August 18, 2013

Cara DIY Scrub Muka Dengan Teh Hijau

Assalammualaikum,

Pentingnya scrub muka dalam tempoh 2 kali seminggu (paling kurang) dapat membersihakan muka, membuang sel-sel kulit mati, membuatkan kulit muka lebih licin, cerah dan sihat. Kulit pada wajah lebih lembut dan sensitif, jadi aplikasi scrub pada muka haruslah secara lemah lembut dan betul.

Mengapa pilih DIY Scrub Muka Dengan Teh Hijau ?
Apabila memilih scrub muka, pilih scrub yang diperbuat dari bahan semula jadi seperti kulit kacang tanah, apricot dan sebagainya. Bahan-bahan ini mudah menanggalkan kotoran di wajah tanpa meresap sehingga ke liang pori-pori. Tapi saya lebih suka guna scrub teh hijau dan tomato sebab mudah didapati. Scrub guna tomato jarang sangat nak guna tapi lain kali saya share lain eh.

Bahan-bahan DIY Scrub Muka Dengan Teh Hijau :
1. Teh hijau (uncang atau serbuk)
2. 2 - 3 sudu besar gula
3. Kapas muka
4. Air panas
5. Air suam
6. Air lemon, yogurt atau Baby Johnson oil (optional)

DIY, Facial scrub dengan teh hijau, DIY Scrub muka dengan teh hijau, teh hijau, kelebihan teh hijau, go green, tutorial, tips, cara buat scrub muka sendiri, beauty, info, inspiration, yakin diri
 Bahan dan cara DIY Scrub Muka Dengan Teh Hijau


Cara-cara buat DIY Scrub Muka Dengan Teh Hijau :
1. Rendam teh hijau tadi dengan air panas selama 120 saat. Minumlah teh yang korang buat tadi dan tinggalkan sedikit air teh untuk digunakan kemudian. Tapiskan serbuk teh bagi yang guna serbuk teh. Bersihkan uncang teh dan keluarkan isi serbuk teh bagi yang guna uncang teh. Ada paham ka?

2. Bersihkan wajah dengan air suam. Kemudian, lapkan muka dengan tuala yang bersih.

3. Campurkan serbuk teh hijau dengan 2- 3 sudu besar gula tadi dan digaul sama rata. Letak sedekit lebihan air teh hijau tadi tu untuk melarutkan gula supaya tak terasa kasar sangat gula tu. Amboi macam memasak pula..

4. Titiskan bersama dengan sedikit air lemon, yogurt atau minyak baby Johnson. Ini suka hatilah nak letak ke tidak. Untuk kesan yang lebih dramatik hee.

DIY, Facial scrub dengan teh hijau, DIY Scrub muka dengan teh hijau, teh hijau, kelebihan teh hijau, go green, tutorial, tips, cara buat scrub muka sendiri, beauty, info, inspiration, yakin diri
Abaikan mata besar tu. Orang nak buat demo ni...


5. Ambil kapas muka dan applykan di muka anda secara rata. Biarkan selama 1 minit.

6. Gunakan jari anda dan gosok-gosok sikit secara bulatan di bahagian jerawat atau black/white sekitar hidung, tenyeh-tenyeh secara lembut tau, dan feeling muka cantik macam Fazura. Huhuh

7. Ambil kapas muka tadi dan serapkan dengan lebihan air teh hijau tadi dan applykan di muka anda sebagai toner pula. Kemudian pakai pelembap muka.


Muka yang berjerawat teruk tidak digalakkan memakai scrub pada muka sebab takut mudah merebak dan semakin teruk. Jadi sila refer dokotr pakar untuk teknik lebih berkesan (mengurangkan jerawat) oke.Semoga info Cara DIY Scrub Muka Dengan Teh Hijau ini beermanfaat untuk anda praktikkan. 

Go green ♥



 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!