January 31, 2013

Filem Pilot Cafe Bakal Ditayangkan Dipawagam

Assalammualaikum,

Pilot Cafe? (Pengsan). Novel Pilot Cafe nih sebenarnya novel kedua yang saya pernah baca lepas zaman sekolah menengah dulu. BFF yang bagi pinjam, dimana dia pinjam dari kakak iparnya. Walaupun ketebalan novel Pilot Cafe nih melampau-lampau, tapi gagahkan jugak lah kan baca novel Pilot Cafe yang awesome nih... (Woahhh).

Ahadiat Akashah - penulis novel Pilot Cafe

Sedia maklum, novel Pilot Cafe nih akan diangkat ke layar perak. Ke panggung ler kita.. Biasanya saya  tunggu Youtube aje. Yelah. Pengarah filem suka angkat cerita novel ke panggung dengan feeling tak best. Dah pernah rasa dari zaman [Lagenda Budak Setan] lagi. Pui...

Dengar khabar, Fahrin Ahmad hero utama dalam filem nih. Tolonglah jangan ambil Aaron Aziz sasa macam kayu tuh. Tapi kalau betul Fahrin Ahmad lah kan, nak dia ada rambut macam Hady lah... sebab masa baca novel Pilot Cafe nih dulu, terbayang hero dia macam Hady lah. Tapi nampak gayanya rambut Fahrin Ahmad kan macam curly sikit... Heroin Pilot Cafe pula Izara Aisyah.Okla..


Hady - Watak jahat dalam setia hujung nyawa.

SINOPSIS PILOT CAFE

Di pilot cafe satu lembaran cinta telah mula berputik. Kehidupan ini bermula di mana-mana...tak menentu indah ataupun gundah bila Maya kehilangan jantung hatinya...dia bertemu Ameer. . . lelaki yang hanya tau menodai cinta. bermula dengan secangkir kopi panas di Pilot Cafe...segala-galanya berubah untuk mereka berdua. Ameer mula merasai apa itu cinta manakala Maya belajar untuk menolak cinta yang suci. Bagaimanakah berakhirnya kemelut dua insan yang sudah mula memutik bunga-bunga cinta ini




Ps :: Tak puas hati bila pengarah suka ambil perempuan mix salleh jadi watak kampung..

8 comments

January 31, 2013 at 1:45 PM

bakal menjadi box office ni

January 31, 2013 at 5:58 PM

1st novel sy baca. sangat best

February 1, 2013 at 12:39 AM

wah zila siap demand tu nak rambut camne...heheh

February 1, 2013 at 1:43 AM

skrg ni trend org bikin drama dri novel....tunggu2 jugak trilogi laksamana sunan masuk tb sak ni...hehehe

February 1, 2013 at 7:46 PM

Eksaited nampak tajuk ni! Baru tau novel ni nak di-layar-perak-kan. Novel feveret dulu ni. Dah belasan tahun lepas kut. Tu yg teruja tu. Hahaha! Fahrin Ahmad? Okey, boleh lah. Sebab dea tak poyo sgt. Muka pun ensem, sesuai la jadi pilot.

Tp Izara tu macam tak sesuai je. Heheh! Sbb masa baca dulu terbayang gadis muka kampung. Hmm taktau la kalau Izara belakun best nanti. Tp setakat ni tak minat pun dea. Ngehhhh!

February 2, 2013 at 12:28 AM

Cam biase je cerita sinopsis ni..opss..huhu..nak abam aaron..muahaha

February 15, 2013 at 10:53 AM

nak rmbut mcm hady?haha..tp miLa nk hero dy beto leh x..huhu..

April 28, 2013 at 2:48 PM

Salam..
Pandangan pribadi aku, Filem Pilot Cafe mesti meletop, tambah2 lagi Neelofa Meletop pun berlakon sama. Macam dah xsabar nak tengok citer ni, dah lama aku tunggu..
Aku yakin Filem Pilot Cafe ni boleh gegar panggung. Aku dah baca Novel Pilot Cafe tu dari skolah menengah dulu lagi, layan. Harap-harap, xde perbezaan ketara antara Novel dan Filem.
Dengar citer Neelofa kena berlakon mengandung kan.. Tadi aku dari Hootoh Blog. Baru aje baca review Filem Pilot Cafe 2013 kat sana.. Kalau ada mana-mana blog yang buat review Filem Pilot Cafe, tolong maklumkan sekali yer..

Post a Comment
 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!