July 1, 2013

Tip : 10 Cara Cari Idea Tulis Blog

Assalammualaikum,



Bukan senang nak menulis blog tau. Kadang-kadang otai blog pun kusut nak cari idea menulis blog apatah lagi newbie. Idea dah ada tapi cara penyampaian dan target blog takde pon tak guna. Eh macam lagu W.A.R.I.S...


10 cara cari idea menulis Blog:

1. Blogwalking
Blogwalking dari satu blog ke satu blog dapat memberikan idea sedikit sebanyak pada blogger untuk menulis blog. Tipulah dah melawat lebih dari 10 blog kawan-kawan masih tak ada idea. Kita bukannya nak tiru idea entry blogger lain. Cumanya korang boleh try respon dengan kongsi pengalaman atau pendapat entry blog lain tu ke. Siap bagi backlink mungkin. 

2. Media Sosial
Melalui Facebook atau Twitter pon boleh dapat idea tau nak tulis blog. Mungkin ada kawan-kawan korang yang share gambar ke atau info yang menarik. Atau ada status kawan korang pasal putus cinta ke, nak tips muka cantik macam Kak Ton ke, korang boleh start jana idea dekat blog kenn. Atau susah-susah share je insta korang kat blog haa gitu...

3. Berita Semasa
Korang boleh update blog dengan sharekan berita-berita terkini yang korang baca kat newspaper, majalah, Google ke kan. Tapi haruslah backlink oke. Bukan hak kau orang pon. Pastu kaitkanlah dengan pendapat atau pengalaman korang.

4. Aktiviti peribadi
Kongsi aktiviti seharian korang boleh jugak jadi idea yang meletops nak tulis blog. Tak payah susah-susah perah. Contohnya korang share harini korang pergi ziarah Tiz Zaqyah iaitu sepupu korang (kelass) atau pengalaman pertama kali pergi Zoo Negara etc etc...





5. Kegemaran yang melampau
Contohnya korang suka bela harimau, korang boleh sharelah cara nak jaga harimau, makanan kegemaran harimau, kenapa korang suka sangat harimau, aktiviti kesukaan harimau, pantang larang menjaga harimau. Nampak permainan dia? Yang akhirnya boleh jadi blog nichie tersendiri tau.

6. Segmen, giveaway, kuiz, teka-teki
Kalau rasa mampu tuh buat lah segmen ke, giveaway ke. Lepastu korang bolehlah update para peserta ke, komen peserta ke, review peserta ke, senarai pemenang peserta ke. Haa paham?

7. Keyword blog
Korang boleh jugak usha keyword yang singgah kat blog korang. Misalnya kat keyword Nuffnang ke. Kalau baca keyword yang singgah mesti macam-macam ada. Contoh. Dari situ idea nak tulis blog pasti ada dengan menulis idea itu atau membalas respon mereka.

8. Review
Boleh jadi review mengenai filem, drama, makanan, gadjet, buku atau apa saja yang boleh membawa info kepada pembaca. Contoh.

9. Sembang kosong
Tengah korang lepak dengan member-member kat kopitiam, lepastu sembang pasal hantaran tinggi jugak boleh jadi idea tulis blog. Bincangkan topik-topik tadi dengantuliskan pendapat sebenar member-member korang ke.


10. Tip-tip berguna
Tip-tip ni mungkin boleh dapat sepanjang berblogging ke, kecantikan, kembara atau fesyen melalui pengalaman korang hadapi atau kendalikan sesuatu perkara atau produk. Korang boleh tulis kat blog dan pembaca suka tip-tip ni oke. Ai pon suka hahah.


Idea dah ada, tapi fokus pembaca korang kena alert lah jugak. Jangan lah untuk kau baca sendiri macam diary peribadi. Nama pun blog semua orang ada hak nak Google tau. Itu kalau yang tak privatekan blog la huhu. Jangan korang terlibat dengan entry bermasalah pulak macam ni.

Diharap 10 cara cari idea nak tulis blog ni memberi manfaat kepada semua orang. Maaf jika ada salah dan silap. Saya hanyalah blogger biasa je pon. Untuk tips lebih lanjut mengenai blog sila layari ke sini. Cayok-cayok! XD



27 comments

July 1, 2013 at 10:35 PM

Wah untungla jadi blogger..tahniah. .blog blh berkongsi2 tips :)

July 1, 2013 at 11:28 PM

byk caranya

July 2, 2013 at 2:02 AM

ok2 lepas ni nak tulis entri pasal rimau la pulak....hehehhe

July 2, 2013 at 2:42 AM

thanks dear... nice tips!:)

July 2, 2013 at 9:30 AM

bagus tips ni bebehh!!

July 2, 2013 at 12:30 PM

betul-betul !! sy setuju teramat tips-tips ni sebab selalu buat..tapi kdg2 mengada ja tu cakap tiada idea nak blogging padahal malas hihihi

July 2, 2013 at 12:30 PM

betul-betul !! sy setuju teramat tips-tips ni sebab selalu buat..tapi kdg2 mengada ja tu cakap tiada idea nak blogging padahal malas hihihi

July 2, 2013 at 1:34 PM

Nice tips..:) tips ni memang berguna dikala kekeringan idea..

July 2, 2013 at 1:38 PM

thanks for the share...

July 2, 2013 at 2:12 PM

hahahaha.. terima kasih.. idea sudah mari

July 2, 2013 at 2:38 PM

salam..
yup..stuju dgn smua tips di ats..hehe
thanks share ^,^

July 2, 2013 at 2:39 PM

Ada tips diatas yg memang kakak gunakan..

July 2, 2013 at 3:39 PM

tips yang sngt berguna :) nice sharing:)
http://coretanpencariketenangan.blogspot.com

July 2, 2013 at 3:49 PM

bagus bagus..thnks.

July 2, 2013 at 4:21 PM

Bila takde idea tu, memang fed up...huhu..

Anonymous
July 2, 2013 at 4:38 PM

tq share this, very gd tips ni !

July 2, 2013 at 5:29 PM

pengalaman hidup.

July 2, 2013 at 6:34 PM

owhh idea..come 2 pape :) he3 nice sharing..btol jgak 2..sal harimau 2 best he3..tp nk tarik pngunjung pn kena ada cara jgak kn..ada tips x??

July 2, 2013 at 6:44 PM

info berguna :)

July 2, 2013 at 6:44 PM

info berguna :)

July 2, 2013 at 7:47 PM

nice sharing :D
done follow , follow back ye

July 2, 2013 at 8:09 PM

nice tips :)

July 3, 2013 at 10:54 PM

ok terima kasih, skg byk dah idea tapi tak terkeluar di hujung jari. acaner tu?? hehehehe,

July 6, 2013 at 4:18 PM

perkongsian yg hebat.. boleh ikut cara ni...

July 7, 2013 at 12:52 PM

tq xila for the tips..tapi part bela rimau tu idokle rasanya and part blogwalking baru terfikir..yalah masa bw macam-macam cerita kita bacakan...

July 10, 2013 at 1:28 PM

sbb tu idea tu mahal kan? hehehXD susah kut nk dpt ^^

August 2, 2013 at 1:16 PM

Menulis blog ni, sikit-sikit dah nak masuk ke arah journalism. So, content tu kadang kena ambik perhatian lebih untuk naikkan trafik. Kalau tulis berjela tapi mengeja tahap budak prasekolah, payah jugak nak pergi jauh tu.

Post a Comment
 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!