December 29, 2011

Exravaganza

Assalammualaikum,

“Rasa resah
jangan kau percaya,
(dalam hatimu, dalam hatimu)...”


Bila dengar lagu Extravaganza dari Bunkface ni, tiba-tiba terasa ada energy yang extra ordinary punya. Terasa ada kuasa bebola api (fire-fire-fire). Terasa bersemangat semula! Tulah akibatnya bila mood ke laut sejak-menjak nih.. Dunia pon dah nak masuk tahun baru 2012. Mengapa mesti gundah gulana?

Ter-tak sengaja je dengar lagu Extravaganza ni. Bila sebut ex-tra-va-gan-za ni macam best pulak. Macam kera dapat bunga (huh?). Tapi lagu-lagu dakwah dengan al-Quran je terapi jiwa yang terbaik. Tapi lebih prefer al-Quran kalau terasa sunyi/sepi/sedih/dan bla  bla bla...


Maknanya lebih kerap la cepat-cepat mengaji bila situasi macam tadi. Bila tak baca macam rindu. Tapi rasa macam tajwid dan lain-lain tak cukup sempurna je lagi.. Hurmm.. Jom gila kentang jap dengan ex-tra-va-gan-za yaw!






December 27, 2011

Berazam Yang Teringin

Assalammualaikum,

Setiap tahun azam sendiri akan bersifat seperti tiada kemajuan. Nak jadi lebih baik dari tahun sebelum ni. Cukuplah setakat tu. Takut berazam lebih-lebih sebab awal tahun je ingat azam macam mana yang diharapkan. Akibat kes waktu sekolah dulu la ni....

Tapi tahun depan rasanya nak berazam panjat Gunung Kinabalu bah. Eh azam ke cita-cita ni? Tak kisahlah. Nak tahun depan jugak panjat Kinabalu. Dah teringin bonar rasanya ni. Orang kata Kinabalu ni trek dia ada yang tak susah mana. Cuma time nak sampai puncak tu kena fit sikit. Gunung rasanya semua kena fit macam dalam entry Siapa Suka Hiking ni. Mana boleh tak ready fizikal & mental dulu.


celebration, kinabalu, hiking, mendaki gunung
lupe nak letak nama kat lukisan cun 2011 ni ;p


Ada la jugak ajak member-member panjat Gunung Kinabalu. Banyak yang tak berminat sukan ekstrem. So nak seru semua blogger buatlah gathering kat Kinabalu pulak ke. Baru mencabar. Amacam? Dalam entry Siapa Suka Hiking tadi ramai yang tunjuk respond teringin je...Hehe.


Tambahan : Ade sorang pengacara komen lukisan gunung kinabalu seorang pelukis ni. Dia kata kenapa gunung warna biru bukan hijau ke? Dia tak pernah panjat kot atau buta seni. Kalau dah kat atas puncak mestilah dikabusi awan, otomatik gunung akan terlihat seperti biru. :)





December 25, 2011

Illuminating Arbutin Mask

Assalammualikum,


most love, mask muka, facial mask, beauty, Watsons Malaysia


Dah dua kali pakai benda. Tapi macam ada effect je. Ke perasan sangat?

Benda atas ni adalah mask atau topeng muka dari Korea punya. Terpengaruh dengan sorang blogger yang pernah promote suatu masa dulu-dulu kala. Terpengaruh juga. Yelah sebab rasa macam kulit muka tak bermaya je. Haruslah cuba mask pulak. Garnier tipu. Pakai-pakai takde effect pon. Huh.

Beli kat Watson nih. Serius pakai ni muka segar serta merta. Fresh giler. Harga dalam Rm4-5. Tak berapa ingat.

Merry Christmas for all non Muslim :))


December 20, 2011

Kesiannya Kat Kanak-Kanak Zaman Sekarang

Assalammualaikum,


bcoz i care, pendidikan awal kanak-kanak, world, tips belajar


Haritu nampak satu program kat tv tentang pendidikan awal kanak-kanak sekolah rendah. Dorang diajar tentang sains, kejadah bioteknology semua tu. Kecik-kecik dah kena apply bioteknology dalam minda. Alolo ciannya dia.

Dorang nak pastikan kanak-kanak ni asset penting untuk negara kita akan datang. (Dah terbayang dah masa depan guna kereta yang boleh terbang.) Ni semua jasa otak kental budak-budak ni. Program ni memang lah sangat baik tapi kalau dah anggap budak-budak tu ‘aset’ tapi bukan manusia acane tu?

Bagi saya la kan, tak patutlah.. Apa kes budak yang kena interview tu muka seriyus, sambil cakap “saya seronok belajar bioteknolgy”. Mana muka kiut keanakan dia? Budak-budak ni akan kehilangan zaman kemanisan kanak-kanak dorang. Macam kes Michael Jackson dulu. Bila dah besar, dia nak sangat rasa zaman kanak-kanak dia yang hilang sampai bina Netherlands bagai.

Alahai orang dulu pun relaks je besarkan anak-anak sampai berjaya jadi saintis, doktor sakit puan, dan ahli geology. Janji semangat nak berdaya maju. Budak zaman sekarang pun dah tak kenal galah panjang, guli agaknya. Diharap kerajaan kaji formula terbaik untuk pendidikan awal kanak-kanak.

Memang sekarang dunia semakin kompetitif, tapi percayalah bila semua kejar dunia, sampai satu masa nanti mesti ada saintis cipta ‘alat keriangan!’....Mungkin untuk kes lagi 20 tahun sebab semua focus maju, maju, maju sampai lupa macam mana rasanya happy. Huh?


Ok dah pikir terlalu jauh nih...





December 19, 2011

Aiskrim Paling Sedap

Assalammualaikum,



Korang pernah makan tak aiskrim kat atas ni? Melting in your mouth kata kaw. Saat ia cair dan jatuh ke trakea itu adalah saat paling nikmat. Alhamdulillah nikmatnya... Sungguh asyik sekali bah. Tak caye pergi beli cepat kat supermarket berdekatan. 

Harga dia tak berapa nak tahu sebab buka peti ais rumah je terus rembat. Macam-macam perisa buah-buahan yang dapat dicuba. Paling sedap setakat ni perasa durian. Tipu je. Manggis kot. Seriyus sila amik saya jadi duta produk nih! Mauuuu....




December 11, 2011

Siapa Dia Matluthfi90

Assalammualaikum,


Siapa kenal Matluthfi? Kalau yang kaki youtube ni mesti kenal dia. Baru-baru ni ada post video terbaru Mathlutfi kat FB, blogger Niza Romli sibuk tanya siapa dia. Mathlufi ni seorang vlogger yang suka express kan pandangan dia melalui video. Tapi kena ingat, semua pandangan dia tak semestinya betul bagi dia. Yang baik kita jadikan teladan. Nah tengok dulu video dia yang ni.




Kalau melalui video ni rasanya lebih dekat dengan penonton kot. Cara penyampaian lebih tepat dan beremosi bila sampaikan sesuatu topic. Kalau blogger dari penulisan je. Penulisan berkesan adalah penulisan yang terkesan bila terbaca. (Apa dok putar belit ni tatau...)


Berbalik pada Matluthfi, dengar-dengar dia dari Koqdiang. Keturunan cina. Sekarang ni, dia dok pulun belajaq kat Australia nun. Mat takde rangkaian sosial selain Youtube. So kalau nak ajak dia dating kena lah buat video untuk dia. Aww so cuweettt.... Kalau saya, saya buat video kat dia suh bawak balik kangaroo satu kat saya. Hahah.



Ps :: Asyik ulang video mamat ni je. Adakah ini cinta (boboi). Hahah


December 9, 2011

Makan Sushi Penyebab Otak Berulat

Assalammualaikum,




Rasanya semua dah maklum tentang ni. Tapi tak kira nak hebahkan jugak. Disebabkan sendiri suka makan sushi, maka bila tengok gambar kat atas tuh terus pangkah sushi. Dan makanan yang tidak dimasak khususnya. Yek yek yek.


Kalau ikutkan kan, awal tahun hingga pertengahan tahun ni suka rembat sushi masuk perut. Maklumlah tempat kerja dulu belakang Jusco Maluri tu je. Hari-hari lalu Jusco, hari-hari bau sushi, hari-hari sengaja lalu kat food court. Memang tak tahan godaan bau dia yang wangi tuh.


Sejak dapat tahu Sushi King tak halal (eh?) dah tak jejak situ. Octopus Sushi pun ragu-ragu. So tinggalkan aje yang ragu-ragu ni. Walaupun harga seketul sushi Jusco RM 1 dan nampak low class, disebabkan meluap-luap nafsu nak ngap sushi, bedalkan aje. La ni lama tak makan dah.


Tengok ramai blogger pun update pasal otak orang tua ni kena makan ulat. Terasa ulat terhegeh-hegeh kat dalam otak nih. Macam nak gi scan check ade ke tidak ulat dalam otak nih. Huh. Seram tau.



Ps :: Parasit makhluk paling tidak comel!


 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!