January 31, 2013

2nd year Ohsem Anniversary Aku cuma seorang kulikutif !!! Give away

Assalammualaikum,
ohsemmm 


Saya dah join Remy Hazza punya GA. Mudah saja, follow, like & G+. Adun sebati end of Februari tamat promosi. Moga-moga saya menang hey sukanya. (Ni lirik lagu tau Remy, ce teka lagu apa? Remix lagu cucur) Har har har. 

Maghi ler join kawan-kawan! :)
(Klik banner reramai k)

 

Filem Pilot Cafe Bakal Ditayangkan Dipawagam

Assalammualaikum,

Pilot Cafe? (Pengsan). Novel Pilot Cafe nih sebenarnya novel kedua yang saya pernah baca lepas zaman sekolah menengah dulu. BFF yang bagi pinjam, dimana dia pinjam dari kakak iparnya. Walaupun ketebalan novel Pilot Cafe nih melampau-lampau, tapi gagahkan jugak lah kan baca novel Pilot Cafe yang awesome nih... (Woahhh).

Ahadiat Akashah - penulis novel Pilot Cafe

Sedia maklum, novel Pilot Cafe nih akan diangkat ke layar perak. Ke panggung ler kita.. Biasanya saya  tunggu Youtube aje. Yelah. Pengarah filem suka angkat cerita novel ke panggung dengan feeling tak best. Dah pernah rasa dari zaman [Lagenda Budak Setan] lagi. Pui...

Dengar khabar, Fahrin Ahmad hero utama dalam filem nih. Tolonglah jangan ambil Aaron Aziz sasa macam kayu tuh. Tapi kalau betul Fahrin Ahmad lah kan, nak dia ada rambut macam Hady lah... sebab masa baca novel Pilot Cafe nih dulu, terbayang hero dia macam Hady lah. Tapi nampak gayanya rambut Fahrin Ahmad kan macam curly sikit... Heroin Pilot Cafe pula Izara Aisyah.Okla..


Hady - Watak jahat dalam setia hujung nyawa.

SINOPSIS PILOT CAFE

Di pilot cafe satu lembaran cinta telah mula berputik. Kehidupan ini bermula di mana-mana...tak menentu indah ataupun gundah bila Maya kehilangan jantung hatinya...dia bertemu Ameer. . . lelaki yang hanya tau menodai cinta. bermula dengan secangkir kopi panas di Pilot Cafe...segala-galanya berubah untuk mereka berdua. Ameer mula merasai apa itu cinta manakala Maya belajar untuk menolak cinta yang suci. Bagaimanakah berakhirnya kemelut dua insan yang sudah mula memutik bunga-bunga cinta ini




Ps :: Tak puas hati bila pengarah suka ambil perempuan mix salleh jadi watak kampung..

January 30, 2013

Kenapa Manusia Cepat Bosan?

Assalammualaikum,

Kenapa manusia cepat bosan? Adakan faktor hormon? Mahupun faktor genetik? Ceh teori tak boleh pakai? Tahukah kalian, manusia akan lebih tinggi di waktu pagi. Fakta tau. Tak percaya pergi ukur sendiri..

Manusia cepat bosan bila dia rasai kekurangan yang ada pada dirinya dan disekelilingnya. Itulah yang terjadi pada saya. Rasa bosan aih dengan blog warna hijau nih. Nak tukar warna oren lak rasanya...Kebetulan warna hijau kan warna trend dan pilihan tahun 2013 nih. Tapi dah takde kederat lah cik kak oi. Penat tau! Wuaaa.

Isu domain dot my
Sebelum nih kecoh domain dot my tak boleh bukak gara-gara pihak admin Asiahost tengah upgrade dns. Kalau ye pon notify awai lah. Gimana kalau blog online shopping yang kena? Naya depa tuh..

Den nak bagi tempoh setahun untuk Asiahost. Kalau buat hal lagi memey nak ketuk dorang. Malas nak tukar url dah. Asyik error problem url je blog nih. Kesian betol. Tapi yelah bukan salah Nanie kan, yang dok promo-promo domain percuma nih. Cumanya bila dia pon dah tukar ke dot com balik, gaya macam hilang kepercayaan, dan siap announce kat blog bagai, den pon ikot lah tukar. Tup tup harini domain dot my dah ok dan boleh access. Macam bangang abadi pon ada. Ya saya lembu. 

Tertunggu jugaklah entry daripada Nanie pasal isu nih. Atleast announcelah kat belog yang dia officially berdot my. Im still waiting. Bagi reason kukuh untuk tarik balik kepercayaan kroni-kroninya. Yelah dia mulakan perjuangan ini, so haruslah sampai ke titiknya. Sebab disini dia ada pengaruh. Dia ada menulis yang 'mulai hari ni dia akan guna dot com'. Takde pula 'buat sementara waktu saya gunakan dotcom' Apa maksud disitu? Hilang kepercayaan bukan. 


Eh?


Tapi alhamdulillah semuanya dah selesai. Andai kata perkara sebegini bakal berulang, adakah Nanie akan tukar balik ke domain asal (dot com) dengan mudah dan turut mengecewakan kawan-kawan yang lain? Terutama blogger yang teringin berdotmain sendiri...

Ini hanya luahan je. Jangan ambil hati ok Nanie. Kalau Nanie bawak kes nih ke mahkamah tentulah ai kalah oke. Nanie kan pandai membentangkan hujah. Ayat dalam blog pon kelass. Peguam kan haruslah putar belit. Saya pon pakai dot my ni rather than dot com sebab tak larat lah tukar-tukar domain nih... Chillah.




Ps :: Asiahost dah bodek dah tuh...RM 10 untuk tahun berikutnya :)


Wasiat : Bertukar Alamat Blog !

Assalammualaikum orang-orang kampung,

www.dearxila.my. Ya itulah alamat baru blog nih. Masalah pemparitan blog berdotmain dot my telah pon selesai. Alhamdulillah. Semoga tiada kesulitan yang dihadapi oleh pengguna-pengguna domain dot my di masa hadapan kelak. Cuak seh. PV turun, effect kat CPUV, pembaca-pembaca setia menangis bila blog nih tak dapat dibaca. Har har (lawak hambar)

Mulai sekarang blog nih akan bertukar ke www.dearxila.my.

Tapi buat masa sekarang tak tukar lagi sebab nak bagi notis nih dulu. Dulu masa tukar ke dot com dan dot my, pasaipa tatau entry terbaru tak dapat dibaca di dashboard. Kat bloglist pon tak berupdate. Dah empunya blog pon tak dapat update, apatah lagi orang-orang kampung den. Tu pasaila update entry nih. Nak tukar esoklah. Ke malam kang..? Em Em...

Eh konfiuslah. Den memang lemah tang setting domain bagai nih,. Asyik mintak tolong orang, bagi ticket je... Harap lepaih nih takdelah yang error mane-mane. Kbai.





January 25, 2013

Misteri Warung Pak Munawer



"Kamu balik kampung nih tiba-tiba je kenapa? Bukan ke kamu dah tinggalkan kampung nih 5 tahun dulu?" soal Pak Derus sambil menghidangkan menu yang dipesan oleh Hussin. Jejaka lewat 30-an yang sememangnya dibesarkan di Kampung Silaturahim, Batu 6, Tambun, Ipoh, Perak.

Setelah selesai menghirup seteguk dua kopi yang dihidang tadi, Hussin mula mengatur kata. "Saya balik sini pun sebab nak uruskan tanah arwah bapak saya tuh Pak Derus. Kalau tak, idak ler saya nak balik sini. Mengenangkan kes kontroversi saya dulu dengan Inah tonggek." 

"Oh gitu. Inah tuh dah ada anak 5 pon. Haa kamu apa cerita duduk KL sana? Mak kamu sehat? Bini kamu, si Saodah? Kamu kerja apa sekarang?" bertalu-talu pertanyaan dari Pak Derus kepada Hussin.

"Alhamdulillah, mereka sihat. Anak saya Nolytuudia Senrose tuh je sorang. Baru 3 tahun. Saya sekarang kerja sebagai freelance detektif. Dah tak kerja jual insurans dulu... Haa ni kad nama saya" kad yang dihulur diterima baik oleh Pak Derus.

"Ohh detektif... haa elok sangatlah tuh. Aku ada jobs kat kau.. Haa makan lah mee tu dulu. Ralit bersembang kang basi pulak." seloroh Pak Derus.


**********


Hussin mula memerhatikan warung Pak Munawer. Cermin sisi keretanya diturunkan sedikit agar jelas penglihatannya. Segala gerak geri, insiden, peristiwa dicatatkan dalam buku nota kecil di tangan kiri Hussin. Memang dia akui pelanggan Pak Munawer 5 kali ganda dari Pak Derus walaupun baru sahaja opersi dalam tempoh 7 bulan. Jarak antara warung mereka pula hanya berbeza 427 meter sahaja. 

Masuk hari ketiga kes file berprofil sederhana itu, situasi di warung Pak Munawer ternyata lebih meriah. Acara karaoke diadakan setiap hari rabu itu cukup menggamit suasana. Dari si kecil sehinggalah ke tua berkerusi roda, semuanya bagaikan berpesta riang ria. Teringat Hussin akan perlawaan Pak Derus beberapa hari yang lepas...

"Aku bukan apa Hussin, kalau aku tuduh dia pakai guna-guna, jatuh fitnah nanti. Eloklah kamu siasat. Downpayment aku bagi RM 10 ribu dulu, selesai kes aku bagi dua kali ganda"


Disebabkan Pak Derus merupakan 8 pupu belah emaknya, dia gagahkan juga menyiasat tentang warung Pak Munawer. Dia mula mengorak langkah menuju ke ruang masuk warung meriah meghela itu.

"Eh Hussin, maghi ler duduk sini aku belanja. Wah kau gaya dah macam detektif aku nengoknye. Lama kau tak balik sini? Aku ingat lagi kecik-kecik dulu kau gemor skodeng ghumah si Kinah. Hahaha" tawa rakan sepermainannya dulu diterima hambar.

"Kau pulak asyik lepak warung nih je. Tak de life ke?" soal Hussin.

"Apa nak jemunya. Hari-hari aku order Nasik Goreng USA, dua telur mata taruh cili sos tak jemu pon. Feberet aku nih. Eh acane kau tahu aku hari-hari maghi sini? Kau skodeng aku pulak yer?" lagi sekali Hussin merasakan seperti semua ini poyo...




Bersambung... kui kui kui.
BAHAGIAN DUA



January 24, 2013

Alhamdulillah..Bahagia Bagaikan Permaisuri

Assalammualaikum,

Selepas sebulan lamanya, masalah domain address error kini kembali okay. Alhamdulillah. Tak tahulah celah mana error. Settingnya kah, wayarnya putuskah, atau sebelum setting lupa baca bismillah? Haa... Mujur ada adik shida tolong betulkan setting yang error tu. Makaceh ya..

Oleh itu, kepada orang ramai semua (pembaca), bolehlah copy url kami iaitu dearxila.my dan letaklah molek ke bloglist kamu sekalian ya. Promo promo. Lai lai... Hehe.

Insyaallah bloglist kami yang dulunya hilang kini akan kembali pulang setelah kami ingat dan cuba nak ingat, kami akan letak balik. Masalah pemparitan blog ini bakal dibaik pulih, kata Permaisuri Xila berhubung isu tersebut. So siapa rasa nak exchange link bagitau ya. Maaf tajuk terlampu.



Eh macam ada benda lagilah nak dicerita tapi dah tak ingat. Nanti update lain lah apa susah. Harini pihak Nuffnang yang supportive telah bagi CPUV/BE lagi. Apa kata hangpa semua like iklan POPULAR kalau terserempak ya. Makaceh...






Ps :: Jom selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w banyak-banyak.


January 23, 2013

Doa Agar Dapat Peluang Rezeki Yang Banyak

Doa agar dapat peluang rezeki yang banyak.
:)



January 22, 2013

Tips Nuffnang : Berapa Lama Tempoh Iklan CPUV/BE Nuffnang

Assalammualaikum,

Selalunya kalau korang dapat iklan CPUV/ BE dari pihak Nuffnang, berapa lama ianya akan kekal dalam blog korang? Seminggu? Tiga minggu? Berbulan-bulan lamanya?

  Sign up Nuffnang now.

Beberapa hari lepas ada hantar tiket kat pihak Nuffnang. Saje nak tanya dan manja-manja dengan Nuffnang. Saya tanya pasal CPUV/BE. Yelah tertanya-tanya juga berapa lama selalunya iklan CPUV/BE lekat dalam blog kita. Kalau dapat lah. Kalau tak dapat-dapat lagi try [Tips & Trick Dapatkan CPUV/BE Nuffnang](click). Tapi kalau dah dapat macam mana nak biarkan ianya stay lama dalam blog kita kan... Itu belum khatam. Ngee.


Pihak Nuffnang reply.
(Click untuk tumbesaran)


Tempoh iklan CPUV/BE bergantung pada pihak pengiklan. Suka hati depalah nak bagi 2 minggu ke, berbulan ke, bergantung kepada prestasi blog kot. Aah kot. Kot la. Ok lah nak hantar lagi tiket macam mana nak mengorat CEO Nuffnang. Ehhh

Sesiapa yang belum mendaftar Nuffnang, layarilah ke www.nuffnang.com.my. Kbai.



January 21, 2013

Jom Menderma ke Rumah Amal Kasih Bestari

Assalammualaikum,
Scroll bawah untuk entry terbaru
Ada sekumpulan blogger bakal mengadakan misi amal dan ziarah mereka untuk membantu adik-adik yang berstatus anak yatim di Rumah Amal Kasih Bestari pada 24 Februari ini. Jom bantu apa yang patut untuk sempurnakan niat mereka-mereka (blogger) nih.


Dengan itu para pembaca semua dialu-alukan menghulurkan sumbangan anda ke akaun Maybank milik Mila Ahmad seperti tertera di banner diatas.

Walaupun ikhlas anda bernilai RM 1, hanya Allah swt yang mampu membalas jasa korang. Jom bersama menyumbang ke Rumah Amal Kasih Bestari dan membantu rakan blogger ini untuk meringankan beban adik-adik ini. Besar pahalanya membantu dan membimbing anak-anak yatim tau...

Untuk maklumat lajut tentang program ini, layarilah ke blog [Mila Ahmad](click). Dengar-dengar, masih banyak lagi keperluan dan kekurangan di Rumah Amal Kasih Bestari ini. Jom bersama membantu!



Ps :: Minta kerjasama anda untuk click iklan Churp-churp diatas ya. Memang dah set niat nak cash out semua jumlah dan hulurkan kepada mereka yang memerlukan. Memandangkan dah kumpul separuh jalan, nak teruskan mengumpul dan nak jadikan cash out pertama dan terakhir. Kalau niat nih menyimpang dan saya berbohong, petirlah jawabnya..............aih.


January 20, 2013

Review Novel : Gelak Tergolek

Assalammualaikum,



Entry rabu yang lepas ada cerita pasal novel [Gelak Tergolek](click) kan. Memang masa tu tak ada idea nak post entry apa, kebetulan hari rabu dengan malasnya tayang jelah kulit muka depan novel Gelak Tergolek tuh. Siyesly novel Gelak Tergolek tuh boleh buat orang ketawa, gelak, tergolek, tertonggek tak hengat.

Novel Gelak Tergolek nih karya dari seorang penulis lelaki, Wann Azlan. Katanya ambil masa setahun nak siapkan novel tersebut. Novel nih dah lama wujud dalam arena penulisan (gitu).

Ada lah try jugak search kat Google tentang penerimaan novel Gelak Tergolek nih. Namun ada yang review novel nih tak best langsung. Tak dapat buat dia ketawa langsung. Katanya alam dewasa dia telah mematikan nafsu ketawa dia. Kesian kat blogger tuh tak tahu menghargai kehidupan.. an an..

Saat pertama kali menyelak novel Gelak Tergolek nih, terasa adrenalin terkinja-kinja suruh selak muka surat seterusnya. Bila rasa terhibur dan tak sabar, dalam sehari je dapatkan habis baca novel nih. Tapi bila part-part akhir rasa macam kuranglah wahai penulis... Ini serius.... Mungkin dah matang tak hero tuh...?


SINOPSIS GELAK TERGOLEK :
Dah orang mintak sinopsis novel nih dah terpaksa karang pulak. Cari kat Google banyak hat merapu. Yang penting ianya novel penuh tau bukan banyak cerita dalam 1 novel. Paham? Novel Gelak Tergolek nih berkisarkan Rahman mengetest Maimun seorang anak pak imam. Start dari Rahman mengorat sampailah Maimun melahirkan anak kembar mereka pelbagai insiden lucu dan sengal berlaku. Rahman yang jahil agama sering ditegur bapa mertuanya. Nenek Rahman pulak sangkakan Ridsect kat rumah mereka adalah perfume. Eh apa aku review nih? Haa lagi satu, novel nih ada unsur -unsur lucah ringan-ringan (hahaha). Kanak-kanak 18 tahun kebawah perlu bimbingan ibubapa semasa membaca. Kuikui



Ps :: Novel pinjam dari bakal adik ipar? Lah sangat kan... ;p


January 19, 2013

" GA Januari 2013 Nurul Yui"


 

Assalammualaikum,

Hari nih last day untuk join segmen Nusha. Kemain nak bersegmen bagai tentang si cecomel nih. Walaupun tak dapat bela kucing, meluahkan kasih pada kucing melalui segmen jelah kuikui. Melalui gambar, perlu diluahkan dengan kata-kata apa yang anda gambarkan. Gituuu. Jom turut join jom.

Shinchan : Yuhuu Kika, shinchan dah sampei.. Bukalah pintu ghumah kamu nihh...
Kika : Kejaplah yob... Kika tengah betulkan masalah pemparitan dalam ghumah Kika nih ha... Ate graduate dari Uniten Degree in Mechanical Engineering, haruslah buat sendirik...
Shinchan : Ego bebenor lah kamu ni Kika oii...

 Huhuhu. Memang giler senget punya ayat. Wish me luck. Kbai.


Trend dan Pilihan Warna 2013 : Green Emerald

Assalammualaikum,

Trend dan pilihan warna yang dijangka tergedik-gedik hits sepanjang 2013 ialah Green Emerald (Hijau Emerald). Warna macam mana tuh hijau emerald? Macam ahh international lah pulak bila sebut Emerald-emerald nih.

Sumber

Hijau emerald nih bertonakan hijau lah jugak. Warna hijau emerald nih akan menjadi trend dan pilihan bakal-bakal pengantin, mahupun industri-industri fesyen, dekorasi, tatarias dalaman, kediaman, dan sewaktu dengannya. Dan jugak warna pilihan blog Dear Xila nih. Kui kui.

Secara peribadi warna hijau bukan lah warna kegemaran saya. Tapi ewah-ewah jatuh cinta pandang pertama pula. Warna hijau nih memberikan rasa yang segar, ketenangan, aman, menyenangkan malah rasa seperti aktivis selamatkan pokok-pokok kat Bumi pulak. Ahak. Dulu cuba pernah kasi kuning-kuningkan blog nih. Tapi tak menjiwailah. Padehal sebut je warna apa, semua tuh pilihan saya mengikut mood.*Larikk

“Green is the most abundant hue in nature – the human eye sees more green than any other color in the spectrum,” said Leatrice Eiseman, executive director of the Pantone Color Institute.


Green L shape sofa
Hijau memberi Inspirasi kediaman


Kabinet hijau
Hijau memberi inspirasi perabot yang simple.


Hijau juga memberi inspirasi peragaan.

Apa pilihan warna anda tahun 2013 nih? Sape blog dia kaler hijau? Mari seppp!


 
Ps :: Kalau hijau digandingkan dengan songket, perhh meleleh ayaq liuq. ;p


January 18, 2013

Kinah J MeleTop !



Siapa yang tak kenal dengan Kinah J? Ratu kebaya 10 tahun lepas daerah Manjung. Itu sepuluh tahun lepas punya cerita lah. Hari ni, Kinah masih lagi MELETOP walaupun kilogramnya mencecah 90kg.

 "Oi Kinah J! Buang tebiat pe kau pakai baju fesyen peplum tuh? Terjojol lemak sini sana. Macam sarung pelam kottt...!" tawa hilai pemuda jalanan itu disambut oleh rakan-rakannya yang lain.

Kinah menjeling. "Janji aku konfiden okee!!" Dia berlalu pergi meninggalkan anak-anak muda yang melepak di bahu jalan. Sudah lali rasanya Kinah dengan usikan-usikan nakal orang-orang kampungnya. Janji aku konfiden itulah tagline yang dibawa Kinah kehulur kehilir sekeliling kampung.

"Assalammualaikum mak ohh mak... Kinah dah balik.. Ni haa ubat buasir yang mak kirimkan tadi." bungkusan plastik kecil dikeluarkan dari beg tangannya diletakkan di atas meja tamu.

Pn Katrina yang datang dari bahagian dapur mendapatkan Kinah yang tengah landing baik punya atas sofa. "Kau tak payahlah terjerit-jerit sebut buasir tuh. Malu dek orang kang. Haa kau dah dapat cari kerja?"

"Belum." balas Kinah sepatah.

"Tu lah dia kau. Pemalas nak mampus sampai badan pon besar macam anak gajah. Patutlah laki kau tinggalkan kau dulu."

"Mak, abang Zack tinggalkan Kinah sebab Rozita kampung sebelah tuh mak. Kinah jadi macam nih lepas cerai dengan dia. Mak jangan kondem Kinah pulak. Tak supportive lah mak nih..." Kinah merengus lalu bangkit dari sofa menuju ke kamarnya.



***********



"Mak, mak, mak tengok nihhh...makkkkk" suara terkinja-kinja Kinah telah mengejutkan Pn Katrina dari lena. Dia gagahkan juga membuka kelopak mata yang nak tak nak je dibuka untuk melihat dunia.

"Kau pehal?" Pn Katrina yang kebingungan mula membaca bait-bait tulisan surat yang dihulur oleh Kinah.

"Glamer lah kau lepas nih..." 

"Mak, Kinah nak buktikan dekat orang kampung yang Kinah nih lebih maju dan bakal mengharumkan nama kampung kita mak." gaya konfiden Kinah membuatkan hati Pn Katrina tersenyum akan rezeki yang diterima anaknya.

"Acane kau leh dapat kerja nih Kinah?" soal Pn Katrina.

"Alah, Kinah selalu hashtag dorang kat Twitter. Lepas tuh, dorang kata dorang dah usha semua tweet-tweet Kinah, Instagram Kinah, Facebook Fanpage Kinah, Google plus Kinah, semualah. Dan dorang yakin dengan Kinah lepas review Kinah. Kinah tak apply pon dengan dorang tentang job nih. Rezeki mak.. Ke Kolumpo lah ye kita mak.." ulas Kinah panjang lebar.

"Untunglah..." nada Pn Kartina seakan tidak berpuas hati..



 **********



Ya bersama kita dengan rancangan Meletop! Kali nih kita ada segmen baru di Meletop dimana, Kinah J, akan mengulas dan membaca semua komen dan tweet yang telah di post di Facebook dan akaun twitter Meletop! Silakan Kinah J.... ujar Neelofa dan Nabil.

Kinah J memulakan bicara, "Oke kita akan baca tweet dari....

Zack Senrose, Hi Kinah J #meletop, ingat teman tak orang kampung kome?
Hj Munawer, masalah pemparitan Kampung kita dah selesai Kinah #meletop. kbai
Usop Hatori, cunlah Neelofa dan Kinah J! #meletop
Katrina ibundanya Kinah, anak mak masuk #meletop yob! #kelass


Begitulah kehidupan baharu Kinah setelah bergelar penyampai twitter di rancangan tv popular masa kini terbitan Astro, MeleTop. Dengar khabar masalah pemparitan kampung Kinah pon telah selesai atas bantuan skandal Kinah J yang terbaru iaitu Datuk Bandar, Hassan Jaszle.

Pn Katrina sebagai PA Kinah J, mula membeli akhbar Berita Harian secara pukal bagi mengundi Kinah sebagai finalis Top 5 ABPH 2013. #LOL. Tamat.




Ps :: stress dengan dot my. Den tak berupdate 2-3 menjak nih. Jangan windu ;p

January 17, 2013

Forum Suara Haiwan - Kelab Peminat Burung Unta

Assalammualaikum,

Klik untuk tumbesaran.


Presiden Kelab Peminat Burung Unta pula tampil membentangkan masalah kroni-kroninya. Kenapa burung unta tidak boleh terbang? Haa inilah masalah utamanya. Burung unta merupakan burung terbesar antara burung-burung di dunia. Burung unta berdarah panas, dan merupakan spesis burung yang tidak boleh terbang.

Kenapa burung unta tak boleh terbang?

Salah satu faktor burung unta tak boleh terbang kerana berat badannya yang besar dan berat disamping burung unta tiada otot khas yang bolehkannya untuk terbang. Tetapi kelebihan burung unta ialah dia boleh berlari dengan laju. Bila burung unta berlari dengan laju, sayapnya itu berfungsi untuk menyeimbangkan badannya dengan fungsi mengepak. Haa gitu. Bertemu lagi dalam info burung unta yang lain. Ahak.




Ps :: Introducing to you, Mr Os. President Kelab Peminat Burung Unta lol.


January 16, 2013

Novel - Gelak Tergolek

Assalammualaikum,

Novel Gelak Tergolek


Dari awal hingga ke hujung cerita memang tergelak tergolek habis..
 Menjejeh ayaq mata (dohhhh)



January 15, 2013

Listen Parody by Mr Bie - Fenomena Listen

Assalammualaikum,



Fenomena 'Listen' jadi hits gara-gara forum 'Suara Mahasiswa' yang diadakan di Dewan Muadzam Shah, Universiti Utara Malaysia beberapa hari lalu telah mendapat liputan meluas di Youtube, Facebook, Twitter dan juga blog. Masalahnya, kenaakah benda nih mesti berlaku di UUM? 

Suara 1
Ms Bavani memang ada hak nak suarakan pendapatnya, tapi dia kenalah jaga sensitiviti kerajaan yang mentadbir sekarang. Nama pon forum melibatkan suara mahasiswa. Tapi bila ada mahasiswa yang tampil berani nak express opinion dia, disekat pulak oleh kak Pah (Sharifah Zohra Jabeen).

Suara 2
Kak Pah pon satu, nih forum suara mahasiswa level biasa-biasa je, awak tuh ada o'level, so jangan lah join forum nih kalau tak setaraf dengan awak. Bila dia mentioned taraf dia lagi tinggi dengan bangganya, dalam masa yang sama dia menunjukkan kebodohan dia. Apa kena mengena kucing dan jerung yang ada masalah, dikaitkan dengan forum macam nih. Cara dia handle mahasiswa pon tak seperti orang yang berilmiah apatah lagi profesional.

Suara 3
Dah tuh pulak malu dengan mahasiswa lain yang menyokong Kak Pah setelah menindas Bavani dengan kurang profesionalnya. Atlast disogok pulak dengan Galaxy Note free. Podahh.


Listen Parody by Mr Bie.


Dan tiba-tiba cepat pulak keluar video parodi - Listen Parody dari Mr Bie. Ala Mr Bie yang sebelum ih pernah came out dengan lagu Tak Terukir Di Bintang parodi tuh. Ahh kalau taktau silalah ke Youtube. Search je tajuk tuh... Listen to me !



Ps :: OMG saya bekas mahasiswa UUM. ;p


January 14, 2013

Colgate Sensitive Whitening Baik Untuk Gigi Sensitif

Assalammualaikum,

Salah satu cara merawat gigi sensitif adalah dengan memastikan gigi kita dibekalkan dengan ubat gigi harian yang khas untuk gigi sensitif. Dah tahu gigi sensitif tapi pakai ubat gigi Kodomo Lion memang ngang ar kan...

Colgate Sensitive Whitening

Setakat nih ubat gigi dari Colgate - Sensitive Whitening nih memang berkesan. Clinically proven lagi. Nampak? Pihak Colgate telah buat ujikaji pada sebahagian kuda laut di Utara Amarika. (lol)

Dulu pernah kecoh kan Colgate nih tak halal. Tapi masa beli ubat gigi Colgate nih, ada tanda halal. Tiada ragu-ragu lagi. Harga ubat gigi Colgate nih agak mahal. Dalam RM 10 lebih. Tapi nasib baik den beli masa tebus kad Watsons. Ada tulis dalam entri nih, [Tebus Mata Ganjaran Kad Watsons](click). Untunglah boleh rebat dengan kad Watsons nih.

Dah buntu takde idea nak taip ape, makanya terbitlah entry pasal ubat gigi untuk gigi sensitif nih. Atleast boleh sharing-sharing manja gitu kennn.. Last but not least, ushalah entry berkaitan [Tips Gigi Putih Berseri Ekstrem](click)




Ps :: Azam 2013 nak jadi serius. Buat apa nak fake kan. This is me so faced it. XD


January 13, 2013

Terkejut Traffik Blog Beribu Dalam Sehari

Assalammualaikum,

Tiba-tiba traffik dan pageview blog nih tinggi mendadak mencapai 2ribu visitor dalam sehari. Adakah blog nih ada buat salah atau kontroversi melampau? Cuak gak pada mulanya. Rupa-rupanya dapat traffik beribu dari segmen [Tambah Trafik Tambah Follower 2013] (click) pada beberapa hari yang lalu.

Sebahagian traffic yang mai. Click untuk tumbesaran.


Rupa-rupanya, dalam segmen tersebut, 10 peserta segmen yang pertama dapat trafik blast dari HasrulHassan. Rasanya blog ini antara yang terawal lah kot. Alhamdulillah lah traffik beribu kan. Tak pernah-pernah dapat traffik setinggi tuh. 

Yang penting apesal.com dan busuk.org pun banyak berjasa. Heart them. Keke.

Yang penting sekarang nih banyak melawat blog HasrulHassan. Ate katenye blog pendidikan untuk blogger. Tapi kadang ada jugak faham, kadang terlampau tinggi ilmunya. Susah nak kejar. Tapi usaha tangga kejayaan oke. Selamat maju jaya untuk semua blogger tempatan. Peace...



Ps :: Berjalan di tanah gersang...ooo kembara...


January 9, 2013

Tips dan Trick Dapatkan CPUV / BE Dari Nuffnang!

Assalammualaikum,

Dapat CPUV (Cost Per Unique Visit) / BE (Buffered Earnings) berkembar lagi dari pihak Nuffnang. Thanks so much Nuffnang menyedari akan kewujudan blog www.dearxila.my nih. Nuffnang sejak kebelakangan nih pandai noh ambil hati blogger. Last dapat CPUV/BE nih dalam [Double Buffered Earnings Sedang Berlari-lari] nih.


Malu nak tunjuk amount kita. Tapi syukur...


Tips dan trick untuk dapatkan CPUV/BE dari Nuffnang.
Betul la apa blogger otai kata. Mula-mula kita kena stabil pageview visitor kita, bila rasa dah oke hantar ticket kat Nuffnang bila tak dapat atau tak pernah dapat CPUV/BE lagi. Hantar kekerapan kali. (Tapi pengalaman saya, dua kali setahun je. Aipp jangan malas!) Bila dah dapat CPUV/BE, updatelah kerap. Lepastu tricknya, jangan update hari-hari, biar selang seli ke, nanti Nuffnang bagi lagi CPUV/BE kat korang... Itulah dari pemerhatian hamba.... Just shraring...

Untuk tips dan trick yang lain, contohnya nak dapatkan pageview ke, hamba tak berapa mahir. Pageview hamba bawah 400-200 je. Kalau tak update lagilah jatuh.

Dah share tips dapatkan CPUV/BE dari Nuffnang tadi kan, apa lagi pandai-pandailah click kalau nampak iklan dari Digi dan Nilai University ya. Makaceh.... Kalau blogger baru yang belum mendaftar ayuh daftar di NUFFNANG atau  CHURP-CHURP. Kalau buat blog haruslah selitkan income ya.. Baru semangat nak blogging. Terpulang pada individu...





Ps :: Tolong update address blog hamba kat blog kamu-kamu ya. www.dearxila.my.


January 8, 2013

Video Persembahan Lagenda Rock di Anugerah Juara Lagu 27

Assalammualaikum,

Persembahan lagenda-lagenda rock - Mega, Aris, BPR, Ramli Sarip menutup tirai Anugerah Juara Lagu 27 beberpa hari yang lalu. Terhebat... Terbaik. Walaupun bukan lahir dengar lagu-lagu depa, tapi lagu KRU (hehe jujur tak?), tapi lagenda-lagenda rock nih mengingatkan tentang kenalan-kenalan zaman universiti dulu.




Disebabkan beberapa kenalan zaman universiti dululah kenal dengan Ramli Sarip, and the geng yang lain. Dulu tak berapa nak minat dengar lagu rock leleh bagai nih. Tapi disebabkan kenalan-kenalan nih lah yang bawak feel rock leleh nih sebenarnya ada jiwa tersendiri. Terima kasih family "COCOBALLZ". Family dihati. Tak faham. Geng masa universiti la....

Ramli Sarip pernah datang [UUM]. Perghhh berapa UUM bayar agaknya...



 

January 6, 2013

Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) 27

Assalammualaikum,

Tahniah Yuna yang membawakan lagu Terukir di Bintang kerana diumumkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu yang ke 27. Tahun lepas Hafiz juga dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke 26. Tahniah Yuna, tahniah. Lagu Terukir di Bintang ciptaan oleh Yuna sepenuhnya.



Senarai keputusan penuh Anugerah Juara Lagu (AJL) 27 :

Juara Lagu Ke 26
Yuna - Terukir di Bintang

Naib Juara Lagu Ke 26
Azlan and The Typewriter - Idola

Tempat Ketiga Juara Lagu 26
Hafiz - Ku Akui

Persembahan Terbaik
Black & RJ - Teman Pengganti

Vokal Terbaik
Hafiz - Ku Akui



Berikut adalah senarai lagu layak ke Anugerah Juara Lagu 27 yang berlangsung malam tadi :

Idola – Azlan & the Typewriter
Pelangi Senja – Stacy
Terukir Di Bintang – Yuna
Anak Kampung – Jimmy Palikat & One Nation Emcee
Ombak Rindu – Hafiz & Adira
Tanpamu – Amir Jahari
Lagu – Bed Room Sentuary
Teman Pengganti – Black & RJ
Ku Akui – Hafiz
Simetri – Hazama & Amy Seach
Andai Ku Bercinta Lagi – Mojo
Patah Seribu – Shila Amzah
-sumber-


Tahniah Yuna sekali lagi diumumkan sebagai pemenang. Hafiz pulak dah tiga tahun berturut diumumkan sebagai Vokal Terbaik AJL. Terbaiklah Hafiz. I adore u tau. Hikks. Gedik. Rasanya lagu Teman Pengganti boleh jadi juara lah. Takpelah kita bukan juri profesional kannn... My prediction on lagu Ku Akui jadi pemenang tempat ketiga pon oke la.... I like... Why Hafiz so kiut? Kbai.





January 5, 2013

Tambah Trafik Tambah Follower 2013

Assalammualaikum,

Click banner.


Blog Hasrul Hassan(HH) blog pendidikan buat blogger ada buat segmen untuk permulaan awal tahum 2013 nih. Terasa nak join 'Tambah Trafik Tambah Follower 2013' nih sebab tak pernah lagi join segmen dari beliau. Nak jugak merasa dan try kan. Blog www.dearxila.my nih hanyalah blog peribadi yang berkisar hal-hal peribadi admin dan buat bacaan umum.

Sebab membaca kan jambatan ilmu. Start awal tahun nih dah berazam bila mana setiap kali nak Google atau seacrh sesuatu info, yang mana relevan nak jugak kongsi dan titipkan dalam blog nih. Biar ilmu dan sesuatu info (general view) yang kita dapat tuh dikongsi bersama-sama dengan pembaca lain. Salam perkenalan dari saya www.dearxila.my. Hehe...




Ps :: Mohon tukar url saya di blog kamu ya kawan-kawan ><


January 4, 2013

Bunga Azan di Turki (Flower Miracle)

Assalammualaikum,

Bunga yang akan berkembang setiap kali azan berkumandang yang dikenali sebagai 'Bunga Azan' dijumpai dan sedang dikaji di Turki. Subhanallah. Hebatnya kuasa Allah kan. Tahu ni pun dari Nasi Lemak Kopi O pagi tadi. Tu yang nak share disini.




Bila tengok komen pasal Bunga Azan nih di Youtube, kebanyakan yang non Muslim menafi dan memperlekehkan. Bunga Azan atau dikenali Flower Miracle nih macam dah lama je tersebar at seluruh dunia. Cuma kami je lambat tahu. Atleast dapat tahu jugak kan. Kbai.


Siyesli bunga nih macam ada kat rumah kami. Tapi banyak duri. Tak sama eh? Kbai.




Ps :: Sejuk dohh taip pepagi nih.


January 2, 2013

Kenangan Zaman Persekolahan 1995 - 2005

Assalammualaikum,

Kalau di zaman sekolah menengah memang ohsem lah dengan perangai paling gangsternya. Ber-BFF dengan pengawas haruslah dapat keluar awal. Takpun suruh kawan pengawas tuh belikan makanan kat kantin. Nanti tak susahlah berebut nak beratur bagai. Tapi time kawan pengawas tuh duty kat kantin lah kan... Hehe. Hai Najwa.

Berkawan dengan Kay pulak dengan impiannya tak sudah nak kawen dengan putera raja. Start kawan dengan Kay lah kenal dan tahu apa itu novel. Novel pertama - Bicara Hati. Kemain ada unsur-unsur alam rumah tangga terlampau. Kay, kay... Hai khairunnisa.


Find me! Haha. Form 4. Buruk ah papan kenyataan tuh,.


Mereka berdualah kawan sampai sekarang. Yang lain tak berapa sangatlah. Dengar cerita Najwa sakit teruk kebelakangan nih. Nak melawat ke Kelantan macam tak sempat lagi. Semoga cepat sembuh awak. Dan makcik Kay sekarang dengan impiannya nak jadi Gabenor Bank Negara. Tabik lu ahhh. Semoga tercapai... I know depa dua takde aih nak baca entry nih. Hehe..


SMK Cheras Perdana - PMR & SPM (2002-2005)
SMK Pandan Jaya - Tingkatan 1 - 2 (2001 - 2002)
SRK Cheras Indah - UPSR (1999-2000)
SRK Puteri Pandan 2 - Darjah 1- 4 (1995-1998)
SRK Pandan Jaya - Darjah 1 untuk beberapa hari je. Haha


Sape rasanya sekolah yang sama dengan saya gimme 5 cepat! Rindu oh rasanya. Paling matang bersekolah di SMK Pandan Jaya. Mana taknya, pergi sekolah naik bus Intrakota atau Metro bus yang kena masuk syiling then bila dapat tempat duduk dalam bas rasa lega! Hahah. Jarang oh dapat tempat duduk dalam bas..

Waktu dulu takde pon mewah-mewah dengan Galaxy Tab, tweet-tweet bagai.... Eh tajuk entry macam tajuk album kompilasi pulak..






Ps :: Edit url saya kat blog kamu-kamu orang boleh bah?


 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!