September 5, 2011

Tips Asas & Apa Itu Blog?

Assalammualaikum,

Entry ini khas dibuat untuk tatapan umum. Lagi-lagi untuk blog newbie yang baru berjinak-jinak di dalam arena blog ni. Saat ini, ramai yang berminat menyertai dunia blog. Dengan pelbagai tujuan dan pengaruh tertentu. So bagi newbie, anda haruslah wajib baca blog ini sampai habis ya untuk menambahkan ilmu pengetahuan semasa! Dengan pengalaman yang ada, boleh la ye turunkan ilmu siki-sikt.

Blog merupakan singkatan bagi web blog, dimana ianya juga merupakan satu laman web. Bezanya setiap penyampaian penulisan empunya blog dapat dikomen oleh pembaca, dapat bertukar link, malah mungkin meramaikan kenalan anda di dunia maya. Blog dapat disampaikan melalui blogger.com. Salah satu medium percuma untu mendaftar sebagai permulaan ber-blog!

Istilah-istilah blog?
Blog - web blog
Blogger - empunya blog
Blogwalking - berjalan/menziarah ke blog lain
Domain blog - nama unik blog cth: www.domainku.com
Ping blog - entry dan data anda akan diupdate terus ke Google, etc.

Kenapa nak buat blog?
Akhir-akhir ni ramai yang mempunyai blog kan? "So aku pon nak buat jugaklah." Hampir setiap rumah ada blog. Ibrat satu rumah, satu blog. Ewah macam kempen komputer riba pulak. Alang-alang ada laptop sendiri, berbloglah salah satu isi masa lapang bersama laptop tersayang. keke

Terpulang kepada individu itu sendiri atas tujuan ber-blog ini. Ada yang menjadi seperti lembu dicucuk hidungnya. Yelah orang lain ada blog, dia pon nak buat blog jugak. Hehe. Akhirnya, blog ditinggalkan kesepian. Tak apelah mungkin tak kena dengan jiwa raganya.

Rata-ratanya ramai blogger menganggap blog seperti diari kehidupan. Menulis perjalanan seharian sebagai manusia seperti saya juga. Ada juga yang ditubuhkan khas untuk kelab peminat seperti Kamal Adli. Ada juga yang khas untuk menjana pendapatan. Seperti online shop tudung Scarfshawlhoney. Malah blog gosip artis lagi kelasss jah. Macam Abang Nara kita. Hehe Dan bermacam lagi.

Kenapa tak Wordpress?
Terpulang pada individu untuk memilih kan. Saya yang blur ini hanya sayang dan setia pada blogger.com. Eh apa itu wordpress? Wordpress tu fungsi sama macam blogger.com juga, free lagi. Cuma bagi aku ianya agak leceh. Eh yeke? kuikui Kalau nak guna dotcom pon boleh. Ianya berbayar. Kalau nak tahu lebih dan mendaftar sila ke NetKL.


tips, blogger, cara buat blog, cara aktif blog, cara guna blog, istilah blog, konsep blog, apa itu blog


Nampak tak konsep asas sesebuah blog? Seeloknya sesebuah blog itu mempunyai nichie tersendiri. Atau identiti tersendiri. Contohnya, blog berkaitan dengan filem, hiburan, tutorial, komputer dan sebagainya. Ramai yang menulis di blog sebagai diari. Itu bagus juga. Target pembaca hanya untuk kawan-kawan dan diri sendiri. Kiranya macam humble gitu. Macam I. Hihik.


Ala tak ada idea lah nak tulis ape?

Janji niat penulisan blog itu haruslah bersih. Sudah ramai rakan blog yang merupakan kaki plagiat. Kaki cetak rompak namanya. Suka copypaste penulisan orang lain. Membuta tuli lagi. Tahukah anda ia merupakan satu jenayah cyber? Anda akan dikenakan hukuman dihina dan pandang serong oleh blogger-blogger lain. Hahah.

Korang boleh menulis apa saja tajuk blog secara rambang pon. Misalnya kuih. Petik lah apa saja. Hari ini menulis tentang kuih bakar, esok pula kuih almond london, lusa kuih batang buruk. Tak pun kelebihan dan kekurangan kuih tradisional. Tak pun lagi cara membuat kuih. Kan bijak. Kan? Kan?


Cukuplah setakat ini. Jumpa lagi.



18 comments

September 5, 2011 at 12:40 PM

follow awak...bagus juga tip ni utk blogger lama...

September 5, 2011 at 12:41 PM

berminat nk tukat domain ke .com....apa pendapat awak ?

September 5, 2011 at 1:36 PM

eden wt blog untuk pe ek? ntah...xd identiti pun blog eden...ikut suka je nk tempek psl pe pn...hehehe

September 5, 2011 at 1:41 PM

newbi datang belajar....:)

September 5, 2011 at 1:59 PM

menulis..menulis..menulis dan menulisss
wee
epi blogging!

September 5, 2011 at 2:10 PM

nice one :)

September 5, 2011 at 2:25 PM

bagus tips ni.. nice entry ^^

September 5, 2011 at 2:31 PM

nice entry ni sayang..nad suka..:)

new entry :: buku paling nad suka...ツ

September 5, 2011 at 2:41 PM

good entry :)

September 5, 2011 at 2:47 PM

yay! selamat berkenalan!

dill.

September 5, 2011 at 2:48 PM

slmt berblog "_)

September 5, 2011 at 3:07 PM

owh..cmgitu rupanya..hee..thanks..

September 5, 2011 at 3:22 PM

saya pun baru berblog..budak baru nak belajar..salam perkenalan semua;-)

September 5, 2011 at 3:30 PM

Salam;
Tak tahulah niat sebenar aku berblog..cuma yang aku tahu aku suka tulis kemudian suruh org baca,aku juga suka baca org punya..lepas tu aku puas..

September 5, 2011 at 4:53 PM

bagus tips ni untuk newbie2 mcm sy. nnt buat tips lagi ye :)

September 5, 2011 at 9:19 PM

tips yg lain drpd yg pernah sy bc sblm ni. bagus2 ;D

September 6, 2011 at 2:29 PM

bgs tips ni..=)

May 11, 2012 at 9:40 PM

nice tips =)

Post a Comment
 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!