August 21, 2011

Top Lagu Raya Aidilfitri Pasti Leleh Airmata !

Assalammualaikum,

Alhamdulillah dah 21 hari kita berpuasa. Lagi beberapa hari je nak sambut raya. InsyaAllah.. Wah bukan main rancak lagi pasang lagu raya aidilfitri ye? Nak join jugak...Hehe 


Eksaited kan bila dengar lagu raya aidilfitri. Kalau yang kat bandar tu mesti teringat kat kampung. Tak sabar nak balik rasanya kan? Untuk mengubat rindu pasang la lagu raya aidilfitri. Mesti lagu "Balik Kampung" jadi pilihan kan? Jom jap skodeng lagu raya aidilfitri pasti menyentuh jiwa. Lagi-lagi untuk si perantau....Ehehehe



Top Lagu Raya Lama Pasti Leleh Airmata :

1) Dari Jauh Ku Pohon Maaf - Sudirman
:: Adoyai...Memang sedih lagu ni. Even beraya kat rumah sendiri, tapi terasa kesyahduan lagu ni. Memang touching habes. Menanges tak berlagu jiwa pankreas akak tau. Sudirman terbaek.

2) Dendang Perantau - P.Ramlee
:: Memang lagu ni tak boleh challenge la weh. Sian kat perantau. Superb evergreen.

3) Cahaya Aidilfitri - Black Dog Bone
:: Ni lagi satu, ishh macam mana diaorang boleh buat lagu sedeh-sedeh ni haa rockers? Dengar intro dah ketaq jiwa raga. Ayoyo. Aku pulak feeling habes. Nanges air mata darah kalau aku kat Paris la ni. Haha

4) Bersabarlah Sayang - Anuar Zain
:: Walaupon penyanyi asal Sanisah Huri tapi tetap letak Anuar Zain sebagai pilihan. My feveret one ever. Kalau kat kampus dulu lagu ni la yang asyik dok putar. Best!

5) Ku Pohon Restu Ayah Bonda - Mamat Exist
:: Huwaaaa. Tak sanggup lagi rasanya. Sedih. Sedih. Sedih

6) Kepulangan yang dinanti - Aman Shah
:: Memang aku tak tahan bila dengar lagu raya ni. Laju je menitis. Lagu tentang anak yang bertemu ibubapanya setelah lama tak jumpa. Seorang askar lah katakan. Hebatlah diaorang! Hero Malaya sejati! Gagah. Wah terlebehh.

7) Khairil Johari Johar - Sepasang Kurung Biru
:: Sian kat cik abang penyanyi ni sebab teringat bekas awek dia. Lepas clash terus buat lagu untuk bekas teman wanita spesel di hati beliau ni. Hehe

8) Lebaran Ini - Ajai, Raihan, Nowseeheart, Rem
:: Yes ni lagu feveret. Yang ini lebih kepada kerohanian. Kalau ada buat silap tu dengar lagu raya aidilfitri ni, macam terasa je. Hehe. Suka ingkar dengan perintahNya. Banyak buat dosa dengan mak abah, adik-adik, kawan-kawan, saudara-mara, dan orang sekeliling jugak. Sama ada sengaja atau tak sengaja. Minta maaf pada semua yang membaca. Sobss.....


beautiful song-my fav, lagu raya aidilfitri, lagu raya lama, lagu raya evergreen, list lagu raya best, Hari raya aidilfitri


Setakat ni lagu lama jugak yang melekat di hati.
Review 8 lagu raya aidilfitri  je. Kang ada yang kua air mata darah pulak.


 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!