December 29, 2012

Wanita Yang Mempunyai Raut Wajah Tercantik Didunia 2012 - Emilia Clarke

Assalammualaikum,

Emilia Clarke diiktiraf oleh penduduk bumi sebagai wanita yang mempunyai raut wajah tercantik didunia untuk tahun 2012. Emilia Clarke nih seorang pelakon rupanya. Tak terkenal lagi dekat Asia Tenggara letew. Antara gambar-gambar Emilia Clarke :






Emilia Clarke personnel:
Date of Birth : 1987 di London, England.
Nickname: Milly
Height : 5' 3" (1.60 m) 
Drama : HBO 



Pada jujurnya bolehlah cantik. Tapi bila tengok list Top 3 'Most Beautiful Woman 2012' ada lagi yang paling cantik kot. Dah penduduk bumi pilih Emilia Clarke kan... Tahun lepas Emma Watsons. Dia comel kot.


December 28, 2012

Tebus Mata Ganjaran Kad Watson Anda Sebelum 31 Disember 2012

Assalammualaikum,

Tebus mata ganjaran kad Watson anda sebelum 31 Disember 2012 bagi yang telah mengumpul mata ganjaran sebelum 31 Disember 2011. Selepas 31 Disember 2012, mata ganjaran kad Watson anda akan kembali jadi zerro. Haruslah kumpul balik oke...


Google


Cara tebus mata ganjaran kad Watsons :
Korang pergi mana-mana kaunter Watsons, check balance rebate yang ada, lepas tuh beli mana-mana barang Watsons, sekiranya korang beli barang RM 5, bolehlah tolak dengan mata ganjaran yang korang ada.

Barang Watsons :                RM 5.00
Mata ganjaran :                  RM 3.70
Jumlah yang perlu dibayar :   RM 1.30

Untuk maklumat lanjut boleh melayari http://www.watsons.com

Secara jujur, suka berbelanja kat Watsons sebab macam meriah je dengan colour-colour hijaunya. Takde sape nak mengekor bila nak usha barang-barang dekat Watsons nun. Setakat nih dah check balance dekat akak yang jaga kaunter dekat Watsons kawasan ahkak, boleh lah rebate RM 3.70. Rezeki jugak tuh.





Ps :: Beli ubat gigi Colgate Extra Whitening jeww titeww ;p


Gambar Pernikahan Apex (Khairul Fahmi Che Mat) dengan Leuniey

Assalammualaikum,

Antara gambar pernikahan Apex (Khairul Fahmi Che Mat) dengan Leuniey yang telah selamat diijab kabulkan pada pagi ini, Jumaat 28 December 2012. Cayalah bro. Langklah bendul nampak. Teheee..


Cantik gak Leuniey nih..









Hai jejari runcing. Tabah oke... Jangan asyik gigi kuku je. Tehee. Semoga Apex dengan Leuniey hidup bahagia sampai ke syurga ya. Aminn... [jelesh sikit p]



December 27, 2012

Landasan Keretapi LajuTerpanjang Di Dunia

Assalammualaikum,

Landasan keretapi laju terpanjang didunia mula dibuka di China baru-baru ini. Landasan yang berukuran 2,298 kilometer panjangnya yang menghubungkan antara Beijing dengan Guangzhou. Ingat lagi tragedi keretapi terbabas di China. Salah engineer ke pereka pelan? Jadah.. [sumber]

Jangan tak tahu, pengankutan awam yang paling terkenal dan paling banyak digunakan rakyat China ialah keretapi. Tak caya chekidaut kat [sini].

Sekarang nih titew rajin nak Google bagai tentang negara orang. Sejak dah pandai dan gemar baca online news chuols. Dalam bahasa omputeh ada, Bahasa Malaysia ada, cuma belum ketemuin bahasa alien pak. Saje nak tambah ilmu dan share kat sini bila malas nak tulis peribadi kat sini...


 
World's longest fast train line


Niat nak Googling dari sekarang tentang negara luar. Kumpul duit dari sekarang buat susah-susah je tau. Cari Datuk sponsor lah kahkah. Malas lah sekrang nak taip perihal peribadi. Perihal sangat. Sekarang nih bila Google je nak terus likkan katsini. Atleast blog berupdate jugak kan...





Ps This is autopublish chuols... Admin gi jumpa doc gigi hehe


December 26, 2012

Gambar Terbaru Family David Beckham dan Victoria Posh

Assalammualaikum,

Gambar keluarga terbaru pasangan David Beckham dan Victoria Posh yang baru-baru ni juga diumumkan sebagai Family Paling Stylish Di Dunia aka World's most stylish celebrity family yang diraih menurusi online. Gila bak hang memang David Beckham dengan Victoria Posh nih bergaya dan vogue habis. 


Anak pasangan David Beckham dengan Victoria Posh nih pulak dah ada empat kot. Dari zaman sekolah suka tengok perkembangan David Beckham dengan Victoria Posh nih. Pernah terbaca dulu yang David Beckham dengan Victoria Posh namakan anak dorang mengikut tempat mereka berasmara. Hahah. Sengal...








 

Harper Seven Beckham


Nama anak-anak pasangan David Beckham dan Victoria Posh :
- Brooklyn, 13, Romeo, 10, Cruz, 7, and 17-month-old Harper sumber


Wah seorang je gegerl dalam family dorang nih. Bongsu pulak tuh. Mesti mama papa dan abang-abang sayang sangat dekat gegerl kan. Apa eh rahsia si Posh nih. Cerita la sikit mummy. Hehe.. Suka family David Beckham dan Victoria Posh dan membesar dengan cerita dorang. ;p





Ps :: Rabu yang tak berapa nak wordless.


December 25, 2012

Sinopsis Hantu Kak Limah 2 : Husin, Mon & Jin Pakai Toncit

Assalammualaikum,



Sinopsis Hantu Kak Limah 2 : Husin, Mon & Jin Pakai Toncit :

Beberapa tahun yang lalu, selepas kejadian "Hantu Kak Limah Balik Rumah", Husin yang telah muflis akibat di tipu skim cepat kaya di Singapura, telah kembali semula ke Kampung Pisang. Di Kampung Pisang, Husin berjumpa semula dengan geng lamanya dan juga Mon, kekasih lamanya sewaktu Kampung Pisang dilanda Zombi. Namun beberapa hari selepas itu, Kampung Pisang dilanda peristiwa-peristiwa aneh. Nampaknya, sejarah 45 Tahun dulu kembali semula. Kejadian kehilangan lelaki-lelaki teruna di Kampung itu kembali menghantui.
Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya, sibuk merancang rombongan ke Singapura dan mempelawa Husin menjadi pembantunya. Namun begitu, masalah semakin rumiut apabila Husin sendiri hilang dari rumahnya. Rakan-rakannya Ucop, Wan Kaswi dan Nazari SMK gagal mengesan dimanakah Husin berada. Yang tinggal hanyalah mee maggi Singapura.....
Di dalam kekecohan itu Dr. Samsudin yang mendakwa mampu mengesan dimana Husin. Apakah sebenarnya yang berlaku...? Siapakah yang menculik Husin...? Nantikan kemunculan Hantu Kak Limah 2 : Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit di pawagam berhampiran anda pada 7 Februari 2013.
(Sumber Tayangan Unggul Sdn Bhd)





Ps :: Best ke idakkk???

December 24, 2012

Sinopsis dan Trailer Wawa Semput

Assalammualaikum,

Wawa Semput bakal ditayangkan di pawagam tahun hadapan 31 Januari 2013. Tapi macam Saheizy Sam tak join berlakon je kan. Wawa Semput ni berkisahkan pasal percintaan Wawa pulak dari kesinabungan Adnan Sempit.




Sinopsis Wawa Semput :

Konflik cinta BOBBY dan WAWA daripada filem Adnan Sempit tidak berakhir begitu sahaja. Kini, ianya disambung kembali dalam filem penuh komedi dan aksi memaparkan Bobby dan Wawa yang terpaksa menghadapi ujian terbesar dalam hubungan mereka apabila Bobby menuduh Wawa tidak setia. 
Nama Ismat menjadi penyebab segalanya. Wawa sudah naik muak dengan sikap Bobby yang suka merempit mengambil keputusan untuk berpisah dan pulang ke kampungnya. Bobby merayu berkali – kali dan meminta maaf namun tidak dilayan langsung oleh Wawa. ISMAT muncul dengan penuh bergaya dan menumpangkan Wawa pulang ke kampungnya. Bobby yang memang sudah tangkap cintan guling – guling dengan Wawa tekad untuk mendapatkan Wawa kembali. 
Ismat dan Wawa pulang ke kampung dan terkejut apabila melihat Bobby terlebih dahulu sudah sampai. Lama kelamaan, Wawa mulai naik semput dengan sikap Bobby dan Ismat yang tidak sudah bersaing untuk memikatnya. 
PAK KUDIN, ayah kepada Wawa lebih menyukai Ismat yang dirasakan mempunyai masa depan yang lebih cerah berbanding Bobby yang kaki rempit. Namun, Pak Kudin juga sedar yang Wawa masih sayangkan Bobby dan mengharapkan dia akan berubah. Kawan baik kepada Wawa, AYUNI jatuh cinta pandang pertama pada Ismat kerana wajah Ismat yang mirip dengan bekas kekasihnya cuba untuk merampas Ismat daripada Wawa namun Ismat tetap setia pada cintanya. 
Sesuatu harus dilakukan demi memisahkan Ismat dan Wawa. Ayuni dan Bobby berpakat! Apakah yang akan dilakukan oleh Ayuni dan Bobby? Masih adakah ruang untuk Bobby di hati Wawa?

Pilihan anda untuk tengok kat panggung ke idak ;p

December 22, 2012

Fear Factor Selebriti Malaysia Bakal Ditayangkan di Astro Ria

Assalammualaikum,

Fear Factor Selebriti Malaysia bakal ditayangkan tak lama bermula 29 December 2012 di Astro Ria pada setiap hari Sabtu dari 9 malam. Pengacara Fear Factor Selebriti Malaysia haruslah Aaron Aziz. Napelah Aaron Aziz tak join Fear Factor Selebriti Malaysia nih? Badan kan dia gagah gila. Buktikan!




Antara artis yang join Fear Factor Selebriti Malaysia nih antaranya ialah Akim, Zoey, Elfira Loy, Dazrin yang bawak watak Johan dalam Adam dan Hawa, Dafi dan ramai lagilah. Untuk lebih lanjut layari dan like Fanpage Facebook Fear Factor Malaysia

Kalau Fear Factor Selebriti Malaysia nih bukak kat orang awam, haruslah aku nak join kan! Nak tunjuk super woman yang I ade nih chuols... Hehe. Takdelah saje nak cabar fizikal. Dan haruslah nak ajak kembar  I untuk jadi partner. Kalau ade lah....

Kalau nak tahu sape dia, say suprise... Hahah



1 Billion Hits View Gangnam Style - PSY!

Assalammualaikum,



1 Billion Hits View Gangnam Style - PSY!



Gila lah oppa Psy dah jadi billionare! Video clip 'horse dance' dari Psy dah capai billion hits. Hebak habaq kat hang. Kalah Justin Bibior Betul kannn...

Profil Psy :

PSY
Nama : Park Jae Sang
Tanggal lahir : 31 Desember 1977
Zodiac : Capricorn
Terkenal sejak merilis single ""Gangnam Style"" (2012)

"Biar tak hensem tapi kudaku jinak" Eh?

 

December 21, 2012

Lagenda Budak Setan 2 Katerina Full Movie di Youtube | Download Time

Assalmmualaikum,




Lagenda Budak Setan 2 Katerina Full Moviedi Youtube chuols..



Sinopsis Lagenda Budak Setan 2 Katerina :

Filem sequel Lagenda Budak Setan 2 ini sambungan yang pertama, selepas Ayu meninggal dunia semasa melahirkan anak, Kasyah sendirian menjaga anak kecilnya, Athirah. Katrina(Fazura diganti dgn Maya Karin)  pula yang kecewa Kasyah tak terima cintanya, dia sebenarnya tidak pergi ke luar negara.

Semasa Kasyah membawa anak kecilnya naik lrt(nak penuhi impian isterinya dulu) dia telah bertemu dengan Katrina. Hubungan mereka kembali terjalin.

Namun begitu, hubungan cinta antara Kat dan Kasyah diuji dengan halangan lain dari bekas kekasih Kat (Bront Palarae) yang mahukan Kat kembali kepadanya. -sumber-



Orang kata cerita Lagenda Budak Setan 2 Katerina nih sedih. Sedih ke idak mari lah tonton. Tontonlah sebelum prosuder bengang filemnya ada kat Youtube ye....




Ps :: The Hobbit tak tertengok pon... choi...


December 15, 2012

Pontianak vs Orang Minyak Full Movie di Youtube | Download Time..

Assalammualaikum,



Pontianak vs Orang Minyak sekarang di Youtube chuols... Tengah sedap-sedap layan, tiba-tiba buffering lah pulak. Gewamm ahkak...



Sinopsis lengkap untuk filem Pontianak vs Orang Minyak aka Ponti vs Omi silalah melawati ke [blog ini] oke untuk maklumat lanjutnya pon.. Orang kata ceghita ni best. Best ke idak, jom buffering sama-sama.. Hehe..


Ahkak tatau nak download selain direct dari Youtube guna Internet Download Manager. Itu pun adik ahkak yang beriya install semua nih kat laptop ahkak. Kelas kau adik walaupun semua orang dah pakai aplikasi cecanggih untuk download. Ok letew dari takde. Eh macam mak jemah pulak yang mengarang sekarang nih... Gara-gara Omi lakonan Johan lah nih...



Layan Pontianak vs Orang Minyak sambil ngap Cheesy 7 dari Pizza Hut chuolss..






Ps :: Layarilah Pontianak vs Orang Minyak sebelum penerbit bengang oke...hehe


December 14, 2012

Konsert Anuar Zain 16 Februari 2013, Tiket Mula Dijual

Assalammualaikum,

Anuar Zain akan mengadakan konsert sempena tiga dekad penglibatannya dalam dunia seni di Stadium Putra Bukit Jalil 16 Februari 2013 ni pada pukul 8.30 malam chuolllsss....[sumber]

OMG, OMG, Pengsan boleh tak? 



Konsert Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari
 Stadium Putra Bukit Jalil
16 Februari 2013
8.30 pm


Untuk maklumat lanjutnya pon tentang Konsert Anuar Zain, silalah melawat ke Official Facebook Fan Page Anuar Zain di Anuar Zain Network. Dan silalah usha-usha harga tiket konsert Anuar Zain nih di Ticket Charge.



Menagis air mata darah tengok harga tiket diatas. Mohon sesiapa yang baik hati tolong belikan tiket  Konsert Anuar Zain nih untuk saya... Kalo boleh tempat duduk VIP tau.. Plishh plishhh plishhhhh. Kah kah kah.





Ps :: Benci dengan reff Kpop..!


December 13, 2012

1MYID Domain Blog dot.my Percuma Untuk 1500 Blogger Terawal

Assalammualaikum,

1MYID domain blog dot.my percuma diagihkan untuk 1500 blogger pertama dibawah pendaftaran cik blogger coklateyes.my. sebelum 25 Disember 2012!

Apa itu domain? 
Domain ialah nama alamat blog anda. Macam saya punya : www.zilamanaf.com. Haa gitu.. Saje je gedik nak bertukar kepada dot.my pulak. Memang ada cita-cita dan niat disitu. Ingat nak tukar awal tahun depan tapi memandangkan Coklateyes dah promote gitu apa lagi sambar lah kan... Kalau nak lebih lanjut pasal domain sila [kesini].

Baru je daftar untuk rebut domain dot my dari blog coklateyes. Kalau rasa-rasa nak sama terus lah ke [step 1] untuk chek availaibity nama blog pilihan korang. Contoh: www.zilacomel.my. Ahak-ahak. Lepas tuh ke [step 2] untuk pengesahan email. Dan step ke tiga, tunggula approval dari tuan blog dan admin ya.


 Jangan ragu-ragu lagi sebab projek nih dibawah MOSTI gitu..


Oh yeahhh. Thank you chuol baca blog ai... Ahakkkk




Ps :: Jom join pencarian blog untuk autopublish suterkasih yann pulak..


December 12, 2012

Ayuh! Bantu Gaza,Palestine! Bagaimana?

Assalammualaikum,


SUMBER

Sumbangan BERMULA dari : 21 November 2012 hingga 12 Dis 2012

Kepada yang sudah memberi sumbangan anda hanya perlu inform Yuyu Ali (Nur Maizatul Idayu Mazlan) 0145090549 dan Nabiel Faan (Nabil Farkhan Radzuan) 0132638515 untuk GBS dan MK Syahir 0132757252 untuk Group Apakah samada secara PM di facebook mahupun mesej/hubungi no. telefon yang tertera untuk memudahkan urusan sumbangan.






Ps :: Niat kami sebagai satu komuniti blog hanya untuk membantu palestine. Ini merupakan salah satu medium untuk membuka mata anda-anda semua untuk turut rasa membantu saudara kita di Gaza, Palestine. Kindly pls spreads our love. #PrayForGaza


Komen Filem Zaiton Sameon : Ceritaku | Terbaekkk

Assalammualaikum,

Semua orang asyik komen Filem Istanbul Aku Datang je kann. Takde ke nak komen Filem Zaiton Sameon : Ceritaku? Baru lepas tengok Filem Zaiton Ceritaku ni. Best apa...

Sinopsis sekerat dua kerat:
Filem Zaiton Ceritaku mengisahkan perjalanan hidup diva terkenal Malaysia, Zaiton Sameon lakonan Nadia Aqilah. Liku-liku kehidupan yang perlu dihadapi Zaiton Sameon selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya yang juga meragut nyawa anaknya. Sehinggalah dia menjalani kehidupan sebagai Zaiton Sameon yang dibayangi kenangan lalu..


Zaiton Sameon : Ceritaku -sumber-

Overal komen untuk filem Zaiton Ceritaku, not bad jugaklah. Lakonan Nadia Aqilah harus dipuji lah walaupun saya tak kenal pon pelakonnya tuh. Entah siapa-siapa tapi hebakk jugak bak hang. Tak semua production house berani nak buat filem macam nih. Pengajaran dan kesedaran pon banyak yang dapat dirasa. 

Yang saya tahu pasal Zaiton Sameon ialah lagu hitsnya Menaruh Harapan. Kalaulah permulaan cerita diperhaluskan dengan detik-detik kehidupan diva dia, mesti generasi zaman ni dapat merasai zaman Zaiton Sameon yang dulu... Kot..


Sewaktu kemalangan -sumber-


Saya bukanlah peminat filem biografi. Ni first time tengok filem bergenre biografi kot. Bilalah filem biografi 'Xila : Kisah Seorang Blogger Hebak Bak Hang' nak disiarkan kan? Kah kah kah kah.






Ps :: Magic sangat ke 12.12.12?


December 10, 2012

Turki Aku Datang Pon Boleh..

Assalammualaikum,



Turki Aku Datang pon boleh. Janji kau yakin bah...

Nampaknya Istanbul Aku Datang di Youtube hanya untuk seketika je. Biasalah Filem laku kot. Carilah filem yang tak laku lain di youtube ye kawan-kawan. Tak pun pergilah download secara haram... Hehe.

Mungkin keyword Turki Aku Datang ni orang Turki yang cari. Tak pun, pengarah Istanbul Aku Datang ni nak buat sequel Istanbul Aku Datang. So dia check la dulu kat internet kot-kot tajuk filem nih dah diguna pakai di Turki? Kot...kot la kot...(em emm)





Ps :: Tadi buat misi penting. Moga-moga berjaya. Amin...


December 9, 2012

Live Streaming Malaysia vs Thailand | Piala AFF Suzuki

Assalammualaikum,


Perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2012 antara Malaysia menentang Thailand pada 9 Disember disertakan dengan link live streaming khas unutk mereka yang kat asrama tu. Hew hew hew.

Sebelum ni Malaysia dengan gagahnya membaham Indonesia. Diharap dapat baham pulak Thailand yang menjadi pasukan pilihan untuk menjuarai Piala AFF Suzuki kali ini. Ala Raja Gopal kan ada kuasa majik gitu. Malah dia kenal pemain dia. Hew hew hew.


Separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2012 :


Juara kumpulan A (Thailand) vs Naib Juara Kumpulan B (Malaysia)
Stadium Nasional Bukit Jalil 
8.45 pm




Go go Harimau Malaya!
We always support you taw. Kalau tak nak kena baham dengan penonton do your best oke....
Hew hew hew.






Ps :: Entry test.


December 7, 2012

Kau Rainbow Di Hatiku Di Kinabalu

Assalammualaikum,


Saat keluar rumah.


Saat mendriving gitu...


Saat terketar-ketar pegang phone sambil drive kan.



Agak-agak dapat tak tengok pelangi di puncak Kinabalu? Awan nano banyak la der. Saya patut buat label post Kinabalu la sebab asyik post pasal Kinabalu kan. Yelah kan, sebab nanti kalau saya dah sampai puncak Kinabalu haruslah post pasal Kinabalu jewww. (Ahak)

Teringat movie Hatiku Di Kinabalu. Teingin nak panjat Kinabalu dengan wira saya. Hahahah. Soon soon insyaAllah. Lepas dah di ijab kabullah ye. Tapi tunggu dia muncul lah. Kah kah. Mungkinkah Fahrin Ahmad. (Pengsan)




December 6, 2012

Double Buffered Earnings Sedang Berlari-lari

Assalammualaikum,


Baru ku pasan buffered earnings dari Nuffnang duk running-running di dalam blog ini setelah lama tak check account Nuffnang. Dari Maxis dan Sogo. Terima kasih Nuffnang. Last time dapat buffered earning tahun lepas dari blog sekian-sekian.

Dan aku tak pernah faham apa itu CTR dan memey tak mahu faham. Nanti aku pening. Bagi aku, aku blogging untuk mengisi hobi yang sedang sangat lapang ni. Aku dah malas nak taip panjang-panjang kebelakangan ni walaupun banyak cerita nak dikongsi. Padahal tengah dalam mood baca novel. Kahkah. 

Thanks again Nuffnang. Thanks much-much jugak kepada readers blog ini. Kamsahamida. 

Yee I love you to...*lambai-lambai. (Hahah.)


December 3, 2012

Windstruck | Ikhlas

Assalammualaikum... 

Nangis teresak-esak dah nih lepas tengok Korean Movie - Windstruck. Movie nih rasanya dah lama, tapi baru je dapat tengok tadi. Mula-mula happy-comel-blur couple, lepas tu part nangis-nangis je hujungnya. Syahdu tau... Lebih syahdu dari Istanbul Aku Datang yang ada Lisa comel tapi movienya macam cerita cinta yang biasa. Curang - cari lain. Tetttt.




Yang pasti, lepas tengok je terus download buat koleksi. Cerita nih laju siket la dari movie Daisy. Korean movie jugak. Heroin yang sama untuk Windstruck dan Daisy. Pergi je taip kat Youtube - Windstruck, gerenti jumpa. Tak jumpa, habaq mai ngadu kat akak noh.

Kalau diberi pilihan, nak jadi macam Lara Croft. Ganas dan menggoda. Haha.






Ps :: Dah tengok jugak Istanbul Aku Datang. Xoxo, x, publish!



December 2, 2012

Majlis Resepsi Perkahwinan Farid Kamil & Diana Danielle

Assalammualaikum,






Rasa kiutnya depa dua orang nih. Kenapa Farid Kamil kahwin bawah pedang bagai? Apa status dia? Nak Google sebab musabab macam malas. Takpelah. Fahrin Ahmad kan ada lagi. Adik Farid Kamil pon ada lagi. Kahkah jadah. Nak tengok gambaq depa lagi gi Google sendirik lah.


December 1, 2012

Istanbul Aku Datang Full Movie di Youtube | Download Time

Assalammualaikum,



Tengah tengok Istanbul Aku Datang Full Movie di Youtube sambil tunggu full loading. Hehe. Bagi yang tak tengok lagi la. Yang dah tengok pi main jauh-jauh. 


Sinopsis Istanbul Aku Datang :

Istanbul Aku Datang tells the story of a ditzy but kind hearted blogger girl named Dian, who travels to Istanbul, determined to get her boyfriend to put a ring on her finger! When she arrives, her boyfriend Azad grows increasingly distant from her, and she is forced to find her own place to stay. She is then cheated into staying with annoying Haris, and has no money to find another place. Although the two begin to rub each other up the wrong way, Haris slowly starts to hold a soft spot in her heart, and Dian must choose between the two men in her life. Follow Dian on her Turkish adventures in her search for true love.
- SUMBER
ps :: translate sendiri hehe



Tak kira, minggu depan nak tengok gak The Hobbit @13 Dec 12 nih. Dulu tulis gak Istanbul Aku Tak Jadi Mai ala-ala macam parody la. Tapi sedih bila ada yang komen karangan tuh sequel kepada Istanbul Aku Datang, mahupun sinopsis yang sebenar. Ngapain tak baca sampai habes? Duhhh




November 29, 2012

"Mini Gempak Giveaway by Mibz,Amercorner,EzzatieBrahim"





Tag tiga orang blogger :
L





Hadiah-hadiah Mini Gempak Giveaway
Pilihan hadiah :  Sport Mp3
(exclude memory card)
Jika peserta lebih daripada 150. 2 top referral akan diambil. 

3x Swatch Watch.
pemenang jam akan dipilih secara cabutan tangan by Chipstore.
Peserta yang ke 300 akan memenangi sport MP3 atau Domain one year atau Lomo aquapix.
(pilih salah satu)

Sport MP3(exclude memroy card)
Lomo aquapix



JOM JOIN. 





 Ps :: Nampak Lomo tu? Dah nampak join lah. Hehe
Pss :: Malas lah nak update entry sekarang ni. Padahal banyak benda nak cerita. Hehe


November 28, 2012

Keyword 4 : Piyala Zuzuki Pon Boleh

Assalammualaikum,

Bermain dengan keyword kita hari ini ya.




Piyala Zuzuki pon boleh... Malam ni Malaysia vs Laos, 8.30 malam di TV1.





Ps :: Go Malaysia go... Mengaum sket!


November 27, 2012

Give Away Dot My by khairul-zamri.com

Assalammualaikum,





Tarikh tutup penyertaan giveaway ini: 
Tepat jam 11.15 malam, Selasa 27 Nov 2012
Pengumuman Pemenang:
Rabu, 28 Nov 2012
Penganjur bersama : Aida Omar, Shida, Emas Putih





Ps :: Saya mahu menang kerana ingin menggunakan dot my pulak disebabkan domain sekarang milik alien Kampung Tungau. Teringin sangat nak pakai domain lain. Kasi lah chance!!! ;p


November 26, 2012

Segmen Follow Dan Blogwalking Oleh Mialiana.com

Assalammualaikum,


Click banner untuk jejoin :p



Hehe first the time kite join setelah lama tak join segmen-segmen nih. Blog kak Mialiana.com best sebab dia selalu anjurkan benda-benda macam nih dan dia rajin gila blogwalking. Nak semangat itu!

Follower pon takat 2213 dan harap dapat tambah kawan maya! Wee

Jom jejoin !


November 23, 2012

Jadual Perlawanan Piala Suzuki AFF 2012, Kumpulan B

Assalammualaikum,

Piala Suzuki AFF 2012 bakal beraksi pada Ahad ini 25 November 2012, dimana aksi sulung Malaysia bakal berentap dengan musuh berjiwa singa laut iaitu Singapura. Harimau Malaya vs Singa Laut. Duhhh marah warga singapura kalau baca entry ni. Ada peminat Singapura yang baca ke? Tettt

Jadual Perlawanan Piala Suzuki AFF, Kumpulan B :

25 November
Indonesia lwn Laos (6ptg, Std Nasional Bukit Jalil)
MALAYSIA lwn Singapura (8.45mlm, Std Nasional Bkt Jalil)

28 November
Indonesia lwn Singapura (6ptg, Std Nasional Bkt Jalil)
Laos lwn MALAYSIA (8.45mlm, Std Nasional Bkt Jalil)

1 Disember
Singapura lwn Laos (8.45 mlm, Stadium Shah Alam)
MALAYSIA lwn Indonesia (8.45mlm, Std Nasional Bkt Jalil)


Click untuk matang.

Ni kalau aku stay KL ni maunya pergi stadium bawak cekodok goreng. Bukan obses tapi entah jiwa Malaysia katanya. Haritu Malaysia lawan Bangladesh emosi habis tweet-tweet gua. Tapi macam tu lah manusia. Kalau hebat dipuji, kalau lemah dicaci. Kalau tak nak kena caci, performlah habis-habis. Segala komen peminat kenalah ambil pengajaran dan azam. Ye dak?


Apa-apa pun, cayok-cayok Harimau Malaya go, go, go!
Piala Suzuki AFF tu ape?
Haa nilah dia orang perempuan. Hehe.




Saya Zilah Awang melaporkan untuk Zila Tv. Ahak


November 21, 2012

Maharaja Lawak Mega Tweet Race

Assalammualaikum,


Come and join Maharaja Lawak Mega Tweet Race yang sedang rancak berlangsung di gelanggang twitter.


Konsep Rancangan

 

Inilah pentas untuk menyaksikan persaingan pelawak ternama bagi meraih gelaran Maharaja Lawak Mega! Saksikan himpunan pelawak-pelawak ternama dari negara, Malaysia, Singapura dan Indonesia dalam satu pertandingan untuk mengetahui siapakah pelawak terbaik antara yang terbaik. Dalam Maharaja Lawak Mega yang lepas, kita telah melihat gabungan pelawak OSBON menjuarai pertandingan ini. Siapakah yang akan merangkul gelaran pelawak terhebat kali ini? Tontonilah Maharaja Lawak Mega 2012, yang akan mula bersiaran pada 16 November 2012 di Astro Warna dan Mustika HD.

Hadiah Yang Ditawarkan
 
Hadiah Utama


Untuk maklumat lanjut bolehlah melawati Official Fan Page Facebook Maharaja Lawak Mega atau terus ke laman web Astro/Maharaja Lawak Mega 2012.

Saya sokong #Jozan #maharajalawakmega. Minggu pertama dah geli hati.
Jangan lupa follow titew jugak eh @xilamanaf. Kui kui



 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!