June 27, 2013

Syoknya Kawan Dengan Ramai Lelaki !

Assalammualaikum,

Kalau ikutkan memang dah terbiasa dengan pergaulan antara lelaki. Sebab adik beradik saya pun semua lelaki, sepupu pun kebanyakannya lelaki, padahal kita disogok dengan cerita populasi perempuan lebih ramai dari lelaki didunia nih kennn...

Waktu kecik-kecik dulu pun ramai kawan kejiranan lelaki. Bila ajak kawan perempuan main kat luar rumah je, mesti depa cakap mak tak kasi lah, kena jaga adiklah... Last-last main jelah dengan geng adik macam main rounders ke, baling selipar ke, bola sepak jelah tak layan. Teringat jiran sebelah rumah, Abang Aizat. Kitaorang main masak-masak, lepastu main call nombor rumah masing-masing. Rumah sebelah-menyebelah je pon. Inikah bibit-bibit cinta? Hahahah.

Cumanya tak dapat nak contact balik lah kawan-kawan lelaki zaman tomboiyot dulu. Abang Aizat pun entah ke mana. Teringin nak ronda kawasan rumah waktu membesar dulu...


Lebih baik malu daripada tak tahu malu...








Start zaman uni pun ramai kawan lelaki. Just comfortable bila kawan dengan lelaki. Perempuan kau tahulah, semua plastik. Ahaks. Teringat geng Cocoballz. Cuma bila masuk geng kerja nak kurangkan kawan lelaki sebab, woih aku rasa macam takde kawan perempuan je dalam hidup ku ini. Uhuk-uhuk. Zaman kerja kan lain sikit. Semua kawan bukan motif nak berkawan pun. Lagi-lagi lelaki. Apa kata lelaki? Hehe. Well, kawan blogger lain macam sikit. Best walaupun tak kenai sua muka kan!? Hikss.

Kalau ramai kawan dikalangan jejaka-jejaka, pasti terasa hot kan? Euww. Terpulang pada individu. Yang pasti ukhwah dengan golongan Adam nih banyak yang best kalau takde motif cinta. Misalnya kau dapat panggil dorang tengok-tengokkan kereta ke, minta pandangan dari mata lelaki ke, atau berkenaan dengan hardware. Itu pun kalau bapak kau sibuk waktu tuh. 

Part yang syoknya perempuan dan lelaki masing-masing tak ambil kesempatan. Tapi dah kawan lelaki tu tolong pon sebab nak test market pikat hati si gadis. Dan yang si gadis pulak, saja tak nak bazir duit dan ambik kesempatan kelemahan lelaki. Dua orang nih tak dapat apa pun. Persahabatan plastik namanya.





Lelaki dan perempuan memang tak kan dapat jadi kawan ke? Kalau ada golongan kawan macam nih, korang patut jaga betul-betul tau... Co cuweettt... :)



June 26, 2013

WW : Cheque Nuffnang Sudah Sampai

Assalammualaikum,





Cheque Nuffnang dah lama sampainya pun. Dah siap bank in lagi. Saja bah mahu kasi semua jeles sebab dengan ini kita semua akan berusaha keras untuk mantapkan dunia blog. Kuikuikui. Syukur! Kbai...




 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!