August 27, 2013

Beli Tudung Online di Mulawa Fashion

Assalammualaikum,


Dunia sekarang ni mudah saja berbelanja atau shopping online di hujung jari dengan adanya teknologi internet. Nak beli tudung online? Baju online? Contact lenses online? Kosmetik online? List kan aje semua ada. Tapi perlulah cari blog atau web online shop yang diyakini tiada unsur-unsur bakal kena tipu, ditipu atau tertipu hehe.


Kalau sape-sape nak beli tudung online bolehlah berkunjung ke Mulawa Fashion. Mereka menawarkan fesyen tudung sama ada dalam rekaan bawal ataupun shawl dengan trend terkini. Sesuai digayakan oleh para remaja dan semua peringkat umur. Buat encik abang, silalah beli tudung disini untuk para emak dan para isteri masing-masing. Jadi lelaki sweet boleh tak? Ngeee


shopping online, kenapa suka shopping online, beli tudung online, online shop
Mulawa Fashion featured dalam majalah Remaja. Cantik kan?

shopping online, kenapa suka shopping online, beli tudung online, online shop
Promosi sempena Bulan Merdeka 2013 dari Mulawa Fashion.



Di Mulawa Fashion, pembeli boleh membeli sehelai tudung sehinggalah berhelai-helai tudung. Maksudnya beli secara borong atau pukal. Kalau beli harga borong maknanya untung banyaklah!

Sekarang ni, Mulawa Fashion tengah menawarkan harga diskaun untuk pembeli secara borong. Boleh jimat sehingga 10%. Apa lagi, rebut peluang ni! Boleh buat peluang rezeki ni ataupun sesuai sangatlah nak sponsor saudara-mara atau kawan-kawan untuk bakal majlis pernikahan korang ke...


shopping online, kenapa suka shopping online, beli tudung online, online shop
Jangan tak tahu Mulawa Fashion bekerjasama dengan Ainan Tasneem


Yang penting tudung online dari Mulawa Fashion cantik-cantik dan lain dari yang lain. Jarang lah jumpa kat kedai biasa. Kalau nak lain dari orang lain, jom beli tudung online di Mulawa Fashion. Untuk maklumat lanjut mengenai Mulawa Fashion, silalah layari :







Koleksi Kad Raya Kreatif

Assalammualaikum,


Fenomena kad raya sempena Hari Raya Aidilfitri by pos masih lagi relevan. Buktinya ramai blogger dapat kad raya kan dari blogger lain? Kalau bukan blogger pon masih dapat jugak kan? Terutama sekali bagi syarikat atau badan organisasi yang suka hantar kad raya pada pelanggan mereka. Siapa dapat kad raya je yang tahu perasaan menerima kad raya. Manis tau..


Terima kasih ya kepada semua yang telah tambahkan koleksi kad raya saya. Kena simpan woo mana boleh buang moment-moment macam ni. Rasanya koleksi kad raya saya bermula sejak 2002. Kalau juai laku tak? Behave xila...


Cerita raya 2013, Hari raya aidilfitri, koleksi kad raya, Hari Raya 2013, kad raya buatan sendiri, DIY, DIY kad raya, kad raya kreatif
Sebahagian koleksi kad raya saya sejak tahun 2002.

Cerita raya 2013, Hari raya aidilfitri, koleksi kad raya, Hari Raya 2013, kad raya buatan sendiri, DIY, DIY kad raya, kad raya kreatif
Kad raya 2013 dari Blogger Henrieta Jose


Fenomena kad raya by pos ni harus diteruskan lah rasanya. Sebab kita yang patut memeliharanya untuk generasi akan datang supaya mereka juga dapat merasai moment terima dan balas kad raya ni. Insyaallah tahun depan nak beri kad raya besar-besaran lah untuk semua pembaca blog Dearxila.my ni. (Catit dalam buku lima jap).

Tapi macam saya sendiri, suka buat kad raya atau apa saja jenis kad yang berunsur kreativiti. Tahun ni dalam simpanan saya, kad raya yang dibeli dikedai ada 3 ketul. Masa tu dah nak hujung Ramadhan, nak tak nak kena buat jugak lagi tiga kad raya sendiri, yelah tak kan lah nak tangguh je balas kad raya kawan-kawan tahun-tahun lepas punya kan.

Buat kad sendiri la baru rare. Tak dak juai kat kedai punya maa.. Disamping jimat dan ada unsur-unsur jari jemari seni. Kad raya saya tak adalah kreatif sangat. Tak tengok pon contoh buat kad raya kreatif ni kat internet. Bila dapat gunting dengan kertas je terus buat patent ikut sesuka hati je. Sebab tu kad raya saya takde yang jenis duplicate. Tapi takdak contoh lah sebab semua kad raya yang saya buat sendiri dah masuk dalam sampul baru teringat nak snap gambar. Huhu.


Cerita raya 2013, Hari raya aidilfitri, koleksi kad raya, Hari Raya 2013, kad raya buatan sendiri, DIY, DIY kad raya, kad raya kreatif
Kad raya yang baru nak balas. Kebanyakannya kad raya yang saya terima tahun 2012 dan 2011. Teruk punya perangai kan.





 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!