September 24, 2017

Legakan kehausan anda dengan CoolBlog!

Assalammualaikum and hi!

Setakat ini minuman kegemaran yang paling sedap dan murah mengikut sedap rasa tekak ni mestilah CoolBlog. Senang nak dapat sebab kiosk CoolBlog dekat dengan rumah je. Kalau sesaje tak tau pi mana mesti singgah CoolBlog dalam Giant Tambun hihi



          CoolBlog honeydew smoothies + apple jelly & CoolBLog Oreo smoothies banana choc

CoolBlog bukan saja sedap sesaje, terlajak murah, tapi ada pelbagai pilihan minuman yang dapat memikat selera masing-masing. Masing-masing mesti ada feveret pilihan kan? Kalau dulu saya mesti order Blue coral smoothies tambah topping apple jelly tak pun manggo jelly. Yummehh

Tapi sejak diperkenalkan dengan Oreo Smoothies asyik order jenis ni je... Memang terlajak sedap dan menyelerakan! Kalau tak tambah topping pun cukup. Kalau tambah terasa air tu penuh, padat malah dapat kenyangkan perut korang sementara waktu huhu


Current obssesion CoolBlog Oreo Smoothies


Peppermint Choc asyik sold out je duhh

Harga CoolBlog adalah berbeza mengikut jenis range minuman yang korang order. Setakat ni murah lagi dari yang lain dan sedap.  Korang suka yang mana? Belum cuba boleh pi cuba sekarang? Minuman feveret aku sekarang ni tentulah......

CoolBlog oreo smothies banana choc!


Boleh layan waktu dimgin dan sejuk


Layan waktu terik mentari lagi padu bebb


Apa lagi jom cuba lekaihhhh ! 


October 10, 2011

Wajib Tonton : Boys Over Flowers !!!!

Assalammualaikum,

Satu dua tiga! Jom histeria ramai-ramai..Wuaaaaahhh. Boys Over Flowers memang sesedap seperti yang disuggestkan oleh kawan-kawan. Wuargghhh lagi... Memang loser gila kan bila baru nak tengok. Orang lain dah lama excited tapi ku baru nak mula menjerit-jerit macam orang gila! Tahu ramai yang tak tengok lagi kan, so cepat-cepatlah dapatkan cd/download/online sekarang cepat!!


Walaupun baru episod tujuh tapi serius tak boleh berhenti untuk episod seterusnya. Sedang dalam mood Boys Over Flowers. Jadi muka menaip pun buat comel-comel. Rasanya faktor Boys Over Flowers ni adalah kerana para pelakon nya yang comel/kacak/lucu gila! Mula-mula, minat second hero yang rambut blonde tuh tapi lepas episod tiga minat Gu Jun Pyo...Arhhhh *histeria


Walaupun Jun Pyo agak menyampah mukanya bila dipandang tapi dia sweett...Rambut kerinting poyo dia pun agak menyampah dipandang. Tapi lama-lama jatuh hati dengan karakter dia. Memang terbaiklah cerita Boys Over Flowers ni. Memang mengujakan wahai dunia!!


Buat umum, cerita ni diadaptasi dari cerita Taiwan F4. Serius tak pernah tengok. Ada jugak Boys Over Flowers versi dari Jepun tapi belum tengok. Sebab kebosanan dalam hidup beberapa hari yang lepas maka suruh kawan-kawan suggestkan cerita Korea paling best. Yang penting cerita kelakar. Memang tak sia-sia lah layan. Dalam beberapa minggu lepas ulang cerita Sassy Girl.


So, nak pengaruh yang lain pergi tengok. Pergi tengok cepat-cepat. *eksaited!

muvee, kdrama, korea, Boys Over Flower, drama korea best, best story


ps :: cerita Korea apa yang best lagi ek??




July 7, 2011

Kisah 10 orang yg gagal



Assalammualaikum,



Definisi gagal mengikut Kamus Dewan edisi terhad adalah bermaksud = LOSER.
eh??


Gagal, failure, kerjaya, gagal sekali, 10 orang gagal, inspiration story, live life to the fullest, success




huahuahua
Tak kan tatau maksud gagal kot...,
Pergi tanya cikgu besar masing-masing ye !





1. Albert Einstein

Dialah Ilmuwan terkenal abad 20 yang terkenal dengan teori relativifnya. Dia juga salah satu pemenang Nobel. Siapa sangka semasa kanak-kanak, beliau seorang anak yang lambat bercakap dan juga mengidap Autisme iaitu penyakit yang sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain. Waktu kecil dia juga suka lalai dengan pelajaran.



2. Abraham Lincoln

Kisah Lincoln merupakan contoh klasik orang-orang yang benar-benar berani gagal. Gagal dalam bisnes pada tahun 1831. Dikalahkan di Badan Legislatif pada tahun 1832. Gagal sekali lagi dalam bisnes pada tahun1833. Mengalami patah semangat pada tahun 1836. Gagal memenangkan pertandingan pidato pada tahun1838. Gagal menduduki dewan pemilih pada tahun 1840. Gagal dipilih menjadi anggota Kongres pada tahun 1843. Dilantik menjadi anggota Kongres pada tahun 1846. Gagal menjadi anggota Kongres pada tahun 1848. Gagal menjadi anggota senat pada tahun 1855. Gagal Menjadi Presiden Pada Tahun 1856. Gagal menjadi anggota Dewan Senat pada tahun 1858. Akhirnya pada tahun 1860 dilantik sebagai presiden Amerika yang ke-16 dan salah seorang presiden yang sukses dalam sejarah Amerika.



3.Bill Gates

William Henry Gates III, atau yang lebih dikenal Bill Gates adalah CEO Microsoft. Ia juga merupakan seorang yang dermawan melalui kegiatannya di Yayasan Bill & Melinda Gates. Ia adalah pertama dalam orang terkaya di dunia versi majalah Forbes selama 13 tahun (1995 hingga 2007). Siapa sangka dia sebelumnya pernah dibuang dari Harvard dan bekerja sebagai Office Boy




4. Adam Khoo

Dia rakyat Singapura. Waktu kecil, dia adalah penggemar games yang ekstrem dan TV. Seharian dia boleh duduk di depan TV. Baik main PS atau permainan yang lainnya. Adam Khoo pun dikenali sebagai seorang anak b***h. Ketika darjah empat , dia dikeluarkan dari sekolah. 

Pernah dimasukkan ke Sekolah Rendah terburuk di Singapura. Ketika akan masuk Sekolah Menengah, dia ditolak oleh enam Sek Men terbaik di sana. Akhirnya, dia belajar di Sek Men terburuk di Singapura. Begitu buruknya prestasi akademiknya, tapi lama kelamaan dia semakin baik justeru kerana cemuhan kawan-kawannya, hingga akhirnya memperoleh kejayaan di dunia perniagaan.

Prestasi Adam di dunia perniagaan bermula pada Adam berusia 26 tahun. Ia telah memiliki empat perniagaan dengan total nilai aset setahun bernilai US$ 20 juta.

Kisah bisnes Adam bermula ketika ia berusia 15 tahun. Ia berniaga music box. Bisnes berikutnya adalah pernigaan training dan seminar. Pada usia 22 tahun, Adam Khoo adalah trainer peringkat nasional di Singapura. Pelanggan-pelanggannya adalah para manager dan top manager perusahaan-perusahaan di Singapura. Bayarannya mencapai US$ 10,000 per jam.



5. Aristotle Onassis:

Di sekolah, ia b***h dan suka mencari pasal dan berlagak seperti orang kaya. Tidak aneh kalau ia diusir dari beberapa sekolah. Ia sering mendapat nombor tercorot di kelasnya. Salah seorang gurunya berkata:

'rakan-rakan sekelas memuji dia kerana sikapnya, tetapi guru guru dan keluarganya berputus asa. Semasa dia masih muda, dengan mudah orang dapat melihat bahwa dia akan menjadi seorang di antara mereka yang akan menghancurkan diri sama sekali atau sukses secara gilang-gemilang.'

Walaupun reportnya di sekolah semakin bagus, bakatnya untuk berniaga dan mencari wang telah nampak sejak kecil. Akhirnya dia menjadi seorang jutawan.


6. Thomas Alva Edison:

Suatu hari, seorang anak kecil berusia 5 tahun, agak pekak dan b***h di sekolah, pulang ke rumahnya membawa sehelai kertas dari gurunya. ibunya membaca kertas tersebut, Tommy, anak ibu, sangat b***h. kami minta ibu untuk mengeluarkannya dari sekolah. Ibunya tersentak membaca surat ini, namun ia segera membuat tekad yang teguh, "anak saya Tommy, bukan anak b***h. saya sendiri yang akan mendidik dan mengajar dia.”

Tommy kecil adalah Thomas Alva Edison yang kita kenal sekarang, salah satu saintis terbesar di dunia. dia hanya bersekolah sekitar 3 bulan, dan secara fizik agak lembab, namun itu semua ternyata bukan penghalang untuk terus maju.

Siapa yang menyangka, bahawa kanak-kanak yang sebelumnya tuli yang b***h hingga pernah diminta berhenti dari sekolah, akhirnya boleh menjadi seorang genius? jawabannya adalah ibunya! Ya, Nancy Edison, ibu dari Thomas Alva Edison, tidak menyerah begitu saja dengan pendapat pihak sekolah terhadap anaknya.


7. Chris Gardner

Sudah pernah menonton filem atau membaca buku Pursuit of Happyness ? Itulah kisah benar kehidupan Christoper Paul Gardner yang dilakonkan oleh Will Smith. Pahit manisnya kehidupan sudah dirasakan olehnya. Kehilangan tempat tinggal, ditinggal isteri, ditangkap polis, kesulitan membayar kredit, semuanya sudah dirasakan.

Dia bukanlah orang berpendidikan tinggi tapi tetap terus berusaha dan berjuang, Kini dia menjadi seorang jutawan yang berjaya, motivator, entrepeneur dan filantropis. Sekarang dia mempunyai Gardner Rich & Co, sebuah perniagaan saham.



8.Ludwig Van Beethoven

Jika anda mengenali seorang wanita yang sedang hamil, yang telah mempunyai 8 anak, tiga diantaranya pekak, dua buta, satu mengalami gangguan mental dan wanita itu sendiri mengidap siplis, apakah anda akan menyarankannya untuk menggugurkan kandungannya? Jika anda menjawab ya, maka anda baru saja membunuh salah seorang yang termasyur di dunia.

Kerana anak yang dikandung oleh ibu tersebut adalah Ludwig Van Beethoven. Ketika Beethoven berumur lebih dua puluhan, tanda-tanda pekaknya mulai kelihatan, tapi akhirnya dia menjadi ahli muzik yang terkenal dengan karya 9 simfoni, 32 sonata piano, 5 piano concerto, 10 sonata untuk piano dan biola, serangkaian penggesek biola yang menakjubkan, muzik vokal, muzik teater, dan banyak lagi.



9. Louis Braille:

Louis Braille mengalami kerosakan pada salah satu matanya ketika berusia 3 tahun. Waktu itu secara tidak sengaja dia menikam matanya sendiri dengan alat pembuat lubang dari perkakas kerja ayahnya. Kemudian mata yang satunya terkena sympathetic ophthalmia, kesan yang terjadi kerana kerosakan mata yang lainnya. Buta tidak membuatnya putus asa, dia menciptakan huruf Braille yang membantu orang buta membaca. Sekarang siapa yang tidak tahu huruf Braille?


10. Mark Zuckerberg:

Pemuda ini dinobatkan sebagai jutawan termuda dalam sejarah yang bermula dari keringatnya sendiri. Mark adalah seorang anak muda yang suka berhibur dengan internet.

Bermula daripada sebuah laman penghubung mahasiswa Harvard, ternyata ramai yang menyukainya, dengan nekad ia mengikuti jejak seniornya, Bill Gates, pelajar buangan dari Harvard ini mengembangkan laman tersebut menjadi Facebook yang kita kenal sekarang. Tahukah Anda? Mark pernah menolak tawaran Friendster yang ingin membeli Facebooknya dengan harga 10 juta US$? malah tawaran dari viacom 750 juta dolar dan yang paling mengkagumkan tawaran dari yahoo satu billion dolar.





p/s :: Gagal sesekali bukan maknanya gagal untuk selamanya.....



 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!