September 17, 2013

Maksud Mimpi Makan Kek, Buah Strawberi, & Mamat Korea

Assalammualaikum,

Tajuk tak boleh blah! Sejak akhir-akhir ni selalu mimpi yang manis-manis. Selalunya bila bangun tidur malas nak fikir pasal mimpi. Tapi dah lately ni asyik mimpi benda-benda manis je, bangun tidur muka ada kasi senyum juga la... Takde modal nak cerita, cerita pasal mimpi boleh? Ahahkkk

Mari saya nak tafsirkan mimpi-mimpi manis yang telah saya lalui. Macam skema kan hahah. Tapi ni pun sekadar Google je dik nonnn. Sekadar suka-suka dan tak percaya pun. Kita kenalah percaya dengan kuasa paling berkuasa di atas kan...

Mimpi makan Kek



Saya mimpi makan kek tau. Tapi lebih kurang kek swiss roll tu. Ada dua tray dan dalam tray tu penuh dengan kek warna-warni, macam-macam hiasan ada dan saya makan hampir semua kek tersebut! Dan ada tinggal lagi dua tiga ketul masih berniat nak habiskan semuanya...Iskkk

Maksud Google : Dapat musibah/terkena penyakit.
Maksud sebenar : Jangan tamak... yelah kalau tamak makan banyak sangat benda-benda manis maunya dapat diabetes. Betul kata Google..


Mimpi makan buah strawberi
Lagi satu mimpi makan buah strawberi. Gila manis buah tu... Punyalah rasa teruja dan seronok dapat makan strawberi dalam mimpi tu..


Maksud Google : Akan dapat pujian dari banyak orang
Maksud sebenar : Sebenarnya saya mengidam buah strawberi. Dah lama plan nak beli buah strawberi tapi bila pergi mall selalu terlupa huhu. Tapi dapat makan dalam mimpi pon boleyyy...


Mimpi Mamat Korea
Situasinya seperti kat dalam kem tau. Lepas aktiviti berbasikal, kami (kawan pon ada dalam mimpi ni haha) diarah untuk berkawad. Dan coach baru datang conduct dan periksa baris. Tiba-tiba dia bagi isyarat mata. Kenyit-kenyit mata gitu. Saya pon terkejutlah tapi kenalah serius tegak masa tu. Kata dalam kem kann.. Displin dalam mimpi pun kena jaga..


Lepastu nyanyi lagu patriotik tapi tak ingat lagu apa. Rasanya lagu patriotik atau Negaraku sebabnya berdiri tegak semacam je sambil senang diri. Dan tiba-tiba, masa tengah khusyuk nyanyi, coach tu berdiri sebelah saya sambil beri senyuman macam oppa dalam cerita Korea. Pastu dipicitnya pipi ai oke... Em em memang coach tu hensem bak hang macam 'opppaaaa!!'



Sumber www.allkpop.com



Maksud Google : Nak gi Korea/ jodoh dengan mamat Korea (oke ini tipu je hohohohoh)
Maksud sebenar : Inilah padahnya tengok KDrama continuously. Lagi-lagi genre action drama sampai masuk dalam mimpi haaaa...



Ps :: Baru lepas habis khatam Korean Drama - 7th Grade Civil Servant. Tak baru sangat la dalam awal bulan ritu. Okla not too bad. Seperti biasa watak second hero menjadi pilihan setiap penonton. Kelakar jugak walaupun heronya tak hensem seperti oppa!-oppa! yang lain heee



April 21, 2012

Tiga Beruang Penambat Hati

Assalammualaikum,

Papa beruang, mama beruang, dan anak beruang akhirnya hidup aman dan bahagia untuk selama-lamanya. Yay *tepuk-tepuk-tepuk



Bahagianya kalau dapat jadi beruang comel. (sigh lama-lama)


Dua tiga menjak nih tengah gila dekat tiga beruang. Hari-hari hidup seakan happy semacam kalau dapat dengar suara tiga beruang. Siap download carik dekat 4shared lagi. Secara rasminya jadi ringtone. Ulang tayang cerita Full House pon dah berapa kali. Tak pernah bosan. Katanya ada Full House 2. Mana, mana?


Kegilaan terhadap tiga beruang kembali lagi...duhh





Ps :: Now watching...Dream High 2...



March 25, 2012

Preview Movie Tajaan Nuffnang

Assalammualaikum,


Jujur Aku Dayus? Engkorang?

Nanges teresak-esak bila tengok cerekarama basi ni kat yotube. Dah lama dah cerekarama ni keluar tibi. Entah syahdu benar rasanya. Feeling habis. Pagi-pagi mengadap youtube. Lagi-lagi Nora Danisa berlakon. Picit-picit pipi sendiri konon-konon macam dapat picit pipi Nora Danisa. Ok fine.


Next. Boys Over Flower episode 23. Lagi 2 episod nak habis! Yeahh.


Kemudian, pergi melantak sarapan lalu mengadap youtube. Cuba cari cerita horror, kejam, potong kepala dan dapat mengeluarkan darah sampai muntah. Tak jumpa! Ahh jumpa pon! Wrong turn : Dead End. Memang kejam betul. Yek yek gila. Takde hati perut! Huh.


muvee, funny movie, Boys Over Flower, kdrama, drama korea best
Dah lama tak letak lukisan sendiri...


Segarkan mata dengan baca blog dan FB jap. Terus cari cerita hundustan pulak. Ingat nak tengok Don tapi macam lama je. Terus tengok The Hot Chic. Babun kelakar gila. Air mata kelakar tekeluar tanpa henti. Dan akhirnya layan Lawak ke der. Tapi tak leh lawan The Hot Chic!! 


Malam ni ingat nak layan Adnan Sempit yang didonlod susah-susah petang tadi. Last-last tak dapat bukak! Stress! Esok dah kerja. Stress!! Arghhhhh. Psiko-psiko. Seharian mengadap laptop...




January 26, 2012

Prinsip Mat Romeo

Assalammualaikum,

cintailah cinta, Boys Over Flower, mat romeo, drama korea best, prinsip mat romeo, lelaki, love


Mat romeo yang digambarkan di dalam entry ini seolah-olah jejaka macam Anuar Zain ye. Siapa takde package macam beliau tak boleh apply. (Gurau je). Mat Romeo digambarkan macam mana sebenarnya eh? Yang penting pandai berkata-kata dan berlakon. Huhuhuh. (mulut muncung).


TELEFON


1. Takkan call makwe dulu. Tunggu makwe call dulu baru angkat dan sembang macam tengah busy. Padahal pakwe tu punyalah rindu suara si makwe. Sanggup tunggu call dari makwe berhari-hari dan mungkin berminggu. Dasyat ego laki jenis ni.


2. Bila dah jawab panggilan makwe tu, buat tanya khabar endah tak endah pulak. Konon busy. Padahal seronok gila makwe call. Dan rasa menang sebab tak call makwe tu dulu. Apa punya perangai.


3. Lepas tu bagitau tengah busy dan suruh cakap cepat-cepat sikit.


4. Yang penting jadi orang pertama letak telefon sebab jaga market. Tak paham betul. ><"


5. Lepas letak telefon, senyum-senyum riang sebab orang tersayang dah call dan dapat buat jual mahal. Lepas ni dia takde punya nak tunggu call dari makwe lagi. Kalau rindu terus call. Cuma perangai jaga saham macam ni je sekali-sekala...



Ok idea ni datang dari cerita korea BOYS OVER FLOWERS. Tapi macam sedikit betullah. Betul tak mat-mat romeo sekalian? Alah semua lelaki macam tu. Tapi tak semua lah, sesetengah yang bajet je macam tuh. Paham dah laki macam ni tapi kadang-kadang kiut ape. Hehe...


Ps :: Fakta : pengunjung blog ni ramai perempuan dari mat romeo..




October 10, 2011

Wajib Tonton : Boys Over Flowers !!!!

Assalammualaikum,

Satu dua tiga! Jom histeria ramai-ramai..Wuaaaaahhh. Boys Over Flowers memang sesedap seperti yang disuggestkan oleh kawan-kawan. Wuargghhh lagi... Memang loser gila kan bila baru nak tengok. Orang lain dah lama excited tapi ku baru nak mula menjerit-jerit macam orang gila! Tahu ramai yang tak tengok lagi kan, so cepat-cepatlah dapatkan cd/download/online sekarang cepat!!


Walaupun baru episod tujuh tapi serius tak boleh berhenti untuk episod seterusnya. Sedang dalam mood Boys Over Flowers. Jadi muka menaip pun buat comel-comel. Rasanya faktor Boys Over Flowers ni adalah kerana para pelakon nya yang comel/kacak/lucu gila! Mula-mula, minat second hero yang rambut blonde tuh tapi lepas episod tiga minat Gu Jun Pyo...Arhhhh *histeria


Walaupun Jun Pyo agak menyampah mukanya bila dipandang tapi dia sweett...Rambut kerinting poyo dia pun agak menyampah dipandang. Tapi lama-lama jatuh hati dengan karakter dia. Memang terbaiklah cerita Boys Over Flowers ni. Memang mengujakan wahai dunia!!


Buat umum, cerita ni diadaptasi dari cerita Taiwan F4. Serius tak pernah tengok. Ada jugak Boys Over Flowers versi dari Jepun tapi belum tengok. Sebab kebosanan dalam hidup beberapa hari yang lepas maka suruh kawan-kawan suggestkan cerita Korea paling best. Yang penting cerita kelakar. Memang tak sia-sia lah layan. Dalam beberapa minggu lepas ulang cerita Sassy Girl.


So, nak pengaruh yang lain pergi tengok. Pergi tengok cepat-cepat. *eksaited!

muvee, kdrama, korea, Boys Over Flower, drama korea best, best story


ps :: cerita Korea apa yang best lagi ek??




 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!