July 31, 2013

Resipi Cheesekut Oat Tabur Senang Dan Mudah !

Assalammualaikum,


Kali ini resipi Chessekut Oat Tabur (Cheese+Biskut+Oat tabur) menjadi resipi kedua yang di share dalam blog ini. Nampak sangat jarang pegang sudip dan kuali. Blerghhh (expresi budak-budak zaman sekarang). Kalau korang tak tahu lagi, cheeskut ni dah jadi fenomena hits masa kini...tau...

Oh resipi pertama adalah minuman famous ni. Cuba usha. Jangan risau semua resipi dalam blog ni senang-senang belaka. Kah kah

recipe, resipi cheesekut, cheesekut oat tabur, food, cara buat cheesekut, bahan-bahan resipi cheesekut, cheesekut, cheese biskut, kurma
Bahan utama Cheesekut Oat Tabur

Bahan-bahan utama untuk membuat resipi Chessekut Oat Tabur ni adalah: 
1. Biskut krim cracker cap apa pun takpe. Kepingan biskut mungkin dalam 10-20 keping ke atas bergantung kepada diameter bekas korang.
2. Cream cheese jenama Kraft 250g. Terpulang lah nak jenama apa berapa gram janji halal.
3. Susu pekat manis. Biasanya 1/2 tin yang digunakan mengikut resepi yang di Google. Tapi saya guna 3/4 tin je kot. Nak tak nak manis punya pasal. Alih-alih biskut didominasi rasa cream. Kiranya tak sebati lah rasanya dengan manis. Tapi mak still oke je...
4. Oat. Suka hatilah nak tabur nestum ke, oreo ke ikut kreativiti otak masing-masing. Oat juga ditaburkan dalam setiap layer Cheesekut Oat Tabur nanti.
5. Susu segar. Well ai nak jimat punya pasal ai guna milo bancuh sendiri je kat rumah. Resipi asal menggunakan susu segar tau. Jangan derhaka!
6. Bekas! Tak kiralah tupperware ke, loyang ke, ai pakai bekas kaca chuols. Har har. Kalau guna cream cheese Kraft seperti saya, cuba cari bekas yang besar sikit. Saya punya bekas buat rugi je... sob sobss. Terpaksa buat layer tebal-tebal.

recipe, resipi cheesekut, cheesekut oat tabur, food, cara buat cheesekut, bahan-bahan resipi cheesekut, cheesekut, cheese biskut, kurma
Last-last gabung je semua gambar habis cerita huhu

Cara-cara pembuatan Cheesekut Oat Tabur ni adalah : 
1. Pukul cream cheese sehingga kembang.
2. Masukkan perlahan-lahan susu pekat manis. Dan pukul sehingga mangsa lemah longlai.
3. Masukkan 2-3 sudu susu segar supaya adunan tak jadi terlalu strong. 
4. Ambil bekas dan lapiskan dengan adunan tadi. Kemudian ikutlah kreativiti nak letak biskut dulu ke, milo ke, oat ke. Milo tadi haruslah dicelup 2-3 saat bersama susu segar/ bancuhan milo tadi. Motif? Supaya biskut tu lembut sikit jadi senang nak potong nanti. 
5. Akhir sekali lapisan atas tadi salutkan lah dengan adunan tadi bersama taburan oat. 
6. Simpan Cheesekut Oat Tabur anda tadi didalam peti sejuk 6-7 jam. Gituuu


Orang pemalas je bagi alasan tak nak cuba resipi Cheesekut Oat Tabur ni. Disebabkan saya tak nak tergolong kategori pemalas, makanya cepat-cepatlah cuba resipi ni. Sedap memang sedap, tapi tekak ni tekak sambal. So tak teruja mana pon. Tapi alhamdulillah sedap. Kalau korang nak letak oreo jangan lupa tukar tajuk resipi cheeskut ni dengan 'Cheesekut Oreo Tabur'. Kui kui..

Selamat mencuba!!



Ps :: Autopost.


27 comments

July 30, 2013 at 11:49 PM

urmmm, x mkn oat, rugikan :'(

July 31, 2013 at 1:06 AM

makin femes cheesekut ni kan. makan banyak2 boleh muak

July 31, 2013 at 5:15 AM

muat tak?? kalau guna nestum, sama tak?

July 31, 2013 at 5:15 AM

*muak

July 31, 2013 at 7:13 AM

Senang btol nk bt he3..bleh bt utk raya neh.. =) sedap ke??

July 31, 2013 at 8:50 AM

kat sini cheesekut oat kat blog satu lg cheesekut oreo.. tapi sy x pernah rasa pun lg cheesekut ni.. sdap nampak

July 31, 2013 at 11:55 AM

mmg mudah sgt buat..hihih

July 31, 2013 at 12:29 PM

suka resipi ni sebab bahan2 sikit je.. boleh akak cuba buat nanti..

July 31, 2013 at 12:30 PM

nmpk menyelerakan.,ehHHe

July 31, 2013 at 2:34 PM

mudah dan simple, makan mesti beletop-letop dalam mulut. huaaa.. nak buat, tapi takde masa..

July 31, 2013 at 3:09 PM

@Nurul Farahizzati
bagi sy agak muak 100% cheese kennn ;p

July 31, 2013 at 3:10 PM

@S.K.A
sedapppppppppppp

July 31, 2013 at 3:10 PM

@Norhasniza Khalid amboi kak, sy buat 1/2 jam je siap kikiki

July 31, 2013 at 4:07 PM

la macamtu je?tak mencabar langsung meskuut ni.tak berkembang IQ i kalau buat kahkahkah :D

July 31, 2013 at 4:16 PM

tq share mmg best ni !

July 31, 2013 at 5:03 PM

ok, saya bukan pemalas. nak kena try ni. hahaha

July 31, 2013 at 8:31 PM

Nampak mcm gebu gemuks gitu Xila.... Nmpk sedap tu... Boleh simpan mcm biskut raya ke? Ke kena terus ngap? Hehe

July 31, 2013 at 11:46 PM

yummy ! best je nmpk. na try wt laa ;D

August 1, 2013 at 12:05 AM

perghhhh...konfem sodap ni ! aahh kan blh jgk try guna cream crackers ni..nk try la nanti !

August 1, 2013 at 7:56 AM

nampak senang dan sedap.. boleh try buat resepi org malas cam ni :)

August 1, 2013 at 10:49 AM

mudah dan sedap :)

August 2, 2013 at 2:59 PM

sdapnya..nmpk mudah..nk buat tu malas pulak..hihi

August 2, 2013 at 4:16 PM

sangat simple cara buatnya

August 2, 2013 at 5:59 PM

nampak mcm sedap.. kurier sini satu nk rasa ^^

August 3, 2013 at 11:01 PM

wah nampak mcm menarik...nanti ai dtg rumah u je la raya ni utk makan cheesekut tu eh xila...hehehe

August 4, 2013 at 4:19 AM

Femes jugak cheesekut ni ek. Resepi baru ke? Ramai blogger update pasal cheesekut. ^^ Macam sedap. Dah la suka cheese. Hee~

August 4, 2013 at 7:13 AM

sgt mudah kan nk buat..ayut dh bt 2x...smua ckp buat mcmne ni,,..sdapla..huhuhu

Post a Comment
 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!