January 25, 2013

Misteri Warung Pak Munawer



"Kamu balik kampung nih tiba-tiba je kenapa? Bukan ke kamu dah tinggalkan kampung nih 5 tahun dulu?" soal Pak Derus sambil menghidangkan menu yang dipesan oleh Hussin. Jejaka lewat 30-an yang sememangnya dibesarkan di Kampung Silaturahim, Batu 6, Tambun, Ipoh, Perak.

Setelah selesai menghirup seteguk dua kopi yang dihidang tadi, Hussin mula mengatur kata. "Saya balik sini pun sebab nak uruskan tanah arwah bapak saya tuh Pak Derus. Kalau tak, idak ler saya nak balik sini. Mengenangkan kes kontroversi saya dulu dengan Inah tonggek." 

"Oh gitu. Inah tuh dah ada anak 5 pon. Haa kamu apa cerita duduk KL sana? Mak kamu sehat? Bini kamu, si Saodah? Kamu kerja apa sekarang?" bertalu-talu pertanyaan dari Pak Derus kepada Hussin.

"Alhamdulillah, mereka sihat. Anak saya Nolytuudia Senrose tuh je sorang. Baru 3 tahun. Saya sekarang kerja sebagai freelance detektif. Dah tak kerja jual insurans dulu... Haa ni kad nama saya" kad yang dihulur diterima baik oleh Pak Derus.

"Ohh detektif... haa elok sangatlah tuh. Aku ada jobs kat kau.. Haa makan lah mee tu dulu. Ralit bersembang kang basi pulak." seloroh Pak Derus.


**********


Hussin mula memerhatikan warung Pak Munawer. Cermin sisi keretanya diturunkan sedikit agar jelas penglihatannya. Segala gerak geri, insiden, peristiwa dicatatkan dalam buku nota kecil di tangan kiri Hussin. Memang dia akui pelanggan Pak Munawer 5 kali ganda dari Pak Derus walaupun baru sahaja opersi dalam tempoh 7 bulan. Jarak antara warung mereka pula hanya berbeza 427 meter sahaja. 

Masuk hari ketiga kes file berprofil sederhana itu, situasi di warung Pak Munawer ternyata lebih meriah. Acara karaoke diadakan setiap hari rabu itu cukup menggamit suasana. Dari si kecil sehinggalah ke tua berkerusi roda, semuanya bagaikan berpesta riang ria. Teringat Hussin akan perlawaan Pak Derus beberapa hari yang lepas...

"Aku bukan apa Hussin, kalau aku tuduh dia pakai guna-guna, jatuh fitnah nanti. Eloklah kamu siasat. Downpayment aku bagi RM 10 ribu dulu, selesai kes aku bagi dua kali ganda"


Disebabkan Pak Derus merupakan 8 pupu belah emaknya, dia gagahkan juga menyiasat tentang warung Pak Munawer. Dia mula mengorak langkah menuju ke ruang masuk warung meriah meghela itu.

"Eh Hussin, maghi ler duduk sini aku belanja. Wah kau gaya dah macam detektif aku nengoknye. Lama kau tak balik sini? Aku ingat lagi kecik-kecik dulu kau gemor skodeng ghumah si Kinah. Hahaha" tawa rakan sepermainannya dulu diterima hambar.

"Kau pulak asyik lepak warung nih je. Tak de life ke?" soal Hussin.

"Apa nak jemunya. Hari-hari aku order Nasik Goreng USA, dua telur mata taruh cili sos tak jemu pon. Feberet aku nih. Eh acane kau tahu aku hari-hari maghi sini? Kau skodeng aku pulak yer?" lagi sekali Hussin merasakan seperti semua ini poyo...




Bersambung... kui kui kui.
BAHAGIAN DUA



January 24, 2013

Alhamdulillah..Bahagia Bagaikan Permaisuri

Assalammualaikum,

Selepas sebulan lamanya, masalah domain address error kini kembali okay. Alhamdulillah. Tak tahulah celah mana error. Settingnya kah, wayarnya putuskah, atau sebelum setting lupa baca bismillah? Haa... Mujur ada adik shida tolong betulkan setting yang error tu. Makaceh ya..

Oleh itu, kepada orang ramai semua (pembaca), bolehlah copy url kami iaitu dearxila.my dan letaklah molek ke bloglist kamu sekalian ya. Promo promo. Lai lai... Hehe.

Insyaallah bloglist kami yang dulunya hilang kini akan kembali pulang setelah kami ingat dan cuba nak ingat, kami akan letak balik. Masalah pemparitan blog ini bakal dibaik pulih, kata Permaisuri Xila berhubung isu tersebut. So siapa rasa nak exchange link bagitau ya. Maaf tajuk terlampu.



Eh macam ada benda lagilah nak dicerita tapi dah tak ingat. Nanti update lain lah apa susah. Harini pihak Nuffnang yang supportive telah bagi CPUV/BE lagi. Apa kata hangpa semua like iklan POPULAR kalau terserempak ya. Makaceh...






Ps :: Jom selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w banyak-banyak.


 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!