August 1, 2013

Sebenarnya Saya Start Blogging Since July 2007 !

Assalammualaikum,

Blogger Rileks Minda ada tunjuk jumlah pageview kat entry dia. Jadi terfikir nak usha gak pageview blog Dear Xila ni. Penanda aras gitu. Yelah sekarang dah masuk bulan Ogos kan kenalah ada ciri-ciri fokus dan penambahbaikkan since dah aktif blogging ni. (I am jobless wehh)  Hello Ogos! Be nice to momma. Hahah.

Terkejut punya terkejut dia bila tengok pageview sendiri semacam 'hey hey aku tak percaya cinta'. Biar betul aku dah blogging sejak 2007 nih! Punyalah korek balik memori celah-celah serebrum gua ni. Memang lah motif sebenar blogging ni dari pengaruh cik Khairunnisa ni, tapi tak ingat tahun berapa. Ditambah lagi dengan dah deletenya pon entry lama-lama yang memang kelakar dan tak perlu tunjuk dah huhuu...


Pageview, keyword, pengalaman blogging, blogger, blogger.com, apa itu blog, love, xila
 Are sure Mr. Google?

 Epic moment XD


Satu hari cik Khairunnisa mesej suh bukak internet dan baca blog yang dia baru buat. Biasalah budak lagi zaman tu, jadi teruja dia lain macam. Saya pun gagahlah pi tengok dan terus sign up sebab nak komen blog dia punya pasal. Lastly, blog dia dengan satu ketul entry dia tu terus berkubur. Hampeh punya budak.. Dan waktu tu ada la jugak update blog tapi tak sangka tahun 2007 kau! Thanks God kembalikan keyakinan ini hee.



Pageview, keyword, pengalaman blogging, blogger, blogger.com, apa itu blog, love, xila
July 2007 hingga Sept 2008 blog dibiarkan terabai. Sepi sesepi angin lalu. ?


Dan officially aktif blog bila Puan SDG (Self Development Group) suruh kumpulan saya buat blog. Around 2008 gitu. Masa tu macam..'eh aku ada blog la'. Happy sebab tak perlu sign up dan hias blog sebab dah pernah buat before kan. So kawan-kawan lain pon sibuk tanya macam mana nak buat blog sebab projek ni wajib. Maka, yeahh terharu sebab dapat update blog sampai sekarang. Jom nangis kegembiraan ini bersama-sama. Sroot sroot..

Tapi saya ada satu sifat, bila mana akan tinggalkan blog setahun, setengah tahun, 2-3 bulan lamanya dalam masa setahun. Tak konsisten. Hampeh jugak budak ni. Jadi traffik pernah ke laut dalam! Ditambah pernah terdelete album gambar di Google, semua entry lama error tanpa gambar. Pengalaman mengajar kita..



Pageview, keyword, pengalaman blogging, blogger, blogger.com, apa itu blog, love, xila
 Latest pageview 31 July 2013.

Saya janji...saya janji dengan awak semua saya akan update hari hari... Haa saya janji lagi, nak jadi blogger peramah... Lagi satu saya janji saya nak jadi budak baik *Tiba-tiba Insyaallah :)



Waktu awal blogging dulu, entry Bunga Tulip paling ramai orang view. Yelah dulu-dulu tak ramai ada blog kan. Ini bukan entry riak, tapi entry berkongsi kegembiraan yang secebis cuma. Mak rasa happy sangat nokkkx. Jemput datang rumah raya nanti hehe..!

Tahniah jugak buat jiran yang dapat masuk majalah. Happy for you !
xoxo
;p



February 20, 2012

Blogger.com gila atau....?

Assalammualaikum,

Sekarang dah start guna new blogger interface. Ala yang pakai dashboard baru kaler oren yang-sangat-menyampah-tuh. Terpaksa dan dipaksa tukar kot. Sebabnya bila pakai yang lama, dah dua kali taip panjang-panjang, lepas published je, satu hapa tak keluaq. Haremjadu...


- Sebab tuh dekat profile sudah tukar itu pon jadi XILA RISTON. Sebab direct ke Google+ terus. Halorr rindu dekat Perishw Leptewn lar... Takdak masa nak tukar setting sana lagi...


- Dah guna dashboard baru ni, makanya tak pernah lagi blogwalking kat muka depan dashboard tuh. Dah la lambat loading, bila nak ke bawah lagi dah tak boleh sebab, entah, gila kot...


- Sekarang pon dah guna awaiting mode comment tuh sebab, sekarang kan tengah busy, so kena balas jejak dan baca komen dulu dari situ. Macam puas hati sikitlah. Comment punya incoming pon macam lembab oi... Tapi dah tiga entry comment tak published lagi sebab tak sempat balas jejak lagi. Im sowie...!


New blogger interface membebankan anda?




September 7, 2011

Rupa Adalah Faktor Menjadi Blogger Popular ?

Assalammualaikum,


"Muka kau tak cantik macam Yuna!"

"Aku menyampah lah tengok muka kau"

"Bajet bagus lah muka macam tu? Gedik!!"

"Eh abang Ben lagi macho lah dari abang kau..." 

"Pesal blog kau tak hensem?!" Erk???


Itulah antara dialog-dialog yang sering dibicara dalam hati. Korang ada pernah tak terlintas macam tuh dalam hati? Haa kantoiii... Adakah fenomena Hensem atau Cantik rupawan menjadi faktor sesebuah blog itu popular? Seterusnya menjadi salah sebuah blog yang berpengaruh di seantero Malaysia? Mari kita kupaskan.


Ewah dah macam journalist pulak kan? Memang teringin pon.. ><


Kebiasaannya yang mempunyai kata hati seperti dialog di atas terjadi kepada blogger popular. Bagi blogger popular yang juga bukan artis tanah air, sering kali di keji secara halus. Betul tak wahai blogger popular? Jangan tanya saya. Sah-sah tak popular lah Jahh oii. Sering kali juga anonymous datang mengacau blogger popular secara mengeluarkan kata-kata tidak manis dan fitnah. Kan? Kesian kan?


Ini kerana salah satu faktor cemburu. Ya ternyata lebih ramai anonymous menyerang blogger popular berbanding blogger kebanyakan. Tak perlulah disini menyatakan bloger-blogger popular yang sering bermasalah dengan anonymous kan? 



Tapi bagi aku pelik dengan kaum manusia ni. Pantas cemburukan kejayaan dan kehebatan orang lain? Blogger popular juga suatu masa dulu payah untuk sampai ke tahap yang stabil bagi mereka. Telah ramai blogger yang aku perhatikan selama berblogging ni. Tabik spring pada Yuyu Zulaikha. Walaupun blogger popular, tapi beliau sangat humble. (setelah diperhatian sekian lama :P)


Memang senang nak jadi blogger popular tapi bukan senang nak jadi blogger terhebat. Macam denaihati.com kan. Memang tak boleh lawan kan? Rupa denai hati tu pun macam manalah agaknya kan? Faktor rupa bukan prinsip Denai Hati. Masih dan tetap hebat walaupun rupa bukan sandaran utama. Yang pasti mesti confirm beliau ni kacak. Heheh

"Eh dia ni comel/kacak lah. Aku nak follow lah."

Wajah yang cantik hesem rupawan merupakan bonus seseorang blogger. Bagi artis wajah adalah penjenamaan sesebuah blog. Haruslah kan. Saat ini ramai yang mempertaruhkan wajah. Tempek gambau besau-besau kat header. Oh tak salah. Apa kata kita berfikiran terbuka wahai rakan-rakan blogger? Sudah tentu industri blogging di Malaysia meriah bukan?

(Testimonial)
"Anita (bukan nama sebenar) ni kawan aku sendiri, memang beliau sangat cantik. Header dia penuh dengan muka dia je. Tapi dia baik dan mesra. Memang comel. Baru je blogwalking awal tahun ni, tapi follower kalah aku. Beribu je sekelip mata. Anugerah Blogger popular kasi dia. Heh. Last-last dia dah berhenti berblogging dah. Sebab faktor masa dan hilang rasa pada blog mungkin. Motif? Bukan semua orang sejiwa dengan Blog."


Akhir kata bukan sahaja faktor wajah memainkan peranan, kemesraan, rajin berblogwalking, bukan kaki copy paste, pandai bermain SEO, dan banyak lagi faktor yang memungkinkan kita menjadi blogger popular atau terhebat. Susah-susah dulu pendapatan bukan?


ps :: hidung saya kemek..



April 28, 2010

blogger separuh masa

hahaha...aishhhh sambung kembali menjadi blogger! tapi separuh masa jela..
ayuh!,,ngeee~
blog ni dh diupdate ye stelah setahun dtinggalkan sendirian..alalala ciannye blogku ni..emmm sbnarnye idea tulis blog cik puan SDG(self development group-lbh kurg mentor mentee) yg suh create,kire cam asgment. entry2 yg dulu sume dh buang sbb x bekenaan ngan blog ni dah..hahahhaa hohoho

blog ni nme bintang..mulai skarang sgla cite suka,duka,luahan ke ape2 ke akan aku luahkan kat bintangku ini...jd,,, yeah, come on zila!!!

go,go, chayok!!!~~ (semangat2~!)

blogger, diriku, love, SDG, separuh masa, blogger.com, newbie blog, pengalaman blogging, konsep asas blog


 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!