Pengalaman pertama mendaki gunung sangat mengujakan. Perasaan yang tidak terdapat pada seorang kaki pengumpul barang antik, mat rempit mahupun make-up artis. Kau hade? Poyo je kan. Baru sekali hiking dah menggelabah nak mampus. Tapi serius weh, best sangat-sangat. Macam nak lagi, nak lagi (lompat-lompat). Tapi takde peluang dan tak tahu macam mana nak cari peluang....
Masa kat uni dulu, memang menanam azam untuk mencuba segala perkara baru. Dari mencuba kayak, berfutsal, go-kart, renang, pegang ular, curi (pinjam) golf buggy, sehinggalah mendaki gunung. Kebetulan ada member dari Kelab Kelana Siswa (KLKM-UUM), ajak join. So memang grab peluang ini sebaiknya. Dari situ memang kenalan semakin rapat, menguji tahap fizikal dan mental, bersyukur dengan kebesaran Allah atas keindahan semulajadi, dan paling penting berat badan menurun kot. Slim macam ZZ gitew....
Nama gunung yang didaki tu Gunung Bubu. Ada kat Perak ni haa. Perak kan kaya dengan gunung. Menurut lagenda, kat sini tempat bunian. Lah dah tak ingat lah macam mana diaorang cerita. (garu-garu kepala) Alhamdulillah sepanjang ekpidisi takde apa-apa berlaku. Yang penting 3hari 3malam guwa tahan berak. Nasib baik bukan tahap kronik. Jangan tiru aksi ini. Dasat. Terkencing tu terpaksa, namun rasa bersalah menebal di jiwa bila terpaksa mencemarkan air sungai tu....
Yang pastinya best sangat-sangat. Yang tak bestnya tak dapat sangat menikmati view-view cantik dalam hutan sebab diaorang semua nak cepat mendaki gunung sampai puncak. Yelah semua yang dah join ni dah amateur katakan. Mula-mula memang sumpah seranah dalam hati sebab "Bodoh lah, nape aku leh join benda macam ni..!!" Tapi bila sampai puncak, Subhanallah.....Indah sangat. Sampai leh pegang-pegang awan pastu ngap. Nak naik sampai puncak tu yang agak tak tahan sebab kena memanjat. Segala kederat di serahkan.
Gunung Bubu ni antara gunung yang terpendek lah kat Malaysia. Kira hebat lah tuh dapat panjat. Bukan semua mental fit. Hiking ni sebenarnya bermain dengan psikologi. Kalau kau cakap tak boleh, sampai bila kau tak berjaya sampai ke puncak. Kau boleh!! *Boleh bha kalau kauuu.
Sebenarnya tiba-tiba nak buat entry ni sebab terbaca Kosmo pagi ni. Kisah pasal water rafting. Wahh yang ni memang tolak tepi. Bab air-air ni guwa pengsan jap. Memang nak pergi dulu ikot KLKM-UUM, tapi still tak mampu nak set otak suruh pergi. Ketaqq lutut ceq Jah uiii....Tapi view jeram kat Royal Belum Perak memang best. Dah tu cepat click sini baca kat Kosmo....
This story is based on true story. Kahkah. So sesiapa ada buat aktiviti hiking ke, water rafting ke, aktiviti-aktiviti hebakk lain ke, panggil saya, panggil saya....Nak, nak...Hehe ^^
ps :: 3hari 3malam tak tengok cermin jugak.
21 comments
fiza xpernah hiking..setakat bukit broga je la termampu..sonok kalau dpt buat aktiviti camni..
sy!hihi
p/s: jom jwb teka teki tu..sikit je lagi..klu pon dh brtmbah!
3 hr tu x berak.. blh kena sembelit
tahniah! awk menang!
hiking paling best dan paling banyak pancit bila dah give up,hahahaha! best wooo hiking
syoknyaaaaaa..grrr..nak join jugak weyhhhh....paris hilton dtg mesia pnjat bukit weiiii..huhu
bole tahan... 3 hari 3 malam ke?
tak pernah hiking -.-' tp klu ada peluang nk jgk hiking. mmg seronok ni! hihi
ingat kenangan masa kat u,pun berhiking gak tapi duk cari mana si parisnya?
syoknya hiking...
ku sangka nama mu sekadar paris, rupanya sangkaan ku meleset. sama sekali tidak benar. paris hilton rupanya, adalah aku mengakui, nama mu itu agak unik biarpun kurang digemari rakyat america.. haha, main-main je.. jgn terasa tau..
wahh.nice blog as nice entry..ops...that venue so peace kan..done follow here.follow back at http://hafrawiegeek.blogspot.com/
bestnya dpt pegi hiking..teringin sgt...nk daki gunung kinabalu hehe
waaaaaaaaaa
mahuuu jugeee!
dah lame tak berekreasi giniii
huuu
Wahh.. bestnye.. dah lama x join aktiviti cam ni.. kali terakhir pun.. 3 tahun lpas.. huwaa.. rindu..
mak ai comelnya nama bubu :d
waa. hebat nya.hohoho
waaa best nye hiking!!! nak join tpi x larat haha
wahh,,bestnye ^^ nuna sekali je pena hiking,,best gile ! haha XD
xpenah lagi hiking ni.. cuakk.. :P
wah bestnye hiking! dah lama kot tak panjat gunung huhu