October 9, 2012

Kelemahan Lelaki

Asalammualaikum,


Tadi kan baru lepas tengok drama Julia kat TV 3 tuh. Emosi betul kalau tengok drama petang-petang nih. Boleh sakit jantung. Dah lah aku nih kalau tengok filem ke drama ke suka nak berimaginasi dan buat ending sendiri. Sebab tuh migrain senang lekat. Eh.


Tup-tup suami si Julia nak ceraikan dia dik nonnn... (style kepoh). Hade ke mak mertua dia cakap Julia kangkangkan nasik suami dia haa. Pakai guna-guna lah, apelah. Cocok sana cocok sini, dah si suami si Julia nih goyang lutut. Termakan fitnah. Yelah cakap mak kan yang terbaik. Mestilah anak-anak kena dengar cakap mak. Tapi kalau dah mak ambik kesempatan terhadap anak.....emmmm.



Oh. Dan lelaki yang dah berkahwin mesti dengar cakap mak dari cakap bini sendirik kan? Atau adik-beradik dia lah. Lelaki yang dah berkahwin sila angguk. Alah malu-malu pulak nak anguk-anguk setuju... Tapi apalah syurga kalau buruk perangai kamu lelaki kalau tak melayani isteri dengan baik. Yang penting toleransi. Eh saya masih single okee.. * sambung ketip kuku




Ps :: Isteri bukan hak milik, tetapi anugerah..



October 8, 2012

Jom Mendaftar Transplantasi Organ

Assalammualaikum,


Apa itu transplantasi organ? Transplantasi organ adalah proses pemindahan organ bagi mereka yang telah meninggal dunia dengan mendapatkan kebenaran daripada si waris. Ia merupakan proses atau kaedah yang baik untuk menyelamatkan nyawa yang mengalami kegagalan organ. Setakat ni, organ yang boleh didermakan adalah seperti mata, jantung, hati, paru-paru, tulang, buah pinggang.

Kebarangkalian risiko penolakan dari badan penerima boleh berlaku dan bagi mengurangkan risiko tersebut, ubat penahan penolakan perlu diambil sepanjang hayat. Oleh itu gaya hidup yang sihat perlu diamalkan dari dijangkiti kuman jahat!




A gift of life.


Anda perlu memberitahu keluarga dan rakan anda supaya mareka tahu akan niat suci anda untuk menderma. Dan kad ikrar janji harulah disimpan bersama dengan IC supaya senang untuk dilihat. Kad ikrar janji akan dihantar terus ke rumah anda sekiranya butiran lengkap diproses. Bagi yang berumur 18 tahun ke atas, perlu mendapat kebenaran dari ibu bapa tau..


Bagaimana mendaftar?

Terdapat dua cara untuk mendaftar sebagai penderma. Pertama dengan mendaftar secara online. Isi semua butiran yang diperlukan dan tunggu sehingga mendapat maklum balas melalui emel. Kedua, melalui muat turun borang ikrar penderma disini. Isi semua butir yang diperlukan dan setelah lengkap bolehlah menghantar terus melalui pos ataupun fakskan ke butiran seperti dibawah :


Alamat : Pusat Sumber Transplan Nasional
Hospital Kuala Lumpur
Jalan Pahang
50586 Kuala Lumpur
Nombor Faks: 03-26810680



Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Sumber Transplan Negara seperti berikut :

Talian bebas tol : 1-800-88-9080. 





Khidmat masyarakat ini disampaikan oleh masyarakat prihatian.
Ps :: Baru je buat entri ni, tup-tup nuffnang pon baru launch kempen Transplan nih. Sejiwa giteeww
  

 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!