July 15, 2013

Zombijaya Dari Novel ke Filem - KL Zombi

Assalammualaikum,


Filem KL Zombi bakal ditayangkan tidak lama lagi yang merupakan adaptasi dari novel terbitan BukuFixi iaitu Zombijaya. KL Zombi dibintangi oleh Zizan Raja Lawak (hero), Siti Saleha, Izara Aishah dan beberapa lagi artis tanah air yang bergenre komedi/aksi/seram. Kalau tajuk filem dikekalkan sebagai Zombijaya lagi rare kot. Entah hehe.


Teaser Trailer Filem KL Zombi

Sinopsis Filem KL Zombi
Selamat datang ke Kuala Lumpur! KL Zombie mengisahkan Aliff yang secara tiba-tiba digigit seekor anjing. Akibat gigitan itu dia mengalami penyakit pelik dan bertukar menjadi zombi yang kemudiannya menjadikan manusia sebagai mangsanya. Dapatkah KL diselamatkan dari serangan zombi? Hanya Nipis mampu mengatasi Zombi... Menarik ke tidak? Haaaa... sumber


Tips mengahapuskan zombi ;p

Zombi teh tarik satu!


Untuk maklumat lanjut sila ke official Facebook KL Zombi
Semua gambaq diambil dari FB KL Zombi. Huhu. 
Tarikh tayangan Filem KL Zombi 29 Ogos 2013.



Ps :: Dah tengok filem Pecah jugak. Okela sebab dah dapat agak apa jalan ceritanya walaupun belum pernah baca novel Pecah. Hebat tak? Hahah. Novel Pecah terbitan BukuFixi jugak..



June 7, 2013

Review Novel Mental

Assalammualaikum,

Akhirnya setelah berbulan habis juga baca novel bahasa Melayu dari Shaz Johar berjudul MENTAL keluaran Buku Fixi. Mental sangat ah baca buku ni. Bahasa yang digunakan agak sempoi dan rasanya kalau salah dipergunakan  oleh budak-budak hingusan yang baru nak up, boleh menjadi parasit yang tak sayangkan bahasa rasmi negara. Hahahah skem A !




Sinopsis Novel MENTAL
Bagi Maya, menjadi orang gaji di dalam rumah teres dua tingkat itu ibarat menyelia sebuah institusi mental. Tuan Jin menduakan isterinya. Puan Sierra mengharungi tekanan perasaan. Rashid bencikan anggota badannya sendiri, dan Rania seolah-olah cuba menjadi murtad!
Mereka semua gila. Mereka semua punya cerita.

Tetapi kehidupan Maya berubah apabila dia dikejutkan dengan nama Raudhah. Dia jadi bingung dan terganggu. Siapakah wanita itu? Apakah kaitan wanita itu dengan dirinya? Dan mengapa nama itu mempunyai satu cerita yang sukar untuk dia ungkaikan?

MENTAL mengisahkan tentang pencarian. Mencari sesuatu yang jelas di depan mata, mencari sesuatu yang bakal diberitahu, dan mencari sesuatu yang cuba dihindar. sumber

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Secara peribadi buku ni memang mental. Plus brutal habes habaq hang. Cubalah baca. Tahu semua dah baca. Rasanya dah jatuh cinta dengan publisher buku FIXI. Sebab semuanya genre yang ala-ala psiko, mental, brutal, rare, dan luar kotak. Setelah tercari-cari publisher yang best, rasanya Buku FIXI lah terbaik. Tapi sampai sekarang ai tak leh terima penulisan Ramli Awang Murshid. Duhhh. Sekarang ni nak kumpui duit semua keluaran buku FIXI. kAHKAhKAh (angkuh!)

Well said, tak salah korang nak baca buku cinta-cinta. Passion masing-masing kenn. Pfft..


Ps :: Salam Israk Mikraj.
Pss :: Selamat Hari Lahir jiran omey-omey >SYAZA< semoga diberkati umur dan diredhai Allah selalu :)


 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!