Wawa Semput bakal ditayangkan di pawagam tahun hadapan 31 Januari 2013. Tapi macam Saheizy Sam tak join berlakon je kan. Wawa Semput ni berkisahkan pasal percintaan Wawa pulak dari kesinabungan Adnan Sempit.
Sinopsis Wawa Semput :
Konflik
cinta BOBBY dan WAWA daripada filem Adnan Sempit tidak berakhir begitu
sahaja. Kini, ianya disambung kembali dalam filem penuh komedi dan aksi
memaparkan Bobby dan Wawa yang terpaksa menghadapi ujian terbesar dalam
hubungan mereka apabila Bobby menuduh Wawa tidak setia.
Nama Ismat
menjadi penyebab segalanya. Wawa sudah naik muak dengan sikap Bobby yang
suka merempit mengambil keputusan untuk berpisah dan pulang ke
kampungnya. Bobby merayu berkali – kali dan meminta maaf namun tidak
dilayan langsung oleh Wawa. ISMAT muncul dengan penuh bergaya dan
menumpangkan Wawa pulang ke kampungnya. Bobby yang memang sudah tangkap
cintan guling – guling dengan Wawa tekad untuk mendapatkan Wawa kembali.
Ismat dan Wawa pulang ke kampung dan terkejut apabila melihat Bobby
terlebih dahulu sudah sampai. Lama kelamaan, Wawa mulai naik semput
dengan sikap Bobby dan Ismat yang tidak sudah bersaing untuk memikatnya.
PAK KUDIN, ayah kepada Wawa lebih menyukai Ismat yang dirasakan
mempunyai masa depan yang lebih cerah berbanding Bobby yang kaki rempit.
Namun, Pak Kudin juga sedar yang Wawa masih sayangkan Bobby dan
mengharapkan dia akan berubah. Kawan baik kepada Wawa, AYUNI jatuh cinta
pandang pertama pada Ismat kerana wajah Ismat yang mirip dengan bekas
kekasihnya cuba untuk merampas Ismat daripada Wawa namun Ismat tetap
setia pada cintanya.
Sesuatu harus dilakukan demi memisahkan Ismat dan
Wawa. Ayuni dan Bobby berpakat! Apakah yang akan dilakukan oleh Ayuni
dan Bobby? Masih adakah ruang untuk Bobby di hati Wawa?
Pilihan anda untuk tengok kat panggung ke idak ;p