September 20, 2013

Kesian Pakwe Saya...

Assalammualaikum,

Apa perasaan anda kalau dikhianati? Ditikam? Ditoreh? Mahupun disabotaj? Mesti rasa sakit hati kan, merajuk seminggu, murung, lemah longlai, tak lalu makan dan sedih sepi sesepi bayu-bayu asmara. Ehh?

syamsul yusof menangis, kl gangster w, muvee, funny movie
Syamsul Yusof menangis alololo omey omey hahah


Baru-baru ni semua sudah sedia maklumkan karya pengarah berbakat besar Syamsul Yusof telah dirakus oleh manusia-manusia rakus yang sentiasa rakus merakus hak cipta orang lain. Memang dasyat gileRR dugaan Syamsul atau soul soul soul...

"Buat Soul, banyakkan bersabar, bapak tak pernah berenti menyokong Soul". Ujar Datuk Yusof Haslam. Yang penting hidup harus diteruskan dan kata-kata semangat harus sentiasa disisi Soul. Haritu tengok, eh tertengok MeleTOP, depa jemput Datuk Yusof, Sofi Jikan dengan alamak lupa la nama cina masuk Islam tu..sebagai tetamu episod minggu lepas kot. Terharu... Tapi ni episod dua minggu lepas tau..hehe

Dan sebenarnya saya dah tengok filem KL Gangsta 2 tuh! Alamak rasa bersalah giler. Ingatkan filem tuh dah tayang kat wayang!! Rupanya lambat dengar berita yang KL Gangsta 2 kena rompak sebulan sebelum tayangan di pawagam!! Nak buat acane dah teramik soft copy kat laptop adik. Tapi saya tak sebarkan aaa... Tertanya-tanya dengan para blogger yag kongsi filem tu kat internet. Tak rasa bersalah ke? Em em

Eh Syamsul Yusof pakwe saya ke? Shhhh jangan bagitau orang eh. Ekekekek



Ps Nanti keluar kat wayang nak tengok la...Cayok-cayok bie!! hahahah
Jemput join Giveaway NI wehhhh... Setiap kali sya buat GA je mesti time tak kena. Jemput join ya ^^



September 17, 2013

Maksud Mimpi Makan Kek, Buah Strawberi, & Mamat Korea

Assalammualaikum,

Tajuk tak boleh blah! Sejak akhir-akhir ni selalu mimpi yang manis-manis. Selalunya bila bangun tidur malas nak fikir pasal mimpi. Tapi dah lately ni asyik mimpi benda-benda manis je, bangun tidur muka ada kasi senyum juga la... Takde modal nak cerita, cerita pasal mimpi boleh? Ahahkkk

Mari saya nak tafsirkan mimpi-mimpi manis yang telah saya lalui. Macam skema kan hahah. Tapi ni pun sekadar Google je dik nonnn. Sekadar suka-suka dan tak percaya pun. Kita kenalah percaya dengan kuasa paling berkuasa di atas kan...

Mimpi makan Kek



Saya mimpi makan kek tau. Tapi lebih kurang kek swiss roll tu. Ada dua tray dan dalam tray tu penuh dengan kek warna-warni, macam-macam hiasan ada dan saya makan hampir semua kek tersebut! Dan ada tinggal lagi dua tiga ketul masih berniat nak habiskan semuanya...Iskkk

Maksud Google : Dapat musibah/terkena penyakit.
Maksud sebenar : Jangan tamak... yelah kalau tamak makan banyak sangat benda-benda manis maunya dapat diabetes. Betul kata Google..


Mimpi makan buah strawberi
Lagi satu mimpi makan buah strawberi. Gila manis buah tu... Punyalah rasa teruja dan seronok dapat makan strawberi dalam mimpi tu..


Maksud Google : Akan dapat pujian dari banyak orang
Maksud sebenar : Sebenarnya saya mengidam buah strawberi. Dah lama plan nak beli buah strawberi tapi bila pergi mall selalu terlupa huhu. Tapi dapat makan dalam mimpi pon boleyyy...


Mimpi Mamat Korea
Situasinya seperti kat dalam kem tau. Lepas aktiviti berbasikal, kami (kawan pon ada dalam mimpi ni haha) diarah untuk berkawad. Dan coach baru datang conduct dan periksa baris. Tiba-tiba dia bagi isyarat mata. Kenyit-kenyit mata gitu. Saya pon terkejutlah tapi kenalah serius tegak masa tu. Kata dalam kem kann.. Displin dalam mimpi pun kena jaga..


Lepastu nyanyi lagu patriotik tapi tak ingat lagu apa. Rasanya lagu patriotik atau Negaraku sebabnya berdiri tegak semacam je sambil senang diri. Dan tiba-tiba, masa tengah khusyuk nyanyi, coach tu berdiri sebelah saya sambil beri senyuman macam oppa dalam cerita Korea. Pastu dipicitnya pipi ai oke... Em em memang coach tu hensem bak hang macam 'opppaaaa!!'



Sumber www.allkpop.com



Maksud Google : Nak gi Korea/ jodoh dengan mamat Korea (oke ini tipu je hohohohoh)
Maksud sebenar : Inilah padahnya tengok KDrama continuously. Lagi-lagi genre action drama sampai masuk dalam mimpi haaaa...



Ps :: Baru lepas habis khatam Korean Drama - 7th Grade Civil Servant. Tak baru sangat la dalam awal bulan ritu. Okla not too bad. Seperti biasa watak second hero menjadi pilihan setiap penonton. Kelakar jugak walaupun heronya tak hensem seperti oppa!-oppa! yang lain heee



August 6, 2013

The Smurfs 2 di Pawagam 8 Ogos 2013

Assalammualaikum,

The Smurfs 2, nuffnang, cpuv, buffered earnings, The Smurfs 2 di pawagam, Filem The Smurfs, The Smurfs 2 dalam Bahasa Malaysia, muvee, sinopsis The Smurfs 2, trailer The Smurfs 2, Ooh La la song, Britney Spears in The Smurfs 2, The Smurfs 2 - Ooh La la
The Smurfs 2 di pawagam 8 Ogos 2013 @ 1 Syawal

Binatang biru comel The Smurfs ni kembali di pawagam 8 Ogos ni bersamaan 1 Syawal. Lepas Despicable Me 2, The Smurfs 2 pulak. Ish kenapa yang comel-comel selalu ke panggung? Eh? Yang penting dari The Smurfs 1 tak suka watak ahli sihir yang tak comel langsung tuh! Grrr. Katty Perry pelakon utamanya you...

Sinopsis The Smurfs 2
Sekuel kepada filem animasi aksi komedi ini menyaksikan ahli sihir jahat, Gargamel yang telah mencipta beberapa makhluk nakal dan menyerupai Smurf yang diberi nama Naughties dengan harapan ia akan memberikannya kuasa ajaib. Walaubagaimanapun apabila dia menyedari hanya Smurf boleh memberikan apa yang diinginkannya itu dan Smurfette tahu sihir rahsia yang berupaya menukar Naughties kepada Smurf tulen, Gargamel bertindak menculik Smurfette dan membawanya ke Paris dimana dia telah disanjung tinggi sebagai ahli sihir terunggul dunia. 

Pengarah: Raja Gosnell
Bahasa: Bahasa Inggeris
Kategori: Filem Animasi
Genre: Animasi, Keluarga, Komedi
Klasifikasi: PG-13 - Bimbingan ibubapa atau orang dewasa disyorkan untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun
Tarikh Tayangan: 08 Ogos 2013


The Smurfs 2, nuffnang, cpuv, buffered earnings, The Smurfs 2 di pawagam, Filem The Smurfs, The Smurfs 2 dalam Bahasa Malaysia, muvee, sinopsis The Smurfs 2, trailer The Smurfs 2, Ooh La la song, Britney Spears in The Smurfs 2, The Smurfs 2 - Ooh La la
Para pelakon yang terlibat dalam pengalihan suara Bahasa Malaysia

The Smurfs 2, nuffnang, cpuv, buffered earnings, The Smurfs 2 di pawagam, Filem The Smurfs, The Smurfs 2 dalam Bahasa Malaysia, muvee, sinopsis The Smurfs 2, trailer The Smurfs 2, Ooh La la song, Britney Spears in The Smurfs 2, The Smurfs 2 - Ooh La la
Wuaa omeynya Lisa Surihani dengan Yusry

Filem The Smurfs 2 ini juga terdapat dalam versi Bahasa Malaysia. Antara pelakon terbabit dalam pengalihan suara dalam Bahasa Malaysia ialah Datuk Aznil Nawawi, Hafidzuddin Fazil, Lisa Surihani, Zizan Razak, Elfira Loy dan Ray (Era FM). Raya pertama tengok filem ni rare tak? Hahah.

Trailer The Smurfs 2

Lagu Tema The Smurfs 2 dari Britney Spears - Ooh La la
Anak Britney featured dalam video clip ni hehe comel je


nuffnang, The Smurfs 2, sinopsis The Smurfs 2, The Smurfs 2 dalam Bahasa Malaysia, muvee, CPUV Nuffnang, Buffered Earnings, trailer The Smurfs 2, Ooh La La song in The Smurfs 2, Britney Spears - Ooh La La, OST The Smurfs 2

nuffnang, The Smurfs 2, sinopsis The Smurfs 2, The Smurfs 2 dalam Bahasa Malaysia, muvee, CPUV Nuffnang, Buffered Earnings, trailer The Smurfs 2, Ooh La La song in The Smurfs 2, Britney Spears - Ooh La La, OST The Smurfs 2

Terima kasih Nuffnang bagi CPUV The Smurfs 2. Dah lama tak bagi entry terima kasih huhu. CPUV yang lain pon tak sempat nak ucap 'thanks a lot baby boo Nuffie muah muah' tapi dah credited. Duhh awat cepat benor credited nya? Could you explain to me! (Saje)

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua :)


March 25, 2012

Preview Movie Tajaan Nuffnang

Assalammualaikum,


Jujur Aku Dayus? Engkorang?

Nanges teresak-esak bila tengok cerekarama basi ni kat yotube. Dah lama dah cerekarama ni keluar tibi. Entah syahdu benar rasanya. Feeling habis. Pagi-pagi mengadap youtube. Lagi-lagi Nora Danisa berlakon. Picit-picit pipi sendiri konon-konon macam dapat picit pipi Nora Danisa. Ok fine.


Next. Boys Over Flower episode 23. Lagi 2 episod nak habis! Yeahh.


Kemudian, pergi melantak sarapan lalu mengadap youtube. Cuba cari cerita horror, kejam, potong kepala dan dapat mengeluarkan darah sampai muntah. Tak jumpa! Ahh jumpa pon! Wrong turn : Dead End. Memang kejam betul. Yek yek gila. Takde hati perut! Huh.


muvee, funny movie, Boys Over Flower, kdrama, drama korea best
Dah lama tak letak lukisan sendiri...


Segarkan mata dengan baca blog dan FB jap. Terus cari cerita hundustan pulak. Ingat nak tengok Don tapi macam lama je. Terus tengok The Hot Chic. Babun kelakar gila. Air mata kelakar tekeluar tanpa henti. Dan akhirnya layan Lawak ke der. Tapi tak leh lawan The Hot Chic!! 


Malam ni ingat nak layan Adnan Sempit yang didonlod susah-susah petang tadi. Last-last tak dapat bukak! Stress! Esok dah kerja. Stress!! Arghhhhh. Psiko-psiko. Seharian mengadap laptop...




October 18, 2011

Pasembur Penang Mari Terbaik

Assalammualaikum,

Memandangkan jiran comelku, Sutera Kasih membuat entry pasal pasembur kan, maka terujalah akan salah satu makanan kegemaranku itu. Lebih teruja kalau sebut pasembur dengan berbunyikan "pasembuq" tau tau! Cuba lah sebut... paa, semm, buq.... Wah seronok gila!! Hahah Almaklumlah lima tahun mendewasakan diri di UUM nun..


campus style, food, Pasembur Penang, Pulau Pinang, 1Malaysia, rojak Penang, frenz forever, funny movie, keyword, tips belajar
Pasembur Penang. Sumber Google

Alkisah bila jadi student perantau pasti akan membuang masa dengan backpacking kan. Rugi tau kalau kat negeri orang tapi tak melawat tempat menarik sekitar itu. Yang pasti salah satunya ke Penang. Walaupun dah berjuta kali menjejakkan kaki disitu, yelah lahir kat Penang kot. Namun travel dengan kawan-kawan lain rasanya.


Kalau ke Penang singgah ler ke Gurney Drive untuk cari Pasembur Penang terbaik. Jumpalah dengan uncle rojak terbaik disana. Rojak, rojak, rojak.... (Goyang2 kepala~) Wah memang menggelikan hati. Siapa yang dah rasa pengalaman ni mesti tahu. So tengok jelah santapan video yang dicuri dari Youtube ni... Yanadeyyy




Tapi ada lagi satu video yang best. Tak jumpa la. Gelak gila-gila bila dengan member tengok ni. Dah rasa macam travelog pulak.. Ingat nak taip pendek je. Teruja pulak taip panjang-panjang. Masa komen entry Yann, saya suruh dia Google sendiri mamak pasembuq ni. Tapi, buat entry lak tiba-tiba. Kepada Yann, jomla terbang ke Penang kita holiday sama-sama. Hikhikkk. Tapi takut la Tsunami. Grrr

Kepada Aimie Amalaina tuan blog Kerana Lily, Selamat Hari Lahir yang ke 23! Yay saya muda beberapa hari dari kamu. Moga panjang umur murah rezeki, bahagia dunia akhirat hendakNya.





ps :: Rojak, rojak, rojak...



September 26, 2011

Perbezaan Iklan Deodarant Lelaki VS Perempuan

Assalammualaikum,

Rakyat Malaysia telah disogok dengan iklan deodorant yang pelbagai. Tapi versi antara lelaki dan perempuan lain-lain kan? Perasan tak? Iklan deodorant lelaki macam tu, kalau iklan deodorant perempuan pulak macam ini. Siapakah pengarah iklan deodorant terkenal di tanah air kita? Haa itulah yang kita tak tahu...

doodles, ngekngek, iklan, advertorials, iklan deodorant, funny movie


Kalau iklan deodorant perempuan je mesti tunjuk ketiak putih melepak kan? Tak main la der yang berdaki sana-sini. Lepas tu pulak, mesti tunjuk bahagian lain yang melepak jugak seperti betis. Pastu lagi, kalau iklan deodorant perempuan mesti pakai singlet mahupun berkemban. Kami mahukan iklan yang kreatif dan puitislah! 


Akhir nya, perempuan yang berdaki di ketiak pasti akan kedai runcit berdekatan untuk mendapatkan deodorant tersebut. Dengan harapan ketiak seputih melepak macam retis perempuan di atas. Huh




Bagi iklan deodorant lelaki pulak mesti cari badan yang gagah berketul-ketul. Membuatkan perempuan teruja tak nak kalih siaran tv yang lain. (tipu je). Tapi kan, dalam iklan deodorant lelaki, mesti lelaki tersebut memakai baju tanpa tunjuk ketiak kan. Kebanyakan lah. Perasan tak?

Akhirnya, para lelaki di luar sana juga bergegas ke kedai yang berdekatan untuk mendapatkan deodorant tersebut. Untung-untung lepas pakai boleh jadi kacak seperti pelakon iklan diatas...Tipu je..

Kalau pengarah iklan deodorant menampilkan pelakon iklan deodorant tersebut dengan bulu ketiak yang masam kan baru real. Terbuktilah keberkesanan deodorant tersebut dapat menghilangkan bau badan atau tidak. Haha entahlah bai....


ps :: Jangan tiru aksi di atas ;p





August 26, 2011

"The Partner" Release on Maaduu

Assalammualaikum,


The Partner! Ohh lupa entry ini khas untuk peminat K-Drama je. Yang minat cerita melayu petang-petang  pergi tempat lain eh. Hehe. Sekarang ini, The Partner dah keluar dalam Maaduu Jahh oi! Bagi yang ketinggalan belum tengok, it's show time...

Apa itu Maaduu? Bagi yang ketinggalan sikit (hehe), Maaduu ini sebuah portal online. Korang boleh tengok cerita Korea secara percuma dan tanpa iklan. Tak payah donlod-donlod dah. Tapi hanya untuk mereka yang mempunyai line internet berkelajuan cahaya! Pergi je ke .....




Sign up dulu bagi yang belum. Pastu bolehlah tengok The Partner dengan senang hati. Dan banyak lagi cerita dan bank music yang boleh di skodeng kat Maaduu ni. Tapi yang terbaiknya sebab The Partner release hari ni lah! Yup 26 August 2011. Dah lama tunggu saat ini. Ada Lee Dong Wook!!!!! (histeria...)

Tapi tak tahu sebenarnya cerita ni best ke tidak. Selagi Lee Dong Wook yang berlakon haruslah best kan! Tengok muka dia boleh cair kot. Ala hero dalam cerita My Girl tu. Sebenarnya cerita My Girl tu cerita korea pertama yang aku tonton kat 8tv dulu. Penuh kot bilik tv time kat Matrix dulu. Dah setengah episod baru aku sempat tengok. Jatuh cinta pandang pertama kat Lee ni terus tengok. Orang lain dah maju tengok Full House sume, tapi My Girl aku yang pertama. Hish.

Cerita tahun 2009 rupanya. Ah tak kisah. Janji ada Lee Dong Wook.Nampaknya tumpuan akan ditumpukan pada cerita ini. Masa terhadap Cityville dan blog akan dikurangkan. Jumpa lagi di hari kesenanganku! Macam biasalah cuma 16 episod je...Jom tengok!



ps :: Korban masa..




August 25, 2010

Vampires Suck | Kelakar Gila


vampire sucks, vampire sucks movie, funny, vampire sucks poster, filem vampire, filem kelakar


hahahaha...gelak guling2~~ tgok poster pon dah nk gelak2 guling2. ni kan pulak nak masok panggung kan...(wonder cmne la kt panggung t ^^,) disebabkan aku dah tgok sume citer twilite tu (eh breaking down je blom lagi...) so muvee ni aku mesti tgok jugak !! heee

bukan ape, twilite 1&2 je best! yang eclipse (twilite 3) tu tah hape2 tah... dah mcm citer lucah pon ade. tgok ngan pakwe????! aihh lg la berahi. hihi. naseb baek tgok ngan si momok. tak saba nak tgok breaking down (twilite 4)?? harap2 hebat! hurm wait n see jela~

ala dah agak mesti citer cm bodow2 macam scary muvee dan horror muvee(versi indon). atleast boley gelak2 then kasi execise pewot. bagi vibrate2 hilangkan lemak...huaaaaA~

sila la tengok preview nye...

sori guys xdpt nk share sbb utube kna block.

jom tgok wayang~ ^.<
 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!