February 26, 2012

Menghargai Alam - Perangai Semulajadi

Assalammualaikum,


most love, ipoh, lost world of tambun, Gunung Bubu di Perak, go green



Dulu dok kutuk-kutuk dalam entry [Ipoh Tak Maju-Maju]. Sekarang sudah sayang maa sama Ipoh. Kutuk pon bukan dapat apa. Walaupun serius rindu dekat Kolumpo tuh... sob sobs...


Bukan apa, sejak dah bekerjaya nih, barulah dapat explore kawasan-kawasan Ipoh nih. Sebab selalu kena pergi site dan tengah pekan. Haritu pergi kerja pagi-pagi naik motor. Pastu suka sangat dengan pemandangan pagi kat tempat sendiri. Berkabus. Dan terlihat gunung-ganang yang cantek-cantek. Tambun kot.... Pernah naik Gunung Bubu dulu, dan jakun menghargai flora fauna dekat situ. Dok wahh wahh sana sini sorang-sorang. Tapi kena marah sebab daki lambat. Huh.





Melah Melodrama [Part 2] [TAMAT]


Melah Melodrama [Part 1]



Ahh kusangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari.. Semua artis sama jelah! Baik Melah, Naiemah Letip mahupun Shila Amjah! Glamour lagi penting daripada segalanya. Sudah ku berikan hati, masih tidak cukup untuk mengikat ke jinjang pelamin. Kata mereka, belum sampai waktulah, mahu jaga reputasilah, takut peminat terkejutlah...


Apa yang dikejar sangat rangking hot tuh? Kini aku sudah pun 35 tahun. Lebih daripada 279 drama dan filem aku bawa. Tibalah masanya aku berundur diri. Aku tercari-cari identiti aku sebenarnya. Seperti aku kehilangan sesuatu. Ya, aku tiada pelengkap kepada rusuk kiriku.. Aku dahagakan kasih sayang.. Mama, papa sudah lama ke rahmatullah. Abang Sopian pulak telah lama berhijrah ke Korea sebagai backup dancer artis K-Pop.. Kini aku sendiri di bumi Malaysia...


Begitulah keluhan Pejal yang memikirkan takdir hidupnya...


**********


Suatu petang yang hening...

“Eh Phat, macam biasa ya! Lamb chop dan sky juice ok!” Pejal memesan makanan kepada pemilik restoran Phat Corner sambil mengambil tempat duduk disatu sudut restoran. Itulah utin biasanya melepak di restoran berkelas 5bintang itu kerana nak jaga status artis terkenal Negara. Bukan calang-calang orang boleh melepak direstoran itu kerana harganya yang mencekik darah. Lagipun Pejal tahu orang kebanyakan tak akan mampu ke restoran itu. Jadi tak usahlah dia risau akan dikerumi orang ramai yang menggilainya..

Sambil Pejal melayan shisha yang disediakan oleh pihak restoran, Pejal tiba-tiba seakan tersentak dengan apa yang dilihatnya... Terus paip shisha yang dihisapnya terjatuh ke lantai. Melah??? Pejal seperti tersembul bijik mata...

Melah yang ralit melayan karenah anak kecil disebelahnya sekilas mengalih kearah Pejal. Abang Pejal??? Melah seakan tidak percaya kerana Pejal lah orang pertama yang dijumpainya setelah tiba dari KLIA dan terus ke restoran ini kerana lapar sangat. Setelah lima tahun di Kanada, baru hari inilah Melah kembali ke Malaysia.


Melah terus terkebil-kebil melihat Pejal yang beralih dari tempatnya dan terus menerpa kearah meja makannya.


“Assalammualaikum, Melah kan? Ingat lagi tak kat bang?” Pejal mula bicara.

“Mama, mama sudu Akim jatuh... Amikkan lah...” anak kecil tadi merengek manja.

Pejal tersentak. ‘Mama?’ Baru kini dia paham... Kekasih hati zaman silamnya itu sudah berumah tangga. Apa yang diharapkan pada Melah lagi!

“Er takpelah, saya salah orang kot. Maaf...” Pejal terus berlalu pergi...

Melah seperti terasa hati dan perasaanya dicarik-carik pilu...


**********


Melah mengambil tempat dihujung katilnya. Mengenangkan kembali pertemuannya dengan Pejal siang kelmarin. ‘Abang Pejal....’ Disaat itu jugalah, manik-manik jernih mengalir dipipinya. Tidak dapat dibendung perasaan rindunya pada Pejal. Ditenungnya lama gambar mereka berdua sewaktu bercuti di Bali sepuluh tahun lalu.

Seronok waktu itu.. Melancong berdua.. Bermain air laut bersama.. Geli-geli... (oitt !) Melah tersenyum kecil... Ketika itu jugalah, Pejal melamarnya untuk bernikah. Dan mereka berjanji sehidup semati... Namun, Melah yang telah mematahkan janji itu...

Alasan melanjutkan pelajaran dalam bidang lakonan, bukanlah alasan sebenar dia meninggalkan Pejal. Ada yang lebih kukuh dari itu.. Melah bertekad mahu ke rumah Pejal keesokan harinya. Untuk meluahkan segalanya yang terpendam...


Ding dong...

“Ye cari siapa?” Pejal serta merta terkejut dengan kehadiran Melah di condominium mewahnya.

Melah terus masuk meluru ke dalam rumahnya tanpa dipelawa Pejal. Pejal seakan kebingungan. “Melah buat apa kat sini?”

“Melah nak bincang sikit dengan abang!”


**********


Kini mereka berdua seperti belangkas yang bercinta. Kemana sahaja pasti berdua. Saat manis bersama dulu kini kembalai berpaut. Begitulah kalau dah jodoh tak kemana. Salah faham sejak sepuluh tahun lalu sudah terlerai. Dan anak kecil bersama Melah tempoh hari hanyalah anak angkat si Melah...


‘Aku terima nikahnya Melahwatie binti Harun dengan mas kahwinnya sejuta tunai....’


Sah. Ungkapan berjanji setia tadi telah pun selamat dilafazkan. Kini Melah sah miliknya seorang. Pejal dan Melah segak berbaju pengantin rona putih suci rekaan Hatta Dolmat Coulture. Para wartawan turut dijemput hadir bagi memeriahkan majlis. Kata bekas artis kan... kenalah jemput wartawan. Kalau tak wartawan merajuk dan tulis bukan-bukan kat akhbar.


Wartawan : Tahniah Pejal dan Milasara... So apa perasaan Mila jadi isteri kedua?

Melah tertawa kecil.

Melah : Ada-ada je nak usik. Saya tak fahamlah...? Melah memandang Pejal.

Pejal : Jawab jelah sayang. Apa perasaan sayang jadi isteri kedua...?


Melah kebingungan. Dia seperti dipermainkan. Setelah semuanya berakhir, barulah Melah mendapat jawapan yang pasti bahawa dirinya hanyalah isteri nombor dua. Isteri pertama Pejal pula hanyalah gadis kampong yang dinikahkan secara sederhana dikampungnya dua bulan lalu. Pejal puas mengenakan Melah. Dendamnya seolah terbalas...

Namun Melah telah meminta cerai dua hari kemudian kerana tak sanggup untuk bermadu. Apatah lagi dirinya hanyalah permainan jahat Pejal....

Pejal pula? Ahh pandai-pandailah dia jaga isteri pertamanya tuh....!


TAMAT



Fakta :
=-  Melodrama membawa maksud kisah yang penuh rasa dalam satu cerita.
--  Lokasi perkahwinan Pejal diatas tadi disponsor oleh Phat Corner.
-- Watak yang dimainkan hanyalah rekaan semata-mata.



Ramai yang mintak sambungkan cerita ini... Sekarang no more sambung-sambung okeh... Maaflah tak boleh nak buat ending romantic, sebab diri ni pon belum merasa kemanisannya lagi. Tunggu lepas kahwen, semua cerpen romantic-romantik saje... Aww~




February 22, 2012

WW 28 : Believe In You








February 20, 2012

Blogger.com gila atau....?

Assalammualaikum,

Sekarang dah start guna new blogger interface. Ala yang pakai dashboard baru kaler oren yang-sangat-menyampah-tuh. Terpaksa dan dipaksa tukar kot. Sebabnya bila pakai yang lama, dah dua kali taip panjang-panjang, lepas published je, satu hapa tak keluaq. Haremjadu...


- Sebab tuh dekat profile sudah tukar itu pon jadi XILA RISTON. Sebab direct ke Google+ terus. Halorr rindu dekat Perishw Leptewn lar... Takdak masa nak tukar setting sana lagi...


- Dah guna dashboard baru ni, makanya tak pernah lagi blogwalking kat muka depan dashboard tuh. Dah la lambat loading, bila nak ke bawah lagi dah tak boleh sebab, entah, gila kot...


- Sekarang pon dah guna awaiting mode comment tuh sebab, sekarang kan tengah busy, so kena balas jejak dan baca komen dulu dari situ. Macam puas hati sikitlah. Comment punya incoming pon macam lembab oi... Tapi dah tiga entry comment tak published lagi sebab tak sempat balas jejak lagi. Im sowie...!


New blogger interface membebankan anda?




February 15, 2012

WW 27 : Hadiah Dari Aliff




Tomey-tomey tak Dodol dari Aliff???

Maceh tau Aliff...
Say suka, saya suka~





February 13, 2012

Be Mine - Tasha Manshahar

Assalammualaikum,

Sejak nampak sorang rakan blogger post lagu Tasha Manshahar ni, terus rakusnya share kat Facebook. Lagu Be Mine nih dia yang cipta sendiri. Tapi macam takde originality je bila ada mentioned Facebook jugak. Dan lagi satu mesti dia terikut cara Zee Avi jugak. Tapi yang penting, asyik dok ulang lagu ni je dari semalam. Dan secara rasminya terus buat ringtone! Hahah.


Jom dengar. 



Be Mine - Tasha Manshahar
Bermula di Facebook
You IM I dulu tak tahu malu
I malas nak layan
So I buat tak tahu

You terus cuba dan mencuba
Sehingga I jatuh cinta
Gatalnya diri you
Membuat I terjatuh..

Bila kita dah start mengada
Kita selalu keluar sama
Borak panjang-panjang
Makan dan tengok wayang


Sikit-sikit je I merajuk
You selalu sabar pujuk
Tapi sebenarnya
I cuma test you saja


Let me tell you that I love you
And I never wanna wrong tou
Take my hand baby
Come, go through with me
Let me tell you that I miss you
And I never wanna lose you
You're my heart baby
My life is incomplete without you


Dalam pada I gembira
Sometimes I feel so sad juga
Cause you dah berpunya
But I always want you to be mine forever

Please be mine forever....




Macam tak best je bila penghujung lagu Be Mine ni, lelaki tuh dah berpunya. Dan nampak tak yang main gitar tuh? Dia pon ada dalam youtube nyanyi lagu Bengang by Akim AF. Tapi punyalah sengau...duhhh




February 8, 2012

WW 26 : Penjaga Tandas Awam


Jom join Geng Blogger Sengal untuk terapi perut. 

Atas ni ID kita...
Penjaga tandas awam...
Memang nak kena siku tok ketuat nih!!
Dan orang mintak gambaq raksasa, dia bagi naga tasek chini....!

FIREEEEEE!!!


Dengan ni, marilah wahai orang ramai, kita menjaga tandas awam kita.
Kebersihan negara,tanggungjawab kita!
Majulah sukan untuk negara.
Maaf, terlebeh suda~





February 4, 2012

Biniku Sakai

Assalammualaikum,


Cerpen ni, ending kepada cerpen dari Ezad [Biniku Sakai]



Aku duduk sendirian di suatu sudut.
Tak boleh main sangat dengan minah nih, nanti apa lagi dia buat untuk malukan aku.

Aku memerhati suasana parti mewah ni, ada DJ sedang rancak memainkan lagu....
Yep idea aku nak basuh si Myra, kini datang dengan rakusnya.
Kehkehkeh. Aku bagai dirasuk.
Aku ke meja DJ tu untuk merequest lagu spesel untuk Myra. Sambil terus merampas mikrofon disisi DJ tersebut.


'Attention, attention please...,
Buat isteri tersayang, Myra Hasfira Syafareena Hana Farha aka Myra dangdut, abang ada lagu yang hendak dituju khas untuk awak... Ehem, ehem....'


Jeman mula melantunkan suaranya yang ala-ala bajet retis.

Saksikanlah~~~~saksikanlah olehmu wahai sang hujan~~
Aku yang telah jatuh~~Dilanda.....asmara~~


Lagu memori daun pisang terus berkumandang memecah suasana parti.
Orang ramai mula bersama pasangan masing-masing dan berdansa mengikut rentak lagu Memori Daun Pisang itu. Aku plan nak ajak Myra menari kerana aku tahu Myra menari kelaut. Tidak sepertiku.
Orang ramai menggelarkanku, kaki clubbing Selayang.


Aku mula menarik rakus Myra merapati aku. Eh tiba-tiba dadaku berdegup kencang.
Hakkktuihhh. Myra meludah tepat kewajahku sambil terus berlari anak ke parking.


Aku mulai kejar Myra sambil lap air ludah tadi. Hujan dan dan turun lebat ke bumi...
"Myra, Myra woi tunggu aku...!"


Aku berhenti melihat Myra menangis teresak-esak di sudut kereta Ferrari miliknya.
Sensitif jugak Myra ni, ingatkan sakai sangat! Getus aku.


"Dah kau kenapa nanges dalam hujan?" Aku yang gentleman memimpin dirinya masuk ke dalam kereta...


Aku mula startkan enjin kereta. Aku melihat baju Myra yang putih tadi terus menjadi lutsinar. Gulp. Aku merapati dirinya. Tanpa ku sedar, kami memadu asmara....


Sehinggalah keesokannya, baru kami sedar yang kami masih di dalam kereta! Hari sudah siang bro! Aku tersenyum nakal mengenangkan aktiviti kami malam tadi. Lalu pulang kerumah...


Dua hari kemudian!
"Abang Jeman....Tahniah...abang akan jadi papa....!" Myra keriangan.


"Apa? Apa? Padahal baru dua hari lepas kita...buat projek tu...?"


Jeman terkena!





Ingatkan nak buat ending romantik. Tapi bila mengenangkan tajuk Sakai tu...sakailah jugak ending dia...
Maaf atas penggunaan kata sakai. Weeeee



Melah Melodrama


Melah Melodrama

Sedari tadi, Pejal asyik kehulu-kehilir memikirkan Melah kesayangan hatinya. Hampir seminggu tanpa khabar dari Melah membuatkan Pejal tidak keruan. Dicapainya Aifon Five di atas meja lalu cuba mendail nombor Melah..

‘Tet.. tet..tet.. nombor yang anda dail busy la, ce cuba lagi ok.. Tuttt... '

Pejal menghempaskan telefon bimbitnya ke atas sofa. Dia mengatur langkah ke beranda sambil menikmati pandangan Kuala Lumpur dari condonya di tingkat 13.

‘Pehal kau Melah? Abang rindu tahu tak?’ mengomelnya sendiri. Pejal sentap.


I, I, I, Love you like a love song bebeh... I, I, I, love you like alove song bebeh....~


Telefon yang dihempasnya tadi berdering riang..

“Helo, Pejal disini, sape disana?” Telefon yang diangkatnya tadi tiba-tiba terlepas di genggaman Pejal. Berkecai Aifon Five yang baru dibelinya malam Jumaat lalu sebab nak show off kat Melah, begitu jugalah berkecainya hati jejaka yang bertahi lalat di dagu itu... Terngiang-ngiang sepatah dua kata Melah di telefon tadi, ‘Helo abang moncit, Melah nak mintak putus, kbai’....


**********


Dua tahun kemudian...

“Weh Pejal, kau add la minah nih. Hot setaff tuh..” beriya Adila Kassim, rakan sekerja Pejal menyuruhnya menge-add artis sensasi terbaru dari Kota Singa, Naiemah Letip. Sementara menunggu waktu bertugas, sempat si Adila Kassim melayan FB di Samsang Galaxy XYZ miliknya. Siapa tak kenal Adilla Kassim kann, kaki like FB!

“Nah, kau amek blackbarai aku, ko buatlah apa yang patot!” Pejal memberi isyarat kepada Adila Kassim untuk menolongnya mene-add artis baru itu.

“Cayalah bro!” Adila Kassim mencapai telefon bimbitnya.

Sementara itu, Pejal memasang headphone buatan Perancis dikepalanya, sambil melayan lagu kesukaanya, 'kekasihku di menara gading'... Asyik.. Tiba-tiba Pejal tersentak. Adila Kassim yang kaki like FB tadi menguit-nguit bahunya. Pejal berpaling kearah Adila Kassim. Dia mengangguk tanda paham.

Adila Kassim menunjukkan isyarat tangannya, 1, 2, 3...

‘Yeah selamat petang Malaysia, salam sejahtera semua. Seperti biasa, bersama saya, Pejal Mohd...’ Pejal lantas mengerling ke arah Adila Kassim..,

‘Dan... saya Addila Kassim, dalam petang di Eja FM, memainkan mujik terbaek....’

Begitulah rutin petang Pejal bersama karier barunya sebagai juruhebah radio di stesen muzik terkenal di tanah air. Walaupun baru bertapak, namun berbekalkan pengalamannya sebagai DJ di majlis-majlis perkahwinan sebelum ni, amatlah membantu. Kini Pejal, somebody!


**********


Beberapa minggu kemudian...

Lebih kurang sejam saja lagi untuk temubual live bersama pelakon baru, Milasara Arisya Insyirah. Mereka akan mengulas filem terbaru arahan Yusrilisayes, ‘Hatiku Dirabak Pilu’, akan datang March ini..  Adila Kassim mula membuat research di internet mengenai tetamu yang bakal ke udara bersama mereka. Lain pula Pejal yang tekun mendengar lagu kegemaran tak sudahnya itu... ‘Kekasihku dimenara gading..’

Sejam kemudian...

“Melah........?” Pejal terpana. Betulkah ini Melah aku yang dulu? Yang dulu penuh berjerawat batu dipipi tapi kini licin bak sang puteri..

“Ni bukan Melah lah.. Haa nilah tetamu kita petang ni. Milasara Arisya Insyirah. Pelakon baru kau tahu???” Adila Kassim menyampuk..

Me..melah...sarah...isya...asyira...?? Pejal musykil. Bukan, bukan, inilah Melah yang aku kenal dari dulu. Melahwatie bin Harun. Takkan aku silap orang??? Pejal sedikit blur... Yup, nilah Melah aku yang dulu. Tak syak lagi. Pejal yakin.


“Silakan duduk Mila, get ready okeh. Lagi lima minit kita akan on air..” kata Adila Kassim.

“Terima kasih..” balas Melah sambil meletakkan bag Gucci di sisinya.

‘Ya bersama saya dan...., dan Pejal Mohd lagi di Eja FM. Seperti diuar-uarkan, pada petang ini, artis baru yang melonjak naik, Milasara Arisya Insyirah ada bersama kami. Kami akan menemubual beliau beberapa minitttt saje lagi... Tapi sebelum itu, berhibur bersama Bangface-Panik.’

“Pejal, kau kenapa! Kita tengah live kot! Yang kot dok tenung Mila dari tadi ni nape? Angau? Eh kalau kau tak nak kerja, tak payah masuk kontilah...”

Pejal tidak menghiraukan langsung tenkingan dari Adila Kassim. Ditenungnya Melah seperti mahu membahamnya. ‘Kau kejam Melah...’, Pejal merengus. Melah dari tadi tidak senang dengan tenungan Pejal.

“Kau buat perangai lagi siap Pejal. Fokus!” Adila Kassim mengarah.


‘Ye Mila, ceritakan sedikit watak anda dalam filem Hatiku Dirabak Pilu ni..’

‘Saya memegang watak sebagai Lofa, isteri kepada....’

‘Melah! Sampai hati kau tinggalkan abang dulu...!’

Pejal mencelah. Adila Kassim yang tersentak dengan reaksi Pejal memberi isyarat diam kepada Pejal.


‘Kau pergi Kanada secara tiba-tiba untuk menuntut ilmu lakonan disana sedangkan kita sudah berjanji untuk berkahwin Melah...’

Psstt, pstt Pejal!!!

“Kau diam Dila, kau diam Dila~”

Melah tak mampu menahan airmatanya. Sesungguhnya dia juga merasa sebak dengan tindakannya dulu itu. Kerana cintanya terhadap bidang lakonan lebih tebal daripada cintanya pada Pejal, dia tegar meninggalkan kekasih yang dikenalinya itu sejak tadika lagi... Sememangnya lagu kesukaan Pejal, 'kekasihku dimenara gading' memang ditujukan kepada Melah tercinta.

“Maafkan Melah, abang...”

 
**********


Dengan serta merta Pejal meletak jawatan sebagai juruhebah radio. Apedehal, sejurus meletak jawatan, berduyun pengarah offer berlakon drama dan filem kepadanya. Orang ada pakej kan.. Melah pula terus membawa diri ke Kanada dan mencuba nasibnya disana pula. Kini, Pejal bahagia bersama teman tapi mesranya Naiemah Letip, artis sensasi dari Kota Singa. Secara tak langsung, Pejal pon amat popular di Malaysia dan Singapura... Retis gitu...


TAMAT.





Watak utama:
Pejal - Afzalsukasuki
Adila Kassim – Pelangi Hijau
Naiemah Letip – Naiemah Ramli
Melah – undefined


Idea ni datang dari lagu Twinkle Away. Lagu popular zaman matrik Kuala Nerang dulu. Watak Melah dari MindaKronik. Suka dengan nama Melah!








February 1, 2012

WW 25 : Childhood Hingusan



Assalammualaikum,
Bag sekolah lusuh ni kepunyaan den maso tadika dulu-dulu. Masih diguna pakai sebab menyimpan dokumen. Bag comot mesti menggambarkan tuannya pon comot kan??
Tepat sekali!!!










Sekian, terima kaseh ...



 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!