September 17, 2013

Maksud Mimpi Makan Kek, Buah Strawberi, & Mamat Korea

Assalammualaikum,

Tajuk tak boleh blah! Sejak akhir-akhir ni selalu mimpi yang manis-manis. Selalunya bila bangun tidur malas nak fikir pasal mimpi. Tapi dah lately ni asyik mimpi benda-benda manis je, bangun tidur muka ada kasi senyum juga la... Takde modal nak cerita, cerita pasal mimpi boleh? Ahahkkk

Mari saya nak tafsirkan mimpi-mimpi manis yang telah saya lalui. Macam skema kan hahah. Tapi ni pun sekadar Google je dik nonnn. Sekadar suka-suka dan tak percaya pun. Kita kenalah percaya dengan kuasa paling berkuasa di atas kan...

Mimpi makan Kek



Saya mimpi makan kek tau. Tapi lebih kurang kek swiss roll tu. Ada dua tray dan dalam tray tu penuh dengan kek warna-warni, macam-macam hiasan ada dan saya makan hampir semua kek tersebut! Dan ada tinggal lagi dua tiga ketul masih berniat nak habiskan semuanya...Iskkk

Maksud Google : Dapat musibah/terkena penyakit.
Maksud sebenar : Jangan tamak... yelah kalau tamak makan banyak sangat benda-benda manis maunya dapat diabetes. Betul kata Google..


Mimpi makan buah strawberi
Lagi satu mimpi makan buah strawberi. Gila manis buah tu... Punyalah rasa teruja dan seronok dapat makan strawberi dalam mimpi tu..


Maksud Google : Akan dapat pujian dari banyak orang
Maksud sebenar : Sebenarnya saya mengidam buah strawberi. Dah lama plan nak beli buah strawberi tapi bila pergi mall selalu terlupa huhu. Tapi dapat makan dalam mimpi pon boleyyy...


Mimpi Mamat Korea
Situasinya seperti kat dalam kem tau. Lepas aktiviti berbasikal, kami (kawan pon ada dalam mimpi ni haha) diarah untuk berkawad. Dan coach baru datang conduct dan periksa baris. Tiba-tiba dia bagi isyarat mata. Kenyit-kenyit mata gitu. Saya pon terkejutlah tapi kenalah serius tegak masa tu. Kata dalam kem kann.. Displin dalam mimpi pun kena jaga..


Lepastu nyanyi lagu patriotik tapi tak ingat lagu apa. Rasanya lagu patriotik atau Negaraku sebabnya berdiri tegak semacam je sambil senang diri. Dan tiba-tiba, masa tengah khusyuk nyanyi, coach tu berdiri sebelah saya sambil beri senyuman macam oppa dalam cerita Korea. Pastu dipicitnya pipi ai oke... Em em memang coach tu hensem bak hang macam 'opppaaaa!!'



Sumber www.allkpop.com



Maksud Google : Nak gi Korea/ jodoh dengan mamat Korea (oke ini tipu je hohohohoh)
Maksud sebenar : Inilah padahnya tengok KDrama continuously. Lagi-lagi genre action drama sampai masuk dalam mimpi haaaa...



Ps :: Baru lepas habis khatam Korean Drama - 7th Grade Civil Servant. Tak baru sangat la dalam awal bulan ritu. Okla not too bad. Seperti biasa watak second hero menjadi pilihan setiap penonton. Kelakar jugak walaupun heronya tak hensem seperti oppa!-oppa! yang lain heee



July 5, 2013

I Miss You

Assalammualaikum,

I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you so muchhhh. Seronok kan kalau dapat ber-miss you dengan orang tersayang. Lebih-lebih lagi orang tersayang balas dengan I miss you too three four five. Bila dah tak sayang, emm korang imaginasilah sendiri...

Sebenarnya baru lepas habis marathon Korean Drama 'I miss you'. Sedih giler nokkkx. Takdelah sedih sangat pun, tapi air mata ni saja je mengalir laju. (cover line). 


Google


SINOPSIS I MISS YOU
Drama ni mengisahkan percintaan antara Lee Soo Yeon dengan Han Jung Woo sejak dari sekolah, sampailah ke alam dewasa. Mereka terpisah semasa kecil disebabkan satu insiden penculikan ke atas Han Jung Woo. Lee Soo Yeon cuba membantu tapi dia pula dirogol oleh si penculik dan diselamatkan oleh orang lain. Tapi Han Jung Woo lari menyelamatkan diri sendirian dan cuba mencari semula Lee Soo Yeon sampailah dewasa. Lepastu haa macam-macam konflik cinta tiga segi la, kekeluargaan, kes penculikan yang tak selesai di balai polis Gangnam (oppa!) dan juga kesukaran Lee Soo Yeon nak terima balik Han Jung Woo. Rugi woo tak mau kat Han Jung Woo yang hensem malah detektif polis lagi....

Drama korea ni release tahun lepas, tapi baru sekarang dapat tengok. Makan berbulan jugak la nak habiskan drama ni kat Maaduu.com. Hang pa try tengok sat....




Ps :: Ooo yang duk trending #SSID tu, saya sebenarnya isteri dia ke? Hahahah



April 21, 2012

Tiga Beruang Penambat Hati

Assalammualaikum,

Papa beruang, mama beruang, dan anak beruang akhirnya hidup aman dan bahagia untuk selama-lamanya. Yay *tepuk-tepuk-tepuk



Bahagianya kalau dapat jadi beruang comel. (sigh lama-lama)


Dua tiga menjak nih tengah gila dekat tiga beruang. Hari-hari hidup seakan happy semacam kalau dapat dengar suara tiga beruang. Siap download carik dekat 4shared lagi. Secara rasminya jadi ringtone. Ulang tayang cerita Full House pon dah berapa kali. Tak pernah bosan. Katanya ada Full House 2. Mana, mana?


Kegilaan terhadap tiga beruang kembali lagi...duhh





Ps :: Now watching...Dream High 2...



October 10, 2011

Wajib Tonton : Boys Over Flowers !!!!

Assalammualaikum,

Satu dua tiga! Jom histeria ramai-ramai..Wuaaaaahhh. Boys Over Flowers memang sesedap seperti yang disuggestkan oleh kawan-kawan. Wuargghhh lagi... Memang loser gila kan bila baru nak tengok. Orang lain dah lama excited tapi ku baru nak mula menjerit-jerit macam orang gila! Tahu ramai yang tak tengok lagi kan, so cepat-cepatlah dapatkan cd/download/online sekarang cepat!!


Walaupun baru episod tujuh tapi serius tak boleh berhenti untuk episod seterusnya. Sedang dalam mood Boys Over Flowers. Jadi muka menaip pun buat comel-comel. Rasanya faktor Boys Over Flowers ni adalah kerana para pelakon nya yang comel/kacak/lucu gila! Mula-mula, minat second hero yang rambut blonde tuh tapi lepas episod tiga minat Gu Jun Pyo...Arhhhh *histeria


Walaupun Jun Pyo agak menyampah mukanya bila dipandang tapi dia sweett...Rambut kerinting poyo dia pun agak menyampah dipandang. Tapi lama-lama jatuh hati dengan karakter dia. Memang terbaiklah cerita Boys Over Flowers ni. Memang mengujakan wahai dunia!!


Buat umum, cerita ni diadaptasi dari cerita Taiwan F4. Serius tak pernah tengok. Ada jugak Boys Over Flowers versi dari Jepun tapi belum tengok. Sebab kebosanan dalam hidup beberapa hari yang lepas maka suruh kawan-kawan suggestkan cerita Korea paling best. Yang penting cerita kelakar. Memang tak sia-sia lah layan. Dalam beberapa minggu lepas ulang cerita Sassy Girl.


So, nak pengaruh yang lain pergi tengok. Pergi tengok cepat-cepat. *eksaited!

muvee, kdrama, korea, Boys Over Flower, drama korea best, best story


ps :: cerita Korea apa yang best lagi ek??




August 26, 2011

"The Partner" Release on Maaduu

Assalammualaikum,


The Partner! Ohh lupa entry ini khas untuk peminat K-Drama je. Yang minat cerita melayu petang-petang  pergi tempat lain eh. Hehe. Sekarang ini, The Partner dah keluar dalam Maaduu Jahh oi! Bagi yang ketinggalan belum tengok, it's show time...

Apa itu Maaduu? Bagi yang ketinggalan sikit (hehe), Maaduu ini sebuah portal online. Korang boleh tengok cerita Korea secara percuma dan tanpa iklan. Tak payah donlod-donlod dah. Tapi hanya untuk mereka yang mempunyai line internet berkelajuan cahaya! Pergi je ke .....




Sign up dulu bagi yang belum. Pastu bolehlah tengok The Partner dengan senang hati. Dan banyak lagi cerita dan bank music yang boleh di skodeng kat Maaduu ni. Tapi yang terbaiknya sebab The Partner release hari ni lah! Yup 26 August 2011. Dah lama tunggu saat ini. Ada Lee Dong Wook!!!!! (histeria...)

Tapi tak tahu sebenarnya cerita ni best ke tidak. Selagi Lee Dong Wook yang berlakon haruslah best kan! Tengok muka dia boleh cair kot. Ala hero dalam cerita My Girl tu. Sebenarnya cerita My Girl tu cerita korea pertama yang aku tonton kat 8tv dulu. Penuh kot bilik tv time kat Matrix dulu. Dah setengah episod baru aku sempat tengok. Jatuh cinta pandang pertama kat Lee ni terus tengok. Orang lain dah maju tengok Full House sume, tapi My Girl aku yang pertama. Hish.

Cerita tahun 2009 rupanya. Ah tak kisah. Janji ada Lee Dong Wook.Nampaknya tumpuan akan ditumpukan pada cerita ini. Masa terhadap Cityville dan blog akan dikurangkan. Jumpa lagi di hari kesenanganku! Macam biasalah cuma 16 episod je...Jom tengok!



ps :: Korban masa..




December 14, 2010

malu nak mengaku minat korea jugak


Assalammualaikum,

annyeonghaseyo....ececeh, malu nak sebut, tapi terpaksa sebut jugak.. okeh, now dah mula minat korea!! sangat!!!!! weee~~ fan-hard-die. cuma kalau artis korea bunuh diri, saya tak sebodoh untuk mengikuti mereka untuk bunuh diri jugak. yelah kalau kat Korea, kalau feberet artis depa bunuh diri je, mereka pon follow sekali. sah-sah akal pendek! heheh... kawan-kawan, saya pon minat Korea  lah!! tengoklah muka saya yang senyum meleret nih...ngee~ see,,



haa penah dengar pasal group CN Blue tak?? yang pernah tuh anda menang moto. huahua. CN Blue ni lah artis top selain Super Junior (suju)... wah memang aku minat giler kat kau orang!! minat kat lagu 'Im a loner' je. tapi terpaksa pakej sekali minat dia orang. ohh saya tak pernah nak hafal lagu or lenggok, gaya bagai artis Korea. tapi mereka telah merobohkan benteng tersebut! tahniah kau orang! lebiu much! muahahaha


malu nak mengaku minat korea jugak, minat korea, kpop, korea fan, comel, kpop group, kpop popular group, Korea selatan
CN Blue


nilah dia CN Blue. comei-comei hensem-hensem mereka! tapi kalau dia orang pondan tak tahulah. tapi aku tak kesah pon. aku minat lagu je... tapi sayang dia orang tak berapa pandai menari. lainlah suju menari memang tiptop an. tapi sory i minat mereka lebih daripada suju. entah apa yang spesel sampai orang tergila-gilakan suju tah. okeh, lain orang lain minat nya kan,, taste korang?? hee. mari layan lagu dia orang..



Cn Blue


ouch, sedang juga berusaha menghabiskan cerita My Lovely Samsoon, walaupun dah masuk dua kali tengok, dan Winter Sonata yang tak pernah berkesempaian nak tengok.. website ni lah yang telah addictedkan aku mengadap laptop 24 jam. oh hanya seminggu berusaha untuk khatam ye. yeahh haruslah berusaha! caiyok caiyok.. ^^



okeh. saya minat Korea! aww
saranghae


p/s:: dulu tak minat korea sebab semua orang nak minat..hahah cacat.


 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!