlintas ideas superb di otak belah kanan.. ape lagi shopping secara online lah!! wohoo.. dunia sekarang memang semua di hujung jari je....lagi-lagi pulak sekarang duit yang diternak tak tau nak dilabur ke mana...hukhukhuk gila punya orang! ohh, maaf memang tengah gila sebab baru je pas jawab paper exam yang mencabut nyawa. fuhhhh...dasat sangat!


 errr,,
 kadang-kadang terpikir wah seronoknya shoppink sakan secara maya..(ok gila) yelah time ko ada duit, ko tak ingat dunia kan xila kan?? hukk. time habuk pon tak dak hang baru nak korek tabung panda ko kan...jumpa seposen celah katil pon kau gembira lalu terkial-kial melompat girang...heh. ok now bersyukur apa yang ada. Alhamdulillah....ohh i like shoppink. wee~ shoppaholic suda...


shopping, girls shopping, online shop, blogshop, shopping online, kenapa suka shopping



so lets do check it out this...,
7 things why i like online shopping :
>> dapat menjimatkan masa dan tenaga.
>> tak payah melenguhkan kaki, pinggang, otak, lengan, dan seumpamanya.
>> tak perlu susah-susah angkut barang banyak sangat.
>> tak perlu rambang mata takut terbeli lebih..hukhuk.
>> jimat duit minyak kereta, motor, lori, komuter bagai.
>> tak perlu menyusahkan teman, boipren, dan mak kauorang
>> yang ketujuh tak da idea.....gimme some???? heee


                tapi yelah kalau shopping online ni badan cam malas nak jalan-jalan kat mall kan, sebab tuh paras lemak tak turun-turun! huh. tapi kadang-kadang jalan jugak la kat mall hanya untuk membuang masa dan tenaga hang out dengan kawan-kwang yang sama tahap gila. wah!! tak sabar tunggu end of this Disember...its hols time...errr pluz bermulanya praktikal. aishh...



                eh, eh, sebelum kauorang nak shoppink kat blog orang ke, mana-mana ke, tengok dulu lah syarat and segala conditions dorang. yelah jaga-jaga je cik salmah....sebelum ni memang was-was nak shopping online nih. tapi sejak dapat item yang di ingini saya teruja nak shopping online!! weee. jom jom shoppink! wink**


                okeh. hepi klik-klik.

                ^.<


                 
                HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
                This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
                If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
                Thanks for your visit sweet people. :D
                copyright 2007-2016 to Love,xils!