January 30, 2012

Maksud Warna Kegemaran Anda

Assalammualaikum,


Tengahari tadi datang melawat [kakak koperal] yang bercerita pasal warna. Tiba-tiba menarik jugak. Korang boleh pilih warna-warna yang dicadangkan dalam blog kakak koperal ni. Sejauh mana ketepatan maksud warna kegemaran, tuan badan yang patot lebih tahu. So dengan eksaitednya telah memilih warna:



Oren - Suka kebebasan, aktif, agresif, sihat.

- Suka pakai baju kurung warna oren. Haritu pergi interview pakai oren dan mood terlebih ceria semacam. Senyum je memanjang walaupun penat sangat bila sampai sana. Mood masa tu pon macam aktif dan agresif semacam. Kawan pernah cakap yang, 'eh awak sesuailah pakai oren'. Hahah suka-suka.


Kuning - Ceria, tahan lasak, suka berkawan, suka popular, enjoy.

Suka dekat blog yang background dia warna kuning. Macam blog Fatin Liyana kan. Tak banyak blog warna kuning ek. Suka tengok warna kuning dan warna ni dapat serap aura ceria. Suka jugak warnakan rambut doodle warna kuning macam Paris Hilton gitu. 


Merah - Kemegahan, pantas, kurang sabar, bersemangat.

- Kalau barang peribadi suka warna merah. Rasa nanti macam nak kereta warna merah, rumah warna merah dan baju pengantin nanti wajiblah warna merahhh. Kalau bakal suami tak suka merah, suruh dia kawen ngan kadi jelahh. Megah?? Tak kot...



Biru Muda - Sensitif, beretika, romantik, suka menolong, mudah berkorban, kerjasama.

- Dulu je obses warna biru muda. Pastu dah besar panjang tak berapa. Warna blog ni warna biru muda kan sebab warna lain tak dapat nak masuk lah. Dulu pernah apply warna pink kat blog tapi bosanlah ramai pakai pink. Bila gundah gulana suka tengok warna kat langit. Tenang je... 


Sebenarnya dari kecik warna kegemaran asyik berubah. Takde penderian tetap eh? Alah biasalah tu kalau warna pengaruhi mood dalam membesar. Huh. Hati tengah ke laut tadi, tapi bila taip entry pasal warna ni mood berubah sikit. Bila moody layan lagu Sheila Majid best... Suka lagu pengemis muda tapi sebab AJL semalam dia nyanyi lagu warna kan, warna jelah...




most love, sheila majid, warna, maksud warna kegemaran, warna pilihan, trend



Ps :: Oh warna-warna pada dunia~




January 26, 2012

Menang Dan Terus Menang Hopefully

Assalammualaikum,

CERITA 1

Malam ni dapat khabar gembira plus eee sukenyeww sebab menang contest Sketch Paling Giler yang pernah dianjurkan oleh Citer Jo suatu ketika dulu. Kalau nak check it out jadi mamarazzi dan tengok senarai pemenang lain boleh skodeng dengan [klik disini. ] Tak sangka lukisan giler tu boleh menang!! Maceh kakak jojo..


Menang kategori sagu hati je. Tapi takpe janji menang!! Tak pernah masuk mana-mana contest atau giveaway menang dengan riang macam ni. Terharu watie... Tiba-tiba nama jadi watie... Teringat kisah cinta yang bergelora - Tragedi Oktober... Awie hensem ini semua poyo ohh.



CERITA 2


Dari pagi lagi sebenarnya mood gembira syukur padaNya ni berterusan sampai ke malam. Sebab dapat call untuk hadir temu duga esok! Yang bestnya tempat kerja tuh dekat gila kat rumah. Tapi esok kena hadir temuduga sampai ke Taiping kot. Takpe aja-aja fighting zila!!


Nak suruh korang yang baca sekarang ni wish gudluck cepat! Mintak-mintak lah lekat jawatan ni dekat saya. Oleh itu nak pergi prepare lah ni segala patot. Saja je nak buat entry malam ni sebab takot sok tak sempat dan nak suruh orang wish. Harap berjaya!!~




Ps :: Double happy! Nanite~


Prinsip Mat Romeo

Assalammualaikum,

cintailah cinta, Boys Over Flower, mat romeo, drama korea best, prinsip mat romeo, lelaki, love


Mat romeo yang digambarkan di dalam entry ini seolah-olah jejaka macam Anuar Zain ye. Siapa takde package macam beliau tak boleh apply. (Gurau je). Mat Romeo digambarkan macam mana sebenarnya eh? Yang penting pandai berkata-kata dan berlakon. Huhuhuh. (mulut muncung).


TELEFON


1. Takkan call makwe dulu. Tunggu makwe call dulu baru angkat dan sembang macam tengah busy. Padahal pakwe tu punyalah rindu suara si makwe. Sanggup tunggu call dari makwe berhari-hari dan mungkin berminggu. Dasyat ego laki jenis ni.


2. Bila dah jawab panggilan makwe tu, buat tanya khabar endah tak endah pulak. Konon busy. Padahal seronok gila makwe call. Dan rasa menang sebab tak call makwe tu dulu. Apa punya perangai.


3. Lepas tu bagitau tengah busy dan suruh cakap cepat-cepat sikit.


4. Yang penting jadi orang pertama letak telefon sebab jaga market. Tak paham betul. ><"


5. Lepas letak telefon, senyum-senyum riang sebab orang tersayang dah call dan dapat buat jual mahal. Lepas ni dia takde punya nak tunggu call dari makwe lagi. Kalau rindu terus call. Cuma perangai jaga saham macam ni je sekali-sekala...



Ok idea ni datang dari cerita korea BOYS OVER FLOWERS. Tapi macam sedikit betullah. Betul tak mat-mat romeo sekalian? Alah semua lelaki macam tu. Tapi tak semua lah, sesetengah yang bajet je macam tuh. Paham dah laki macam ni tapi kadang-kadang kiut ape. Hehe...


Ps :: Fakta : pengunjung blog ni ramai perempuan dari mat romeo..




January 24, 2012

Review Novel Dear John

Assalammualaikum,

most love, novel, novel inggeris, novel Dear John, review, love
Sumber Google


Wahh akhirnya dapat jugak novel seketul ni. Dah lama mengidam. Dulu nak beli tapi wangnya tidak cukup. Nasib pergi kedai buku dengan mak. Padahal semua budak-budak zaman ni pergi beli buku dengan voucher kan. Jeles disitu. Sape suruh habis belajar awal sangat kan. Oh mak kan beli novel Ombak Rindu. *Elehh. Hehe.


Sinopsis Novel Dear John
Panjang sangat sinopsis dia nak copy kat cover buku tu. Tapi secara ringkasnya. Novel Dear John ni pasal pasangan kekasih yang bercinta tapi banyak halangan. Si John ni terpaksa tinggalkan Savannah kerana menuntutnya bertugas sebagai askar. Tapi ada selitkan sekali peristiwa 9 September dan pasal agama dorang. Itu tak payah ambil kisah sangat. Baca tang romantik-romantik je. Setakat ni baru baca Prologue je.

Tapi yang bagusnya karya Nicholas Sparks ni kan, bahasa Inggeris dia sangat santai dan mudah faham. Takdelah terbelit nak paham. Relax je bahasa dia. Ini kira novel Inggeris ketiga baru. Yang pertama dah kasi orang sebab cerita tak best. A walk to remember pulak dah kemana. 

Ingat nak kumpul semua karya abam Sparks lah. 

Teringin jugaklah nak kumpul Twilight, asyik pinjam je kerja. Tapi buku mahal lah. Harga Novel Dear John ni pon RM30 plus plus. Sape ada baucar buku lebih? Bak mai sini. Hehe. Lupa pulak, novel ni pon ada difilemkan jugak. Teringat tengok cerita 'The Notebook' yang lembab gila. Tengok petang-petang pulak tu. Lembab pon feeling sampai habis.






January 23, 2012

Elakkan Entry Bermasalah

Assalammualaikum,

Elakkan dari menaip entry blog yang bermasalah ataupun tidak perlu di taip sangat di blog. Contohya :


Contoh 1 - Entry cinta-cinta
"Harini biey datang jumpa kita setelah sehari tak jumpa. Ucuk windu bie sangat-sangat tau. Tadi kan kita pergi Pavilion makan sup buaya sama-sama dengan biey kita, suweet kan kitaorang? Tahuuu sup buaya feveret biey kan kan. Pastu kita karoke nyanyi lagu 'Selagi ada rindu' sama-sama....suweetttt sangat kita kan? Dan bla, bla, bla,.......Sok jumpa lagi,jangan nakal-nakal, ucuck sayang biey tau muah muah muah"


tips, cara tulis entry blog, cara buat blog, blogger, apa itu blog, entry blog, newbie blog
Sumber Google


Boleh lah kot nak buat entry cinta-cinta tapi jangan la melampau sangat. Takut orang meluat. Hengat awak sorang je ada boifren, atau awak sorang je ke sweet? Huhuh. Yelah blog awak, tapi tak patot kot. Kalau nak buat sangat ok je, tapi tak payahlah ping kat FB ke apa.



Contoh 2 - Entry Status Facebook
" Harini kita nak pergi makan Tutti Frutti dengan Melah dan Sameon. Kbai"


Cinonet je buat entry atas ni macam status kat Facebook pulak. Walaupun tak sebaris, tapi ada jugak yang buat entry 3baris pon kira macam status FB la jugak. Tahu awak takde FB, tapi tapi....apa-apa jelah.




Contoh 3 - Entry Terlebih Comel
"ShemaLam haKu giew jaRLan-jalaRn kat Taipenk, PewRock! Gileww bEst koWt kata kaWWw. ShomEl gileww haiOne-haiOne kaT ZooO TaiPenk tuwh. Adew GarJah, haRimaU, uNtew, UngkEw, jiEyraFarh, TewnuK........"


suka Tasha Sila *takde kena mengena

Memang comel dan yunick sekali. Tapi kan entry yang sepatutnya dapat dibaca dalam beberapa minit boleh dibawa berjam-jam. Tak kesian ke kat readers yang mungkin tergeliat bibir nak baca. Tapi jangan tak tau mungkin takde siapa pun teringin nak baca. Simple tu kan sweet. Entry normal sudahhh. Jarngunt Marewhhh.



Contoh 4 - Entry Copy Paste
Yang ini lagi satu masalah jenayah. Kalau korang ada copy mana-mana sumber, silalah bagi credit kepada sumber tersebut. Tak baik tau curi penulisan orang. Peringatan untuk diri sendiri jugak yang kadang-kadang terlupa.



Sampai disini saja. Kalau mana-mana salah silap harap dimaafi ya. 






January 22, 2012

Top 10 Blog Best Komen

Assalammualaikum,


Disini nak mentioned senarai blog yang rajin komen dalam blog ni buat setakat ni. Rekod diambil tepat pada  pukul 11 pagi ni. Huhu. Bukti, tengok kat widget bawah belah kanan tu. Terima kasih selalu singgah sini. Singgah-singgah selalu...



Kakak koperal ni selalu mai belog ceq dan selalu singgah blog dia jugak. Rasanya kita baru kenal jugak kan? Kan? Kan? Blog kakak ni sempoi la jugak, kadang-kadang rasa remaja, kadang-kadang macam orang tua jugak. Larikkkkkk.




Blogger Iffah ni rasanya macam jiwang. Sentiasa muncul dengan ayat-ayat yang puitis dalam penulisannya. Dia jugak aktif menulis cerpen dan novel-novel. Tapi belum berkesempatan nak baca lagi. Moh ke sana baca karya dia moh.





Blogger Aie pon selalu berpuitis dan bermadah seni. Kadang-kadang kan Aie, sebenarnya tak paham. Huhu. Aie ni pon macam best lah bila suka bagi nasihat dalam blog dia dan jugak kat kotak komen. Eh kita sebaya eh?


Pemilik blog Keranamu Lily. Seriyes jeles dengan header dia. Tak sangka bunga Lily cantik eh? Tahu Mimie ni sebaya. Blog dia best sangat sebab dia macam tulis direct dari hati tanpa tapis. Panjang-panjang pon baca jugak. Huhu.



Pemilik blog sayur lemak. Memang lemak blog kak Azzah ni dipenuhi doodle comel-cemel. Doodle tutup aurat lak tuh. Tiba-tiba nak ikut jejak kak Azzah. Kakak ni pon ada himpunan doodle dakwah. Baguslah usaha kak ni sebab secara tak langsung kita dapat sumbangkan sesuatu kat masyarakat kan. *Kagum.




Rasanya blogger ni dari Sabah. Kalau dia tipu, korang pon tertipu Huhu. Dia pon rajin update blog. Sebenarnya baru kenal dia lagi ni dan penulisan dia. Rasa macam penulisan dia penuh kedukaan je lately ni kan. Blog dia suka guna hashtag. Tu yang paling perasan tuu.



Blog adik ni, (adik kot) pon penuh doodle yang comel cangat. Kalau nak tempah segala jenis berkaitan dengan doodle kat dia pon boleh. Tapi komisyen kasi hulur sini sikit. Hehe gurau. Paani Peacee yaww.




Sebenarnya susah nak menjangka dia ni laki-laki ke perempuan. Ke ada dua orang admin? Lama dah menyepi. Pergi mana tak tau. Takpelah ada lah hal tu. Yup blog dia takdelah seriyus mana. Tak pernah serius kot! Huhu. Santai je macam tema blog.



Seiyus dia masih budak-budak dan bukan mak budak. Bila baca blog dia rasa macam, eh macam sama baya. Jangan tertipu, nampak je header blog dia ayu, tapi cik bolat macam ganas je. Hehe. Belajar rajin-rajin dik!




Blogger Azza Azman tak boleh copy header, terpaksa curi gambar dia di London. Sorry ye kalau marah. Dulu selalu keliru antara Azza dengan kak Azah yang kat atas tuh. Blog dia warna ungu. Sangat jeles. Nak jugak warna ungu tapi bila apply kat blog sendiri macam tak asyik. Dia pon ada blog tutorial juga.



Eh macam review blog je. Takpelah dah alang-alang kan. Bukan selalu. Korang yang lain pon rajin-rajin lah singgah. Tak komen pon takpe, janji singgah ye tak? Meh lah singgah blog kat atas ni juga......



Ps :: Terima kasih daun keladi buat semua pengunjung :)


January 20, 2012

Header Paling Hodoh

Assalammualaikum,

Sebenarnya tengah runsing dengan pemilihan header. Nak suruh orang buatkan, takut mereka kecewa sebab saya sangatlah cerewet. Freelance designer ni bukan suka pon layan orang cerewet kan. Takut penampar makan diaa... Last-last terpaksalah buat sendiri. Guna microsoft paint je.


Header hodoh bukan bermaksud tuan dia pon hodoh. Eh macam kenal je ayat. Tapi rasa macam blog budak-budak pulak. Ahh ada yang kesah? Banyak lagi nak edit. Dah juling dah oi....


Oh saya asalnya memang pakai cermin mata pon. Tapi bukan free hair. Kinda blur? Ehhh memang orang selalu panggil 'mak long blur'. Blur je ponn. Lebih baik jadi blur dari jadi penyamun, kaki rasuah, perogol bersiri, bla, bla, bla, bla.... 






Hatiku di Kinabalu

Assalammualaikum,


'Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu,
Tinggi lagi sayang sama kamu,
Biru-biru hujung Kinabalu,
Tengok dari jauh hati saya rindu...'
Sebahagian lirik sayang Kinabalu

muvee, kinabalu, lirik sayang kinabalu, mendaki gunung, love movie, go green, inspiration
Sumber Google


Ini mood lepas tengok Hatiku di Kinabalu (bah) la ni... Cerita dia best sebab berlatarkan view Kinabalu. Memang teringin kot bah pergi Gunung Kinabalu. Lagi teringin bila lepas tengok cerita ni.


Lakonan Zul Ariffin dan Yana Shamsuddin yang jatuh cinta pertama kali. Mula-mula Yana buat research lah kot jadi orang Sabah. Lepastu hampeh. Bahasa Sabah Yana pun tangkap muat je. Kenapa tak Stacy je yang jadi heroin? (eh?). Tapi kalau boleh ending dia tak nak la macam cerita ni.... Sob sobs...


Hatiku di Kinabalu






January 17, 2012

Ariana Mikhail Se-sweet Tentang Dhia

Assalammualaikum,





Ariana Mikhail? Sweet je nama. Shooting kat Paris? Lagi sweet.. Outfit Nora Danish Pun sweet. Dua pelakon utama jugak sweet. Tagline 'cinta pertama, cinta selamanya' pun sweet. Cover poster pun sesweet biru+pink yang sweet. Harap jalan cerita sweet seperti diharapkan. Untuk sinopsis penuh sila ke Blog Safura.


Ingatkan nak rehat dua tiga hari dari update blog. Tapi tak bisa! 





January 14, 2012

Tips Kuku Cantik Berseri

Assalammualaikum,

tips, kuku cantik, cara jaga kuku, beauty


Siapa tak nak kuku cantik lagi sihat berseri kan. Kuku yang cantik melambangkan personaliti yang sihat dan bersih. Bukan si pengotor yang asyik menikmati makanan dihujung jari. Eh, haa tak potong kuku ye... Kita ni sebagai penduduk bumi plus umat Islam lagi, kena lah jaga aspek kebersihan ye. 


Jom jaga kebersihan kuku!

1. Sebelum memotong kuku, rendamkan kuku anda dalam larutan garam dan perahan limau nipis. Kalau boleh dalam larutan air suam-suam panas. Biar benda-benda asing dan kulit mati hilang begitu saje. Setelah itu, selesai! Boleh potong kuku dengan happy :)

2. Kilatkan kuku anda dengan ubat gigi Colgate. Nak guna ubat gigi RM dua ringgit pon boleh, tapi tanggung sendiri risiko kuku tercabut. Gosokkan je pada kuku dan bilas. Taraa. Tapi jangan buat selalu ye.

3. Kalau tak nak guna colgate pon takpe. Guna je Vaseline. 

4. Kalau boleh potong kuku korang tu ikut shape yang sebenar. Janganlah potong herot-berot, senget-benget dan comot-comot. Kasi kemaslah sikit. Lepastu guna pengikis yang selesa untuk bentukkan lagi kuku tu.

5. Tak payahlah guna pengilat kuku. Bukan budaya kita. :)

6. Potong kuku sekurang-kurangnya seminggu sekali. Lagi kerap lagi bagus. Kalau boleh potong kuku mengikut sunnah Rasullullah lah. Kan elok macam tu. Benda baik kan..



Mula titik beratkan mengenai kebersihan kuku dari sekarang jika korang ambil remeh sebelum ni. Kuku cantik dan bersih perspektif pertama orang pada kita. Kalau penampilan bersih atas bawah lagi bagus. Jom mulakan dengan kuku! Kalau kuku panjang dan kotor, kuman masuk dalam perut acane? Mahunya dibuat buasir sepanjang malam. Hehe.






January 13, 2012

Isu Facebook Haram?

Assalammualaikum,


isu, cara ping blog, facebook, world


Ada baca kat surat khabar dan beberapa blog yang cakap pasal isu facebook haram. Seorang ulama dari Iran mengatakan, berdosa jadi ahli facebook. Berita lanjut tekan sini. Tapi yang blog ni semua dok copy je ayat surat khabar. Rindu pulak nak baca penulisan dia yang sebenar. Hehe.

Ada akaun facebook tak haram, cuma ahli-ahlinya saja yang buat benda bukan-bukan kat facebook. Letak profile picture gamba seksi sangat aih, kadang-kadang memberahikan, juga mengasyikkan. Tapi kadang-kadang tu ada awek cun giler, tudun litup, sopan je bergambar. Gamba senyum je, tapi jugak dapat mengasyikkan laki-laki yang melihat. Letak gambar Mickey Mouse senang! Huhu

Facebook ni satu medium yang 'baek punyee' untuk pengguna bumi. Banyak kelebihannya. Dapat kawan baru, eratkan silaturahim, berkongsi suka duka, main game, poke orang, ping blog. Hehe.

Tapi manusia yang buat tak senonoh dengan facebook dan menjadikannya facebook haram. Cuma jangan guna medium fb, blog dan laman sosial lain untuk menyesatkan dan menjatuhkan orang. Tak pun dok layan laman sosial sampai lupa benda yang wajib. Gunakan sebaik mungkin. Sangat menghargai facebook sebab dapat contact kawan lama dari sekolah rendah yang beringusan. Seronok! 






FB Fanpage Kurang Berfungsi

Assalammualaikum,

Semoga hari ni indah untuk kamu semua. Tapi ada khabar kurang indah dari saya. Tak tahulah nak cakap macam mana. FB fanpage untuk blog ni macam ada tak kena. Ibarat masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau mengaum. (Hover!)

Masalah ni dah berbulan. Tapi tak ambil port. Cuma kadang-kadang selang seminggu check problem yang ada ni. Cuma dari 2-3 minggu ni ambil seriyus sikit. Ikutilah luahan hati ini.....


Fanpage Facebook tak berfungsi :
1. Tak keluar pon preview FB fanpage sebelum nak copy code! 
2. Lepas dah copy, letak kat blog dia tak appear seperti sebelum ni.
3. Sebelum ni dah letak kat blog, tapi hilang begitu saje.
4. Nak login boleh sebab sekali dengan facebook sebenar. Tak kan kena hacked?
5. Bila dah switch ke FB fanpage, try ke blog orang lain nak like fanpage pon orang tak boleh.


Macam mana nak perbetulkan problem utama ni eh? Buta teknologi sangat dah ni. Dah tanya kat google. Google hanya dapat tolong sikit-sikit je. Dah naik segan tanya banyak-banyak kat Google. Ingat nak removed terus je fanpage tuh. Tapi sayangggg~~

Kepada sesiapa yang sudi like FB fanpage blog ni diucapkan terima kasih sangat. Seramai 144 orang yang sukar ditraced. Terima kasih! Kalau dalam 2-3hari jugak tak dapat settle, serta merta FB fanpage tu kena removed!








January 11, 2012

Hantu Durian

Assalammualaikum,


Hari ni gila blogwalking. Aktif sebab adrenalin tahap enjin kuasa kuda. 


sayang semua, 1Malaysia, fakta durian, food, musim durian
Google


Fakta Durian

1. Kalau makan durian, kena lah minum air masak banyak-banyak. (ofkoz!)
2. Musim durian biasanya pakej dengan musim manggis. (hoyeh!)
3. Omputih gelar durian seperti "makan kastard di tandas awam." (tade taste!)
4. Eh apesal pokok durian tumbuh banyak sangat kat Malaysia ni? (eh?)
5. Durian juga digelar Raja Buah. (tu semua orang tahu)
6. Yang ke enam, sape tak makan durian dia rugi! (uhuk)






 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!