Memandangkan jiran comelku, Sutera Kasih membuat entry pasal pasembur kan, maka terujalah akan salah satu makanan kegemaranku itu. Lebih teruja kalau sebut pasembur dengan berbunyikan "pasembuq" tau tau! Cuba lah sebut... paa, semm, buq.... Wah seronok gila!! Hahah Almaklumlah lima tahun mendewasakan diri di UUM nun..
Pasembur Penang. Sumber Google
Alkisah bila jadi student perantau pasti akan membuang masa dengan backpacking kan. Rugi tau kalau kat negeri orang tapi tak melawat tempat menarik sekitar itu. Yang pasti salah satunya ke Penang. Walaupun dah berjuta kali menjejakkan kaki disitu, yelah lahir kat Penang kot. Namun travel dengan kawan-kawan lain rasanya.
Kalau ke Penang singgah ler ke Gurney Drive untuk cari Pasembur Penang terbaik. Jumpalah dengan uncle rojak terbaik disana. Rojak, rojak, rojak.... (Goyang2 kepala~) Wah memang menggelikan hati. Siapa yang dah rasa pengalaman ni mesti tahu. So tengok jelah santapan video yang dicuri dari Youtube ni... Yanadeyyy
Tapi ada lagi satu video yang best. Tak jumpa la. Gelak gila-gila bila dengan member tengok ni. Dah rasa macam travelog pulak.. Ingat nak taip pendek je. Teruja pulak taip panjang-panjang. Masa komen entry Yann, saya suruh dia Google sendiri mamak pasembuq ni. Tapi, buat entry lak tiba-tiba. Kepada Yann, jomla terbang ke Penang kita holiday sama-sama. Hikhikkk. Tapi takut la Tsunami. Grrr
Kepada Aimie Amalaina tuan blog Kerana Lily, Selamat Hari Lahir yang ke 23! Yay saya muda beberapa hari dari kamu. Moga panjang umur murah rezeki, bahagia dunia akhirat hendakNya.
ps :: Rojak, rojak, rojak...