August 31, 2013

Jika Kau Fikirkan Boleh

Assalammualaikum,

Jika kau fikirkan kau boleh, kau hampiri kejayaan, jika kau fikirkan ragu-ragu usaha mu tidak menentu. Percaya apa kau lakukan.. Eh eh sudah cukup sudah. Kalau zaman sekolah rendah dulu, tiap-tiap kali perhimpunan setiap hari isnin, pihak sekolah akan putarkan lagu 'Fikirkan Boleh'. Tak pernah dengar? Eeee awak ni mesti lahir jaman 2000 an an an...

Siapa yang bersekolah di SRK Puteri Pandan 2 je berpeluang nyanyi lagu ni masa perhimpunan. Sekolah korang hade? Kalau ada, yay sepp. Ni sekolah budak-budak perempuan tau, yang mana sebelah sekolah kitaorang sekolah budak-budak lelaki. SRK St Gabriel. Budak perempuan ejek budak lelaki, Singa Bogel dan budak lelaki kutuk sekolah kitaorang Puteri Pondan. Tahu tak matang. Nama pun budak-budak... Benda gini mesti gaduh dalam bas sekolah kaler oren tuh..

Kalau tiap-tiap hari isnin tu memang sentiasa bersemangat. Tapi tak ingatlah, rasanya randomly lah pihak sekolah akan pasang lagu patriotik setiap isnin. Selepas lagu Negaraku, Lagu Sekolah, dan akhirnya salah satu lagu patriotik Malaysia. Terbaikkk...

Tapi sedih nokxx, sempat bersekolah disana sampai darjah empat. Darjah 5 dan 6 sekolah di SRK Cheras Indah. Sekolah baru yang wujud masa tu. Belakang rumah je. Well, well, saya bangga sebut nama sekolah saya. Walaupun cikgu besar sekolah baru tuh gelarkan kami semua batch darjah 5 sebagai mawas masa perhimpunan. Tuan-tuan dan puan-puan, awak umur je besar, akal ada fungsi? Awak berucap depan budak-budak kot. Penjajah!


Nah....Fikirkan Boleh! Yeahhh korang boleh! Malaysia Boleh!



childhood, 1Malaysia, Selamat Hari Merdeka, doodles, celebration, merdeka, yakin diri
Selamat Hari Merdeka, Malaysia!! 





21 comments

August 31, 2013 at 10:15 PM

citer yang menarik...selamat hari merdeka!!!huhuh!!!!

August 31, 2013 at 10:24 PM

iyah!!! semangat kemerdekaan!!.. hihi..

August 31, 2013 at 11:21 PM

hepi merdeka boh.. :D

September 1, 2013 at 7:36 AM

QL punye entri yang terbaru nie pun gne lagu... nie.. wa.. x sangka...

Anonymous
September 1, 2013 at 11:16 AM

selamat hari merdeka :D

September 1, 2013 at 3:51 PM

baru semangat kan..
percaya apa kau lakukan :)

September 2, 2013 at 9:15 AM

Dh lamer xdgr lagu tu....

September 2, 2013 at 10:25 AM

Merdeka! huuu :D

September 2, 2013 at 11:42 AM

lagu inilah yg menyebabkan aku dpat gangsa dlm marathon kmkn dulu.. dlm penat lelah, sampai lah ke garisan pnamat, dgn lagu ini, tnaga aku kmbali kuat..

September 2, 2013 at 12:34 PM

lagu yang beri semangat..

September 2, 2013 at 12:38 PM

rasa smgt nak nynyi..hihi

September 2, 2013 at 12:56 PM

mesti akan rasa berseangat apabila dengar lagu ni..

September 2, 2013 at 3:03 PM

lawa lukisan! haha.
slamat merdeka..

September 2, 2013 at 7:15 PM

suka lagu ni! ^^

September 2, 2013 at 8:22 PM

suka juga lagu ni tp dulu skolah rendah perempuan gak..hehhe

September 2, 2013 at 9:01 PM

suka lagu ni. lagu yg bagi kata2 semangat.

September 2, 2013 at 9:46 PM

salam merdeka..

September 3, 2013 at 2:56 AM

inshaa'Allah sntiasa boleh =) kena tenamkn dalam otak mcm 2..salam kemerdekaan..

September 3, 2013 at 1:07 PM

lama tak nyanyi lagu ni..semangat! hihihi....salam merdeka

September 4, 2013 at 3:26 AM

kau boleh.!! kau boleh!!

huhu..semangat ni..

September 4, 2013 at 12:14 PM

kalau dgr lagu ni, tetiba rasa semangat tu tiba2 high level heeee

Post a Comment
 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!