September 24, 2017

Legakan kehausan anda dengan CoolBlog!

Assalammualaikum and hi!

Setakat ini minuman kegemaran yang paling sedap dan murah mengikut sedap rasa tekak ni mestilah CoolBlog. Senang nak dapat sebab kiosk CoolBlog dekat dengan rumah je. Kalau sesaje tak tau pi mana mesti singgah CoolBlog dalam Giant Tambun hihi



          CoolBlog honeydew smoothies + apple jelly & CoolBLog Oreo smoothies banana choc

CoolBlog bukan saja sedap sesaje, terlajak murah, tapi ada pelbagai pilihan minuman yang dapat memikat selera masing-masing. Masing-masing mesti ada feveret pilihan kan? Kalau dulu saya mesti order Blue coral smoothies tambah topping apple jelly tak pun manggo jelly. Yummehh

Tapi sejak diperkenalkan dengan Oreo Smoothies asyik order jenis ni je... Memang terlajak sedap dan menyelerakan! Kalau tak tambah topping pun cukup. Kalau tambah terasa air tu penuh, padat malah dapat kenyangkan perut korang sementara waktu huhu


Current obssesion CoolBlog Oreo Smoothies


Peppermint Choc asyik sold out je duhh

Harga CoolBlog adalah berbeza mengikut jenis range minuman yang korang order. Setakat ni murah lagi dari yang lain dan sedap.  Korang suka yang mana? Belum cuba boleh pi cuba sekarang? Minuman feveret aku sekarang ni tentulah......

CoolBlog oreo smothies banana choc!


Boleh layan waktu dimgin dan sejuk


Layan waktu terik mentari lagi padu bebb


Apa lagi jom cuba lekaihhhh ! 


September 26, 2011

Perbezaan Iklan Deodarant Lelaki VS Perempuan

Assalammualaikum,

Rakyat Malaysia telah disogok dengan iklan deodorant yang pelbagai. Tapi versi antara lelaki dan perempuan lain-lain kan? Perasan tak? Iklan deodorant lelaki macam tu, kalau iklan deodorant perempuan pulak macam ini. Siapakah pengarah iklan deodorant terkenal di tanah air kita? Haa itulah yang kita tak tahu...

doodles, ngekngek, iklan, advertorials, iklan deodorant, funny movie


Kalau iklan deodorant perempuan je mesti tunjuk ketiak putih melepak kan? Tak main la der yang berdaki sana-sini. Lepas tu pulak, mesti tunjuk bahagian lain yang melepak jugak seperti betis. Pastu lagi, kalau iklan deodorant perempuan mesti pakai singlet mahupun berkemban. Kami mahukan iklan yang kreatif dan puitislah! 


Akhir nya, perempuan yang berdaki di ketiak pasti akan kedai runcit berdekatan untuk mendapatkan deodorant tersebut. Dengan harapan ketiak seputih melepak macam retis perempuan di atas. Huh




Bagi iklan deodorant lelaki pulak mesti cari badan yang gagah berketul-ketul. Membuatkan perempuan teruja tak nak kalih siaran tv yang lain. (tipu je). Tapi kan, dalam iklan deodorant lelaki, mesti lelaki tersebut memakai baju tanpa tunjuk ketiak kan. Kebanyakan lah. Perasan tak?

Akhirnya, para lelaki di luar sana juga bergegas ke kedai yang berdekatan untuk mendapatkan deodorant tersebut. Untung-untung lepas pakai boleh jadi kacak seperti pelakon iklan diatas...Tipu je..

Kalau pengarah iklan deodorant menampilkan pelakon iklan deodorant tersebut dengan bulu ketiak yang masam kan baru real. Terbuktilah keberkesanan deodorant tersebut dapat menghilangkan bau badan atau tidak. Haha entahlah bai....


ps :: Jangan tiru aksi di atas ;p





August 18, 2011

Cara Daftar Churp Churp !

Assalammualaikum,


Kiut gile nama Churp Churp ni. Sape punya idea agknya? Bagus diaorang punya marketing department ni. Hihi. Tapi lagi kiut tak kalau korang daftar churp churp ni. Rasanya korang semua dah daftar Nuffnang kan? Kiranya Churp Churp ni adik beradik depa lah...Dibawah satu bumbung kata kau. Siyes tak tipu.


Saya suggest kan kawan-kawan semua kena daftar Churp Churp ni, alang-alang dah join Nufnang kan. Sebabnya nanti kedua-dua benda ni akan di link kan sekali. Tak payah nak log in banyak kali dah. Tak payah risau status Glitteri kat Nuffnang sebab depa dua ni kan dibawah pengurusan yang sama. Apa itu Glitteri? Korang pergi login Nuffnang dan tengok nombor 1 macam kat bawah ni.


Aku pon tak pasti pasal Glitteri ni dan rasanya kalau yang baru mendaftar Nuffnang tak dapat kot? Betolkan kalau salah. Dan kalau korang nak tahu lebih siket boleh click read more macam nombor 2 kat atas tuh. Rata-rata semua pakai heartbeat kan? Ganggu ke tak ye. Saya setia dengan Nuffnang dan Churp Churp je... Hikkkk



Firstly, korang daftar Churp Churp dengan pergi ke website ni atau click je dekat link atas ni. Dah click, boleh lah tulis all the requirement yang dorang mintak. Isi semua dan tekan submit. Ok? Pastu pergi Dashboard kat atas belah kanan untuk tengok iklan yang boleh di share bersama dan belah kiri pasal status berapa RM korang dah dapat. Tengok bawah ni..


Kalau dah daftar Churp Churp lain kali boleh lah log in Nuffnang dan terus je ke Churp Churp dengan click seperti gambar dibawh ni....Tak ke senang Jijah oi. Churp Churp senang nak dapat income tau. Laju je. :)


macam mana daftar churp churp, churp churp, apa itu churp churp, iklan churp churp, earning churp churp



Alang-alang dah online Facebook dan Twitter, apelah salahnya share iklan Churp Churp ni sekali. Tak rugi punya. Korang jugak dapat pekdahnya. Hehe. Macam mana nak letak iklan Churp Churp dalam blog, Facebook dan Twitter? Next tutorial boleh? Penat lah....Hikkk.



Sekian.
Jangan lupa klik churp churp kita hee


 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!