Tajuk tak boleh blah! Sejak akhir-akhir ni selalu mimpi yang manis-manis. Selalunya bila bangun tidur malas nak fikir pasal mimpi. Tapi dah lately ni asyik mimpi benda-benda manis je, bangun tidur muka ada kasi senyum juga la... Takde modal nak cerita, cerita pasal mimpi boleh? Ahahkkk
Mari saya nak tafsirkan mimpi-mimpi manis yang telah saya lalui. Macam skema kan hahah. Tapi ni pun sekadar Google je dik nonnn. Sekadar suka-suka dan tak percaya pun. Kita kenalah percaya dengan kuasa paling berkuasa di atas kan...
Saya mimpi makan kek tau. Tapi lebih kurang kek swiss roll tu. Ada dua tray dan dalam tray tu penuh dengan kek warna-warni, macam-macam hiasan ada dan saya makan hampir semua kek tersebut! Dan ada tinggal lagi dua tiga ketul masih berniat nak habiskan semuanya...Iskkk
Maksud Google : Dapat musibah/terkena penyakit.
Maksud sebenar : Jangan tamak... yelah kalau tamak makan banyak sangat benda-benda manis maunya dapat diabetes. Betul kata Google..
Maksud sebenar : Jangan tamak... yelah kalau tamak makan banyak sangat benda-benda manis maunya dapat diabetes. Betul kata Google..
Mimpi makan buah strawberi
Lagi satu mimpi makan buah strawberi. Gila manis buah tu... Punyalah rasa teruja dan seronok dapat makan strawberi dalam mimpi tu..
Maksud Google : Akan dapat pujian dari banyak orang
Maksud sebenar : Sebenarnya saya mengidam buah strawberi. Dah lama plan nak beli buah strawberi tapi bila pergi mall selalu terlupa huhu. Tapi dapat makan dalam mimpi pon boleyyy...
Lagi satu mimpi makan buah strawberi. Gila manis buah tu... Punyalah rasa teruja dan seronok dapat makan strawberi dalam mimpi tu..
Maksud Google : Akan dapat pujian dari banyak orang
Maksud sebenar : Sebenarnya saya mengidam buah strawberi. Dah lama plan nak beli buah strawberi tapi bila pergi mall selalu terlupa huhu. Tapi dapat makan dalam mimpi pon boleyyy...
Mimpi Mamat Korea
Situasinya seperti kat dalam kem tau. Lepas aktiviti berbasikal, kami (kawan pon ada dalam mimpi ni haha) diarah untuk berkawad. Dan coach baru datang conduct dan periksa baris. Tiba-tiba dia bagi isyarat mata. Kenyit-kenyit mata gitu. Saya pon terkejutlah tapi kenalah serius tegak masa tu. Kata dalam kem kann.. Displin dalam mimpi pun kena jaga..
Lepastu nyanyi lagu patriotik tapi tak ingat lagu apa. Rasanya lagu patriotik atau Negaraku sebabnya berdiri tegak semacam je sambil senang diri. Dan tiba-tiba, masa tengah khusyuk nyanyi, coach tu berdiri sebelah saya sambil beri senyuman macam oppa dalam cerita Korea. Pastu dipicitnya pipi ai oke... Em em memang coach tu hensem bak hang macam 'opppaaaa!!'
Sumber www.allkpop.com |
Maksud Google : Nak gi Korea/ jodoh dengan mamat Korea (oke ini tipu je hohohohoh)
Maksud sebenar : Inilah padahnya tengok KDrama continuously. Lagi-lagi genre action drama sampai masuk dalam mimpi haaaa...
Ps :: Baru lepas habis khatam Korean Drama - 7th Grade Civil Servant. Tak baru sangat la dalam awal bulan ritu. Okla not too bad. Seperti biasa watak second hero menjadi pilihan setiap penonton. Kelakar jugak walaupun heronya tak hensem seperti oppa!-oppa! yang lain heee ♥
23 comments
kadang2 bila terkenangkan mimpi2 sendiri nak tergelak pun ada, tapi kalau mimpi yang "sesuatu" tu, haih...mintak sangat dijauhkan kalau boleh janganlah masuk dalam mimpi tu...buat semak jer...ekekeke...
Mcm itu punya tafsiran pown ado...
comel je kek tu.. rasa nak makan jugak :)
wah.. kek itu nampak sedap.... :)
2nd hero lebih mnjadi kegilaan hek! hehe
Nak juga mimpi2 yang sweet itu
mimpi menarik ni !
muahahahha..... bab last tu yg akak tak blh tahan tuh
tak pernah pula dgr mimpi-mimpi mcm ni...
kita suka aje kalau mimpi-mimpi yang sweet-sweet.. Tak mau yang sedih-sedih coz automatically mood pun kureng bila bangun tidur..
mimpi tu memang ada kaler eh?
pernah mimpi dah bangun siap dah mandi..rupanya atas katil lagi..haha
mujur tak mimpi patuk ular ker hiksss
amboii..sampai terbawa2x mat korea dalam mimpi..tak menahan..hahaha
dari:
akubahrain.com
ni mimpi kaki dvd ni.. hehe
kalaulah mimpi tu jd kenyataan.. haha. bahagia!
Assalamualaikum xila. hahaha lawak je maksud sebenarnya. yang pasal makanan tu haa. heee. sheila selalu mimpi pelik2. setiap kali bangun mesti terfikir balik pasal mimpi pastu cerita kat suami. nanti dia gelak je. takda komen apa. hahahaha. mimpi punya pasal kannnn ;p
kahkah. mmg nak kawin dgn org korea kee? :D
salam xila apa khabar :)
wahhhh gelak je kak lea baca mimpi2 tu semua.sebab xila manis sangat tu mimpi pun manis2 he3...
macam2 hahaha..
adoiii.. kek tu buat teman rasa lapooo
bestnya mimpi yang sweet2.. macam nak sambung tido lagi. hehe
tapi kadang2 bila kita mimpi cepat je kita lupa xpun sebahagian mimpi je kita masih ingat.. punya panjang mimpi kita tapi nak buat ayat nak pendek je kan kan..
nak luahkan apa yang kita mimpi tu tak sampai..
wahh siap mimipi mamat korea.. ini mesti berangan sebelum tidur
Wah!! mimpi mamat korea gituu..hehehe