Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca. Oke la tuh walaupun lambat sehari. Ahkak dah 4 hari demam oke. Kukuh tak alasan?
Puasa adalah salah satu cara melawan nafsu. Nafsu mengawal makanan, nafsu berbelanja, nafsu amarah. Selain itu bagus untuk penghadaman. Badan akan buang segala toksin atau benda yang tak diperlukan oleh badan. Bagi yang menghadapi demam ketika berpuasa adalah disebabkan oleh pembuangan sisa-sia yang tidak berguna seperti toksin yang berlebihan akibat gaya pemakanan sebelum ini.
Simptom-simptom di awal Ramadhan
Bagi yang menghadapi demam di awal Ramadhan, simptom pening kepala, demam, lemah badan, berpeluh menunjukkan bahawa badan kita sedang dalam proses pemulihan dan pembaikan.
Rawatan berkesan
Pengambilan ubat-ubatan seharusnya dielakkan kerana kita masukkan balik
bahan kimia yang tidak diperlukan badan. Dan akhirnya, proses pemulihan
semulajadi tadi adalah sia-sia jelah nohhhhh.... Seharusnya pengambilan air maksima yang mungkin di awal sahur dan selepas berbuka amatlah penting untuk mengatasi hidrasi (kurang air dalam badan). Rajin-rajinlah menjaga diri sendiri wahai sahabatku :)
Ibadah puasa telah diwajibkan oleh Allah swt kepada hamba-hambanya sebagai satu rahmat kepada manusia. Berpuasa bukan sahaja menjaga kesihatan badan tetapi juga membentuk rohani yang mantap dan menundukkan hawa nafsu.
Segala sumber telah diolah supaya pembaca dan penulis tak terasa boring Ngeee..