November 27, 2011

Ciri-ciri Pengguna Facebook

Assalammualaikum,


Rasanya korang ada stalker tak kat Facebook? Peminat ke ape ke entahlah. Macam-macam perangai manusia zaman teknolgi cyber nih. Nak ngorat, melalui FB. Upload kat kahwen, tag orang kat FB je. Benda semua perkara melalui FB. Klau rindu pun guna FB!



Orang Kepoh

Orang yang kepoh lagi annoying ni, adalah kategori semua yang kita post kat FB ni semuanya nak jadi isu. Bila ada keturunan sedara yang kepoh, maka jauhkanlah FB anda dari mereka. Boleh tak kalau kita post something, semua dia nak cerita kat keluarga dan saudara mara lain. Kita tak ambil port pon pasal dia. Excited sangat kot kehidupan orang lain. Menyesal approved!


Orang Gila

Ada satu mamat ni kenal pon atas member. Tapi last-last dah jadi kawan kat FB. Last-last dia siap copy segala gambar saya dekat FB pastu pergi edit-edit kasi cantik post dekat inbox. Terasa seram pulak suka hati nak edit gambar orang lain nih. Last-last private semua gambar FB. FYI mamat, saya tak suka edit gambar. Takde originality.


Orang Stalker

Siapa si stalker? Bekas kekasih atau musuh atau tak semuka bulu dengan kita? Atau kekasih, skandal, atau idaman hati? Lumrah lah tu stalk orang, tapi nasib baik FB takde 'Lipton is now viewing your profile' kat notification kan? Fuhhh.


Sekarang tak berminat dengan FB. Tapi bukak lah jugak kadang-kadang sebab ada berita terbaru dari kawan yang betul-betul kawan kita kan. Nanti jadi manusia yang tak berupdate pulak. Bukak FB pun untuk ping blog. Tapi FB serius dah seram. Macam nak buat FB lain....Tapi dah ada Googleplus, tak payah kot buat FB lain...Huhu



Ps :: Lipton is now viewing your blog. 253 like this.


November 26, 2011

Salam Maal Hijrah

Assalammualaikum,


Pejam celik je dah sampai ke penghujung tahun. Tahun depan makin bertambah umur tu. Bukan bertambah muda. Itu pun belum pasti sempat ke idak sambut harijadi yang ke dua puluhan ehem-ehem. Perangai pon kenalah seiring dengan umur dan perwatakan sebagai manusia yang bertamadun. Sampai bila nak perangai buruk terhegeh dengan kita kan?


Kalau kita yang tak ubah diri sendiri siapa lagi? Berubah pun untuk kearah yang lebih baik dari sebelum ni. Kalau sebelum ni ambil ringan dengan agama, apa kata lepas ni bertambah peka dengan agama kita. Sebelum ni hanya tahu asas je konsep Maal Hijrah, apa kata mendalaminya pula. Heheh. Saya cakap untuk diri sendiri.  Iman pun tak hebat mana, tapi cuba nak menambahkan ia. Oh terasa diri ini cukup kurang sana sini.


Azam tahun ni dan untuk setiap tahun berikutnya, nak jadi manusia yang sentiasa memperbaiki mana yang lemah dan silap yang ada. Semoga dunia sentiasa aman dan diredhaiNya.



Ps :: Salam Maal Hirah buat semua...


November 24, 2011

Trend Seluar Warna Warni

Assalammualaikum,



Wanita sekarang dah trend pakai seluar warna-warni. Barulah nampak hot chic. Warna-warni dari atas sampai bawah. Legging sekarang pon dah warna warni. Siap ada corak-corak rimau bintang, zebra dan juga polka dot. Tapi legging nampak tak manis lah bila pakai. Lebih-lebih muslim sejati.


Bermain dengan warna ni ada risiko. Kalau tak kena nampak macam badut sarkas. Tapi janji kau yakin bah! Teringin nak beli satu warna pink. Dalam closet tu ada warna asas je. Hitam, putih, kelabu, biru gelap. 



Ps :: Mesti Umieartoqime tak takut warna nih..! 


Tips Jadikan Hidung Anda Mancung

Assalammualaikum,


Untuk mereka yang mempunyai hidung mancung ala-ala Penelope Cruz, sila baca senyap-senyap je. Bagi peluang kat kita-kita yang tak berapa mancung ni baca serakusnya. Yay. Bagi mereka-mereka, jangan khuatir kita ada tekniknya untuk kelihatan mancung. Ini hanya teknik, bukan cuba mengubah ciptaaNya ya.


1) Apa yang anda perlukan ialah hanya sebatang eyeliner atau penggaris mata bewarna hitam/coklat. Amaran, teknik ni hanya lebih sesuai untuk wanita yang bermake-up. Contoh teknik seperti rajah dibawah ya. Tapi korang kena pandai-pandai gunakan pembayang untuk hidung. Jangan terlalu tebal. Selamat mencuba.

Mak ai...



2) Sebelum tidur malam dengan lena, sila tarik, usap dan belai hidung anda perlahan-lahan sampai mancung. Bila 7tahun takde perkembangan jugak, sila terima hakikat hidung anda dah sampai tahap tarikh luput. Sukar dilentur. Seeloknya dibuat ketika masih bayi. Mak bayi yang kena buatkan. Huhu.


3) Buat plastic surgery lah apa lagi. Amaran hanya untuk yang bukan beragama Islam sahaja dinasihatkan baca tips ketiga ni.


4) Dah sampai cara ke empat tapi dah takde idea ni. Acane nak jawab?


5) Ulang baca balik cara nombor satu diatas. Itu saja teknik pemancungan hidung sementara yang paling berkesan. Im sorry..



Ps :: Hidung ku kemek tapi kiut. Hahah.


November 22, 2011

Twilight : Breaking Dawn Part 1

Assalammualaikum,


Menyampah pulak Twilight ada banyak sequel. Rasanya antara cerita orang putih paling mengarut (kot). Dulu memang ikutlah Twilight nih. Dari sequel Twilight yang pertama, tapi bila dah filem ke tiga, macam buang masa walaupun mengharapkan dorang bagi lebih dari diharapkan. Dah tak teruja pun Twilight keluar panggung.


Yang dirasa makin lama, makin tak bawak pengajaran pun cerita nih. Adegan ghairah/ tak senonoh je lebih.  Menyampah dengan Bella yang asyik tak sabar nak 'berasamara' dengan Edward. Buat remaja tu, mungkin Twilight nak dijadikan contoh untuk cinta sejati mereka (konon). Pernah dah alami fasa tuh. Buang masa jelah nak.. 




Tak sangka Twilight kali ni “Breaking Down” Part 1. Confirm ada part two nanti. Yang penting korang dah tengok Vampire Sucks? Filem ni seriyus perli Twilight kaw-kaw. Filem ni pun takde pengajaran, tapi idea yang dorang sampaikan tu memang terbaiklah. Mungkin kritikan terhadap Twilight ni agak klise. Tapi ni pandangan peribadi je. Cinta sejati? *tangan didada mata ke atas.






Ps :: Tak sabar pulak nak tengok KL Tak Gangster. 


Faktor Kejayaan Harimau Muda dalam Sukan Sea 2011

Assalammualaikum,



Dari malam tadi dah semua dok pakat post pasal kemenangan Harimau Malaya Muda kita menang pingat emas bola sepak Sukan Sea 2011 kan. Kami pun tak nak lepaskan peluang ucapkan tahniah dan berasa sungguh bangga dengan hero Malaya ni. Terbaekkk...


Faktor utama kejayaan Harimau Malaya :


1) Aku tweet semangat kat Asrarudinputra. Sebelum ni selalu tweet dia main tak elok lah, tweet negatif aje. Tapi semalam sebelum game bagi dia cayok-cayok sebab dia main cemerlang sepanjang kat Indon tuh. See sebab aku tweet, dia sumbangkan gol penyamaan satu sama. Telepati connection gitu. Hahah.


2) Ketangkasan Khairul Fahmi menepis bola pasukan lawan masa penentuan penalti. Hahah


3) Sepakan semangat hero-hero Malaya waktu penentuan penalti seperti Mahali, Fendi dan aku tak tahu siapa lagi. Lagi berita lanjut disini


4) Komitmen jurulatih Ong Kim Swee yang berambut macho terbelah. Fulamak bertambah hensem lah dia kalau nanti-nanti dapat Datuk ler teww. Hahah.


5) Team pasukan yang menentang bersungguh-sungguh asak pasukan lawan. Memang nampak semangat dorang main dengan sepenuh raga walaupun awal game nampak kabut. 


Well done Harimau Muda! Biasalah kan kalau kalah mesti kutuk. Lebih-lebih lagi si Fakhri tendang macam lebih baik bagi gua tendang je. Lemah gemalai. Orang lain berkobar dan semangat dia ke laut. Dalam padang lagi nampak dia main ikut nafsu tak sabar. Huh nasib dah menang! Yayy ale lele selamanya Harimau Malaya.




Ps :: Semua orang aku puji ni. Takdenya puji Asra je. Hai Asra...Agak-agak bila kita boleh dating? :P


November 21, 2011

Futsal Dan Wanita

Assalammualaikum,


Wahai wanita, wanita di seluruh dunia. Hey heyyy. (nyanyi ni). Andai laptop korang canggih, mesti automatik lirik kat atas ni kedengaran kat laptop masing-masing. Seriyus tipu. Wanita-wanita/gadis-gadis sekalian, pernah main futsal tak? Bahasa saintifiknya, foot apesal bolos saja bola itu. Pernah tak? Kalau yang tak pernah tuh, takpe cuba lagi lain kali.





Futsal dan Gedik

Rata-rata pemain futsal wanita memang gedik. Yelah dia antara kaum yang reti tendang bola. Sekali tendang mesti masuk, kalah Ronaldo Torres. Semakin hawt sebuah team tu, semakin gedik. Siap setiap perlawanan akan ada penyokong laki-laki. Yang hawt ni tak kan kawan dengan team lain. Melainkan mereka ikhlas berkawan atau lesbian aw aww..


Futsal dan Gaduh

Dalam sesebuah team ni tak sah kalau tak gaduh mulut, tarik rambut, dan caci-maki. Mereka akan berperang sesama ahli bukan dengan team lain. Kebanyakan nya profesional. Dah kalah tuh, buat cara kalah kan. Tapi mesti ada gaduh punyalah. Kalau dah gaduh, confirm akan berpecah punya. Buat team lain. Alahai.


Futsal dan Bengkung

Awak tuh memang takde bakat dalam arena futsal ni tapi still nak memain. Kalau tendang mesti ke laut. Terima jelah bakat awak mungkin ke arah profesion perguruan siapa tahu. Tulah kecik-kecik dulu ngelat mak nak bengkung kaki tuh. Ee babab dia...


Futsal dan Keayuan 

Rambut pacak-pacak macam Fizz Fairuz, badan gagah persis Aaron Aziz tapi tendang bola macam perempuan melayu terakhir. Rupanya dalam hati ada sifat gemalai. Ni mesti jenis terpengaruh rakan sebaya nih nak jadi Aku Bukan Tomboy. Takpelah janji stail ader...



Macam-macam karenah futsal wanita ni. Masa jadi urusetia futsal masum dulu, pernah ngorat minah tomboy ni. Saja nak test dia, tapi ada respon. Pheww seram. I lurus okeh. Rindu pulak nak main futsal walaupun jenis Futsal dan Bengkung tuh. Uhukuhukuhuk.





ps :: Ganyang, pijak-pijak, belasah Indonesia wahai Harimau Muda ohoi! Aummmm


November 14, 2011

Gambar Paling Handsome

Assalammualaikum,


Minggu lepas lagi abang posmen mai rumah kirim surat cinta dari UUM. Jasamu dikenang. Dah agak dah dapat gambar posing studio waktu time kovokesyen ritu. Setelah sebulan sampai gak gambar mahal tuh. Dah la tak bagi softcopy. Hekk



Tulah hasil gambar abah yang kacak, mak yang manis, adik yang entahlah dan daku yang entahlah jugak. Dan juga gambar tabung meaw yang kaching-kaching. Kesimpulannya gambar nilah paling hencem dalam sejarah. Aishhh. Mana nak gantung ni ye. Gambar avatar blog ni pon dah berubah jugerr. 






Ps : Kalau nak gambar close up, mai datang rumah tengok. Hik hik.


November 13, 2011

Cara Pilih Nama Blog Yang Bagus

Assalammualaikum,

Pemilihan nama blog yang bagus memainkan peranan penting pada sesebuah blog atau blogger itu. Kerana penerimaan akal yang susah untuk mengingat setiap blogger yang berbillion-billion lemon kat dunia nih. Tipu je otak saya je lambat nak pickup. Punca? Kuat berangan. Heh.

Nama Samaran
Rasanya saya cadangkan korang guna nama samaran seperti Paris Lipton yang poyoyoh ni. Macam juga seorang novelist, kebanyakan mereka menggunakan nama samaran. Marketing je lebih. Tapi guna nama samaran ni bukan beerti kita ni faker tapi entah, hahah. Kalau dah guna nama samaran tuh, pilihlah yang mudah diingat. Janganlah pelik-pelik dan susah dieja pulak tuh. Contoh.

Pawrishe Lipstone Coldx atau Ai lurve youu likey a lurve shong bebeyh.


tips, nama blog yang bagus, Cara Pilih Nama Blog, blogger, cara guna blog, cara buat blog


Nama Sebenar
Boleh letak nama sebenar, tapi janganlah sampai ke nama datuk pula. Lagi-lagi nama korang betul-betul panjang macam dalam ic tuh. Kalau boleh gabungan nama pendek anda dan bapa anda. Dua perkataan yang mudah dan senang. Contoh.

Erin Malek atau Aaron Ajis, Jangan pula seperti ini.

Sharifah Shahirah Aini binti Dato' Syed Al-Abbas Mokhtar


Nama Kebanyakan
Kat Malaysia je ramai didaftarkan nama Aishah (contoh). Cuba bayangkan seberapa ramai blogger nama Aishah? Memang susah bila yang datang ke blog ini bawa nama Aishah. Maka bila berkunjung ke blog dia admin pon terpinga, "Eh Aishah yang mana ni? Dia tukar template ke ni? Eh dia ke Aishah yang minat Kpop tuh? Eh. Eh." Boleh guna nama Aishah tapi seperti contoh ni.


Jangan Aishah/Mira saje. Tapi,
Selitkan something yang boleh diingat. Aishah Kpop atau Mira Pinky ke. Heheh


Nama domain, blog, blogger
Kalau boleh ketiga-tiga nama ni bagi seragam sekali. Contoh.

Url - Nobita.com
Nama Blog - Blog Nobita
Nama blogger - Nobita

Jadi, nama Nobita akan terus melekat pada setiap serebrum otak pengunjung. Kalau tak ingat mungkin dengan berkunjung untuk kali kedua dan ketiga akan mudah ingat. Lebih-lebih lagi nama yang mudah diingat. Kalau tak ingat jugak, katuk pala dia ! Saya dah lama blogging baru sedar ni. Hohoh.





November 12, 2011

Tiga Syarat Dalam Bercinta

Asslammualaikum,

Hari ini dengan esok mesti ramai berebut naik pelamin kan. Bagi kami yang dijemput ni, tak menang perut dibuatnya. Selamat Pengantin Baru lah buat mereka yang kahwin hari ni. Moga bahagia sampai ke syurga. Kalau ikut tiga syarat dalam bercinta ni, bercintalah korang semua sampai bila-bila ya. InsyaAllah. 


Ikhlas

Kalau korang bercinta disebabkan rupa atau harta pasangan memang tak berapa nak ikhlas mulanya. Tapi mana tahu kan kalau tiba-tiba dah lama-lama boleh jatuh cinta. Tapi kalau niat tak elok memang tak kan bertahanlah percintaan korang. Tapi kalau satu pihak je ikhlas, mungkin tak kan menjadi juga. Hurmm


Setia

Kalau main curang-curang ni memang hancurlah dua hati kan. Tapi susah kan nak tahu hati yang seorang lagi. Once dia curang memang boleh dimaafkan. Tapi yelah manusia mana yang tak melakukan kesilapan. Tapi perasaan tu dah tak best kalau dapat tahu pasangan curang. Berjanji setialah korang sebelum disiat-siatkan.


Amanah

Ini sangat general. Boleh amanah dalam tanggungjawab sebagai pasangan, amanah dalam perhubungan, amanah dalam janji yang diikat, dan amanah dalam apa saja kelakuan. Kalau kita tahu peranan kita dalam pasangan memang terbaik bukan sekadar memahami sebab dia hak kita.


Tapi kalau pegang 3 syarat dalam bercinta ni kalau tak ada jodoh tak guna juga. Benda ni lebih kepada pasangan yang dah berkahwin je kot. InsyaAllah kalau kita ada niat baik mesti dapat keberkatan dan keredhaan Allah kan. Selamat bercinta! Hehe


isu, syarat dalam bercinta, cintailah cinta, love, info






November 11, 2011

Tips Nak Dapat Anak Kembar

Assalammualaikum,

Memandangkan sebelum ni ada post Bagaimana Nak Dapatkan Anak Kembar, so gagahkan lah jugak nak buat entry tip nak dapat anak kembar ni kan. Semoga kita ramai-ramai berpeluang mendapatkan baby kembar ya. Jadinya faktor-faktor yang membolehkan kebarangkalian mendapat kembar ialah :


tips, cara dapat anak kembar, kembar comel, bagaimana nak dapat anak kembar, baby comel

GENETIK
Jika dalam salasilah keluarga korang terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar korang juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan kat korang. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan dua ovum secara serentak dalam satu masa.


UMUR
Perempuan yang berumur 35-40 dan keatas mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.


BILANGAN ANAK
Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.


BERAT dan KETINGGIAN
Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar. Info dari kajian saintifik.


DIET
Seperti yang dibincangkan diatas. Pengambilan makanan-makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.


PENGAMBILAN FERTILITY DRUG
Atau ubat untuk kesuburan. Pengambilan ubat tersebut meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.


Entry copy paste je. Takde pengalaman nak kongsi. Hehe. Semoga bagaimana nak dapat anak kembar terlerai difikiran anda. Big credit to Informasi dot my
 .




November 5, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalammualaikum,


Dam dam dum bunyik mercun. Sape ada mercun lebih nak paw.... Huhuhu. Kesempatan ini ingin mengucapkan pada semua Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua muslimin & muslimat. Bak kata moo-moo kat bawah nih....




November 4, 2011

Tiga “Ta” yang Boleh Menghancurkan Umat

Assalammualaikum,

Tahukah kamu apakah maksud tiga “Ta” yang boleh menghancurkan umat manusia khususnya umat Islam?  Tiga “Ta” tersebut merupakan singkatan daripada tiga faktor utama yang dapat menghancurkan saudara Islam kita sendiri. Tak perlu runsing dengan umat lain kerana umat Islam kita sendiri pun dilihat sedang goyang. Tiga “Ta” yang dibincangkan ialah :


Sumber Google


Takhta
Korang boleh tafsirkan maksud takhta itu dari pelbagai sudut. Lazimnya jawatan atau status teragung dikalangan persatuan atau masyarakat. Di negara kita juga tidak lari dari konsep takhta ini kan? Kalau diberi peluang ramai yang gaduh tarik rambut kot nak jadi pemimpin atau dapatkan jawatan tertinggi. Nasib peluang itu bukan sembarangan. Sekarang ni gelaran Dato’ juga boleh dibeli dengan wang ringgit ape..


Wanita
Oh wanita merupakan umpan kepada lelaki. Wanita dapat menghancurkan kekalutan dunia? Wanita juga membinasakan seseorang lelaki itu. Faktor yang dapat melemahkan lelaki sudah tentulah wanita. Kerana wanita dapat menggugat kehebatan benteng seorang lelaki lebih-lebih lagi si pemimpin. Sekuat mana iman dan darjat pun adanya wanita, pasti goyang derr...


Harta
Masyarakat akhir zaman lebih mengutamakan harta dunia berbanding amalan berharga yang dapat dibawa ke akhirat. Berlumba-lumba sedangkan nikmat itu hanya sementara. Tidak kira saudara atau sahabat karib, kalau terdesak pasti mereka menjadi korban. Dunia sekarang tipu-menipu duit orang lagi cepat kaya, ye tak...



ps :: Susah nak kongsi hadis sebabnya diri ini belum lagi hebat dalam mengerti maksud sebenar hadi-hadis itu. Takut tersalah tafsir dan takut korang pun tersalah tafsir jugak. Mari menambahkan ilmu sesame!





 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!