January 21, 2013

Jom Menderma ke Rumah Amal Kasih Bestari

Assalammualaikum,
Scroll bawah untuk entry terbaru
Ada sekumpulan blogger bakal mengadakan misi amal dan ziarah mereka untuk membantu adik-adik yang berstatus anak yatim di Rumah Amal Kasih Bestari pada 24 Februari ini. Jom bantu apa yang patut untuk sempurnakan niat mereka-mereka (blogger) nih.


Dengan itu para pembaca semua dialu-alukan menghulurkan sumbangan anda ke akaun Maybank milik Mila Ahmad seperti tertera di banner diatas.

Walaupun ikhlas anda bernilai RM 1, hanya Allah swt yang mampu membalas jasa korang. Jom bersama menyumbang ke Rumah Amal Kasih Bestari dan membantu rakan blogger ini untuk meringankan beban adik-adik ini. Besar pahalanya membantu dan membimbing anak-anak yatim tau...

Untuk maklumat lajut tentang program ini, layarilah ke blog [Mila Ahmad](click). Dengar-dengar, masih banyak lagi keperluan dan kekurangan di Rumah Amal Kasih Bestari ini. Jom bersama membantu!



Ps :: Minta kerjasama anda untuk click iklan Churp-churp diatas ya. Memang dah set niat nak cash out semua jumlah dan hulurkan kepada mereka yang memerlukan. Memandangkan dah kumpul separuh jalan, nak teruskan mengumpul dan nak jadikan cash out pertama dan terakhir. Kalau niat nih menyimpang dan saya berbohong, petirlah jawabnya..............aih.


January 20, 2013

Review Novel : Gelak Tergolek

Assalammualaikum,



Entry rabu yang lepas ada cerita pasal novel [Gelak Tergolek](click) kan. Memang masa tu tak ada idea nak post entry apa, kebetulan hari rabu dengan malasnya tayang jelah kulit muka depan novel Gelak Tergolek tuh. Siyesly novel Gelak Tergolek tuh boleh buat orang ketawa, gelak, tergolek, tertonggek tak hengat.

Novel Gelak Tergolek nih karya dari seorang penulis lelaki, Wann Azlan. Katanya ambil masa setahun nak siapkan novel tersebut. Novel nih dah lama wujud dalam arena penulisan (gitu).

Ada lah try jugak search kat Google tentang penerimaan novel Gelak Tergolek nih. Namun ada yang review novel nih tak best langsung. Tak dapat buat dia ketawa langsung. Katanya alam dewasa dia telah mematikan nafsu ketawa dia. Kesian kat blogger tuh tak tahu menghargai kehidupan.. an an..

Saat pertama kali menyelak novel Gelak Tergolek nih, terasa adrenalin terkinja-kinja suruh selak muka surat seterusnya. Bila rasa terhibur dan tak sabar, dalam sehari je dapatkan habis baca novel nih. Tapi bila part-part akhir rasa macam kuranglah wahai penulis... Ini serius.... Mungkin dah matang tak hero tuh...?


SINOPSIS GELAK TERGOLEK :
Dah orang mintak sinopsis novel nih dah terpaksa karang pulak. Cari kat Google banyak hat merapu. Yang penting ianya novel penuh tau bukan banyak cerita dalam 1 novel. Paham? Novel Gelak Tergolek nih berkisarkan Rahman mengetest Maimun seorang anak pak imam. Start dari Rahman mengorat sampailah Maimun melahirkan anak kembar mereka pelbagai insiden lucu dan sengal berlaku. Rahman yang jahil agama sering ditegur bapa mertuanya. Nenek Rahman pulak sangkakan Ridsect kat rumah mereka adalah perfume. Eh apa aku review nih? Haa lagi satu, novel nih ada unsur -unsur lucah ringan-ringan (hahaha). Kanak-kanak 18 tahun kebawah perlu bimbingan ibubapa semasa membaca. Kuikui



Ps :: Novel pinjam dari bakal adik ipar? Lah sangat kan... ;p


 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!