September 2, 2013

Hati-hati Dengan Nombor Telefon Hantu Ini

Assalammualaikum,

Pernah tak dapat nombor telefon yang tak dikenali tapi menyamar sebagai staff syarikat telekomunikasi besar seperti Maxis? Ataupun syarikat terkenal yang lain ke? Yang mengatakan kita menang hadiah ke, cabutan bertuah ke, nombor telefon bertuah ke? Ada? Mula dengar hadiah je mesti teruja kan tapi dalam keterujaan anda jangan lupa selitkan rasa gelisah ya. Shaaaaa~~

panggilan palsu, nombor telefon penipu, nombor Maxis, Maxis Centre

Nak dijadikan cerita saya dapat panggilan dari nombor ni, 03-22609688 baru-baru ni. Siapa dapat nombor ni silalah berwaspada dik noonnn. Tak payah angkat pun takpe. Buang masa je. Masa mula angkat phone tu depa terus tanya nama korang (nama yang berdaftar dengan prepaid/postpaid Maxis) dan perkenalkan diri dia sebagai staff HQ Maxis. 

Masa ni korang akan yakin gila dia dari staff HQ Maxis sebab yelah dia tahu nama dan maklumat anda. Korang mula rasa lega dan kurang curiga bila part ni. Tapi drama saya agak kelainan sikit. Emmm buat conversation jelah, susah nak menaip ni haa..

Maxis : Hello boleh bercakap dengan dot dot dot
Saya : Ohh takde orang nama tu. (Pada mulanya berlakon)
Maxis : Saya dari staff HQ Maxis dan betul ke cik dot dot ni pengguna nombor 012xxxxx?

(Ok mula cuak. Pehal? Pehal? Aku ada buat salah ke?)
Saya : Oooo aah memang nama tu yang daftar nombor ni tapi sekarang saya yang guna.
Maxis : Siapa dia ya cik dot dot dot ni?
Saya : Kawan.
Maxis : Siapa nama cik? Umur? Pekerjaan? Berapa lama guna nombor ni?
Saya : Ning Baizira (Tipu) bla bla bla...
Maxis : Wowww cik kerja sebagai tettttt? 

(Masa ni dah mula pelik. Pehal kau? Pastu saya diam je, dan dia turut diam.)

Saya : Ada apa ya telepoNNN ni??? (Terpaksa tanya sebab kot kot ada problem ke)

Dan dia mula terangkan yang nombor telefon saya dipilih oleh Maxis sebagai pengguna setia dan menerima pakej insurans yang ditaja oleh syarikat insurans apa entah dengan kerjasama Khazanah Malaysia. Masa ni memang takde perasaan dengar insurans-insurans ni walaupun 'pengguna bertuah'. Dan dia mula bla bla bla panjang gila cakap pasal insurans. Sepanjang perbualan saya hanya balas, ohyee, ahaa, em emm, ok, teruskan, ohyeeke, ahaa, em em... Nampak sangat kurang berminat tapi ternyata si dia ni hebat dalam berkata-kata. Konfiden je bila dengar. 

Maxis : Cik ada apa-apa soalan ke?
Saya : Macam mana insurans ni dibayar bagi pihak saya?

Dia mula dah terangkan balik sampai A-Z tadi. Kedengaran suara dia macam geram. Yelah memang tak jelas kot pasal pembiayaan insurans ni. 

Saya : Sebenarnya insurans ni dapat kat sape? Saya ke cik dot dot?
Maxis : Err pengguna semasa nombor ni. (Suara ada sikit goyang)

Saya dah mula syak dan dalam kepala tengah fikir ayat apa nak end up telefon ni eh. Atlast telefon mati. Bateri sudah kong brader! Vaahhhh aman dunia. Terus bukak laptop cari details pasal insurans ni kat laman web Maxis dan Khazanah Nasional. Tak ada apa pon hebahan pasal insurans.Tak kan nak buat suprise kot kat pengguna Maxis. Puiiii. Bila bateri dah penuh, on je telefon ada 8 missed call dari 'Maxis' ni. Lusa tu dia gigih call lagi. Tak kuasa nak angkat..

Akhirnya, jawapanku dijawab...

panggilan palsu, nombor telefon penipu, nombor Maxis, Maxis Centre
Forum Maxis.


Ps :: En Maxis ni salah orang sebab dia pilih blogger!





22 comments

September 2, 2013 at 11:38 PM

Thanks for the share xila...dorg nie kdg kdg bila citer sal insurans dan kita kata xmnat walau free...dia ngamuk ngamuk marahkan kita blik pown ada..rietta sendiri pernah kena...sebab logik dek akal larr kan..mna ada ins free...

September 3, 2013 at 2:53 AM

ha3..terbaik =) rsanya pnh dpat kol mcm ni..tp sy xpnh layan num yg xkenal..biakn je..dlu pnh dpt twran insuran yg main kol2 juga..tp alhamdulillah betul dan surat smpai kt rumah..

September 3, 2013 at 7:23 AM

zmn skrg ni nk menipu ada mcm2 cara kan.... mana2 yg terdesak or senang percaya mmg haru lah... mereka ni kadang pandai nk bt kite tertipu ngn segala jnji manis

September 3, 2013 at 11:00 AM

Assalamualaikum awak. alhamdullilah. nasib baik phone mati kan? heee nasib baik dia salah pilih. kalau terkena dekat orang lain, habislah duit segalanya. semoga takda orang yang jadi mangsa depa lagi :(

September 3, 2013 at 12:21 PM

ehehe sah sah kene main...bagus ni share kat sini.war2 kan lagi kat fb semua yer...biar dia rase.yg lain2 pun jgn mudah tertipu pulak

September 3, 2013 at 1:04 PM

ahhh bahayanyaaaaaa

September 3, 2013 at 1:27 PM

tu dia sgt bahaya..

September 3, 2013 at 6:19 PM

Hampir sama dengan kes saya la ni ek. Saja nak kongsi utk pembaca lain.. boleh baca pengalaman saya di sini : http://mobilityworlds.com/hati-hati-nombor-phone-0327263500-dan-0320550700

September 3, 2013 at 8:27 PM

mcm ni punya permainan pun
ada org nak buat?
mak aihhh


xyah lyn je

September 3, 2013 at 8:43 PM

salah orang la sebab salah call dearxila.. hahaha... bahaya ni.. isk3.. akan disebarkan!

September 3, 2013 at 9:54 PM

kte pun pernah!

tapi ni insuran jadah apa ntah

mmg silaplah kan pilih beloger kan. haha

padan muka :p

September 3, 2013 at 10:59 PM

So kiranya mmg hantu betul la yg call kan ?? Wawawaaaa.. takutnyewww



Hahahahahaa

September 4, 2013 at 3:00 AM

pernah cam je no fon tu..

tp tak pernah nak jawab panggilan2 tak dikenali sangat...

kecuali kalau mood tetibe baik sangat la nak jawab..kekee :D

bahaya la kalau ada kes macam tu...
kena berhati-hati lepas ni..

September 4, 2013 at 12:13 PM

hahaha padan muka org tu, salah pilih org, habis arrrr failed dia nk tipu org, org akan google number tu hehe

September 4, 2013 at 1:54 PM

huish bahaya skrg ni, bnyk penipuan

September 4, 2013 at 2:12 PM

name aku la tu!...hahahha...
pape hal pon...klu no yang pelik kol..better jgn angkat..pastu google...kadang2 klu no kl ni gagah nak jawab konon2 nye big firm nak panggil interbiu.. :)

September 4, 2013 at 4:31 PM

talian celcom tak dpt lagi..sms adalah

September 4, 2013 at 8:24 PM

Insurans QL byk kali dpt call... tapi selalu bagi alasan sibuk.. yg x tahannye pernah dapat call.. ktenye dari SHELL,QL menang 20 ribu x silap.. di tanye address, bila jwab, dy macam blurr, x tau kt mne... paling x bijak nye,orang yg call tu cakap indon.. lastnye QL cakap, QL sedekahkan 20 ribu tu pada nye.. professional la skit klau nak menipu pun...

September 5, 2013 at 1:02 PM

gua kena dari touch n' go kononnya. nk bg kad free apetah tp sembang berjela2, malas layan =.=

ahh satu lg, insuran dari maybank dekat 10 kali dah haa lupa pulak nk save no.




p/s: cun header <3

September 6, 2013 at 3:21 PM

ada je idea orang2 camni nak cari keuntungan kan. selama guna celcom ni tak pernah kena lagi lah macam ni.

September 9, 2013 at 3:42 PM

azie pun ada dapat call baru2 ini tapi no lain..tak layan sbb kata busy terus dia tak call dah..tq sbb share benda ini

October 18, 2013 at 3:29 PM

baru kena call tadi no yang sama +60322609688 dan terangkan dari maxis jugak. no bertuah dan siap bagi ofer insurans... panjang lebar jugak dia cakap.. memang pelik la, saja bagi tempoh untuk call balik.. tp hal begini memang tak leh caya...

Post a Comment
 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!