August 23, 2013

Cerita Seram di Malam Raya

Assalammualaikum,


Pada suatu hari menjelang malam raya pertama, biasalah saya ni kalau tak tidur awal tak sah. Masuk tidur dalam pukul 11 malam gitu. Saya percaya untuk mendapatkan kualiti tidur yang sihat kenalah tidur awal dan cukup sekadar 6 hingga 8 jam semalaman. Hehe. Padahal dah lemah sangat sebab yelah petang raya tu dengan sibuknya bermain dengan sepupu, main bunga api, kacau orang buat ketupat, buat persiapan takbir raya, dan lain-lain lagi.

Oh waktu ni di kampung belah ayah di Ipoh. Raya kat kampung kan meriah. Masa tu tingkatan satu ke dua. Entah kenapa sepupu semua masih rancak bermain tapi saya dah surerder. Terus rebah di pembaringan. Saya berkongsi bilik dengan mak saudara. 

Biasalah orang-orang tua waktu malam raya nilah dorang sibuk kan jadi saya seorang jelah dalam bilik waktu tu. Habis semua lampu dipadam, pintu ditutup rapat demi mendapatkan tidur yang selesa. Pada mulanya saya dapat tidur dengan nyenyak. Tiba-tiba...






Saya terdengar orang mengilai. Mula-mula buat tak endah je. Tapi bila dah rasa, eh mula-mula jauh je bunyinya tapi semakin lama semakin dekat apehal pulak? Suara mengilai tu dengar dengan jelas sekali. Dah bunyi mengilai tu macam rasa dekat je terus rasa ahhhh seram gilerrrr!! Dan teringat pulak cerita sepupu yang hantu suka bertempek kat pokok pisang. Ditambah lagi, memang luar tingkap tu memang banyak pokok pisang. Tak tahan terus meluru lari keluar dari bilik tu sambil menangis dan dapatkan mak abah.

Biasalah orang tua-tua ni. Tak kanlah dorang nak mengiyakan kan? Terpaksalah dorang memanipulasi dan psikologi balik budak-budak yang terasa ketakutan diganggu hantu. Lepastu semua saudara bagi semangat 'lekluuuu mana ada hantu la kat dunia ni'







Well, ingat ai budak darjah satu? Malam tu terus je dapat tidur lena sebab penat banyak menangis kot. Esoknya raya pertama, buat muka selamba je macam tak ada apa-apa berlaku malam tadi. Reverse psikologi namanya. Hehe.





August 22, 2013

Percaya Pada Kemahuan Diri

Assalammualaikum,

Suatu ketika dulu, blog ini mengalami perlbagai transformasi dari segi url blog, header blog, layout blog, nama penulis blog semuanya lah disebabkan kebosanan memiliki blog, eh eh tak nak buat macam mana nafsu pada blog bergantung kepada arah angin monsun... (ikut mood sangat tau this gal)

Well pasal url blog kita tolak tepi dulu, tapi kita cerita pasal owner blog dulu ya. Saya memang suka animasi. Bila waktu kecil dulu, penyakit curiousity sangat tinggi bila tengok kartun. 'Eh how to do like that?' Ekspresi wajah kartun tu sendiri membuatkan diri ini sangat kagum dengan karya-karya animatur tempatan ataupun antarabangsa terutamanya dari Jepun. Mula-mula memanglah membesar dengan Nobita dan Doraemon yang tak reti-reti nak membesar, kemudian beralih kepada Slamdunk, Cardcaptor Sakura, dll yang waktu tu banyak ditayangkan di NTV7. Well, siapa yang membesar tahun 90-an, where you at? Jom sep sama-sama..

Percaya Pada Kemahuan Diri


Ingat bila dah dewasa ni, malu sangat bila ada penyakit kartun dalam diri. Lebih-lebih lagi kalau takde kawan yang ada hobi yang sama. Semua kawan-kawan uni kebanyakannya feminine sangat. Lagi-lagi ambil jurusan 'koporat' kenn. Saat itu, kartun dari Jepun semua beralih kepada drama Korea. Biasalah drama korea yang best mestilah ada selit komedi kan macam Boys Over Flower, Flower Boys Next Door, dan Google sendiri lah.. Drama Korea bergenre action, romantic, yang mendayu-dayu tak berapa layan..

Well bila semua fasa hidup ini telah dirasai, barulah ku sedar kartun/animasi, drama atau filem bergenre komedi ni memberikan hidup penuh dengan kegembiraan tersendiri walaupun dilalui bersama duka dan durjana. Paham? Sentimental sudah... So I wont let anasir negatif-negatif ni merubah pandangan mata kasarku. Aumm

Dengan ini, saya mahu teruskanlah minat men-doodle walaupun bukan amatur.. Bila jenguk blog doodle, semuanya melibatkan cara penyampaian melalui karekter doodle. Bukan nak feeling budak-budak sangat pun kan.. Ianya lebih kepada kepuasan. Tapi bergantung jugak kepada masa ya huhu. Oh lupa, dulu blog ni pon kaya (tak kaya sangat la) dengan doodle. Lukis dengan MS paint je pon. Dan dulu down sangat sebab semua karya lukisan dalam laptop kena format. Wuaaa. Jangan ditanya kenapa tak sambung jurusan art. Sedih hati mak, nokkxx....

doodles, yakin diri, xila, inspiration

"Magic is believing in yourself, if you can do that, you can make anything happen."
Johann Wolfgang von Goethe 

“that there are many things that we cant understand. the past. the bad things that happened... and we become afraid. of what might happen in the future. its okay to be afraid. but we have to keep hoping and believeing... to keep hoping and trying our best to be good and do good. even when we're afraid”
  Nafisa Haji


doodles, yakin diri, xila, inspiration
 Tak ingat la gambar ini dari entry mana.

doodles, yakin diri, xila, inspiration
 Oke kenapa dari dulu suka benar gambar dengan kawan-kawan ni. Xila dan kawan-kawan bak kata SW.

doodles, yakin diri, xila, inspiration
 Ini dari enty sini.



 Don't be afraid to be amazing, people!! :D



 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!