November 11, 2011

Tips Nak Dapat Anak Kembar

Assalammualaikum,

Memandangkan sebelum ni ada post Bagaimana Nak Dapatkan Anak Kembar, so gagahkan lah jugak nak buat entry tip nak dapat anak kembar ni kan. Semoga kita ramai-ramai berpeluang mendapatkan baby kembar ya. Jadinya faktor-faktor yang membolehkan kebarangkalian mendapat kembar ialah :


tips, cara dapat anak kembar, kembar comel, bagaimana nak dapat anak kembar, baby comel

GENETIK
Jika dalam salasilah keluarga korang terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar korang juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan kat korang. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan dua ovum secara serentak dalam satu masa.


UMUR
Perempuan yang berumur 35-40 dan keatas mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.


BILANGAN ANAK
Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.


BERAT dan KETINGGIAN
Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar. Info dari kajian saintifik.


DIET
Seperti yang dibincangkan diatas. Pengambilan makanan-makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.


PENGAMBILAN FERTILITY DRUG
Atau ubat untuk kesuburan. Pengambilan ubat tersebut meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.


Entry copy paste je. Takde pengalaman nak kongsi. Hehe. Semoga bagaimana nak dapat anak kembar terlerai difikiran anda. Big credit to Informasi dot my
 .




20 comments

November 11, 2011 at 4:30 PM

waaaaa, cik paris berminat anak kembar ker???eeee

Anonymous
November 11, 2011 at 4:51 PM

Hee.:D saya nk anak kembar juga satu hari nanti.insyallah.:)

November 11, 2011 at 4:56 PM

cun2

November 11, 2011 at 4:57 PM

pasnie ley la dapat anak kembar yer
;)

jom rebut di sini http://aindzaya.blogspot.com/2011/11/beloglist-ain-dzaya-earning-nuffnang.html

November 11, 2011 at 5:07 PM

ahaha...ini nice, mesti cuba...;P

November 11, 2011 at 6:19 PM

harap kalau pregnant nt kembar la!! dpt 2 sekaligus..eh, 3 ke 4 pun takpa gak! hihihi

November 11, 2011 at 6:40 PM

sorang pun boleh pitam ni kan pulak kembar..hehehe

November 11, 2011 at 7:02 PM

dulu ada chance kot dpt.
skng mcm takk -.-

November 11, 2011 at 7:27 PM

ohhhhhh
sangat la mahu anak kembor
kekeke
maceh sekali lagi parisss =]

November 11, 2011 at 10:10 PM

da scan tapi sorang je ada..

November 12, 2011 at 12:59 AM

gf xde,kalau ad dah suruh dier baca ni utk masa hadapan..hoho...;)

November 12, 2011 at 12:59 AM

wahhh...teringin nk anak kembaq!

November 12, 2011 at 10:59 AM

kalau nak dapat anak kembar cepat, kena kahwin dengan perempuan umur 35 ke atas la macam tu. haha. wahh saya ada potensi nak dapat anak kembar la. saya tinggi. hehe.

November 12, 2011 at 11:21 AM

serius teringin nak anak kembar.kembar normal.tapi wa dengar makcik-makcik kg gua cakap..kalau nak anak kembar kena cari orang yang dalam familynya pernah ada history kembar..ada sesiapa di sini yg kembar?sms on robotkuning send to mahukembar!so cuwettt~

November 12, 2011 at 6:07 PM

comeynya

http://cikwanielovela.blogspot.com/

November 12, 2011 at 6:51 PM

teringin kan nak ader anak kembar...mesti comel..hee~

November 13, 2011 at 12:35 AM

bagus tips ni..nnti kawen blh try :P

December 13, 2011 at 6:04 PM

Anak kembar... semua org kata seghonok kalau dapat anak kembar. skali beranak trus dapat 2 ker 3 ker 4. Cuba tanya pada org yg dah ada anak kembar.... huissshhhh semua kena doubled. waktu jaga malam pun kena doubled. kalau nak nak nak nak anak kembar kena standby emosi dan fizikal.

May 11, 2012 at 9:35 PM

glup! perempuan yang tinggi kemungkinan dapat anak kembar? oh no! sebab saya tinggi saya terasa.. haha

February 18, 2013 at 9:52 PM

seronok jugak klu dapat anak kembar nie..semua sama nanti..hehe..:-)

Post a Comment
 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!