Balqis bingung. Nota ringkas yang dikarang suaminya ditenung lama. Entah apa salah yang telah dia lakukan pada suaminya. Puas dia meneka. Ternyata situasi ini memberi kesan emosi kepadanya. Pantas dia bangkit dari pembaringan di atas sofa empuk tadi. Dicapainya cawan merah berisi nescafe yang masih hangat. Harum aroma kopi dihidunya.
'Ishh orang tua nih memang nak kena nih.' Bisik hatinya.
Walaupun Balqis hanyalah sebagai isteri nombor dua Dato Johari, namun dia lebih mendominasi lelaki 40-an itu. Sayangnya pada si suami bukan hanya kerana harta semata-mata. Saat hati telah terjatuh pandang pertama, saat itulah dirinya disahkan jatuh cinta.
"Hello Shila, haa haa ye, ... ye aku kat rumah. ... Ye, Dato takde seminggu dua nih. Haah... Boring gila kot. Jomlah lepak dengan aku kat sini. ... Ishh kau nih.. berani orang tua tuh nak buat macam tuh.. Tak sampai setahun pun kita orang bernikah tau. Tapi dia macam freak gila semalam. ...Hm... "
Perbualan dengan Shila rakan baiknya siang tadi tidak menyenangkan Balqis. Dia tahu suaminya orang yang cukup setia pada prinsip kekeluargaan. Tidak mungkin lelaki itu mahu berkahwin lagi. Sedangkan waktu ini baru 7 bulan usia perkahwinan mereka. Kalau bukan kerana dia yang beriya menggoda Dato Johari dulu, pasti suaminya tetap setia dengan Datin Aini, madunya.
***********
Saat ini hampir sebulan panggilan dan kiriman sms tidak dibalas suaminya. Balqis mula mengesyaki sesuatu. Mana tahu madunya telah merampas kembali kasih suaminya. Ataupun si tua tuh dah berkawinn lain? Balqis mula meneka. Dia berniat mahu menyerbu rumah madunya itu setelah pulang dari kerja nanti.
"Akak, saya bukan apa, Abang Jo dah lebih sebulan tak balik rumah sana. Saya telefon dia, wassap dia, bbm dia, tak pernah direplynya. Entah-entah akak yang guna-gunakan abang tak? Abang ada kat dalam kan? Akak bawak orang tua tuh keluar cepat!" Balqis mula hilang sabar dan mula untuk meluru masuk ke rumah agam madunya.
Datin Aini yang serba salah cuba menghalang dari Balqis masuk ke rumahnya gelisah dengan situasi sekarang. "Sabar Qis, abang tiada kat dalam.."
"Tepi kak. Jangan sampai saya berkasar dengan akak!" Aksi tarik menarik lengan itu terhenti apabila pembantu rumah menjerit kuat kedengaran dari tingkat atas. Mereka berpusu meluru ke bilik utama Dato Johari.
"Macam mana Dato boleh jatuh Mak Jah?"
**********
"Dato kecewa dengan kau Balqis. Dato memang ikhlas mahu bernikah dengan kau dengan izin akak. Dia mahu menutup aib kau dengan Datuk Khalid dulu. Tapi Dato terjumpa 'benda' nih dibawah katil korang dalam bulan lepas. Sehari lepas itu, Dato disahkan menghidap barah kalenjar tahap 4. Jangan risau, sebahagian wasiat Dato atas nama Qis demi anak dalam perut tuh. Betaubatlah.." ujar Datin Aini dan terus berlalu pergi meninggalkan Balqis.
Setelah hampir tiga bulan, Balqis semakin tidak terurus. Meroyan sini sana memanggil nama Dato Johari sehingga dia dihantar ke Hospital Psikitari. Masakan tidak, dia tidak dapat memaafkan dan menuduh dirinya lah punca kematian suaminya. Habis semua rahsianya selama ini diceritakan pada semua orang yang dia telah menggunakan ilmu sihir untuk menundukkan suaminya setelah 2 bulan berkahwin.
Kini, semakin menggunung rindu yang ditanggung oleh Balqis. Sesak rasanya menanggung rindu yang pada yang telah tiada. Satu-satunya lelaki yang dapat menyempurnakan sebahagian hatinya...
Ps :: Tak gheti buat ceghita romantik. Mencik