June 27, 2013

Syoknya Kawan Dengan Ramai Lelaki !

Assalammualaikum,

Kalau ikutkan memang dah terbiasa dengan pergaulan antara lelaki. Sebab adik beradik saya pun semua lelaki, sepupu pun kebanyakannya lelaki, padahal kita disogok dengan cerita populasi perempuan lebih ramai dari lelaki didunia nih kennn...

Waktu kecik-kecik dulu pun ramai kawan kejiranan lelaki. Bila ajak kawan perempuan main kat luar rumah je, mesti depa cakap mak tak kasi lah, kena jaga adiklah... Last-last main jelah dengan geng adik macam main rounders ke, baling selipar ke, bola sepak jelah tak layan. Teringat jiran sebelah rumah, Abang Aizat. Kitaorang main masak-masak, lepastu main call nombor rumah masing-masing. Rumah sebelah-menyebelah je pon. Inikah bibit-bibit cinta? Hahahah.

Cumanya tak dapat nak contact balik lah kawan-kawan lelaki zaman tomboiyot dulu. Abang Aizat pun entah ke mana. Teringin nak ronda kawasan rumah waktu membesar dulu...


Lebih baik malu daripada tak tahu malu...








Start zaman uni pun ramai kawan lelaki. Just comfortable bila kawan dengan lelaki. Perempuan kau tahulah, semua plastik. Ahaks. Teringat geng Cocoballz. Cuma bila masuk geng kerja nak kurangkan kawan lelaki sebab, woih aku rasa macam takde kawan perempuan je dalam hidup ku ini. Uhuk-uhuk. Zaman kerja kan lain sikit. Semua kawan bukan motif nak berkawan pun. Lagi-lagi lelaki. Apa kata lelaki? Hehe. Well, kawan blogger lain macam sikit. Best walaupun tak kenai sua muka kan!? Hikss.

Kalau ramai kawan dikalangan jejaka-jejaka, pasti terasa hot kan? Euww. Terpulang pada individu. Yang pasti ukhwah dengan golongan Adam nih banyak yang best kalau takde motif cinta. Misalnya kau dapat panggil dorang tengok-tengokkan kereta ke, minta pandangan dari mata lelaki ke, atau berkenaan dengan hardware. Itu pun kalau bapak kau sibuk waktu tuh. 

Part yang syoknya perempuan dan lelaki masing-masing tak ambil kesempatan. Tapi dah kawan lelaki tu tolong pon sebab nak test market pikat hati si gadis. Dan yang si gadis pulak, saja tak nak bazir duit dan ambik kesempatan kelemahan lelaki. Dua orang nih tak dapat apa pun. Persahabatan plastik namanya.





Lelaki dan perempuan memang tak kan dapat jadi kawan ke? Kalau ada golongan kawan macam nih, korang patut jaga betul-betul tau... Co cuweettt... :)



16 comments

June 27, 2013 at 11:45 AM

hihihi...
selamat mencari kawan perempuan.. hehehe

lelaki n perempuan jadi kawan?
rasenye boleh je...

^_^

June 27, 2013 at 11:57 AM

dear yeke.. sebelum tu memang akak dah tanya kat pekerja dia.. dia kata halal.. ada sijil kat situ.. sebab tu akak beli..

June 27, 2013 at 1:01 PM

kwn kwn akak balance bek laki2 atau pmpn

Anonymous
June 27, 2013 at 3:31 PM

tak jatuh cinta ke kt salah sorang kawan lelaki tu..hehe

Anonymous
June 27, 2013 at 4:05 PM

samalh kita... dah bila kerja pun semuanyer lelaki keliling KA Ni hehehe

June 27, 2013 at 4:58 PM

btl tu..dlu msa kt u pn rmai gk kwn lki.dorang ni sng kra jgk. ;-)

June 27, 2013 at 6:29 PM

nak kawan dengan lelaki kena hati2x...

June 27, 2013 at 7:58 PM

asalkan tahu batasannya

June 27, 2013 at 8:57 PM

time sekolah rendah banyak kawan lelaki. tapi bila sekolah menengah tak banyak sebab jadi malu malu kucing. hahhaha...

June 28, 2013 at 12:19 PM

selalunya kalau kawan dgn lelaki ni rasa mcm dorg ni sgt melindungi :)

tp bila terlalu rapat mungkin boleh jatuh cinta. eh? hihihih

June 28, 2013 at 4:28 PM

Lelaki ni paling menyampah bila berkawan dengan pompuan yang mulut kepoci or jenis cover malu-malu kucing. Bajet macamlah orang nak ngorat dia sangat. Hahaha.

Jarang nak jumpa member-member pompuan yang gila selamba. Gila selamba maksud saya, bukannya jenis tergedik-gedik stail bohsia rempit tu semua. Jenis selamba yang kalau jenis ofismate kita senang nak bekerjasama. Paham-paham la pompuan ni, emosional lebih.

Pasal ubahkan pasu bunga ofis pun boleh masuk jadi issue dalam meeting.

June 28, 2013 at 4:34 PM

Salam.

Boleh je, asal tahu batasannya.

Cuma, kdg2 org yg melihat tu suka pndg negatif.

June 28, 2013 at 6:16 PM

haipppp ! x semua perempuan plastik tau..cubit ni hehe tp ada betulnya jgk apa awk ckp tu..sbb pernah alaminya jgk hihi saya ada bestfriend lelaki, tapi kitorg study grup la skali dgn bff prmpuan..tiba2 rindu diorg pulak huhu

June 28, 2013 at 6:31 PM

deno kurang kwn lelaki.. maybe sbb kat kuliah lelaki bleh kira ngan jari je...

July 2, 2013 at 2:15 AM

ooh awak adalah antara insan2 terpilih yg seronok berkawan dgn lelaki2...mungkin pada awak setakat kawan, tapi percaya atau tidak mesti ada antara lelaki2 tersebut yg pernah terjatuh hati kat awak....hehehe....

tapi mmg tak mustahil lelaki dan perempuan boleh menjadi kawan baik....

July 14, 2013 at 10:02 AM

kaka xila..
tak sume pompuan tu trok pe???
hehehe..
dan tak sume laki tu boley pakai..
yang penting kna jd mcm yin & yang..
balance....

Post a Comment
 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!