November 24, 2011

Trend Seluar Warna Warni

Assalammualaikum,



Wanita sekarang dah trend pakai seluar warna-warni. Barulah nampak hot chic. Warna-warni dari atas sampai bawah. Legging sekarang pon dah warna warni. Siap ada corak-corak rimau bintang, zebra dan juga polka dot. Tapi legging nampak tak manis lah bila pakai. Lebih-lebih muslim sejati.


Bermain dengan warna ni ada risiko. Kalau tak kena nampak macam badut sarkas. Tapi janji kau yakin bah! Teringin nak beli satu warna pink. Dalam closet tu ada warna asas je. Hitam, putih, kelabu, biru gelap. 



Ps :: Mesti Umieartoqime tak takut warna nih..! 


Tips Jadikan Hidung Anda Mancung

Assalammualaikum,


Untuk mereka yang mempunyai hidung mancung ala-ala Penelope Cruz, sila baca senyap-senyap je. Bagi peluang kat kita-kita yang tak berapa mancung ni baca serakusnya. Yay. Bagi mereka-mereka, jangan khuatir kita ada tekniknya untuk kelihatan mancung. Ini hanya teknik, bukan cuba mengubah ciptaaNya ya.


1) Apa yang anda perlukan ialah hanya sebatang eyeliner atau penggaris mata bewarna hitam/coklat. Amaran, teknik ni hanya lebih sesuai untuk wanita yang bermake-up. Contoh teknik seperti rajah dibawah ya. Tapi korang kena pandai-pandai gunakan pembayang untuk hidung. Jangan terlalu tebal. Selamat mencuba.

Mak ai...



2) Sebelum tidur malam dengan lena, sila tarik, usap dan belai hidung anda perlahan-lahan sampai mancung. Bila 7tahun takde perkembangan jugak, sila terima hakikat hidung anda dah sampai tahap tarikh luput. Sukar dilentur. Seeloknya dibuat ketika masih bayi. Mak bayi yang kena buatkan. Huhu.


3) Buat plastic surgery lah apa lagi. Amaran hanya untuk yang bukan beragama Islam sahaja dinasihatkan baca tips ketiga ni.


4) Dah sampai cara ke empat tapi dah takde idea ni. Acane nak jawab?


5) Ulang baca balik cara nombor satu diatas. Itu saja teknik pemancungan hidung sementara yang paling berkesan. Im sorry..



Ps :: Hidung ku kemek tapi kiut. Hahah.


 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!