September 20, 2013

Kesian Pakwe Saya...

Assalammualaikum,

Apa perasaan anda kalau dikhianati? Ditikam? Ditoreh? Mahupun disabotaj? Mesti rasa sakit hati kan, merajuk seminggu, murung, lemah longlai, tak lalu makan dan sedih sepi sesepi bayu-bayu asmara. Ehh?

syamsul yusof menangis, kl gangster w, muvee, funny movie
Syamsul Yusof menangis alololo omey omey hahah


Baru-baru ni semua sudah sedia maklumkan karya pengarah berbakat besar Syamsul Yusof telah dirakus oleh manusia-manusia rakus yang sentiasa rakus merakus hak cipta orang lain. Memang dasyat gileRR dugaan Syamsul atau soul soul soul...

"Buat Soul, banyakkan bersabar, bapak tak pernah berenti menyokong Soul". Ujar Datuk Yusof Haslam. Yang penting hidup harus diteruskan dan kata-kata semangat harus sentiasa disisi Soul. Haritu tengok, eh tertengok MeleTOP, depa jemput Datuk Yusof, Sofi Jikan dengan alamak lupa la nama cina masuk Islam tu..sebagai tetamu episod minggu lepas kot. Terharu... Tapi ni episod dua minggu lepas tau..hehe

Dan sebenarnya saya dah tengok filem KL Gangsta 2 tuh! Alamak rasa bersalah giler. Ingatkan filem tuh dah tayang kat wayang!! Rupanya lambat dengar berita yang KL Gangsta 2 kena rompak sebulan sebelum tayangan di pawagam!! Nak buat acane dah teramik soft copy kat laptop adik. Tapi saya tak sebarkan aaa... Tertanya-tanya dengan para blogger yag kongsi filem tu kat internet. Tak rasa bersalah ke? Em em

Eh Syamsul Yusof pakwe saya ke? Shhhh jangan bagitau orang eh. Ekekekek



Ps Nanti keluar kat wayang nak tengok la...Cayok-cayok bie!! hahahah
Jemput join Giveaway NI wehhhh... Setiap kali sya buat GA je mesti time tak kena. Jemput join ya ^^



September 17, 2013

Maksud Mimpi Makan Kek, Buah Strawberi, & Mamat Korea

Assalammualaikum,

Tajuk tak boleh blah! Sejak akhir-akhir ni selalu mimpi yang manis-manis. Selalunya bila bangun tidur malas nak fikir pasal mimpi. Tapi dah lately ni asyik mimpi benda-benda manis je, bangun tidur muka ada kasi senyum juga la... Takde modal nak cerita, cerita pasal mimpi boleh? Ahahkkk

Mari saya nak tafsirkan mimpi-mimpi manis yang telah saya lalui. Macam skema kan hahah. Tapi ni pun sekadar Google je dik nonnn. Sekadar suka-suka dan tak percaya pun. Kita kenalah percaya dengan kuasa paling berkuasa di atas kan...

Mimpi makan Kek



Saya mimpi makan kek tau. Tapi lebih kurang kek swiss roll tu. Ada dua tray dan dalam tray tu penuh dengan kek warna-warni, macam-macam hiasan ada dan saya makan hampir semua kek tersebut! Dan ada tinggal lagi dua tiga ketul masih berniat nak habiskan semuanya...Iskkk

Maksud Google : Dapat musibah/terkena penyakit.
Maksud sebenar : Jangan tamak... yelah kalau tamak makan banyak sangat benda-benda manis maunya dapat diabetes. Betul kata Google..


Mimpi makan buah strawberi
Lagi satu mimpi makan buah strawberi. Gila manis buah tu... Punyalah rasa teruja dan seronok dapat makan strawberi dalam mimpi tu..


Maksud Google : Akan dapat pujian dari banyak orang
Maksud sebenar : Sebenarnya saya mengidam buah strawberi. Dah lama plan nak beli buah strawberi tapi bila pergi mall selalu terlupa huhu. Tapi dapat makan dalam mimpi pon boleyyy...


Mimpi Mamat Korea
Situasinya seperti kat dalam kem tau. Lepas aktiviti berbasikal, kami (kawan pon ada dalam mimpi ni haha) diarah untuk berkawad. Dan coach baru datang conduct dan periksa baris. Tiba-tiba dia bagi isyarat mata. Kenyit-kenyit mata gitu. Saya pon terkejutlah tapi kenalah serius tegak masa tu. Kata dalam kem kann.. Displin dalam mimpi pun kena jaga..


Lepastu nyanyi lagu patriotik tapi tak ingat lagu apa. Rasanya lagu patriotik atau Negaraku sebabnya berdiri tegak semacam je sambil senang diri. Dan tiba-tiba, masa tengah khusyuk nyanyi, coach tu berdiri sebelah saya sambil beri senyuman macam oppa dalam cerita Korea. Pastu dipicitnya pipi ai oke... Em em memang coach tu hensem bak hang macam 'opppaaaa!!'



Sumber www.allkpop.com



Maksud Google : Nak gi Korea/ jodoh dengan mamat Korea (oke ini tipu je hohohohoh)
Maksud sebenar : Inilah padahnya tengok KDrama continuously. Lagi-lagi genre action drama sampai masuk dalam mimpi haaaa...



Ps :: Baru lepas habis khatam Korean Drama - 7th Grade Civil Servant. Tak baru sangat la dalam awal bulan ritu. Okla not too bad. Seperti biasa watak second hero menjadi pilihan setiap penonton. Kelakar jugak walaupun heronya tak hensem seperti oppa!-oppa! yang lain heee



 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!