October 3, 2013

Status Glitteri Nuffnang Ditarik Balik?

Assalammualaikum,

Baru-baru ni, tapi takdelah baru sangat ken...status glitteri mak jemah disekat oleh Nuffnang dan jadi non-glitteri. Kalau korang dapat non glitteri tuh maknanya korang bukan blogger kesayangan Nuffnang lah hee. Antara punca tak dapat status Glitteri disebabkan curang dengan Nuffnang atau kata formal korang ada add on syarikat pengiklanan lain dalam blog enkorang. Ada paham ka?

Memang mengamuk lah mak jemah kan bila tiba-tiba iols jadi non glitteri. Iols tak pernah curang tau. Setia giler haa. Sekejap mak jemah sekejap iols...Hilang punca sebab lama tak menaip hahah.

Tanpa berfikir panjang terus serang Nuffnang. Ngeee. Hantaq ticket kat depa ja... Tanyalah mengapain iols tak dapat status Gillteri Nuffnang. Sedihhh tauuu. Just checkitout jelah kat conversation bawah ni.





Cepat je Nuffnang reply. Depa kata sebab iolss ada add url blog baru jadinya system kelam kabut sikit. Blog baru? Yupss korang boleh skodeng blog baru kat sini ya. Jemput jenguk :)

Lepas tuh dah jadi Glitteri balik dah...Thanks Nuffnang.

Daaaa~




September 6, 2013

Yay Menang Alhamdulillah

Assalammualaikum,

Baru-baru ni, tapi takdelah baru sangat, sejak Ramadhan lagi lah cerita basi ni tapi baru kesempatan nak update sekarang. Em sorryyy. Malam ni jangan lupa tengok Amir Raja Lawak dalam Super Spontan. Eh sekarang Amir Beatles lah. Tengok Super Spontan semata-mata Amir okeeehhhh. Weird tak? Hahah

Saya ni saja tak updatae entry sebab saya merupakan seorang blogger yang tiada sentuhan magik dalam menaip buat masa sekarang. Kadang-kadang blogger perlu berehat. (Alasan) Zzzzz. Atas permintaan ramai saya kembali. Lihat, dunia semakin indah sekarang tapi saya tahu kita semua sedih dengan nasib saudara kita di negara 'sana'. Kita kena yakin, senjata orang Islam ialah doa dan iman. Itu yang membezakan kita dengan 'mereka' yang kononnya hebat.


eh sumber

Berbalik kepada tajuk diatas haaa, syukur alhamdulillah saya menang peraduan, contest, giveaway dan seumpamanya. Pertama kita up dengan giveaway dari blog kisahemasputih.com. Walaupun hadiah saguhati tapi rezeki juga kan. Keduanya saya pemenang utama contest gambar di Facebook anjuran blog Tempoyak.

Saya jugak menang giveaway dari em em (tengah korek otak sebab pelupa kennn) blog Coklateyes.my dan juga contest like kat Facebook. Cuma like je boleh menang kauu. Lagi satu baru-baru ni menang giveaway anjuran Blog Asyik Maiburogu. Alhamdulillah walaupun semua hadiah takdelah beriban ringgit tapi rezeki ni kalau kumpul mahunya jadi gunung.

Tak lupa juga buat pihak Nuffnang bagi CPUV Escape - Teaser, DOVE SAMSON D, dan juga Twisties Traxxobeats. Terma kasih semua penganjur kerana memilih blog Dearxila.my. Ternyata pemilihan yang tepat. kihkih.... ♥




August 21, 2013

CPUV Dari Nuffnang Lagi

wordless wednesday, CPUV Nuffnang, nuffnang, advertorials, terima kasih, The Smurfs 2
Terima kasih Nuffnang bagi CPUV lagi. Tapi awat yang Twitties Traxxobeats 30 July tu baru appear sekarang? Why mehh? Walaupun CPUV dari Nuffnang semakin kurang rancak, tapi ku masih bersyukur. Bagi la lagi ye Nuffnang sempena birthday saya akan datang. Kuikuikui

Untuk CPUV The Smurfs 2 boleh refer sini. Ada cerita pasal sinopsis, trailer, lagu tema The Smurfs 2-Ooh La La nyanyian Briteney Spears, dan gambar berkaitan The Smurfs 2 lah. Cuma malas nak review je sebab citer kureng best la...hehehe


Takziah buat semua 33 orang mangsa terkorban dari Genting Highlands.



August 6, 2013

The Smurfs 2 di Pawagam 8 Ogos 2013

Assalammualaikum,

The Smurfs 2, nuffnang, cpuv, buffered earnings, The Smurfs 2 di pawagam, Filem The Smurfs, The Smurfs 2 dalam Bahasa Malaysia, muvee, sinopsis The Smurfs 2, trailer The Smurfs 2, Ooh La la song, Britney Spears in The Smurfs 2, The Smurfs 2 - Ooh La la
The Smurfs 2 di pawagam 8 Ogos 2013 @ 1 Syawal

Binatang biru comel The Smurfs ni kembali di pawagam 8 Ogos ni bersamaan 1 Syawal. Lepas Despicable Me 2, The Smurfs 2 pulak. Ish kenapa yang comel-comel selalu ke panggung? Eh? Yang penting dari The Smurfs 1 tak suka watak ahli sihir yang tak comel langsung tuh! Grrr. Katty Perry pelakon utamanya you...

Sinopsis The Smurfs 2
Sekuel kepada filem animasi aksi komedi ini menyaksikan ahli sihir jahat, Gargamel yang telah mencipta beberapa makhluk nakal dan menyerupai Smurf yang diberi nama Naughties dengan harapan ia akan memberikannya kuasa ajaib. Walaubagaimanapun apabila dia menyedari hanya Smurf boleh memberikan apa yang diinginkannya itu dan Smurfette tahu sihir rahsia yang berupaya menukar Naughties kepada Smurf tulen, Gargamel bertindak menculik Smurfette dan membawanya ke Paris dimana dia telah disanjung tinggi sebagai ahli sihir terunggul dunia. 

Pengarah: Raja Gosnell
Bahasa: Bahasa Inggeris
Kategori: Filem Animasi
Genre: Animasi, Keluarga, Komedi
Klasifikasi: PG-13 - Bimbingan ibubapa atau orang dewasa disyorkan untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun
Tarikh Tayangan: 08 Ogos 2013


The Smurfs 2, nuffnang, cpuv, buffered earnings, The Smurfs 2 di pawagam, Filem The Smurfs, The Smurfs 2 dalam Bahasa Malaysia, muvee, sinopsis The Smurfs 2, trailer The Smurfs 2, Ooh La la song, Britney Spears in The Smurfs 2, The Smurfs 2 - Ooh La la
Para pelakon yang terlibat dalam pengalihan suara Bahasa Malaysia

The Smurfs 2, nuffnang, cpuv, buffered earnings, The Smurfs 2 di pawagam, Filem The Smurfs, The Smurfs 2 dalam Bahasa Malaysia, muvee, sinopsis The Smurfs 2, trailer The Smurfs 2, Ooh La la song, Britney Spears in The Smurfs 2, The Smurfs 2 - Ooh La la
Wuaa omeynya Lisa Surihani dengan Yusry

Filem The Smurfs 2 ini juga terdapat dalam versi Bahasa Malaysia. Antara pelakon terbabit dalam pengalihan suara dalam Bahasa Malaysia ialah Datuk Aznil Nawawi, Hafidzuddin Fazil, Lisa Surihani, Zizan Razak, Elfira Loy dan Ray (Era FM). Raya pertama tengok filem ni rare tak? Hahah.

Trailer The Smurfs 2

Lagu Tema The Smurfs 2 dari Britney Spears - Ooh La la
Anak Britney featured dalam video clip ni hehe comel je


nuffnang, The Smurfs 2, sinopsis The Smurfs 2, The Smurfs 2 dalam Bahasa Malaysia, muvee, CPUV Nuffnang, Buffered Earnings, trailer The Smurfs 2, Ooh La La song in The Smurfs 2, Britney Spears - Ooh La La, OST The Smurfs 2

nuffnang, The Smurfs 2, sinopsis The Smurfs 2, The Smurfs 2 dalam Bahasa Malaysia, muvee, CPUV Nuffnang, Buffered Earnings, trailer The Smurfs 2, Ooh La La song in The Smurfs 2, Britney Spears - Ooh La La, OST The Smurfs 2

Terima kasih Nuffnang bagi CPUV The Smurfs 2. Dah lama tak bagi entry terima kasih huhu. CPUV yang lain pon tak sempat nak ucap 'thanks a lot baby boo Nuffie muah muah' tapi dah credited. Duhh awat cepat benor credited nya? Could you explain to me! (Saje)

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua :)


July 3, 2013

Nuffnang : Coke Ramadhan 2013 & Kanebo Kate SS Collection

Assalammualaikum,


2 CPUV lagi dari Nufffnang ^^


Boring gila hari ni sampai rasa malas nak update. Tengok traffik pon ke laut. Malaslah nak target traffik. Ni pon rajin update sebab Nuffnang tak putus-putus nak bagi CPUV. Rezeki kan alhamdulillah... Kalau biar sesawang nanti tak running-running lah CPUV Nuffnang bagi tu. Bukan senang nak dapat CPUV dari Nuffnang kennn.

CPUV kali ni dari Coke Ramadhan 2013 & Kanebo Kate SS Collection sempena musim puasa dan raya yang bakal tiba. Hehe. Haa apa lagi mohon klik-klik ya tawan-tawan. Feeling menaip macam berangan dalam lagu Kalau Aku Kaya. Keh keh. 

Kalau aku kaya
Aku gajikan driver
Nama dia Schumacher
Dia panggil aku sir
Aku panggil dia der
Der, tolong hantar mak aku pegi pasar
Belikan nasi lemak
Boss engkau dah lapar

Contoh CPUV yang tak aktif. Tsk tsk


Kalau tak aktif blog begitulah contohnya ye anak-anak jumlah earning yang lekat. Malah tak pernah check Nuffnang. Biasalah blogger biasha-biasha tak update mana mahu maju blog. Tapi tak apa, mari update dengan nada gembira tanpa gundah gulana. Hip hip hooray \o..o/

Terima kasih menggunung buat semua pembaca Blog Dear Xila ! :)



June 30, 2013

KL Sogo Raya Sale 2013!!

Assalammualaikum,
 
KL Sogo ada buat sale sempena kedatangan Raya bulan Ogos 2013 nanti. Tapi sale ni khas untuk pemegang eksklusif ahli S kad KL Sogo (KL Sogo S Card)  dan ahli kad Maybank pada 5 & 6 July 2013 dari pukul 9 pagi hingga 11 malam. 

Well-well, KL Sogo Raya Sale 2013 ni merupakan sebahagian CPUV dari Nuffnang. Terima kasih Nuffnang. Nanti bagi lagi ya nak buat duit raya ahaks. Buat kawan-kawan rajin-rajinlah klik iklan KL Sogo tu sebab depa ada link catalog barang-barang yang ada sale tahu. Histeria tak? Hahah. Kau gila Sogo hari-hari pun buat sale dan hari-hari pon sesak orang. Lagi-lagi nak dekat raya nih..




Bila tengah taip entry ni belum sign up pun KL Sogo S Card tuh. Tapi dah terasa nak ada satu uhuk. Nasiblah aku tak duduk KL dah. Rasanya untung kot ada kad ahli bagai nih. Macam kad ahli Watsons. Berbaloi-baloi. Hehe

Kelebihan pemegang kad S KL Sogo :
1. Dapat diskaun dan points untuk barangan eksklusif tertentu.
2. Bonus points 3 kali ganda pada hari jadi anda.
3. Percuma tempat letak kenderaan dan satu jam percuma di Starz Garden.
4. Dapat jemputan ke events dan banyak lagi...!




Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang di :
Website : KL Sogo
Facebook : KL Sogo
*Gambar semua diambil dari FB KL Sogo




Ps :: Wah tak sabarnya nak puasa dan raya (dowww) !! :')



June 26, 2013

WW : Cheque Nuffnang Sudah Sampai

Assalammualaikum,





Cheque Nuffnang dah lama sampainya pun. Dah siap bank in lagi. Saja bah mahu kasi semua jeles sebab dengan ini kita semua akan berusaha keras untuk mantapkan dunia blog. Kuikuikui. Syukur! Kbai...




June 20, 2013

Keywords Peliks Malah Gangster!

Assalammualaikum,



Keywords sangat peliks minggu ini :
1. Ketua jahat hospital Kuala Lumpur Malaysia 50586
Woi woi seram woi. Gua mana ada buat jenayah. Nih mesti kes dendam nih. Maafkan saya, nan hado disini. Nih bukan blog jahat. Maafin...

2. Youtube filem Pilot Cafe
Awat hang tak sabar tatau. Pilot Cafe belum keluar kat wayang. Harap bersabar saudara-saudara, ibu-ibu, bapak-bapak... Nanti dah keluar, kita tengok sama-sama kat youtube ye ;p


Ini lawak!



Ps :: Tengah prepare temuduga SPA. Nebes ahkak...



June 19, 2013

KakaoTalk App

Assalammualaikum,



Yahuu alhamdulillah dapat lagi CPUV/Buffered Earnings kaokao punya dari Nuffnang dengan kerjasama KakaoTalk. Free call, KakaoTalk. Hahah.

KakaoTalk App boleh didownload di semua telefon pintar secara percuma yang membolehkan pengguna untuk menghantar dan menerima mesej termasuk gambar, video, nota suara, dan maklumat kenalan melalui satu-satu perbualan kumpulan di peringkat antarabangsa. KakaoTalk menyokong 12 bahasa: Inggeris, Cina, Perancis, Jerman, Indonesia, Itali, Jepun, Korea, Portugis, Sepanyol, Thai, dan Turki
 
Panggilan percuma dengan rakan-rakan (Iphone dan Android sahaja). Download sekarang!
Android Market: http://bit.ly/ufJSNn
iOS AppStore: http://bit.ly/vDZzKA
Windows Phone: http://bit.ly/ZJtjEQ
Blackberry App World: http://goo.gl/GrD5Z

Untuk maklumat lanjutnya pon, silalah layari:
Website : KakaoTalk
Facebook : KakaoTalk



June 13, 2013

Watch, Vote and Win to Watch ManUtd Live !




Mencari Ramli 2 will be broadcasted weekly on TV3 every Friday from 7.30PM-8.00PM from 19 April onwards with 12 episodes in total. Guess what? You also have a big chance to stand win a great prizes provided by the organizers. You may refer to the previous entry to find more about the hits tv programme, Mencari Ramli 2.)

Voting Contest (For Public)
14th June 2013 onwards,
There’ll be a voting contest for the public to vote for your favourite Ramli (30 Finalists featured in the show)
-      Grand Prize (For Mencari Ramli 2 Voting Contest ONLY)  - All expenses paid trip to watch Manchester United play a match at one of these locations (Bangkok, Sydney/Yokohama/Osaka/Hong Kong).
-      Weekly prizes to be won (MU Merchandise)




Instructions on How to Vote
SMS VOTE[NUMBER OF VOTES : 5/10][SPACE]RAMLI[2 DIGIT NUMBER : 01-30] to 26268
eg: VOTE5 RAMLI05 – Submit 5 votes for Mencari Ramli 2 Participant Number 05.
      VOTE RAMLI07 – Submit 1 vote for Mencari Ramli 2 Participant Number 07

***Voting contest period : 24 May - 28 June 2013
**Free of charge on the first time you submit your vote(s) (Regardless of the number of votes)
*Cost – 1 Vote = RM0.50, 5 Votes = RM2.00, 10 Votes = RM3.50


Top 3 rankings of RAMLI 1-30 will be revealed :
Once every week on Mencari Ramli 2 show
Twice every week on Mencari Ramli 2 website (http://www.tm.com.my/teammalaysia/MR2/)


The winners of Mencari Ramli Season 1

Latest episode of Mencari Ramli 2

The Ramlis


Who is gonna be a Malaysian's favourites Ramli? Cast your vote now supporters! Ehem, my favourite 'Ramli' is Khaizuran because of he is very young talented boy and cute! Hehe. Well, thats how i imagined about Ramli. Young man with the charm attraction, very dedicated and talented same as David Beckham. Somehow, Mazwan@Obama can be a nearest competitors to Khaizuran.


Funny side of Mazwan.


Watch Mencari Ramli 2 as details :

Date : Setiap Jumaat
Time : 7.30 petang hingga 8.00 malam
Channel : TV3 (103 di HyppTV)




Mencari Ramli Seasons 2


WHAT IS Mencari Ramli ?

Mencari Ramli is a search for the country's most promising football talent, in an effort to elevate the standard of Malaysian football, fueled by the passion and enthusiasm of football fans across Malaysia proudly brought to you by Telekom Malaysia (TM) and support by Team Malaysia.

The first season of Mencari Ramli in 2012 saw 30 young footballers scouted from the Bukit Jalil Sport School to showcase their footballing talent, where two winners were drafted into the Harimau Muda Under-21 team and another finalist landing a stint as a striker in the U.S. Arezzo football club Under-17 team in Italy.

Mencari Ramli Season 1
The young footballers
The show



The winners of Mencari Ramli Season 1

The Ramli's


The winners at ManUtd Soccer School

Mencari Ramli Musim 2 is a follow-up to the first season's programme, this time extended to a nationwide search for talent via a series of events at 12 locations across Malaysia. A group of top 30 talents will be selected for the finals, where two winners will be chosen by the judges and one through public voting, to win the trip to the Manchester United Soccer School and also visit Old Trafford and a three year scholarship to attend Frenz United Football Academy.

Selected from the thousands of aspiring and talented young football players in Malaysia, the winner will receive a placement in the Manchester United Soccer School.

FULL NATIONWIDE AUDITIONS DETAILS

State
Venue
Date
Jitra      
Stadium Mini Jitra  
1st– 3rd Feb    
Taiping  
Padang Majlis Perbandaran Taiping
16th - 18th Feb  
Manjung    
Stadium Mini Manjung   
23rd - 25th Feb   
P.Pinang   
Padang Kelab Kilat TNB 
2nd - 4th March   
Pahang    
Kompleks Belia & Sukan Kuantan
9th - 11 March
Terengganu 
Kompleks Sukan Gong Badak 
15th - 17th March
Johor      
Padang Mawar, Pasir Gudang, Johor
23rd - 25th March     
Kelantan     
Stadium Sultan Muhammad ke IV
5th – 7th April      
Kuala Lumpur
Padang Victoria Institution
20th  – 22nd April  
Sabah
Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah
27th - 29th April        
Melaka    
Stadium Hang Tuah
11th - 13th May      
Sarawak         
Padang B Petrajaya Kuching
18th -20th May

THE AUDIITONS









Concept:
A docu-reality series that is looking for Malaysia’s Best Footballer under 16, that will be sent to the Manchester United Soccer School to be trained and groomed to become “Ramli”, the next Malaysian football talent.

Objective:
-      Provide a platform for young footballers to realize their football dreams
-      Help to raise the standards of local young football talents
-      Get parents to see the potential in their own children and provide a solid support system.
-      To encourage the Team Malaysia spirit through this reality show.

Who is Ramli:
-      A Malaysian boy below the age of 16 and is extremely skilled and talented at playing football. A team player and inspiring leader with a great attitude and passion for football.

Ramli could be..
-      He could be the best goal keeper.
-      He could be the best defender.
-      He could be the best midfielder.
-      He could be the best striker
-      But what we are searching for is the most talented player.

What I only hope for this Ramlis Most Wanted is, he will definitely can beat all the legendary players all around the world and could be the best talented and favourite Malaysian footballers players all over the world. Go Ramli go. With the continuous support from Team Malaysia, I believe all Malaysian dreams can be achieved. Fighting!


Official website of Mencari Ramli 2 at http://mencariramli.com.my/teammalaysia/mr2-phase2/bm/























From 30 young players, only one final fight will be held to choose 3 winners. Who is worthy to go to the Manchester United Soccer School? Do not to forget to watch for a second season of Mencari Ramli 2 on TV3 every Friday at 7.30pm to 8.00pm. For more info, kindly visit to:

Facebook : Team Malaysia
Twitter : Team Malaysia
Website : Mencari Ramli




June 8, 2013

Lagi BE/CPUV Dari Nuffnang : Pee Mak & Kia Project C

Assalammualaikum,

Awat lah Nuffnang duk baik hati tak tau. Baru je post pasal BE baru-baru ni, dapat lagi dua ketul BE. Inilah dinamakan rezeki dari Tuhan jugak. Syukur alhamdulillah. Moga earnings terus meningat sampai ke menara gading. Jyeahhh.




Lai lai kalau ada nampak BE/CPUV running-running, marilah klik. Barulah terasa kemanisan ukhwah sesame blogger. Hikhik.

Pee Mak Campaign
Pee Mak ni, cerita seram dari Thailand yang tengah ditayangkan di seluruh Malaysia. Nampak gayanya macam seram. Macam ala-ala Nangnak. Entah...hahaha

KIA - What is Project C?
Entahlah minatang apa ke benda nih. Korang google sendirik lah. Maaflah ya...



Ps :: Baru terasa keasyikkan tengok Running Man. *HISTERIA*



June 3, 2013

Dijemput ke Event Nuffnang Buat Kali Pertama !!

Assalammualaikum,

Dijemput lah sangat. Dah terhantar post penyertaan, Nuffnang jemputlah kan. Tapi banyak-banyak blog, depa dok jemput ceqq. (suukaaaa). Maklumat lanjut mengenai post entry berkenaan, sila ke sini. Cepat view, sebelum post berkenaan kena delete. Sebab emm, sebab dah tak relevan. Ngee...

Kronologi Majlis :
Acara berkenaan berlangsung pada pertengahan May lepas (tau dah berkurun), pukul 9.30am. Setiap team ada dua peserta yang masing-masing dibekalkan IPAD PINJAM. Team saya team 18 digandingkan dengan blogger cun DianaBabe. Macam lucky nombor team kami kennn, tapi kami awal-awal lagi mengalah. Kesian Hang Tuah dapat kuturunan mudah mengalah. Sobssobs.


Acara berlansung di Sunway Pyramid.


Lepas kami mengalah dengan senang lenang, kami dijemput melantak tapi tak boleh tapau di Delicious Cafe secara buffet. Memang sedap rezeki Allah bagi masa tuh. Tenyang pewut boboi. Tapi boboi tak sempat nak  snap semua gambaq makanan sebab bateri mulai 'kong'.

Dan tiba masanya pengumuman para pemenang. Masing-masing bawak balik S4, iPad Mini, wang tunai, tapi, ai? Ai bawak balik pengalaman je. Huk huk. Setiap peserta dibekalkan goodie bag dari Astro. Engkorang dah subscribe Astro On The Go? Hahhhh doniawi je tuh..



Antara para pemenang utama.

Antara rhetis yang hadir... Aaron ajis, johan, ajak shiro etc etc... Kesah??

Kawan baghu... Dari kiri Nadira, Me, Atiqah, Aida


Itu sajalah. Krem pulak jari typing panjang-panjang nih. Yang paling syok dapat kenal semua blogger yang tak pernah kenal. Dan ada jugak blogger yang kenal tapi tak pernah kenal muka depa. Heheh maaflah tak kenai blogger otai semua. Saya budak baru nak sosial habaq hang.

Dijadikan ceghita, masa duk tunggu hp dicharge oleh salah sorang team Nuffnang, selamber je duk tegur sorang peserta tu. 'Bang, sape ek yang perform atas stage tu? Eron ajis ek?'

"Bukan..entahlah tak nampak". Memandangkan kami tepi stage memang sukar nak nampak. Macam mana entah kami berkenalan. Blogger otai ni perkenalkan dirinya sebagai Eyriqazz. Ai macam blur-blur kan, terus cakap tak kenai. Pastu dia sebut pulak GTO. Blur lagi, terus angguk-angguk macam kenai sebab dia dah beriya nak kenaikan dirinya. Pastu dia tanya pasal seminar buat duit dengan blog. Nasib baik tahu dari IKIM.FM sebab pernah keluar kat radio. Lekas angguk-angguk tahu. Tengah duk bersembang baru dah sure sape The real GTO. Heheh.

Datang pulak Redmummy.com, abang NARA, dan sape entah blogger lain tak kenai duk menapak sebelah GTO. Rasa macam segan giler...





Ok tu je. Bai.

Ps :: Lepas ni nak rajin bw sebab Nuffnang dah cash out. Alhamdulillah. Wahhhh




 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!