August 27, 2013

Koleksi Kad Raya Kreatif

Assalammualaikum,


Fenomena kad raya sempena Hari Raya Aidilfitri by pos masih lagi relevan. Buktinya ramai blogger dapat kad raya kan dari blogger lain? Kalau bukan blogger pon masih dapat jugak kan? Terutama sekali bagi syarikat atau badan organisasi yang suka hantar kad raya pada pelanggan mereka. Siapa dapat kad raya je yang tahu perasaan menerima kad raya. Manis tau..


Terima kasih ya kepada semua yang telah tambahkan koleksi kad raya saya. Kena simpan woo mana boleh buang moment-moment macam ni. Rasanya koleksi kad raya saya bermula sejak 2002. Kalau juai laku tak? Behave xila...


Cerita raya 2013, Hari raya aidilfitri, koleksi kad raya, Hari Raya 2013, kad raya buatan sendiri, DIY, DIY kad raya, kad raya kreatif
Sebahagian koleksi kad raya saya sejak tahun 2002.

Cerita raya 2013, Hari raya aidilfitri, koleksi kad raya, Hari Raya 2013, kad raya buatan sendiri, DIY, DIY kad raya, kad raya kreatif
Kad raya 2013 dari Blogger Henrieta Jose


Fenomena kad raya by pos ni harus diteruskan lah rasanya. Sebab kita yang patut memeliharanya untuk generasi akan datang supaya mereka juga dapat merasai moment terima dan balas kad raya ni. Insyaallah tahun depan nak beri kad raya besar-besaran lah untuk semua pembaca blog Dearxila.my ni. (Catit dalam buku lima jap).

Tapi macam saya sendiri, suka buat kad raya atau apa saja jenis kad yang berunsur kreativiti. Tahun ni dalam simpanan saya, kad raya yang dibeli dikedai ada 3 ketul. Masa tu dah nak hujung Ramadhan, nak tak nak kena buat jugak lagi tiga kad raya sendiri, yelah tak kan lah nak tangguh je balas kad raya kawan-kawan tahun-tahun lepas punya kan.

Buat kad sendiri la baru rare. Tak dak juai kat kedai punya maa.. Disamping jimat dan ada unsur-unsur jari jemari seni. Kad raya saya tak adalah kreatif sangat. Tak tengok pon contoh buat kad raya kreatif ni kat internet. Bila dapat gunting dengan kertas je terus buat patent ikut sesuka hati je. Sebab tu kad raya saya takde yang jenis duplicate. Tapi takdak contoh lah sebab semua kad raya yang saya buat sendiri dah masuk dalam sampul baru teringat nak snap gambar. Huhu.


Cerita raya 2013, Hari raya aidilfitri, koleksi kad raya, Hari Raya 2013, kad raya buatan sendiri, DIY, DIY kad raya, kad raya kreatif
Kad raya yang baru nak balas. Kebanyakannya kad raya yang saya terima tahun 2012 dan 2011. Teruk punya perangai kan.





 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!