February 26, 2013

Koleksi Lagu Loghat Negeri Sembilan

Assalammualaikum,

Selain loghat negeri Sabah, Utara Malaysia, Timur Malaysia, negeri Negeri Sembilan merupakan feveret loghat den. Kalau Melaka, Johor, Sarawak, tak berapa nak expert dan terdedah dengan loghatnya. Tahu hawaww, lahabaww, kamek, kitak, zapin je gheti. Maaflah loghat Perak den tak berape gemor *larikkkkk

Koleksi Lagu Loghat Negeri Sembilan :


Blues Gang - Apo nak dikato


Rafidah Ibrahim feat Dato' AC Mizal & Stellar Band - Apo kono eh jang 2012


W.A.R.I.S - Rembau most wanted


Lirik Rembau Most wanted sumber

I representin this place
Where people say murder is the case
REMBAU
the food gonna make your tongue blaze
Step forward,hold your head high
Be proud for where you came from and stay fly
Dats what Im doin
Hobin Jang Hobin
We aint trippin Jang
Tahun dopan ado laie
Pialo Malaysia kito pogang
Lagu nogori berkumandang
Semuo player masuk padang
Tabik hormat tando monang
Kito monang kito monang(kito monang yo)
Duo satu kocik bona
Ompek satu sonyum lebar

Teringek bilo poghah keringek
Nyabit rumput poie sawah
Kojo macam nk mati tapi gaji kocik anak
Itu orang dulu
Tak mcm budak2 sekarang
Susah sikit yo
Dah lari kampung tinggal bondang
Dulu maso kocik2 cito2 angkosawan
Bilo bosa jadi rapper tukar dialek nogori sembilan
Tak ponah terlinteh kek ati nak lupo'an daratan
Sapo tak pueh ati
Jom kito jumpo dopan dopan

Being the most wanted
Dont wake me up from my dream C.R.E.A.M
Rembau Most Wanted
To my boys in N9
Who worked hard and strugglin
Rembau Most Wanted

My brain works faster than computer
Cuz Im the prime mover
Entrepreneur yes I am
Weve been busy chasin dollars
Chillin at Mui Fong with my homies yaw
And If u keep talkin shit others might listening bro
Then gangin up, just pick up your gear
Listen dear
I aint messin wit the coward
I aint messin wit fake gangstas
All I know I keep my rap clean
Being the most wanted
Don't wake me up from my dream
C.R.E.A.M

Lombu ado tali takdo pon tak guno
Tunggu hujan dh ghobeh
Baru payung nk dibuko?
Kojo tak kuek tapi berangan nak hidup sonang
Baik poie mampuih dari susah'an semuo urang
Polik Bona bilo pikir orang tuduh bukan2
Takpo tunggu den dah kayo jangan cubo nadah tangan
Mintak pinjam duit apotah laie tandotangan
Time tu takdo nak berbaik
KAU BOLEH POIE JALAN

Being the most wanted
Dont wake me up from my dream C.R.E.A.M
Rembau Most Wanted
To my boys in N9
Who worked hard and strugglin
Rembau Most Wanted

Rajo Beralam
Penghulu Berluak
Lembago berlingkungan
Buapak beranak buah
Anak buah duduk bersuku-suku
Berapo suku eh?
12

loghat negeri, koleksi lagu loghat negeri sembilan, apo kono eh jang, rembau most wanted, apo nak dikato, Negeri Sembilan, rap negeri sembilan, beautiful song-my fav
Mari mengenal bendera Negeri Sembilan



Saje nak highlight Rembau most wanted. Walaupun den takdo kono mongono dongan Nogori Sembilan, tapi terasa emm emm semangat 1 Malaysia. Huhui. Nanti den lotak koleksi loghat Perak yaww. Yang penting lagu doghian by Mr. os... Ok ok fine teringat gigi dia. Agak-agak lagu Faizal Tahir ni boleh challenge depa tak? Kbai..


Ps :: Selasa yaww yaww...tiba-tiba.


September 12, 2011

Perempuan disihir di FB ?

Assalammualaikum,


Hot topic pagi ni. "Ira disihir guna gambar di Facebook". Dia mendakwa telah disihir oleh bekas kekasih  teman lelaki nya sekarang. Akibat daripada faktor cemburu. Waduh-waduh.  Pergilah baca selanjutnya disini. Hehe


bcoz i care, facebook, perempuan disihir dari facebook, 15 ANUGERAH ALLAH PADA WANITA TIDAK PADA LELAKI, apo nak dikato, info, lelaki



Aduyai mengapa masih ramai yang menurut dan menjadi hamba syaitan. Banyak lagi lelaki-lelaki gagah di luar sana, orang lain punya jugak kau nak kacau nak sihir bagai. Tahulah masih sayang dan cinta masih berpaut, tapi mungkin suratan jodoh bukan dengan lelaki tuh. Nak buat macam mana kan??


So bagi gadis-gadis atau mak-mak gadis di luar sana berhati-hatilah. Jangan nak expose sangat gambar tuh. Jangan nak buat gambar tergedik-gedik sana sini sangat, jelir-jelir lidah bagai, letak je gambar yang buruk pernah ada. Kuang kuang. Mungkin suatu hari ada lelaki yang geram tengok gambar awek-awek cun sampai ada niat nak sihir di Facebook. Mana lah tahu kan. Waspada je.


ps :: nak breakfastlah!



September 7, 2011

Rupa Adalah Faktor Menjadi Blogger Popular ?

Assalammualaikum,


"Muka kau tak cantik macam Yuna!"

"Aku menyampah lah tengok muka kau"

"Bajet bagus lah muka macam tu? Gedik!!"

"Eh abang Ben lagi macho lah dari abang kau..." 

"Pesal blog kau tak hensem?!" Erk???


Itulah antara dialog-dialog yang sering dibicara dalam hati. Korang ada pernah tak terlintas macam tuh dalam hati? Haa kantoiii... Adakah fenomena Hensem atau Cantik rupawan menjadi faktor sesebuah blog itu popular? Seterusnya menjadi salah sebuah blog yang berpengaruh di seantero Malaysia? Mari kita kupaskan.


Ewah dah macam journalist pulak kan? Memang teringin pon.. ><


Kebiasaannya yang mempunyai kata hati seperti dialog di atas terjadi kepada blogger popular. Bagi blogger popular yang juga bukan artis tanah air, sering kali di keji secara halus. Betul tak wahai blogger popular? Jangan tanya saya. Sah-sah tak popular lah Jahh oii. Sering kali juga anonymous datang mengacau blogger popular secara mengeluarkan kata-kata tidak manis dan fitnah. Kan? Kesian kan?


Ini kerana salah satu faktor cemburu. Ya ternyata lebih ramai anonymous menyerang blogger popular berbanding blogger kebanyakan. Tak perlulah disini menyatakan bloger-blogger popular yang sering bermasalah dengan anonymous kan? 



Tapi bagi aku pelik dengan kaum manusia ni. Pantas cemburukan kejayaan dan kehebatan orang lain? Blogger popular juga suatu masa dulu payah untuk sampai ke tahap yang stabil bagi mereka. Telah ramai blogger yang aku perhatikan selama berblogging ni. Tabik spring pada Yuyu Zulaikha. Walaupun blogger popular, tapi beliau sangat humble. (setelah diperhatian sekian lama :P)


Memang senang nak jadi blogger popular tapi bukan senang nak jadi blogger terhebat. Macam denaihati.com kan. Memang tak boleh lawan kan? Rupa denai hati tu pun macam manalah agaknya kan? Faktor rupa bukan prinsip Denai Hati. Masih dan tetap hebat walaupun rupa bukan sandaran utama. Yang pasti mesti confirm beliau ni kacak. Heheh

"Eh dia ni comel/kacak lah. Aku nak follow lah."

Wajah yang cantik hesem rupawan merupakan bonus seseorang blogger. Bagi artis wajah adalah penjenamaan sesebuah blog. Haruslah kan. Saat ini ramai yang mempertaruhkan wajah. Tempek gambau besau-besau kat header. Oh tak salah. Apa kata kita berfikiran terbuka wahai rakan-rakan blogger? Sudah tentu industri blogging di Malaysia meriah bukan?

(Testimonial)
"Anita (bukan nama sebenar) ni kawan aku sendiri, memang beliau sangat cantik. Header dia penuh dengan muka dia je. Tapi dia baik dan mesra. Memang comel. Baru je blogwalking awal tahun ni, tapi follower kalah aku. Beribu je sekelip mata. Anugerah Blogger popular kasi dia. Heh. Last-last dia dah berhenti berblogging dah. Sebab faktor masa dan hilang rasa pada blog mungkin. Motif? Bukan semua orang sejiwa dengan Blog."


Akhir kata bukan sahaja faktor wajah memainkan peranan, kemesraan, rajin berblogwalking, bukan kaki copy paste, pandai bermain SEO, dan banyak lagi faktor yang memungkinkan kita menjadi blogger popular atau terhebat. Susah-susah dulu pendapatan bukan?


ps :: hidung saya kemek..



 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!