August 13, 2013

Tip Penjagaan dan Pemakaian Contact Lenses

Assalammualaikum,

Kali ni nak kongsi tip atau cara penjagaan kanta lekap aka contact lenses. Bahaya weh contact lenses kalau tidak dijaga dan pakai dengan betul. Boleh buat seriau. Tapi dari 2006 lagi pengalaman pakai lenses ni tak ada apa masalah lagi. Nikmat mata yang Allah bagi ni kenalah jaga elok-elok kann... Sekali rabak camne? Oke tak nak fikir! Gerun!

contact lense, jenama contact lense, cara pakai contact lens, cara jaga contact lenses, kanta lekap bewarna, contact lense murah, tips
Casing Lense bersama colored contact lense

Tip Penjagaan dan Pemakaian Contact Lenses :

1. Kebersihan Tangan

Yang ni nombor satu. Tangan haruslah bersih dan dicuci dahulu dan dilap dengan tuala bersih sebelum pakai dan tanggalkan contact lenses korang tu. Untuk mengelakkan sebarang jangkitan kuman dan bakteria jahat!


2. Contact Lenses Baru

Contact lenses yang baru dibeli dan dibuka haruslah direndam dahulu bersama lense solution (cecair) minimum selama 2 jam sebelum dipakai. (Yang ni baru tau wuaaaa) Disarankan beli solution jenis multipurpose yang dapat digunakan untuk mencuci dan merendam contact lense anda. Gitu...


3. Tempoh Penggunaan Contact Lense

Kalau korang beli contact lenses yang dapat dipakai untuk sebulan, kebiasaannya tempoh pakai dalam masa sehari tak lebih dari 8 jam. Kalau beli yang untuk dipakai sehari (pakai buang) atau tempoh seminggu, korang boleh refer optometrist masing-masing oke. Jangan tidur dengan contact lenses! (Zaman belajar dulu selalu pakai terlebih-lebih jammm dan pernah tidur bersama beliau. Tobat!) Dan jangan guna kalau contact lenses dah expired!


4. Casing Lenses (Tempat simpan lenses korang tu)

Pastikan casing lenses kerap dicuci bersama lense solution. Jangan sesekali guna air paip! Untuk mengelakkan kuman dan bakteria. Casing lense harus ditukar dalam tempoh 3 bulan sekali. Jangan guna solution jenama berlainan dalam satu casing. Jangan la campur-campurkan ke. Walaupun contact lenses korang tak dipakai hari-hari, tapi harus dicuci dan ditukar airnya hari-hari. Fuhhh membazir tapi nak antek tak?? Haha


5. Make-up Bersama Contact Lenses

Pakai dulu contact lenses barulah boleh make-up antek-antek. Tanggal contact lense sebelum cuci muka dan bersihkan make-up di muka. Pastikan sebelum tanggal tu tangan bersih ya.

contact lense, jenama contact lense, cara pakai contact lens, cara jaga contact lenses, kanta lekap bewarna, contact lense murah, tips
 Feeling-feeling Barbie huuu


6. Penggunaan Contact Lenses di bawah Penghawa Dingin

Contact lenses mudah kering kalau kita dalam bilik yang berhawa dingin. Disarankan pakai ubat titis mata untuk mengelakkan dari kering. Tapi saya tak pernah pakai. Takut. Huhu


7. Penggunaan Contact Lenses di bawah Cahaya Matahari

Contact lenses mudah cair kalau kerap atau 24 jam di bawah cahaya matahari. Tak tahulah betul ke tidak. Tak pernah lagi berhadapan panas terik dalam tempoh yang lama.


8. Tanda-tanada Tidak Selesa Pada Mata

Kalau mata terasa gatal, merah, pedih, bernanah, berair yang melampau cepat-cepatlah tanggal. Tak reti-reti? Kalau terasa makin teruk sangat ke jumpalah pakar mata secepat mungkin.


9. Jangan Pakai Contact Lenses Rosak

Kalau contact lenses korang terkoyak walaupun sikit je kat hujung-hujung tu, tolonglah jangan pakai. Bahaya sehhh. Tak pun contact lenses korang jadi kering ke, bertukar warna ke, terkena air paip ke. Buang je walaupun tapi sayangggg~~


10. Tip Membeli Contact Lenses

Sebelum beli contact lenses, korang tanya la pendapat optometrist di kedai contact lenses yang korang pergi tu. Kalau yang first time pakai tu, korang kena lah rajin tanya macam-macam, contohnya tempoh pemakaian ke, cara nak jaga ke, dan optometrist tu mesti akan panjang lebar bebel kat anda.

Seeloknya cuba buat pemeriksaan mata untuk contact lenses. Saya belum pernah buat lagi sebab takuttttt. Tahu mata ni tak elok dan takut kena bebel. Sekarang ni saya dah jarang pakai lenses. Nak rehatkan mata jap.Jangan sesekali beli jenama contact lenses yang tidak dipercayai!


11. Cara Pakai Contact Lenses Dengan Betul



Cantik-cantik juga, penjagaan yang rapi dan kebersihan contact lenses harus dijaga. Jangan lupa sentiasa syukur dengan nikmat penglihatan yang ada. Alhamdulillah sekali jom. Bagi yang nak dapatkan contact lenses online yang harganya murah, top branded, berkualiti dan original sila ke sini. Ada voucher RM 20!

Ps :: Jangan sesekali nangis dengan contact lenses! :'(



July 26, 2013

Review Contact Lens Berwarna Murah dari Glasses Online!

Assalammualaikum,

Bagi pengguna kanta lekap atau contact lense bewarna mesti suka kan kalau dapat tahu saya akan review contact lense murah, 100% original, berjenama, berkualiti tinggi dan mudah dibeli secara online! Contact lense warna yang saya dapat ni dari Glasses Online, iaitu online store pertama di Malaysia yang bukan setakat jual contact lenses bewarna je, takde warna pon ada malah ada jual bingkai cermin mata, shades dan semua berkenaan dengan matalah.

Jadi jangan ragu-ragu kalau korang bimbang Glasses Online ni jual contact lense murah tapi tak berkualiti macam sesetengah online shop lain tau. Anda tahu kan maksud saya? Hehe.
 Perbezaan harga SofLens dari Glass Online (atas) dengan jenama sama dari kedai biasa (bawah) yang dibeli bulan lepas. Beza bukan? Sob sobs. Perbezaan RM 20 yang penuh makna. ;p


review, branded coloured lenses, contact lense murah, jenama contact lense, Freshlook, SofLens, contact lense, kanta lekap bewarna, trend, shopping voucher, Hari raya aidilfitri 
Well ai dah biasa dengan contact lense jernih (powerless) jenama SofLens dan contact lense bewarna Freshlook. So no worries :)


review, branded coloured lenses, contact lense murah, jenama contact lense, Freshlook, SofLens, contact lense, kanta lekap bewarna, trend, shopping voucher, Hari raya aidilfitri
Freshlook colorblends - Grey. Bersama eyebag hahah :D



Cara shopping dengan mudah dan senang di Glasses Online :
1. Pilih contact lense bewarna atau apa sahaja kaca mata pilihan anda. Baca segala feauteres, review, measurements yang dipaparkan, isilah berapa power korang atau ciri-ciri yang ditanya seperti highlight box dibawah.
review, branded coloured lenses, contact lense murah, jenama contact lense, Freshlook, SofLens, contact lense, kanta lekap bewarna, trend, shopping voucher, Hari raya aidilfitri

2. Setelah puas hati dengan pilihan anda, kemudian tekan lah button add to cart.

3. Nanti akan keluar page statement pembayaran yang perlu dibuat. Kalau korang ada diskaun code, isilah  diskaun code di column disediaakan. Yang penting pembaca blog ni akan dapat diskaun code! Tunggu akhir entry eh hehehe. 
review, branded coloured lenses, contact lense murah, jenama contact lense, Freshlook, SofLens, contact lense, kanta lekap bewarna, trend, shopping voucher, Hari raya aidilfitri
4. Kemudian click Go to chekout. Bagi yang belum isi butir peribadi haruslah isi dahulu. Yelah untuk delivery process kan. Bagi yang dah berdaftar terus tunggu je produk korang sampai oke! Lagi-lagi boleh bergaya untuk Hari Raya Aidilfitri akan datang nanti!


review, branded coloured lenses, contact lense murah, jenama contact lense, Freshlook, SofLens, contact lense, kanta lekap bewarna, trend, shopping voucher, Hari raya aidilfitri
Seperti yang diberitahu tadi, Glasses Online juga ada jual shades dan bingkai cermin mata, dari top branded macam Rayban, Gucci, Adidas, Christian Dior, Prada, Burberry, Polo, sehinggalah jenama swasta tempatan dan international chuolsss... Wah wah sekarang siap diskaun hampir 44%! Yang penting free shipping! Lagi-lagi sekarang ni depa ada buat promotion sempena Hari Raya ni...

Sebelum korang shopping di Glasses Online ni, saya nak bagi voucher code khas untuk pembaca yang tengah baca entry ni haa iaitu sebanyak RM 20 dengan setiap pembelian RM 100 ke atas. Sah sehingga 31 August 2013. Codenya GOdearxila20. Jangan lupa gunakan voucher code ni ya!

review, branded coloured lenses, contact lense murah, jenama contact lense, Freshlook, SofLens, contact lense, kanta lekap bewarna, trend, voucher code contact lense, shoppingvoucher


Jangan lupa menjaga kebersihan kanta lekap anda! Untuk maklumat lanjut jom layari :



 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!