December 20, 2011

Kesiannya Kat Kanak-Kanak Zaman Sekarang

Assalammualaikum,


bcoz i care, pendidikan awal kanak-kanak, world, tips belajar


Haritu nampak satu program kat tv tentang pendidikan awal kanak-kanak sekolah rendah. Dorang diajar tentang sains, kejadah bioteknology semua tu. Kecik-kecik dah kena apply bioteknology dalam minda. Alolo ciannya dia.

Dorang nak pastikan kanak-kanak ni asset penting untuk negara kita akan datang. (Dah terbayang dah masa depan guna kereta yang boleh terbang.) Ni semua jasa otak kental budak-budak ni. Program ni memang lah sangat baik tapi kalau dah anggap budak-budak tu ‘aset’ tapi bukan manusia acane tu?

Bagi saya la kan, tak patutlah.. Apa kes budak yang kena interview tu muka seriyus, sambil cakap “saya seronok belajar bioteknolgy”. Mana muka kiut keanakan dia? Budak-budak ni akan kehilangan zaman kemanisan kanak-kanak dorang. Macam kes Michael Jackson dulu. Bila dah besar, dia nak sangat rasa zaman kanak-kanak dia yang hilang sampai bina Netherlands bagai.

Alahai orang dulu pun relaks je besarkan anak-anak sampai berjaya jadi saintis, doktor sakit puan, dan ahli geology. Janji semangat nak berdaya maju. Budak zaman sekarang pun dah tak kenal galah panjang, guli agaknya. Diharap kerajaan kaji formula terbaik untuk pendidikan awal kanak-kanak.

Memang sekarang dunia semakin kompetitif, tapi percayalah bila semua kejar dunia, sampai satu masa nanti mesti ada saintis cipta ‘alat keriangan!’....Mungkin untuk kes lagi 20 tahun sebab semua focus maju, maju, maju sampai lupa macam mana rasanya happy. Huh?


Ok dah pikir terlalu jauh nih...





10 comments

December 20, 2011 at 1:05 PM

wahaha,boleh cramp kepala otak klau camtue,kecik-2 dh sumbat benda-2 yg kritikal..hee

:/mesti takdan nk rasa panjat pokok rambutan,tuju guli,aci ligan semua,ish sayang betol..:D

December 20, 2011 at 2:05 PM

aci ligan..haha..gua rindu masa lalu..zaman gua cute-cute dulu..zaman kakak-kakak senior suka cubit pipi gebu gua dulu..so cuwettt~~

December 20, 2011 at 2:24 PM

20 tahun lagi mungkin otak budak2 ni jadi mcam robot.dah diprogramkan dari kecik

December 20, 2011 at 2:35 PM

owh..a gal from other planet = paris lipton..

ini lah akibatnye main follow mollow ni tapi jarang "bersua muka"



take care

xoxo

December 20, 2011 at 3:17 PM

hebak hebak ,

sorang nak jd doktor , sorang nk jd pakar astronomi , dah tak dah cita cita nak jadi polis bila besar nanti , nak jadi cikgu suatu hari nanti .

December 20, 2011 at 6:20 PM

betul tu kesian dgn generasi akn dtg.ish2 anak2 kita mcm mne la ye nty :| fikir sejenak

December 20, 2011 at 9:11 PM

alolorrr. kesian. agak-agakla kan kalau nak jadikan dorang generasi bijak pandai pun. bagi la time tuk dorang riang ria dulu =)

December 21, 2011 at 1:03 AM

Ada sesetengahnya nanti minda jadi terlalu tertekan,akhirnya lain jd..

December 21, 2011 at 3:04 AM

haha..takpelah..biar anak2 kita bijak dr kita..cewah.

December 21, 2011 at 11:22 PM

teknologi sgguh la budak la ni :))

Post a Comment
 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!