September 11, 2013

Hias Ruang Anda Dengan Seni Dinding (Wall Art)

Assalammualaikum,

Korang suka tak hias ruang peribadi korang kat ruang tamu ke, ruang makan ke ataupun ruang bilik tidur? Tak pun hias kat pejabat. Kalau pejabat atau ruang kedai macam kedai baju ke, designer ke letak frame gambar lukisan mesti rasa kelasssss youuu.. Kennn kennn?


wall art, seni lukisan, hiasan dalaman, 1Malaysia, online shop, beli lukisan online, shopping online
Wall art


Buat semua mak-mak orang, penggemar deko-deko, jiwa artistik, dan semua peminat seni lukisan tanah air, kini anda bolehlah dapatkan seni dinding (wall art) secara online di WallArt.my. Pelbagai jenis seni lukisan yang berkualiti oleh artistik dari Asian teutamanya dari Malaysia seperti lukisan tangan (fine art) dan seni hiasan (decorative art) yang didatangkan bersama bingkai gambar pilihan anda. Pilih je yang mana idaman kalbu.

Setiap seni lukisan mesti ada nama kan. Barulah dipanggil seni. Uniknya tentang seni lukisan, kebanyakannya ianya hanya satu-satunya dalam dunia kecuali lukisan copy-paste atau cetak rompak la..

wall art, seni lukisan, hiasan dalaman
Pond with water lily
 
wall art, seni lukisan, hiasan dalaman
The beach at Sainte Adresse

Kalau korang mahu karya seni lukisan korang turut dijualkan secara online, korang boleh cuba contact dan email admin WallArt.my. Yang dari Asian terutamanya dari Malaysia amat digalakkan. Satu platform yang baik ni. Boleh feeling-feeling retis macam Emma Maembong huhu. Dan artwork korang boleh pergi jauhhhhhhhh sana haaaa...
Kini segala-galanya mudah dihujung jari. Boleh beli lukisan secara online! Yang penting menjanjikan 100% kepuasan kepada pembeli. Jadi dapatkan seni lukisan pilihan anda sekarang!   

Website : www.wallart.my



Shipping & Delivery :
Giclée print                   –        Ships in 2-3 days
Framed Giclée print   –        Ships in 3-5 days
Stretched Canvas        -        Ships in 4-6 days - See more at: http://wallart.my/product/the-japanese-footbridge-and-the-water-lily-pool-1899/#sthash.yD8SG0ZJ.dpuf

August 31, 2013

Jika Kau Fikirkan Boleh

Assalammualaikum,

Jika kau fikirkan kau boleh, kau hampiri kejayaan, jika kau fikirkan ragu-ragu usaha mu tidak menentu. Percaya apa kau lakukan.. Eh eh sudah cukup sudah. Kalau zaman sekolah rendah dulu, tiap-tiap kali perhimpunan setiap hari isnin, pihak sekolah akan putarkan lagu 'Fikirkan Boleh'. Tak pernah dengar? Eeee awak ni mesti lahir jaman 2000 an an an...

Siapa yang bersekolah di SRK Puteri Pandan 2 je berpeluang nyanyi lagu ni masa perhimpunan. Sekolah korang hade? Kalau ada, yay sepp. Ni sekolah budak-budak perempuan tau, yang mana sebelah sekolah kitaorang sekolah budak-budak lelaki. SRK St Gabriel. Budak perempuan ejek budak lelaki, Singa Bogel dan budak lelaki kutuk sekolah kitaorang Puteri Pondan. Tahu tak matang. Nama pun budak-budak... Benda gini mesti gaduh dalam bas sekolah kaler oren tuh..

Kalau tiap-tiap hari isnin tu memang sentiasa bersemangat. Tapi tak ingatlah, rasanya randomly lah pihak sekolah akan pasang lagu patriotik setiap isnin. Selepas lagu Negaraku, Lagu Sekolah, dan akhirnya salah satu lagu patriotik Malaysia. Terbaikkk...

Tapi sedih nokxx, sempat bersekolah disana sampai darjah empat. Darjah 5 dan 6 sekolah di SRK Cheras Indah. Sekolah baru yang wujud masa tu. Belakang rumah je. Well, well, saya bangga sebut nama sekolah saya. Walaupun cikgu besar sekolah baru tuh gelarkan kami semua batch darjah 5 sebagai mawas masa perhimpunan. Tuan-tuan dan puan-puan, awak umur je besar, akal ada fungsi? Awak berucap depan budak-budak kot. Penjajah!


Nah....Fikirkan Boleh! Yeahhh korang boleh! Malaysia Boleh!



childhood, 1Malaysia, Selamat Hari Merdeka, doodles, celebration, merdeka, yakin diri
Selamat Hari Merdeka, Malaysia!! 





March 23, 2012

Dunia Tanpa Aiskrim

Assalammualaikum,


1) Adakah anda penggemar tegar aiskrim?
a) Ya!
b) Tidak.
c) Kurang pasti aka entah.
d) Semua di atas.


2) Kategori makanan kegemaran pilihan anda?
a) Aiskrim
b) Roti jala
c) Coki2 pon boley...
d) Apa-apa jelah asalkan halal!


recepi, food, 1Malaysia


Lebih banyak jawapan A.
Anda mempunyai karektar yang manis seperti aiskrim. Nyummy sekali. Seperti mahu dijilat-jilat lagi. Tak cukup dengan itu, anda adalah seorang yang penyabar dan cool gitu. Aiskrim dapat meredakan hati yang panas membara. Tapi tak mustahil satu hari nanti anda akan dilanda obesiti mahupun kencing bermanis.


Lebih banyak jawapan B.
Anda seorang irihati ataupun pendendam ataupun kaki curang mahupon kuat mengumpat. Bawak-bawaklah ubah perangai tuh. Tanya kawan anda, bagaimana karektar anda pada pandangan mereka. 


Lebih banyak jawapan C.
Golongan seperti ini kadangkala kurang menyerlah terhadap keyakinan diri. Pergi ke kaunter kaunseling berdekatan dengan anda secepat mungkin bagi merungkai kekeliruan yang mungkin ada pada diri anda.


Lebih banyak jawapan D.
Samaada anda ni seorang yang tamak haloba mahupun mempunyai tahap kerakusan yang tinggi! Entahh malas aku nak taip! Dasar tamak!




Aiskrim dapat menghilangkan rasa gundah gelana yang ada dalam hati saya! Balik kerja je jilat sekrim. Nikmat boh! Tulisan diatas hanya rekaan semata. Kanak-kanak dibawah 13tahun perlu bimbingan ibubapa sewaktu membaca artikel ini. Kuikui.





January 11, 2012

Hantu Durian

Assalammualaikum,


Hari ni gila blogwalking. Aktif sebab adrenalin tahap enjin kuasa kuda. 


sayang semua, 1Malaysia, fakta durian, food, musim durian
Google


Fakta Durian

1. Kalau makan durian, kena lah minum air masak banyak-banyak. (ofkoz!)
2. Musim durian biasanya pakej dengan musim manggis. (hoyeh!)
3. Omputih gelar durian seperti "makan kastard di tandas awam." (tade taste!)
4. Eh apesal pokok durian tumbuh banyak sangat kat Malaysia ni? (eh?)
5. Durian juga digelar Raja Buah. (tu semua orang tahu)
6. Yang ke enam, sape tak makan durian dia rugi! (uhuk)






October 18, 2011

Pasembur Penang Mari Terbaik

Assalammualaikum,

Memandangkan jiran comelku, Sutera Kasih membuat entry pasal pasembur kan, maka terujalah akan salah satu makanan kegemaranku itu. Lebih teruja kalau sebut pasembur dengan berbunyikan "pasembuq" tau tau! Cuba lah sebut... paa, semm, buq.... Wah seronok gila!! Hahah Almaklumlah lima tahun mendewasakan diri di UUM nun..


campus style, food, Pasembur Penang, Pulau Pinang, 1Malaysia, rojak Penang, frenz forever, funny movie, keyword, tips belajar
Pasembur Penang. Sumber Google

Alkisah bila jadi student perantau pasti akan membuang masa dengan backpacking kan. Rugi tau kalau kat negeri orang tapi tak melawat tempat menarik sekitar itu. Yang pasti salah satunya ke Penang. Walaupun dah berjuta kali menjejakkan kaki disitu, yelah lahir kat Penang kot. Namun travel dengan kawan-kawan lain rasanya.


Kalau ke Penang singgah ler ke Gurney Drive untuk cari Pasembur Penang terbaik. Jumpalah dengan uncle rojak terbaik disana. Rojak, rojak, rojak.... (Goyang2 kepala~) Wah memang menggelikan hati. Siapa yang dah rasa pengalaman ni mesti tahu. So tengok jelah santapan video yang dicuri dari Youtube ni... Yanadeyyy




Tapi ada lagi satu video yang best. Tak jumpa la. Gelak gila-gila bila dengan member tengok ni. Dah rasa macam travelog pulak.. Ingat nak taip pendek je. Teruja pulak taip panjang-panjang. Masa komen entry Yann, saya suruh dia Google sendiri mamak pasembuq ni. Tapi, buat entry lak tiba-tiba. Kepada Yann, jomla terbang ke Penang kita holiday sama-sama. Hikhikkk. Tapi takut la Tsunami. Grrr

Kepada Aimie Amalaina tuan blog Kerana Lily, Selamat Hari Lahir yang ke 23! Yay saya muda beberapa hari dari kamu. Moga panjang umur murah rezeki, bahagia dunia akhirat hendakNya.





ps :: Rojak, rojak, rojak...



September 20, 2011

Vokal Bukan Sekadar Rupa

Assalammualaikum,

Rancangan realiti terbaru dari TV3, Vokal Bukan Sekadar Rupa bakal menemui anda. Tak habis-habis rancangan realiti nyanyian ni. Nampak sangat orang yang tiada rupa sempura umpama Erra Fazira hanya layak menyertai rancangan kesian macam ni. Kalau ujibakat kat Mentor ke, mesti reject awal-awal.

Tapi takpe lah, sekurangnya ada peluang mencungkilkan bakatnya ponn. Kalau macam tuh, mesti abang-abang yang bergigi rongak, akak bermata juling, serta adik-adik yang berjerawat batu tak mahu melepaskan peluang. Alah masuk tv nanti pandai-pandailah diaorang di make overkan. Jadi takdelah buruk sangat. Kot.


Inilah peluang mereka :


isu, vokal bukan sekadar rupa, realiti tv, 1Malaysia, love song, song lyric
Vokal Bukan Sekadar Rupa



Ok lah, makin lama makin duk merapu. Selamat mengharungi ujibakat! Kalau Kak Limah dah jadi cantik, jangan lupa kami semua ya. :p



September 7, 2011

Rupa Adalah Faktor Menjadi Blogger Popular ?

Assalammualaikum,


"Muka kau tak cantik macam Yuna!"

"Aku menyampah lah tengok muka kau"

"Bajet bagus lah muka macam tu? Gedik!!"

"Eh abang Ben lagi macho lah dari abang kau..." 

"Pesal blog kau tak hensem?!" Erk???


Itulah antara dialog-dialog yang sering dibicara dalam hati. Korang ada pernah tak terlintas macam tuh dalam hati? Haa kantoiii... Adakah fenomena Hensem atau Cantik rupawan menjadi faktor sesebuah blog itu popular? Seterusnya menjadi salah sebuah blog yang berpengaruh di seantero Malaysia? Mari kita kupaskan.


Ewah dah macam journalist pulak kan? Memang teringin pon.. ><


Kebiasaannya yang mempunyai kata hati seperti dialog di atas terjadi kepada blogger popular. Bagi blogger popular yang juga bukan artis tanah air, sering kali di keji secara halus. Betul tak wahai blogger popular? Jangan tanya saya. Sah-sah tak popular lah Jahh oii. Sering kali juga anonymous datang mengacau blogger popular secara mengeluarkan kata-kata tidak manis dan fitnah. Kan? Kesian kan?


Ini kerana salah satu faktor cemburu. Ya ternyata lebih ramai anonymous menyerang blogger popular berbanding blogger kebanyakan. Tak perlulah disini menyatakan bloger-blogger popular yang sering bermasalah dengan anonymous kan? 



Tapi bagi aku pelik dengan kaum manusia ni. Pantas cemburukan kejayaan dan kehebatan orang lain? Blogger popular juga suatu masa dulu payah untuk sampai ke tahap yang stabil bagi mereka. Telah ramai blogger yang aku perhatikan selama berblogging ni. Tabik spring pada Yuyu Zulaikha. Walaupun blogger popular, tapi beliau sangat humble. (setelah diperhatian sekian lama :P)


Memang senang nak jadi blogger popular tapi bukan senang nak jadi blogger terhebat. Macam denaihati.com kan. Memang tak boleh lawan kan? Rupa denai hati tu pun macam manalah agaknya kan? Faktor rupa bukan prinsip Denai Hati. Masih dan tetap hebat walaupun rupa bukan sandaran utama. Yang pasti mesti confirm beliau ni kacak. Heheh

"Eh dia ni comel/kacak lah. Aku nak follow lah."

Wajah yang cantik hesem rupawan merupakan bonus seseorang blogger. Bagi artis wajah adalah penjenamaan sesebuah blog. Haruslah kan. Saat ini ramai yang mempertaruhkan wajah. Tempek gambau besau-besau kat header. Oh tak salah. Apa kata kita berfikiran terbuka wahai rakan-rakan blogger? Sudah tentu industri blogging di Malaysia meriah bukan?

(Testimonial)
"Anita (bukan nama sebenar) ni kawan aku sendiri, memang beliau sangat cantik. Header dia penuh dengan muka dia je. Tapi dia baik dan mesra. Memang comel. Baru je blogwalking awal tahun ni, tapi follower kalah aku. Beribu je sekelip mata. Anugerah Blogger popular kasi dia. Heh. Last-last dia dah berhenti berblogging dah. Sebab faktor masa dan hilang rasa pada blog mungkin. Motif? Bukan semua orang sejiwa dengan Blog."


Akhir kata bukan sahaja faktor wajah memainkan peranan, kemesraan, rajin berblogwalking, bukan kaki copy paste, pandai bermain SEO, dan banyak lagi faktor yang memungkinkan kita menjadi blogger popular atau terhebat. Susah-susah dulu pendapatan bukan?


ps :: hidung saya kemek..



August 7, 2011

VLog - Aktiviti Hits Masa Kini


Assalammualaikum,

vlog, VLog - Aktiviti Hits Masa Kini, remaja, youth, hits video log
VLog - Aktiviti Hits Masa Kini

Vlog ataupun Video-log memang menjadi trend masa kini eh? Remaja-remaja sekarang dok berlumba-lumba cakap-cakap depan kamera sorang-sorang. Sounds nice. Kiut. Yang kiut, memang ternyata kiutlah, tapi yang tak berapa kiut tuh, tak ape lah boleh cuba lagi. Boleh cuba gali-gali bakat buat vlog tuh lagi....*Kiut means term of bakat okeh.



Vlog pon sama la function nya macam belog. Tempat kite ramai-ramai express kan apa yang terlintas di hati ke, share pengalaman pergi zoo ke, nak kepoh baru balik dari Disneyland ke, buat telenovela ke, nak ngumpat cik eton sebelah rumah ke, tempat kongsi rahsia kejayaan buat cup cake ke, dan banyak ragam lagi lah penduduk muka bumi ni....*Kepoh jap



Tapi yang bezanya belog tak dapat tunjukkan rongga mulut yang cantek, just boleh letak gambar peace-peace macam tu je... Tapi vlog boleh.. Haa,, Kau ade? Hehe. Ermmm macam nak try lah kan. Ewahh.. Duduk senyap-senyap depan laptop suda...



Tapi kalau nak vlog kenalah pandai dan mahir berkata-kata kan, pandai ekspresikan muka pelbagai gaya, muka kena ade siket sengal-sengal, tapi kalau takde tak pe lah janji ikhlas. kan?? I would prefer to be as viewer je lah. eh.. Niat nk vlog pon perlu untuk benda yang nak disampaikan tu. Kalau setakat pikir nak femes-femes ni, tak payahlah. Hanya originality vlogger je akan beri kesan pada penonton. Agak-agak camtu lah kot..~fuhh



Vlogger-vlogger kat Malaysia pon bukan main berbakat lagi...
Cam Matluthfi.... Jom terjah sape mat luthfi
err dik angkat saya...
Boleh?



*serius comel*
kah kah kah


Vlogger-vlogger lain pon comel jugak, bijak-bijak plus berbakat jugak. Macam Maria Elena ke, Anwar Hadi ke, adik Shahrin ke, Nak lebih lagi pergi la youtube, taip lah nama dorang ni satu-satu... Kena ada happy face tak kalau vlog? Hurmm,



Malang nye, (aiseh kena guna perkataan suey), ada je vlogger lain yang sangat annoying nak tercekik! Tapi tak apelah, usaha tu ade...(again) Just, keep it up. *Pengkritik tetap



Tak lupa jugak kat Online video sharing version Malaysia jugak,

1 Tube 1 Malaysia

Pergi je link kat atas nih, macam-macam ada...
Kemon lah kasi support sikit untuk depa. Malaysia boleh ma...



Tapi share-share something tuh berpada-pada lah jugak, Lagi afdal kalau share benda yang berfaedah, yang dapat ingat-memperingati sesame sendiri, yang positive-positive, macam ni kan lagi bermakna. Semua orang pon dapat impaknya. Hurm harap macam tulah.



Last but not least

Video Wecome Ramdhan dari Aiman Azlan & AnwarHadi lagi:




Teruskan usaha anda vlogger semua..
ececeh...


p/s :: sape main friendster lagi? wondering*


November 8, 2010

Chelsea....hang pasaipa??

oh terkejut...
mengapa kau kalah??
2 - 0
 hmmm,, 
ok.....,
Chelsea 0 - Liverpool 2

ini tidak harus terjadi!!!
err walaupon tak minat kau Chelsea,
walaupon tak tengok pon,
walaupon jatuh hati kat player ko je, 
tapi semangat kau tu ada kat sekitar aku...
duhh
buat malu saja~~
ayaiyai
takpe, ko tetap di atas lagi kan??

Lampard,

Lampard,

Lampard !!
mana kau ??
saat,
Chelsea memerlukanmu sesangat ??
wuwuwuwu~~~

grrrrrr!!!!!!
patot Lampard kena pakai jersi 24 kot...
ishhh
go Lampard, go!!!!
kamu boleh!!!
cayok, cayok !
hikkkkx

chelsea blue, chelsea team, frank lampard, chelsea best, frank lampard photo,



p/s:  24  la  yang  terbaekkk ~
ha ha ha ha

selamat maju jaya Chelsea !!! ^.<

October 15, 2010

proton inspira 2010


inpiration, proton inspira 2010, proton, 1Malaysia, kereta proton, kereta buatan malaysia, made in malaysia



err skali proton lancarkan produk baru la....Proton Inspira. kenapa tak letak nama Proton 1Malaysia ekk?? haha. memandai je aku ni. tapi nama tu pon bez gak kan??? cam bangga je lalu lalang kat ataz jalan raya nanti. kuikui. tapi proton baru ni juz ganti model waja yang dah ada kat pasaran dulu tuh....

harga bermula dari RM79,888 sehingga RM95,000ye. kumpul wet banyak2 taw baru boleh beli. tapi entah lah memang tak beminat pon beli keluaran proton. ada je kelemahan2 beliau kan. tapi design cam hensem dah. kalau lelaki bawak sesuai kot. entah bukan tak nak menyokong belilah barangan buatan Malaysia. tapi....,,, itulah, tak kuasa nak beli. wet poket pon mak huluq lagi. kihkih.

so sokong 1Malaysia! yeaahh ^^

 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!