December 20, 2011

Kesiannya Kat Kanak-Kanak Zaman Sekarang

Assalammualaikum,


bcoz i care, pendidikan awal kanak-kanak, world, tips belajar


Haritu nampak satu program kat tv tentang pendidikan awal kanak-kanak sekolah rendah. Dorang diajar tentang sains, kejadah bioteknology semua tu. Kecik-kecik dah kena apply bioteknology dalam minda. Alolo ciannya dia.

Dorang nak pastikan kanak-kanak ni asset penting untuk negara kita akan datang. (Dah terbayang dah masa depan guna kereta yang boleh terbang.) Ni semua jasa otak kental budak-budak ni. Program ni memang lah sangat baik tapi kalau dah anggap budak-budak tu ‘aset’ tapi bukan manusia acane tu?

Bagi saya la kan, tak patutlah.. Apa kes budak yang kena interview tu muka seriyus, sambil cakap “saya seronok belajar bioteknolgy”. Mana muka kiut keanakan dia? Budak-budak ni akan kehilangan zaman kemanisan kanak-kanak dorang. Macam kes Michael Jackson dulu. Bila dah besar, dia nak sangat rasa zaman kanak-kanak dia yang hilang sampai bina Netherlands bagai.

Alahai orang dulu pun relaks je besarkan anak-anak sampai berjaya jadi saintis, doktor sakit puan, dan ahli geology. Janji semangat nak berdaya maju. Budak zaman sekarang pun dah tak kenal galah panjang, guli agaknya. Diharap kerajaan kaji formula terbaik untuk pendidikan awal kanak-kanak.

Memang sekarang dunia semakin kompetitif, tapi percayalah bila semua kejar dunia, sampai satu masa nanti mesti ada saintis cipta ‘alat keriangan!’....Mungkin untuk kes lagi 20 tahun sebab semua focus maju, maju, maju sampai lupa macam mana rasanya happy. Huh?


Ok dah pikir terlalu jauh nih...





December 19, 2011

Aiskrim Paling Sedap

Assalammualaikum,



Korang pernah makan tak aiskrim kat atas ni? Melting in your mouth kata kaw. Saat ia cair dan jatuh ke trakea itu adalah saat paling nikmat. Alhamdulillah nikmatnya... Sungguh asyik sekali bah. Tak caye pergi beli cepat kat supermarket berdekatan. 

Harga dia tak berapa nak tahu sebab buka peti ais rumah je terus rembat. Macam-macam perisa buah-buahan yang dapat dicuba. Paling sedap setakat ni perasa durian. Tipu je. Manggis kot. Seriyus sila amik saya jadi duta produk nih! Mauuuu....




 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!