August 13, 2013

Tip Penjagaan dan Pemakaian Contact Lenses

Assalammualaikum,

Kali ni nak kongsi tip atau cara penjagaan kanta lekap aka contact lenses. Bahaya weh contact lenses kalau tidak dijaga dan pakai dengan betul. Boleh buat seriau. Tapi dari 2006 lagi pengalaman pakai lenses ni tak ada apa masalah lagi. Nikmat mata yang Allah bagi ni kenalah jaga elok-elok kann... Sekali rabak camne? Oke tak nak fikir! Gerun!

contact lense, jenama contact lense, cara pakai contact lens, cara jaga contact lenses, kanta lekap bewarna, contact lense murah, tips
Casing Lense bersama colored contact lense

Tip Penjagaan dan Pemakaian Contact Lenses :

1. Kebersihan Tangan

Yang ni nombor satu. Tangan haruslah bersih dan dicuci dahulu dan dilap dengan tuala bersih sebelum pakai dan tanggalkan contact lenses korang tu. Untuk mengelakkan sebarang jangkitan kuman dan bakteria jahat!


2. Contact Lenses Baru

Contact lenses yang baru dibeli dan dibuka haruslah direndam dahulu bersama lense solution (cecair) minimum selama 2 jam sebelum dipakai. (Yang ni baru tau wuaaaa) Disarankan beli solution jenis multipurpose yang dapat digunakan untuk mencuci dan merendam contact lense anda. Gitu...


3. Tempoh Penggunaan Contact Lense

Kalau korang beli contact lenses yang dapat dipakai untuk sebulan, kebiasaannya tempoh pakai dalam masa sehari tak lebih dari 8 jam. Kalau beli yang untuk dipakai sehari (pakai buang) atau tempoh seminggu, korang boleh refer optometrist masing-masing oke. Jangan tidur dengan contact lenses! (Zaman belajar dulu selalu pakai terlebih-lebih jammm dan pernah tidur bersama beliau. Tobat!) Dan jangan guna kalau contact lenses dah expired!


4. Casing Lenses (Tempat simpan lenses korang tu)

Pastikan casing lenses kerap dicuci bersama lense solution. Jangan sesekali guna air paip! Untuk mengelakkan kuman dan bakteria. Casing lense harus ditukar dalam tempoh 3 bulan sekali. Jangan guna solution jenama berlainan dalam satu casing. Jangan la campur-campurkan ke. Walaupun contact lenses korang tak dipakai hari-hari, tapi harus dicuci dan ditukar airnya hari-hari. Fuhhh membazir tapi nak antek tak?? Haha


5. Make-up Bersama Contact Lenses

Pakai dulu contact lenses barulah boleh make-up antek-antek. Tanggal contact lense sebelum cuci muka dan bersihkan make-up di muka. Pastikan sebelum tanggal tu tangan bersih ya.

contact lense, jenama contact lense, cara pakai contact lens, cara jaga contact lenses, kanta lekap bewarna, contact lense murah, tips
 Feeling-feeling Barbie huuu


6. Penggunaan Contact Lenses di bawah Penghawa Dingin

Contact lenses mudah kering kalau kita dalam bilik yang berhawa dingin. Disarankan pakai ubat titis mata untuk mengelakkan dari kering. Tapi saya tak pernah pakai. Takut. Huhu


7. Penggunaan Contact Lenses di bawah Cahaya Matahari

Contact lenses mudah cair kalau kerap atau 24 jam di bawah cahaya matahari. Tak tahulah betul ke tidak. Tak pernah lagi berhadapan panas terik dalam tempoh yang lama.


8. Tanda-tanada Tidak Selesa Pada Mata

Kalau mata terasa gatal, merah, pedih, bernanah, berair yang melampau cepat-cepatlah tanggal. Tak reti-reti? Kalau terasa makin teruk sangat ke jumpalah pakar mata secepat mungkin.


9. Jangan Pakai Contact Lenses Rosak

Kalau contact lenses korang terkoyak walaupun sikit je kat hujung-hujung tu, tolonglah jangan pakai. Bahaya sehhh. Tak pun contact lenses korang jadi kering ke, bertukar warna ke, terkena air paip ke. Buang je walaupun tapi sayangggg~~


10. Tip Membeli Contact Lenses

Sebelum beli contact lenses, korang tanya la pendapat optometrist di kedai contact lenses yang korang pergi tu. Kalau yang first time pakai tu, korang kena lah rajin tanya macam-macam, contohnya tempoh pemakaian ke, cara nak jaga ke, dan optometrist tu mesti akan panjang lebar bebel kat anda.

Seeloknya cuba buat pemeriksaan mata untuk contact lenses. Saya belum pernah buat lagi sebab takuttttt. Tahu mata ni tak elok dan takut kena bebel. Sekarang ni saya dah jarang pakai lenses. Nak rehatkan mata jap.Jangan sesekali beli jenama contact lenses yang tidak dipercayai!


11. Cara Pakai Contact Lenses Dengan Betul



Cantik-cantik juga, penjagaan yang rapi dan kebersihan contact lenses harus dijaga. Jangan lupa sentiasa syukur dengan nikmat penglihatan yang ada. Alhamdulillah sekali jom. Bagi yang nak dapatkan contact lenses online yang harganya murah, top branded, berkualiti dan original sila ke sini. Ada voucher RM 20!

Ps :: Jangan sesekali nangis dengan contact lenses! :'(



17 comments

August 13, 2013 at 5:42 PM

deno tak berani pakai lense.. huhu..

August 13, 2013 at 7:11 PM

dulu hana try pakai selama 4 bulan.. baget 4 bulan tu untuk try pakai seronok2 nak tau apa rasa bila pakai lens..hehe best juga la sebab boleh buat macam2 xtvt.

sekarang xpakai sudah. pakai spek mata pulak. tapi contact lens ada lagi yang xbuka.. entah bila nak pakai xtau..hehe kalau lah contact lent tu ada yang tahan 12 jam. dah lama hana pakai.. huhu

August 13, 2013 at 7:13 PM

betul ke x bole nangis?:(

August 13, 2013 at 10:01 PM

@Dzureen Darwis uhukkk ye kot ngeee ;p

August 14, 2013 at 12:38 AM

saya cukupplahh pakai spek dengan kanta tebal sebab power tinggi haha. Den ni pemalaihhh nak kena tukar2 bagai. bukak spek nak tidur pun malaihh hahahaha..

August 14, 2013 at 1:39 AM

aq ps beli terus pakai je..xtw pn kena rendam ngn solution dl..ngatkn air sekali contact lenses time kte beli 2 da ok da..hehehe

August 14, 2013 at 5:49 AM

erkkkk..mmg xberani nak pakai lens ni hu3.. =)

August 14, 2013 at 8:07 AM

nice sharing..
tapi anna x pakai n x tahu pon nak pakai cmna.. hikhikhik

August 14, 2013 at 9:39 AM

serabun2 aku, tobat, aku x akan pakai contact lens ni.. haha.. bukan takut k.

August 14, 2013 at 12:10 PM

wahh nice sharing :) acik pakai contact lens.. memang kena jaga kebersihan :)

August 14, 2013 at 12:37 PM

perkongsian yang baik.. tak pernah lagi cuba pakai contact lens.. setakat ni alhamdulillah mata masih ok..

August 14, 2013 at 4:03 PM

kite bukan pengguna contact lens mahupun kacamata. hihii :)

alhamdulillah. ;)

August 14, 2013 at 4:08 PM

tak reti pakai. takut tercucuk mata T_T

August 14, 2013 at 5:48 PM

nk tya xila ni..awat xpsang cbox??? a.k.a kotak chatting..

August 15, 2013 at 11:14 AM

Guna contact lense once. tapi may be brand tak sesuai kot..so watery..terpaksa cancell and guna spek balik..

August 16, 2013 at 4:16 PM

thanks share tips..
lme da yaya xpkai cntct lense ni..mte jnis kering...ssh skit nk pkai..lau pkai pon xbleh lama..nti merah.. >,<

August 20, 2013 at 2:18 PM

itulakn..klu nak pakai..kna pandai jga ..nti takut jdi mcm2 plk..zara pun rabun..tpi pakai contaz len ni..jarangla sgt..pakai cermin mata pun tngok keadaan..hehehe..=D

Post a Comment
 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!