November 4, 2011

Tiga “Ta” yang Boleh Menghancurkan Umat

Assalammualaikum,

Tahukah kamu apakah maksud tiga “Ta” yang boleh menghancurkan umat manusia khususnya umat Islam?  Tiga “Ta” tersebut merupakan singkatan daripada tiga faktor utama yang dapat menghancurkan saudara Islam kita sendiri. Tak perlu runsing dengan umat lain kerana umat Islam kita sendiri pun dilihat sedang goyang. Tiga “Ta” yang dibincangkan ialah :


Sumber Google


Takhta
Korang boleh tafsirkan maksud takhta itu dari pelbagai sudut. Lazimnya jawatan atau status teragung dikalangan persatuan atau masyarakat. Di negara kita juga tidak lari dari konsep takhta ini kan? Kalau diberi peluang ramai yang gaduh tarik rambut kot nak jadi pemimpin atau dapatkan jawatan tertinggi. Nasib peluang itu bukan sembarangan. Sekarang ni gelaran Dato’ juga boleh dibeli dengan wang ringgit ape..


Wanita
Oh wanita merupakan umpan kepada lelaki. Wanita dapat menghancurkan kekalutan dunia? Wanita juga membinasakan seseorang lelaki itu. Faktor yang dapat melemahkan lelaki sudah tentulah wanita. Kerana wanita dapat menggugat kehebatan benteng seorang lelaki lebih-lebih lagi si pemimpin. Sekuat mana iman dan darjat pun adanya wanita, pasti goyang derr...


Harta
Masyarakat akhir zaman lebih mengutamakan harta dunia berbanding amalan berharga yang dapat dibawa ke akhirat. Berlumba-lumba sedangkan nikmat itu hanya sementara. Tidak kira saudara atau sahabat karib, kalau terdesak pasti mereka menjadi korban. Dunia sekarang tipu-menipu duit orang lagi cepat kaya, ye tak...



ps :: Susah nak kongsi hadis sebabnya diri ini belum lagi hebat dalam mengerti maksud sebenar hadi-hadis itu. Takut tersalah tafsir dan takut korang pun tersalah tafsir jugak. Mari menambahkan ilmu sesame!





 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!