October 29, 2011

9 SITI YANG PATUT DIJADIKAN CONTOH

Assalammualaikum,

Dikongsikan sembilan jenis manusia yang bernama Siti yang patut anda jadikan contoh. Diharap paparan yang disampaikan mampu memberi kesan pada kehidupan kita pada hari ini dan seterusnya. Sembilan Siti yang dimaksudkan ialah :


1) Siti Khadijah

Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.


2) Siti Fatimah

Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepeda suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang kala berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata, aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.


3) Siti Aishah

Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.



isu, love islam, 15 ANUGERAH ALLAH PADA WANITA TIDAK PADA LELAK





4) Siti Hajar

Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).


5) Siti Mariam

Wanita suci yg memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.


6) Siti Asiah
Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.


7) Siti Aminah
Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan yang sungguh mulia.


8) Siti Muti'ah

Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.


9 ) Siti Zubaidah

Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.


SUMBER : Facebook (Tak tahu nak kredit acane)






September 12, 2011

Perempuan disihir di FB ?

Assalammualaikum,


Hot topic pagi ni. "Ira disihir guna gambar di Facebook". Dia mendakwa telah disihir oleh bekas kekasih  teman lelaki nya sekarang. Akibat daripada faktor cemburu. Waduh-waduh.  Pergilah baca selanjutnya disini. Hehe


bcoz i care, facebook, perempuan disihir dari facebook, 15 ANUGERAH ALLAH PADA WANITA TIDAK PADA LELAKI, apo nak dikato, info, lelaki



Aduyai mengapa masih ramai yang menurut dan menjadi hamba syaitan. Banyak lagi lelaki-lelaki gagah di luar sana, orang lain punya jugak kau nak kacau nak sihir bagai. Tahulah masih sayang dan cinta masih berpaut, tapi mungkin suratan jodoh bukan dengan lelaki tuh. Nak buat macam mana kan??


So bagi gadis-gadis atau mak-mak gadis di luar sana berhati-hatilah. Jangan nak expose sangat gambar tuh. Jangan nak buat gambar tergedik-gedik sana sini sangat, jelir-jelir lidah bagai, letak je gambar yang buruk pernah ada. Kuang kuang. Mungkin suatu hari ada lelaki yang geram tengok gambar awek-awek cun sampai ada niat nak sihir di Facebook. Mana lah tahu kan. Waspada je.


ps :: nak breakfastlah!



November 10, 2010

Dynas dan baby Dynas

Dynas Mokhtar, Dynas, baby Dunas, anak Dynas, comel, ibu dan anak
Dynas dan baby Dynas


dah lame tak dengar pasal Dynas kan??
now hidop Dynas dah bertiga..
hihihi
ade Dynas, ada suami and  now dah ada baby...
weee
teruja !
(aku lak yang teruja heheh)
baby kecil dia namanye..
Khyra Khalyssa ^^,
comel kan nama baby ni???
eee geram!!
cam nak cubit-cubit je pipi die!
baby,
sudi tak baby jadi anak angkat kak xila??
sudi la, sudi la~~~
wahahahahahahahh

kiranya ni baby kedua Dynas
sebab baby pertama yang meninggal dunia
bila mana tak sempat pun dilahirkan..
sobsob...
takpe,
kini ada Khyra Khalyssa 
yang tomey-tomey ni...
hikhikhikkk

ha ni plak cover terbaru Dynas.
cepat-cepat la dapatkan Media Hiburan !
huhu
nanti boley pinjam..
hahah
oh !
saya menulis tentang Dynas kerana
i am one of the fan-hard-die Dynas...
errr,, eK?
kipas-susah-mati Dynas...!
huhu




p?s: maaf ni bukan blog goxip artis....hehe 


October 19, 2010

15 ANUGERAH ALLAH PADA WANITA TIDAK PADA LELAKI


anugerah Allah pada wanita, love islam, nota islam, inpiration, inspirasi islam, 15 ANUGERAH ALLAH PADA WANITA TIDAK PADA LELAKI


1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu melabuhkan pakaiannya di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.




"Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu" An Nisa



setiap manusia tu sama sahaja di sisi Allah.membezakan kita hanyalah amalan dan ibadat sepanjang di muka bumi....dan betapa beruntungnya wanita... oh solehah. renung-renungkannnn......

copy dari mr.hensem fesbuk. hukk daaa >.^

 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!