September 17, 2013

Maksud Mimpi Makan Kek, Buah Strawberi, & Mamat Korea

Assalammualaikum,

Tajuk tak boleh blah! Sejak akhir-akhir ni selalu mimpi yang manis-manis. Selalunya bila bangun tidur malas nak fikir pasal mimpi. Tapi dah lately ni asyik mimpi benda-benda manis je, bangun tidur muka ada kasi senyum juga la... Takde modal nak cerita, cerita pasal mimpi boleh? Ahahkkk

Mari saya nak tafsirkan mimpi-mimpi manis yang telah saya lalui. Macam skema kan hahah. Tapi ni pun sekadar Google je dik nonnn. Sekadar suka-suka dan tak percaya pun. Kita kenalah percaya dengan kuasa paling berkuasa di atas kan...

Mimpi makan Kek



Saya mimpi makan kek tau. Tapi lebih kurang kek swiss roll tu. Ada dua tray dan dalam tray tu penuh dengan kek warna-warni, macam-macam hiasan ada dan saya makan hampir semua kek tersebut! Dan ada tinggal lagi dua tiga ketul masih berniat nak habiskan semuanya...Iskkk

Maksud Google : Dapat musibah/terkena penyakit.
Maksud sebenar : Jangan tamak... yelah kalau tamak makan banyak sangat benda-benda manis maunya dapat diabetes. Betul kata Google..


Mimpi makan buah strawberi
Lagi satu mimpi makan buah strawberi. Gila manis buah tu... Punyalah rasa teruja dan seronok dapat makan strawberi dalam mimpi tu..


Maksud Google : Akan dapat pujian dari banyak orang
Maksud sebenar : Sebenarnya saya mengidam buah strawberi. Dah lama plan nak beli buah strawberi tapi bila pergi mall selalu terlupa huhu. Tapi dapat makan dalam mimpi pon boleyyy...


Mimpi Mamat Korea
Situasinya seperti kat dalam kem tau. Lepas aktiviti berbasikal, kami (kawan pon ada dalam mimpi ni haha) diarah untuk berkawad. Dan coach baru datang conduct dan periksa baris. Tiba-tiba dia bagi isyarat mata. Kenyit-kenyit mata gitu. Saya pon terkejutlah tapi kenalah serius tegak masa tu. Kata dalam kem kann.. Displin dalam mimpi pun kena jaga..


Lepastu nyanyi lagu patriotik tapi tak ingat lagu apa. Rasanya lagu patriotik atau Negaraku sebabnya berdiri tegak semacam je sambil senang diri. Dan tiba-tiba, masa tengah khusyuk nyanyi, coach tu berdiri sebelah saya sambil beri senyuman macam oppa dalam cerita Korea. Pastu dipicitnya pipi ai oke... Em em memang coach tu hensem bak hang macam 'opppaaaa!!'



Sumber www.allkpop.com



Maksud Google : Nak gi Korea/ jodoh dengan mamat Korea (oke ini tipu je hohohohoh)
Maksud sebenar : Inilah padahnya tengok KDrama continuously. Lagi-lagi genre action drama sampai masuk dalam mimpi haaaa...



Ps :: Baru lepas habis khatam Korean Drama - 7th Grade Civil Servant. Tak baru sangat la dalam awal bulan ritu. Okla not too bad. Seperti biasa watak second hero menjadi pilihan setiap penonton. Kelakar jugak walaupun heronya tak hensem seperti oppa!-oppa! yang lain heee



August 28, 2013

Kopiko L.A. Coffee

Kopiko L.A. Coffee
Low Acid Coffeemix




July 31, 2013

Resipi Cheesekut Oat Tabur Senang Dan Mudah !

Assalammualaikum,


Kali ini resipi Chessekut Oat Tabur (Cheese+Biskut+Oat tabur) menjadi resipi kedua yang di share dalam blog ini. Nampak sangat jarang pegang sudip dan kuali. Blerghhh (expresi budak-budak zaman sekarang). Kalau korang tak tahu lagi, cheeskut ni dah jadi fenomena hits masa kini...tau...

Oh resipi pertama adalah minuman famous ni. Cuba usha. Jangan risau semua resipi dalam blog ni senang-senang belaka. Kah kah

recipe, resipi cheesekut, cheesekut oat tabur, food, cara buat cheesekut, bahan-bahan resipi cheesekut, cheesekut, cheese biskut, kurma
Bahan utama Cheesekut Oat Tabur

Bahan-bahan utama untuk membuat resipi Chessekut Oat Tabur ni adalah: 
1. Biskut krim cracker cap apa pun takpe. Kepingan biskut mungkin dalam 10-20 keping ke atas bergantung kepada diameter bekas korang.
2. Cream cheese jenama Kraft 250g. Terpulang lah nak jenama apa berapa gram janji halal.
3. Susu pekat manis. Biasanya 1/2 tin yang digunakan mengikut resepi yang di Google. Tapi saya guna 3/4 tin je kot. Nak tak nak manis punya pasal. Alih-alih biskut didominasi rasa cream. Kiranya tak sebati lah rasanya dengan manis. Tapi mak still oke je...
4. Oat. Suka hatilah nak tabur nestum ke, oreo ke ikut kreativiti otak masing-masing. Oat juga ditaburkan dalam setiap layer Cheesekut Oat Tabur nanti.
5. Susu segar. Well ai nak jimat punya pasal ai guna milo bancuh sendiri je kat rumah. Resipi asal menggunakan susu segar tau. Jangan derhaka!
6. Bekas! Tak kiralah tupperware ke, loyang ke, ai pakai bekas kaca chuols. Har har. Kalau guna cream cheese Kraft seperti saya, cuba cari bekas yang besar sikit. Saya punya bekas buat rugi je... sob sobss. Terpaksa buat layer tebal-tebal.

recipe, resipi cheesekut, cheesekut oat tabur, food, cara buat cheesekut, bahan-bahan resipi cheesekut, cheesekut, cheese biskut, kurma
Last-last gabung je semua gambar habis cerita huhu

Cara-cara pembuatan Cheesekut Oat Tabur ni adalah : 
1. Pukul cream cheese sehingga kembang.
2. Masukkan perlahan-lahan susu pekat manis. Dan pukul sehingga mangsa lemah longlai.
3. Masukkan 2-3 sudu susu segar supaya adunan tak jadi terlalu strong. 
4. Ambil bekas dan lapiskan dengan adunan tadi. Kemudian ikutlah kreativiti nak letak biskut dulu ke, milo ke, oat ke. Milo tadi haruslah dicelup 2-3 saat bersama susu segar/ bancuhan milo tadi. Motif? Supaya biskut tu lembut sikit jadi senang nak potong nanti. 
5. Akhir sekali lapisan atas tadi salutkan lah dengan adunan tadi bersama taburan oat. 
6. Simpan Cheesekut Oat Tabur anda tadi didalam peti sejuk 6-7 jam. Gituuu


Orang pemalas je bagi alasan tak nak cuba resipi Cheesekut Oat Tabur ni. Disebabkan saya tak nak tergolong kategori pemalas, makanya cepat-cepatlah cuba resipi ni. Sedap memang sedap, tapi tekak ni tekak sambal. So tak teruja mana pon. Tapi alhamdulillah sedap. Kalau korang nak letak oreo jangan lupa tukar tajuk resipi cheeskut ni dengan 'Cheesekut Oreo Tabur'. Kui kui..

Selamat mencuba!!



Ps :: Autopost.


July 24, 2013

Tip/ Panduan Memilih Tembikai Manis

Assalammualaikum,

cara pilih tembikai, tembikai manis, tembikai, how to choose melon, tembikai malaysia, tembikai
Tip/ Panduan Memilih Tembikai Manis

Ramai yang share gambaq pilih tembikai manis ni di Facebook. Entah ye entah tidak. Hehe nampak kantoi disitu.. Semoga bermanfaat. Jom join giveaway kawan kita sorang ni heee




July 13, 2013

Hukum Makan Sushi

Assalammualaikum,

Sepatutnya entry ni dipublish harini tapi entah macam mana terpublish jugak semlaam bersama entry lagi satu ni. Well, nak buat cam mana, taip bukan main awai. Idea banyak weh, banyak menda nak cerita ni. Tapi saja nak taip awai takut lupa dan cukuplah sekadar kongsi cerita sehari sekali kenn.

 Google


Penjelasan hukum makan sushi dari UAI


Hukum makan sushi bergantung pada keadaan. Bak kata UAI, boleh makan kalau di basuh dan cuci daripada sebarang kekotoran sehingga bersih dahulu dan selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan. Bila dah yakin tak ada darah ikan barulah masuk dalam periuk dan masak! Sebab darah ikan itu merupakan najis. 

Kalau sushi kena lebih teliti dan alert lah sebab kadang-kadang penjual sushi akan letak arak untuk menambahkan rasa sedap dan buat ia tahan lama. Lagi geli tengok rumors otak berulat sebab makan sushi! Yewww. Hati-hati..



July 5, 2013

Makanan Berkhasiat Untuk Otak Cemerlang

Assalammualaikum,

Entry khas untuk pelajar berkaitan pemakanan untuk otak, minda, and tummy kite supaya sihat dan cergas selalu. Lagi-lagi bila musim peperiksaan kenn. Tapi haruslah juga jaga adab dan lisan oke. Ah rindunya nak jadi pelajar hehe

 
Mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

Jangan terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak. Makanan kan sekurang-kurangnya kena kunyah dalam 30-40 kali kunyahan. Pelan-pelan kunyah supaya makanan mudah hadap dan rasa kenyang tuh akan cepat. So makan dalam kuantiti sedikit dengan cara kunyah perlahan-lahan pon boleh kuwus tauuu ;p

Makan ikan  banyak-banyak
Makan la sebanyak mana ikan yang korang nak sebab ikan kan protein. baik untuk otak korang jugak....so makan lah ikan.....isnin hingga ahad menu utama jadi ikan lah pasni. Telur juga ada protein yang tinggi. Teringat cerita member pasal ikan keli yang makan najis...yewww

Selalu makan buahan, sayuran dan manisan
Makan la kismis dan banyakkan makan makanan yang mengandungi gandum, soya dan kekecang.. Sayur pulak dari bayam, brokoli ke. its all for your brain ma....dan pantang makan benda masam-masam juga..





so yang lain-lain :
Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Jangan minum air yang ada semut 
Selalu makan makanan yang panas2
 Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam




Ps :: Up entry lama sat ;p



May 3, 2013

Mencari Nasi Kerabu Sampai ke Mydin Meru

Assalammualaikum,


Ini nasik kerabu tahu?



Nasi kerabu yang macam hat atas ni hanya boleh didapati di Mydin Meru, Ipoh. Di food court 'Selera Pantai Timur'. Sepinggan RM 5.90 kot. Kot la. Dah lupa. Kalo dua pinggan, dua kali bayar. Kalau tiga pinggan, paw mak ayah korang bayarkan. Hehe cukup!

Satu je tak perfect tentang nasik kerabu nih. Awat tak dak teluq macin hakak hoi. Apa-apa pon orang Afrika mampu nak makan nasik kerabu? Bersyukurlah anda!

Teringin benor makan nasik kerabu tu yang cari sampei ke Mydin. Jauh nau rasaunyau. Teringat pulak nasik kerabu bazaar Ramadhan, Medan Gopeng. Depa ada letak daging salai hat meletop top top punya. Cepatlah Ramadhan!




Ps :: Mohon sesape promote naik kerabu terbaek area Ipoh pelish. Hikhik. 


February 21, 2013

Makanan Malaysia Yang Meriangkan Perut Anda

Assalammualaikum,

 Nasi + kuah tomyam banjir... Boleh?


Saja nak highlight askem kaler pink tuhhh.... Dah tak juai...


 Maggie Curry + Cili padi extra pedas gila nak mampus!! grrr (padan muka)


Den kalo dapat nasi, sambal, ngan kicap dah selera habis.


 Crepe manis giler nak mampus.... First ttrial yang hampeh..


Mee kari mak.


 Aiskrim makan petang-petang like a boss


Chip cekelat filling mint. Sedap gilerrr biskut nih wehhh!!


Omurice Korea / Omellete Rice (Nasi goreng pattaya sudah...)


Idea makanan such a good entry untuk blogger yang diluar kawasan. Marilah tatapi makanan bertemakan Malaysia. Lah sangat kann... Karang letak banyak-banyak gambar makanan hang pulak pc korang. Jangan lupa baca bismillah sebelum makan aa...

Ps :: Craving loabster boleh? Wah mewah sangat! ;p


March 23, 2012

Dunia Tanpa Aiskrim

Assalammualaikum,


1) Adakah anda penggemar tegar aiskrim?
a) Ya!
b) Tidak.
c) Kurang pasti aka entah.
d) Semua di atas.


2) Kategori makanan kegemaran pilihan anda?
a) Aiskrim
b) Roti jala
c) Coki2 pon boley...
d) Apa-apa jelah asalkan halal!


recepi, food, 1Malaysia


Lebih banyak jawapan A.
Anda mempunyai karektar yang manis seperti aiskrim. Nyummy sekali. Seperti mahu dijilat-jilat lagi. Tak cukup dengan itu, anda adalah seorang yang penyabar dan cool gitu. Aiskrim dapat meredakan hati yang panas membara. Tapi tak mustahil satu hari nanti anda akan dilanda obesiti mahupun kencing bermanis.


Lebih banyak jawapan B.
Anda seorang irihati ataupun pendendam ataupun kaki curang mahupon kuat mengumpat. Bawak-bawaklah ubah perangai tuh. Tanya kawan anda, bagaimana karektar anda pada pandangan mereka. 


Lebih banyak jawapan C.
Golongan seperti ini kadangkala kurang menyerlah terhadap keyakinan diri. Pergi ke kaunter kaunseling berdekatan dengan anda secepat mungkin bagi merungkai kekeliruan yang mungkin ada pada diri anda.


Lebih banyak jawapan D.
Samaada anda ni seorang yang tamak haloba mahupun mempunyai tahap kerakusan yang tinggi! Entahh malas aku nak taip! Dasar tamak!




Aiskrim dapat menghilangkan rasa gundah gelana yang ada dalam hati saya! Balik kerja je jilat sekrim. Nikmat boh! Tulisan diatas hanya rekaan semata. Kanak-kanak dibawah 13tahun perlu bimbingan ibubapa sewaktu membaca artikel ini. Kuikui.





January 11, 2012

Hantu Durian

Assalammualaikum,


Hari ni gila blogwalking. Aktif sebab adrenalin tahap enjin kuasa kuda. 


sayang semua, 1Malaysia, fakta durian, food, musim durian
Google


Fakta Durian

1. Kalau makan durian, kena lah minum air masak banyak-banyak. (ofkoz!)
2. Musim durian biasanya pakej dengan musim manggis. (hoyeh!)
3. Omputih gelar durian seperti "makan kastard di tandas awam." (tade taste!)
4. Eh apesal pokok durian tumbuh banyak sangat kat Malaysia ni? (eh?)
5. Durian juga digelar Raja Buah. (tu semua orang tahu)
6. Yang ke enam, sape tak makan durian dia rugi! (uhuk)






December 19, 2011

Aiskrim Paling Sedap

Assalammualaikum,



Korang pernah makan tak aiskrim kat atas ni? Melting in your mouth kata kaw. Saat ia cair dan jatuh ke trakea itu adalah saat paling nikmat. Alhamdulillah nikmatnya... Sungguh asyik sekali bah. Tak caye pergi beli cepat kat supermarket berdekatan. 

Harga dia tak berapa nak tahu sebab buka peti ais rumah je terus rembat. Macam-macam perisa buah-buahan yang dapat dicuba. Paling sedap setakat ni perasa durian. Tipu je. Manggis kot. Seriyus sila amik saya jadi duta produk nih! Mauuuu....




October 18, 2011

Pasembur Penang Mari Terbaik

Assalammualaikum,

Memandangkan jiran comelku, Sutera Kasih membuat entry pasal pasembur kan, maka terujalah akan salah satu makanan kegemaranku itu. Lebih teruja kalau sebut pasembur dengan berbunyikan "pasembuq" tau tau! Cuba lah sebut... paa, semm, buq.... Wah seronok gila!! Hahah Almaklumlah lima tahun mendewasakan diri di UUM nun..


campus style, food, Pasembur Penang, Pulau Pinang, 1Malaysia, rojak Penang, frenz forever, funny movie, keyword, tips belajar
Pasembur Penang. Sumber Google

Alkisah bila jadi student perantau pasti akan membuang masa dengan backpacking kan. Rugi tau kalau kat negeri orang tapi tak melawat tempat menarik sekitar itu. Yang pasti salah satunya ke Penang. Walaupun dah berjuta kali menjejakkan kaki disitu, yelah lahir kat Penang kot. Namun travel dengan kawan-kawan lain rasanya.


Kalau ke Penang singgah ler ke Gurney Drive untuk cari Pasembur Penang terbaik. Jumpalah dengan uncle rojak terbaik disana. Rojak, rojak, rojak.... (Goyang2 kepala~) Wah memang menggelikan hati. Siapa yang dah rasa pengalaman ni mesti tahu. So tengok jelah santapan video yang dicuri dari Youtube ni... Yanadeyyy




Tapi ada lagi satu video yang best. Tak jumpa la. Gelak gila-gila bila dengan member tengok ni. Dah rasa macam travelog pulak.. Ingat nak taip pendek je. Teruja pulak taip panjang-panjang. Masa komen entry Yann, saya suruh dia Google sendiri mamak pasembuq ni. Tapi, buat entry lak tiba-tiba. Kepada Yann, jomla terbang ke Penang kita holiday sama-sama. Hikhikkk. Tapi takut la Tsunami. Grrr

Kepada Aimie Amalaina tuan blog Kerana Lily, Selamat Hari Lahir yang ke 23! Yay saya muda beberapa hari dari kamu. Moga panjang umur murah rezeki, bahagia dunia akhirat hendakNya.





ps :: Rojak, rojak, rojak...



 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!